Tuesday, August 5, 2014

Kayuhan Perah Keringat Banjaran Titiwangsa


Sedikit info trip yang hanya dirancang dalam tempoh seminggu. Line up rider terdiri daripada enam orang rider Pulakopp yang terdiri daripada Khairul, Shahrom, Fauzi, Salahudin, Fadhil dan Syakir. Tidak ramai yang dapat menyahut cabaran kali ini kerana kekangan kerja dan ruang waktu untuk keluarga. Trip telah berlangsung pada Hari Ahad 2 Mac 2014. Kami telah bertolak awal pada Sabtu malam dan berhenti tido disurau  hentian Bintang Hijau. Pada pagi-pagi sebelum masuknya subuh kami meneruskan perjalanan ke starting point di Hentian Perah. Sebelum tu berhenti sarapan dan sembahyang subuh di Restoren Kari Ikan Salim di persimpangan Gerik.

Setelah sarapan kami bergerak ke Hentian Perah dan mempersiapkan basikal masing-masing dan berbekalkan sedikit makanan ringan dan air secukupnya. Terima kasih kepada isterinku yang sanggup jadi back up merangkap kamera woman sepanjang trip kali ini. Walaupun hanya menggunakan kereta Persona sahaja namun amat banyak membantu kami mencapai misi yang telah ditetapkan.



Kayuhan bermula pada jam 7.40 pagi. Semua amat bersemangat memulakan kayuhan. Wajah pun amat ceria sekali. 10 km pertama nampaknya semua rider berada pada satu kelompok dan masih sempat bersembang di sepanjang perjalanan. Route dalam 10 km pertama ini masih turun naik dan kecuraman masih belum terlampau tinggi.

Melepasi Hentian Sungai Lebir semua rider terpaksa memerah keringat kerana disini bermulanya pendakian yang tiada penghujungnya....Grup juga mulai berpecah dan masing-masing berkayuh mengikut tempo masing-masing.  Mendahului semua rider ialah Raja Bukit Pusat Ko Penang iaitu Fauzi meninggalkan semua rider lain jauh dihadapan. Tambahan  hanya Fauzi seorang yang menunggang Road Bike. Kelompok belakang didahului oleh aku diikuti Salahudin kemudian Shahrom, Fadhil dan Syakir dibelakang sekali.


Pendakian sekitar 8 ke 11 km sejam jika dilihat pada meter yang ada pada basikal kami. Taklah slow sangat. Mendekati 10 km ke Tasik Banding kami dihadiahkan dengan bonus iaitu downhill sejauh  8 ke 10 km sehingga melepasi Jambatan pertama Tasik Banding dan kami regroup balik di signboard Belum Rainforest Resort. Kami tiba disini pada jam 10.00 pagi. Jarak  kayuhan dah menjangkau 37 km. Rasanya dah separuh perjalanan. Masing-masing melepaskan penat dan puas downhill sebentar tadi tapi masa balik nanti siaplah nak kene mendaki pulak.



Kami bergerak meneruskan saki baki pendakian pada jam 10.40 pagi. Kali ini pendakian terus menerus hingga sampai ke puncak Banjaran Titiwangsa. Pada waktu ini masing-masing berkayuh mengikut kemampuan sendiri. Matahari juga kian menegak di atas kepala. Tiada bonus langsung...asyik mendaki sahaja. Aku pula semakin perlahan berkayuh....kemudian aku set dalam minda cukup 2 km akan berhenti untuk rehat sekejap....begitulah aku buat hingga sampai ke puncak banjaran Titiwangsa. Meter basikal menunjukkan kepada jarak 60 km. Aku macam tak berapa pasti pula berapakah jarak sebenar dari Hentian Perah ke puncak Banjaran. Yang aku terfikir mungkin dalam 60 km lebih. Tapi bila tak menampakan lagi siatuasi akan sampai, mulalah naik tension pulak. Namun semangat masih kuat untuk teruskan juga kayuhan hingga ketitisan keringat terakhir. Cewah.....



Tiba-tiba isteriku memotong dengan kereta dari belakang dan yang buat tensionnya aku lihat Shahrom dan Syakir dengan muka seposen berada sama didalam kereta tersebut. Macam mana pulak dia orang boleh isi dua buah basikal dalam bonet kereta tu. Takpa korang main tipu yer....kejap lagi korang rasakanlah kutukan dari member Pulakopp nanti..hehe...



Kayuh....dan kayuh lagi...dari 2 km sekali berhenti kini dah jadi 1.5 km sekali berhenti. Jarum meter dah dekat 65 km....Dalam hati bila nak sampai ni. Kemudian kayuh lagi...kini jarak kayuhan aku, Salahudin dan Fadhil hanya dekat sahaja diantara satu sama lain.  Tiba-tiba dalam dok layan kayuhan tu aku ternampak signboard simpang masuk ke Hentian Puncak Banjaran tu. Wah hati sedikit lega nak sampai dah. Sampai jugak kami akhirnya...



Kami sampai lebih kurang jam 1.30 tengahari. Fauzi pula sebagai lead samapai jam 12.30 tengahari. Kaki sedikit kejang dan terasa keras. Apa lagi order air batu la...segelas Milo ais tak terasa apa pun. Bekalan sebiji buah tembikai memang terasa nikmat sekali dimakan sewaktu panas-panas ni. Cukup puas dan nikmat sekali apabila dapat menamatkan kayuhan hingga ke puncak Banjaran Titiwangsa.



Kami tak berehat lama disini. setelah makan-makan dan ambil gambar kenangan kami bergerak turun pada jam 3.00 petang. Lepas ni layan downhill hingga ke simpang Belum Rainforest Resort. Best downhill....Meter basikalku 55 km, tapi Fauzi, Fadhil, Syakir jauh meninggalkan aku dihadapan. Puas aku kejar...tak dapat-dapat...mungkin faktor keberatan tubuh mereka menyebabkan mereka ni laju jer sewaktu downhill ni. Tapi akhirnya aku dapat potong jugak dia orang ni, sebabnya bila sampai jer time nak kene mendaki sikit, apa lagi aku potong la dan tak tunggu lagi bila sampai kawasan downhill balik. Aku sampai di simpang Belum Rainforest Resort pada jam 4.00 petang. Tunggu geng-geng ylang lain sampai, sempat la rehat sekejap.Bila semua sampai, masing-masing menyatakan perasaan macam dah give up, bukannya apa sebab terpaksa mendaki bukit Banding sejauh lebih 10 km.




Namun setelah dibrainwash dan basuh sikit campur racun sikit, kami mulakan balik kayuhan pada jam 4.40 petang. Memang perit sekali pendakian pada kali ini. Kecerunan pendakian sekitar 45 darjah. Aku mendahului kali ini kelompok belakang. Fauzi memang dah lama meninggalkan kami jauh dihadapan. maklumlah roadbike, mana boleh berkawan dengan Mountainbike ni.



Kayuhan perlahan kali ini, makllumlah mendaki.....Kayuh...kayuh lagi...letih kayuh berhenti sekejap.....Syakir sempat turun tolak basikal....tak tahan katanya dok mendaki. Aku walaupun penat sebab pikir hari semakin petang dan memang berniat untuk habiskan jugak kayuhan kali ini hingga ke Hentian Perah.



Habis sahaja laluan mendaki, dapat downhill, aku memang tak tunggu lama terus membuat henjutan selaju mungkin sambil layan downhill. Downhill dan downhill lagi.....sambil berhati-hati akan kenderaan yang melintasiku. Akhirnya aku sampai jugak ke kawasan Hentian Sungai Lebir. Melepasi Sungai Lebir, ada sedikit kawasan mendaki dan kali ini tak berapa boleh memecut sangat. Pada ketika ini rider-rider lain masih jauh di belakang...... Dan akhirnya aku berselisih dengan Fauzi yang datang untuk back up grup belakang...Aku berkayuh dengan sepenuh tenaga yang tinggal dan akhirnya sampai jugak ke Hentian Perah pada jam 6.30 petang dan menamatkan kayuhan  sejauh 167 km pergi dan balik. memang puas sekali dirasakan. Setelah berehat lebih kurang 15 minit akhirnya Fauzi sampai dengan membawa rider-rider lain di belakang Dimaxnya. Fauzi angkut mereka di kawasan Sungai Lebir.



Kami bersiap dan mengemas semua basikal dan meninggalkan Hentian Perah untuk pulang kedestinasi yang masih lagi jauh. Aku sampai balik dirumah jam 10 malam. Alhamdulillah ada isteri yang boleh memandu kerata dan aku tertidor keletihan dan hanya sedar apabila sampai di rumah.



Moga jumpa lagi trip kayuhan yang akan datang. Lepas ni Cameron pulaklah kut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails