Tuesday, December 20, 2016

Jom try naik Uber

Hari ni nak kongsi sikit pengalaman kali pertama aku menaiki perkhidmatan uber.
Semuanya bermula apabila aku mencari satu alternatif untuk pulang ke rumah dari stesyen bas Butterworth ke pejabat di Alma, Bukit Mertajam.

Setelah turun bas di stesyen Butterworth  yang ketika itu jam 5 pagi aku terlebih dahulu bertanyakan ingin menggunakan perkhidmatan teksi untuk pulang. Maka bergeraklah kami tiga orang, aku, isteri dan rakanku Faid ke stesyen teksi berdekatan. Salah seorang pemandu teksi menegur kami dan ingin menghantar kami, stelah ditanya harga berapa, driver teksi minta RM 35 untuk perjalanan ke Alma yang jaraknya 18 km sahaja. Aku cuba meminta kurang sedikit bukannya banyak pun. RM 30 sahaja diminta tetapi ditolak oleh driver pertama kemudian ada driver teksi lain yang bertanya berapa yang diminta oleh driver tersebut. Setelah diberitahu RM 35 dan yang diminta olehku RM 30, driver teksi kedua terus meninggikan suara sikit katanya tak boleh RM 30, RM 35 pun murah dikatanya RM 40 untuk ke Alma. Siap marah-marah lagi.

Aku tegaskan aku biasa dihantar ke Alma dengan harga RM 30 sahaja. Tak mahu terus bertekak aku cancel terus dan buka aplikasi Uber dan telah request. nasib baik ada uber yang standby dan jarak dalam 10 minit. Di aplikasi uber katakan cajnya hanya RM 18 - RM 25 sahaja untuk ke Alma, Padan muka kau driver teksi, kan dah rugi pagi2 buta ni. Berkira sangat.

Maka sampailah uber yang kami nantikan. Seorang driver melayu dengan kereta Viva dan kami terus meluncur meninggalkan stesyen Butterworth. Dan dalam 30 minit macam tu sampailah kami ke Alma dan bila abang uber ni tunjukkan jumlah tambang di aplikasi ubernya, Nah kau harga RM 22.75 sahaja. Semoga kau bermurah rezeki wahai abang uber di pagi hari ni.



Sebenarnya senanmg sahaja untuk kita menggunakan perkhidmatan uber ini. Semudah A B C.

Pertama korang kene download dulu aplikasi ke handphone korang...
Untuk lebih mudah dan dapat diskaun promosi dari uber bagi pengguna pertama korang klik saja link kat bawah ni

khairula1235ue   
 
Jadi bila korang nak guna sistem uber ni just buka aplikasi uber tu dan masukkan lokasi mana yang ingin dituju. Setelah lokasi dimasukkan tekan Request . Setelah Request di tekan sistem uber akan panggil mana2 uber yang ada paling hampir dengan korang dan akan ditunjukkan di aplikasi uber pada handphone kita berapa minit masa yang diambil oleh uber untuk sampai kepada kita. Di Handphone kita juga akan ditunjukkan siapa dan jenis kereta apa beserta no plate kereta. Jadi bila kereta sampai naik sahaja dan korang akan dibawa terus kedestinasi yang ingin dituju.

Bila dah sampai nanti, driver uber akan tunjuk berapa kos tambang yang dikenakan kpd kita. Senang kan. Kita boleh buat pilihan sama ada bayar guna cash atau kad kredit. Sekarang uber telah memudahkan lagi para penggunanya untuk menggunakan sistem ini.

Jadi selamat mencuba yer.... Ingat kalau nak kupon diskaun RM 10 tu bagi kali pertama mencuba uber jangan lupa klik link kat atas tu ataupun masukkan kod promo khairula1235ue untuk mendapat potongan istimewa dari uber.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails