Thursday, November 22, 2012

Trip to Phuket n Hat Yai - 15 - 18 November 2012

Alhamdulillah telah berjaya menjayakan satu lagi sesi percutian ke Pulau Phuket - Phanga - Hatyai.
Seramai 39 orang telah mengikuti trip pada kali ini yang telah berlangsung pada 15 - 18 November 2012. Para peserta pula datang dari Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sendiri. Jenuh jugak dok kutip di beberapa perhentian sebelum sampai ke border.
Hari pertama kami mula bergerak dari Pulau Pinang lebih kurang jam 6 petang, berhenti di beberapa hentian mengutip peserta dan sampai di border Bukit Kayu Hitam jam 8.00 malam. Selesai urusan imegresen kami berhenti makan di Dannok dan terus ke Phanga.
Berhenti sembahyang subuh di stesyen minyak Phanga dan bersarapan di kawasan tersebut. Lebih kurang jam 7.30 kami bergerak terus ke Phuket. Singgah terlebih dahulu di kedai T-Shirt di Phuket dan sempat memborong beberapa helai baju sebagai kenangan. Seterusnya meneruskan lawatan ke kedai gajus. Sempat mencuba sehingga kenyang gajus di situ, tapi yang membelinya tak seberapa...
Selepas kedai gajus, kami bergerak pula ke kilang batu permata. Kat sini biasalah hanya sesi menjamu mata sahaja, nak beli lahai mahalnya, tak terkira duiot di poket.

Kat atas ni, selepas sesi window shopping kat kedai batu permata tu, melepaklah kat luar kilang tunggu bas. Masing-masing hanya jamu mata sahaja tak mampu nak beli buat balik.
Selesai di kilang batu permata kami terus pergi check in di hotel penginapan kami di Bel Air, di kawasan terkenal Patong Beach.

Alhamdulillah dapat hotel yang sangat cantik dan luas. Masing-masing peserta lawatan berpuas hati. Aku pun senang hati gak sebab tak ada peserfta yang komplen..hehe.

hadapan hotel Bel Air, kelihatan deretan pondok-pondok jual beer. Kawasan ni akan "happening" pada sebelah malamnya.

Pada sebelam petangnya kami telah bergerak untuk melihat kawasan matahari tenggelam iaitu di kawasan Prontep Cape. Kawasan ni cukup meriah sekali, ramai pengunjung yang datang terutama bila matahari semakin nak tenggelam. Masing-masing datang ke sini un tuk melihat matahari tersebut.
Sebelum datang ke sini kami sempat melawat perkampunya masyarakat asli Gipsi yang masih hidup secara sederhana dan bekerja sebagai nelayan. Juga melawat sekitar pantai Rawai dari atas bas sahaja, nak turun, cantik lagi pantai Patong.
Makin ke petang, makin cantik matahari ni. Masing-masing tek lepas kamera di tangan untuk menangkap saat matahari jatuh ni.
Sebelah malam di Patong Beach ini, kami makan disebuah restoren Thailand yang pada gerainya di letak bendera Malaysia. Kedai ni namanya Kusuma Seafood. Tuan kedai boleh bercakap bahasa Melayu, jadi taklah susah untuk memesan makanan dan minuman.
Tengok udang dan ikan kat bawah ni, bestnya.....tapi sapa ada bawak duit banyak bolehlah makan.....Nak kata murah, takdelah sangat...

Seterusnya selepas makan, kami bergerak ke Bangla Road. Kat sini dinasihatkan kalau nak datang tak payahlah bawak budak-budak kecil. Bahaya. Orang tua takpalah, hehe. Kat sini kita dapat tengok dengan jelas kehidupan masyarakat di sini. Apa yang menjadi sumber mata pencarian mereka yang utama.
 
Hari ketiga, kami terus bergerak ke pulau Pangyee di daerah Phanga. Kesemua ahli rombongan kami menggunakan sebuah bot panjang yang menggunakan enjin lori. Kami melawat sekitar pulau Pangyee dan Pulau James Bond.
Kalau dilihat pada bot-bot yang ada kat sini, geram pulak tengoknya, Cantik sungguh reka bentuknya, Menggunakan pula enjin sangkut dari enjin lori. Memang cukup power sekali.
 
Pemandangan sekitar jeti di Pulau Pangyee. Restoren memang agak mewah sekali kelihatannya.eluasannya pulak lebih luas jika dibandingkan dengan restoren yang ada di darat.
Antara masakan sambal udang yang ada di jual disini. Kalau datang ke pulau Pangyee, elok sekali di cuba masakan ini. Memang ada rasa lain sikit dari masakan yang ada di Malaysia.
Gambar kenangan sebelum berangkat pulang..

Syok dok makan, sampai tak ingat dunia. Terdapat lapan menu yang dihidang kepada kami pada hari tersebut. Lepas satu lauk ke satu lauk bertukar pinggan.
Lepas lawatan ke Pangyee kami bergerak terus ke Hat Yai......dan singgah dahulu di Floating market sebelum check in hotel.
Di Floating Market, masing-masing dok beli minuman dari bekas buluh dan pasu kecil tu. Masing-masing dok tayang, saper punya lagi comel...
Ni pulak gambar masa dok sarapan pagi di restoren di pasar Hat Yai. Ada ker mak cik kedai tu suruh kami buat air sendiri. Apa lagi kami pun cergaslah, sementera tuan kedai dok pusing roti canai, kami dok bancuh air.

 
Ni pulak masa dok shopping kat pasar Hat Yai tu. Letih sungguh tunggu mak cik kedai tu pi cari kasut. Pakat dok borong kasut bling-bling yang boleh tukar warna.
Kami bergerak pulang dari Hat Yai jam 1.00 petang dan sempat singgah shopping lagi di Dannok selama 2 jam. Alhamdulillah petang tu tak ramai orang kat border, jadi urursan cop pasport taklah susah sangat.
Alhamdulillah sampai di Penang jam 9 malam. Semuanya selamat dan peserta semua gembira. Lain kali jumpa lagi yer

Wednesday, November 14, 2012

Kayak Pusing Pulau Pinang 2012

 Tahun 2012 ini sekali lagi Pusat Kokurikulum Pulau Pinang menganjurkan siri XPDC berkayak mengelilingi Pulau Pinang untuk Jurulatih Pusat Kokurikulum seluruh Malaysia. Kali ini jemputan peserta diperlebarkan ke setiap negeri, namun begitu hanya terdapat 7 negeri sahaja yang sedia menyahut cabran pada kali ini.
 Negeri-negeri yang terlibat pada XPDC kali ini adalah terdiri daripada Kedah, Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Pulau Pinang sendiri selaku tuan rumah. Agensi yang sama turut membantu adalah terdiri daripada pihak Polis Marin yang membantu dengan 4 buah bot, pihak Maritim dengan sebuah bot dan Jabatan Pelajaran Kedah dengan sebuah bot.
 XPDC kali ini amat meriah sekali kerana terdapat lebih kurang 10 buah bot yang mengiringi hampir 19 buah kayak. Keterujaan amat jelas terpancar pada riak wajah peserta kerana pada kali ini keadaan air laut dan cuaca jelas memihak kepada kami. Sepanjkang XPDC berlangsung, peserta langsung tidak ditimpa hujan. Hujan hanya turun pada sebelah malam sahaja, itupun hanya hujan renyai-renyai sahaja.
 Alhamdulillah juga kesemua peserta yang menyertai kayuhan pada kali ini selamat mengemudi jentera mereka dengan sebaik mungkin yang berjaya menghindarkan terjadinya perkara yang tidak diingini sepanjang XPDC berlangsung.
 Hari pertama kayuhan pada 6 November 2012, peserta memulakan kayuhan dari Pusat Latihan Sukan Air Teluk Kumbar ke kawasan Pantai Kerachut. Kayuhan pada hari pertama dengan jarak kayuhan 27 km memakan masa lebih kurang 7 jam. Kami hanya berhenti rehat di pantai BTN Balik Pulau sebelum meneruskan kayuhan dan berhenti makan tengahari di tengah laut sahaja.
 Di Pantai Kerachut kami hanya berkhemah disitu dan alhamdulillah cuaca elok dan peserta dapat tidur lena pada hari pertama.
 Hari kedua kayuhan dimulakan dari pantai Kerachut ke Padang Kota dengan jaraknya lebih kurang 26 km. Kali ini kayuhan disajikan dengan sedikit pemandangan yang indah, kawasan pantai Batu Feringgi. Kali ini kami hanyta berehat di Pantai Miami untuk makan tengahari disitu.
 Kayuhan diteruskan sehingga kami sampai di Padang Kota, yang mana kami hanya menumpang tidur di padang Sek Men St. Xavier. Kayuhan pada hari kedua memakan masa lebih kurang 6 jam sahaja. Ini mungkin kerana faktor keadaan air yang tenang dan kurang berarus.

 Hari ketiga kayuhan dimulakan dari Padang Kota ke Teluk Kumbar. Kami telah berhenti sebentar di sebelah kapal Star Cruise untuk bergambar dan masing-masing teruja untuk bergambar di sini.
 Cabaran seterusnya ialah sewaktu cuba melepasi feri. Seperti satu penghormatan kepada kami kerana kesemua feri yang lalu lalang berhenti terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada kami untuk melepasinya sebelum mereka meneruskan operasi.

 Satu lagi pengalaman yang sukar untuk diperolehi ialah sewaktu singgah di sebuah pulau di sebelah jambatan Pulau Pinang iaitu yang dikenali sebagai pulau Gozambo. Kalau nak datang sendri memang tak berkesempatanlah, tapi kali ini kami betul-betul berada di sebelah jambatan dan dapat melihat jambatan dari bawah dan saat ini tak dilepaskan untuk menangkap seberapa banyak memori di sini.
 
 Hari ketiga ini boleh dikatakan kayuhannya cukup santai dan mengasyikkan, kerana banyak saat indah yang ditempuhi sepanjang laluan. Seterusnya kami menikmati pula saat berkayuh di bawah jambatan pertama Pulau Pinang. Jambatan yang kini menjadi sejarah kerana kini sudah ada jambatan kedua di Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar.
 
 Jambatan kedua yang dijangkakan siap sepenuhnya pada penghujung 2013 nanti juga sempat kami lalui dibawahnya menjadikan rasnaya cukup lengkap pengalaman berkayak pada kali ini. Walaupun jarak kayuhan pada hari ketiga ini paling dekat iaitu 24 km sahaja, tapi hati ini cukup puas menikmatinya.
 Penutup cabaran kayak mengelilingi Pulau Pinang pada hari katiga ini kami diuni dengan keadaan gelora di kawasan perairan Permatang Damar Laut. Air disini bergelora dam berombak menyebabkan kayak sedikit terombang ambing dan ada kayak yang terpaksa di tunda untuki melepasinya disaat sisa-sisa tenaga masih berbaki sedikit sahaja lagi.

Alhamdulillah setelah melepasi gelora Permatang Damar Laut, kami berjaya juga akhirnya....Yesss hati terasa puas, satu pencapaian peribadi yang sungguh bermakna dalam bidang kayak. Boleh dikatan lesen besar buat penggiat sukan kayak bila berjaya melepasi cabaran berkayuh sejauh 80 km dalam masa 3 hari.

Pada semua yang telah berjaya mengharungi cabaran kayak kali ini, syabas diucapkan dan terima kasih juga atas semangat dan komitmen yang telah kalian ditunjukkan. Memori dan cabaran kali ini menyedarkan kita setakat mana kemampuan dan ketahanan kita sebenarnya.

Untuk menikmati keseluruhan memori tersebut kliklah sahaja link-link kat bawah ni:-
Day 1
Day 2
Day 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails