Monday, January 31, 2011

Cabaran Kayak Sungai Merbok

Pada bulan Disember yg lalu kalau tak silap aku, telah berlangsung satu Jambori Kayak di Sungai Merbok ke Pantai Merdeka Kedah. Jambori Kayak ini julung kali diadakan, selalunya yg dok buat ialah Jambori Basikal sahaja yg selalu kita dengar.

Program ini atas inisiatif Persatuan Kenu Kedah dengan kerjasama yang kuat dari Pusat Kokurikulum UUM dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Alhamdulillah Program ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari 200 peserta kayak dari seluruh Malaysia. Sebenarnya pihak penganjur menerima lebih lagi penyertaan tapi terpaksa dihadkan disebabkan masalah untuk mendapatkan kayak untuk di kayuh oleh peserta.

Dalam program ini aku menghantar lebih kurang 12 orang peserta dari Pusat Kokurikulum Pulau Pinang untuk memberikan sokongan kepada aktiviti sebegini. Dari penyertaan kami itu, 5 orang peserta telah berjaya merangkul hadiah yg disediakan oleh pihak penganjur.

Wajah-wajah sewaktu di bawa dengan trak JPAM ke tempat permulaan di Jeti Semeling, yan Kedah. Semua wajah masih ceria lagi.

Bergambar kenangan sebelum memulakan kayuhan.

Sedang bersedia di dalam air. Kali ini aku berkayuh secara solo....
Dah habis finishing setelah berkayuh selama lebih kurang 3 jam dengan jarak lebih kurang 18 km. Giler punya kayuh dalam 18 km tu aku kayuh tak berhenti disebabkan takut orang belakang potong...
Bergambar kenangan bersama-sama peserta kayak seluruh Malaysia.
Anytara peserta termuda yang menyertai cabaran kayak ini dan menggunakan kayak jenis White Water dan jenis paling kecil sekali.
Diebabkan kecil, nah aku boleh angkat kayak tu main-main jer...
Dok berebut dengan si Fadhil ni.......nak cuba try angkat kayak tu...
Ni juga temanku yg berjaya menduduki tempat ke 20, jadilah dapat RM 100 sorang..
Ni pulak aku, tempat ke 19, dapat jugak RM 100. Hadiah disediakan bagi tempat pertama hingga ke 20. Semua dapat sama RM 100 sorang....Hehe best gak....

Tahniah kepada penganjur...dan dikatakan acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan....Semoga lebih success lagi pada tahun-tahun akan datang.....

Tahniah sekali lagi pada u all semua......

Sunday, January 30, 2011

Tahniah pada calon BN di DUN Tenang

Tahniah pada calon Barisan Nasional di DUN Tenang yang telah berjaya mengalahkan calon dari PAS.

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Jadi diingatkan pada pengundi-pengundi di DUN Tenang, masa untuk berpolitik telah tamat, tumpukan pada keadaan banjir kat tempat korang. Dari berita yang disiarkan di Buletin Utama sebentar tadi nampaknya banjir kali ini merupakan yang terburuk pernah dialami di kawasan Labis.

Semoga banjir cepat surut dan korang dapat menjalani kehidupan seperti biasa kembali.

Kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim, tunaikanlah kewajipan yang telah kau janjikan semasa berkempen dahulu. Ingat semua penduduk di DUN Tenang menaruh harapan yang tinggi kepada ketokohanmu. Jalankanlah kewajipanmu untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang sekarang ini amat memerlukan bantuan dan ehsan dari mereka-mereka yang berpengaruh dan berkepentingan.


Selamat mengundi Penduduk Tenang.....

Selamat mengundi semua kepada semua pengundi-pengundi yang layak mengundi di kawasan Tenang. Tunaikanlah kewajipan korang sebagai warganegara malaysia dan penduduk Tenang khususnya. Undilah calon yang berwibawa yang korang rasakan dapat membawa perubahan dan membela nasib penduduk Tenang nanti.

Elakkanlah unsur-unsur permusuhan dan persengketaan dan kembalilah hidup dalam aman dan sejahtera selepas ini walau siapa sekalipun calon yang menang. Terimalah seadanya dengan hati yang rela dan terbuka serta janganlah bemusuhan pula selepas ini.

Keputusan mungkin akan diperolehi sekitar jam 8 atau 9 malam. Nantikanlah berita yang penting bagi korang ni dengan tenang dan sabar.......Selamat mengundi semua...

Photoshoot menjejak memori lalu...

Ini adalah antara hobi terbaru aku iaitu photografi. Tambah pulak my wife aku pulak ni seka sangat amik gambar. Satu hari tu aku ajak dier pergi shoot gambar kat USM iaitu tempat yang telah lama kami tinggalkan, adalah lebih 10 tahun rasanya. USM ni bukannya asing bagi kami berdua yalah tempat kami sama-sama belajar dahulu dan disini jugalah kami berdua bertemu.....

Semua gambar-gambar ni diambil berdekatan dengan bukit kat depan Bangunan Hal Ehwal Pelajar atau lebih glamour dengan VC Rock dikalangan pelajar USM.

Habis sakan my wife aku ni dok bergaya, nasib baik yg ambik gambar ni husband dier kalau tak mesti malu-malu kucing punya.

Habis segala celah pokok dan tepi semak kami amik gambar, asal rasa tempat tu cantik...snap ajer lah.

Ha ni lah gambar celah semak tu, nasib baik tak gatal-gatal bila balik umah....


Ada ala-ala model tak gambar ni...hehe


Kuala Woh, Tapah, Perak

Satu lagi destinasi percutian menarik iaitu Hutan Lipur Kuala Woh, yang terletak dalam daerah Tapah Perak. Hutan Lipur Kuala Woh terletak dipertengahan jalan ke Cameron Highlands bagi pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Tapah - Cameron Highlands. Simpang ke Kuala Woh di sebelah kanan iaitu lebih kurang 15 km sahaja dari pekan Tapah.

Hutan Lipur Kuala Woh ini dilengkapi dengan kawasan perkhemahan yang luas, chalet dan kemudahan asas yang baik yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah dan kursus serta seminar. Disamping aktiviti merentas hutan, kita juga boleh melakukan aktiviti mendaki Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter dari aras laut yang merupakan satu aktivti mencabar yang cukup menyeronokkan sekali.

Kemudahan-kemudahan di sini boleh disewa dan berhubung terus dengan Jabatan Perhutanan Kuala Woh. Sewa yang dikenakan amat murah sekali sehinggakan untuk menempah kemudahan di sini memerlukan tempahan yang awal jika tidak semua tempat dan kemudahan telah penuh.

Kali pertama menjejakkan kaki disini saya amat tertarik sekali dengan deruan air terjun dan aliran airnya yang menenangkan sekali. Tidak salah jika saya katakan disini adalah merupakan tempat yang sesuai sekali untuk membawa keluarga dan anak-anak kecil untuk bermain dengan airnya. Ini kerana kawasan airnya tidaklah terlampau dalam disamping kawasan tempat untuk mandi amat luas dan selesa.
Jika anda berkunjung di sini, janganlah risau jika anda tidak mebawa bekalan dari rumah, kerana di sini terdapat sebuah Cafe yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli untuk mengalas perut.

Disamping itu juga kemudahan tandas dan bilik air juga amat selesa untuk para pengunjung untuk menyalin pakaian selepas mandi manda.
Hargailah sungai dan hutan lipur kita yang masih indah ini, kerana inilah merupakan warisan untuk generasi akan datang. Jadi jika anda berkunjung ke sini jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan tempat ini.


Thursday, January 27, 2011

Warna-warni Le tour de Langkawi 2011

Pada tahun ini aku berkesempatan untuk sama-sama meraikan stage kedua Le tour de Langkawi dari Kangar ke Butterworth sejauh 145 km. Penutup di Butterworth ini telah diadakan dihadapan Dewan Dato Abdullah Ahmad Badawi. Pada stage kedua pelumba negara kita Anuar manan menduduki tempat ketiga dan berjaya mengekalkan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia.

Tak mau ceriter panjang just nak share sikit gambar yang aku ambik masa penutup tersebut...










Wednesday, January 26, 2011

Bukit Bendera - 830 meter

Satu lagi destinasi percutian menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Boleh dikatakan Bukit Bendera merupakan tempat percutian utama di sini selain Pantai Batu Feringgi. Bukit Bendera terletak di sebelah pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera yang terletak di kawasan pekan Air Itam. Jika berkeretapi kabel untuk ke puncak Bukit Mendera, ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Dari puncak ini kita boleh melihat keseluruhan pemandangan sekitar Pulau Pinang. Kita juga akan dapat melihat Bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar.Disamping menaiki keretapi kabel untuk ke puncak terdapat beberapa cara lain untuk sampai ke sini. Antaranya dengan menaiki kereta atau pun kenderaan 4 x 4 yang bermula di sebalah Taman Botanical. Selain itu kita boleh juga ke puncak dengan menggunakan sedikit kudrat yg ada iaitu dengan cara mendaki. Kali ini aku nak berkongsi sikit tentang pengalamanku mendaki Bukit Bendera. Sebenarnya ini bukanlah pengalamanku yang pertama mendaki Bukit Bendera, boleh dikatakan aku lebih banyak sampai ke puncak Bukit Bendera dengan cara mendaki daripada menaiki kereta kabel.Untuk mendaki Bukit Bendera ini biasanya mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja. Terdapat banyak trek yang boleh dilalui, anataranya laluan "Moon Gate", laluan dari taman Belia Perbandaran, laluan dari dalam Taman Botanical, dari sebelah Air Itam dan beberapa lagi laluan lain. Namun terdapat satu lalaun yang paling panjang yang dikenali sebagai "Laksamana Trail" yang mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke puncak. Laluan ini dari sebelah Teluk Bahang.
Kali ini trip mendaki ke Bukit Bendera ini di buat sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan pada penghujung bulan Mac nanti. Lalun yang aku pilih pada kali ini iaitu laluan "Moon Gate" Laluan ini pendaki akan melalui trek denai dan akan berjumpa dengan kawasan bertangga yang selalunya akan menyebabkan kita mengalah jika tak kuat stamina. Selepas habis kawasan bertangga kita akan melalui kawasan trek kembali dan sampai ke kawasan rehat no. 5. Kat sini disediakan tandas, serta pondok berehat serta kawasan gym. Seterusnya apabila kita terus bergerak keadaan treknya lebih banyak mendatar sehinggalah kita sampai ke pertemuan trek hutan dan jalan raya. kat sini kita akan berjumpa dengan kawasan rehat no. 84. Dari pondok 84 sehingga kepuncak biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dari sini kita hanya akan menggunakan trek jalan raya sahajam sehinggalah sampai ke puncak Bukit Bendera.
Di puncak Bukit Bendera terdapat sebuah masjid, kuil Hindu, Balai Polis, sebuah klinik, tandas, restoren, deretan kedai cenderahati dan stesen keretapi. Setelah berehat lebih kurang 30 minit kami meneruskan perjalanan turun dan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam saja untuk sampai ke bawah. Alhamdulillah latihan hari ini semua success.


Tuesday, January 4, 2011

Azam Tahun Baru

Apa azam korang semua tahun baru ni, Pasti semua orang semangat tengah berkobar-kobar sekarang ni dengan azam masing-masing. Harap-harap azam korang semua tidak hanya di tengah jalan sahaja pada tahun ni.

Azam aku pulak apa dier. Aku berazam tahun ni nak backpacker ke Vietnam dan Kemboja pulak. Tak tahu lagi jadi ke idak. banyak jugak kosnya tu nanti. Tapi takpa aku sekarang ni pun dah menabung sikit-sikit untuk tujuan pakej melancong ni. Hehe Ya ke idak aku ni, tengoklah nanti duit yg di tabung tu ke mana perginya nanti.

Perancangan yang sedang menunggu masa tahun ni yg besar jugaklah kiranya iaitu panjat kinabalu lagi pada 16 - 20 Mac nanti. Pastu terus ke Gng Tahan pulak pada 26 - 31 Mac. Dan satu lagi aku bawak satu trip yg nak melancong ke Sabah pada 4 - 7 Jun nanti. Ni kiranya projek besar jugaklah.

Harap tiada halangan yang berada di persimpangan.........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails