Saturday, January 2, 2010

Percutian ke Cameron Highlands

Lama...memang cukup lama aku tak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands, rasanya adalah dekat setahun rasanya tak merasai kedinginan udara di sini. Begitu jugalah lamanya aku tak menulis di dalam blog ku ini. Entah mengapa malam ini terasa hendak memasukkan sedikit data berkenaan percutian kali ini. Percutian pada kali ini sebenarnya bukanlah dirancang dengan teliti dan rapi. Isteriku mengajak ke sana disaat akhir, entah mengapa aku pun bersetuju juga, hari itu aku kerja sekerat harilah.Dalam perjalanan, angkat telepon mintak adikku yang bertugas di Cameron Highlands untuk mencarikan bilik untuk kami. dapatlah satu bilik harganya RM 85 semalam, Bilik kawasan pekan Brinchang De Couleur Inn. bilik taklah selesa mana, ruangnya sempit tapi dalamannya bolehlah tahan.

Sampai kat sana jam 6 petang, terus masuk nilik dan keluar pasar malam Brinchang. Oleh kerana selalu sangat mai cameron Highlands ni, kami seperti takder apa nak beli, Pusing sana pusing sini...apa yang kami beli Cendawan Goreng. Best jugak cendawan goreng ni bila lama tak makan.

Janji dengan adikku kami makan bersama di kedai Pok Nik Kelantan kat pekan Brinchang. Kedai makan ni memang cukup terkenal kat pekan Brinchang. Terletak dibahagian belakang surau Brinchang. Tak susah untuk berjumpa gerai ni.

Esoknya bangun pagi terus chech out. Tak tunggu lama. Lepas sarapan kat warung kat Brinchang, kami terus bertolak pulang, namun sebelum pulang kami singgah disemua kedai-kedai bunga dan buah yang ada disepanjang jalan. sempat jugalah bergambar di celah-celah pokok teh. Sampai rumah balik jam 5.30 petang. Esok nak kayuh basikal pulak dari Bukit Mertajam ke Kuala Sepetang...

Aku......dan isteri bukannya kayuh bersama...tapi kami ditugaskan selaku driver backup membawa Isuzu Dimax. Membawa segala beg pakaian dan peralatan serta makanan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails