Monday, December 5, 2016

Penang Bridge International Marathon

Tanggal 27 November 2016, buat pertama kalinya setelah aku berhijrah ke Pulau Pinang selama 20 tahun ini, Inilah kali pertama aku register untuk masuk Penang Bridge International Marathon. Sebelum ini hanya dengar dan buat-buat dekk jer acara seperti ini. Memang ramai juga kawan2 masuk sebelum ini tapi diri ini tak pernah pun terlintas untuk ikur serta sebelum ini.
 Aku telah register untuk acara Half Marathon 21 km yang akan mula pada jam 3.00 pagi. Maka akupun bersama adik bongsuku yang register 10 km telah meniki motor bertolak dari rumah pada jam 12.00 pagi. Kami melalui jambatan kedua kerana jambatan pertama telah tutup bermula jam 12.00. Bila kami sampai acara Full Marathon telahpun bermula pada jam 12.00 pagi.

Kami tak dapat nak menghampiri kawasan Quensbay kerana jalan masuk telah disekat oleh Polis dan kami terpaksa menapak lebih kurang 2 km untuk sampai ke kawasan Quensbay Mall. Boleh tahan jugaklah jauhnya.

Aku telah bersedia di kelompok paling hadapan sekali bersama runner2 lain. Gaya seperti juara tak nak kalah tu. Bukannya apa dok depan ni senang tak susah nak mengelak runner2 lain nanti. Almaklumlah ada dekat 10 ribu runner yang masuk sama ni.
 Permulaan larian pagi itu, terasa memang macam longlai sekali, rasa tak boleh nak push. Aku memperlahankan larian dalam 5 km pertama. Rasa mental nak berenti saja. Tapi teruskan perlahan-lahan. Tapi akhirnya tak tahan daulat berenti dulu sekejap berjalan.

Melepasi 5 km pertama menghampiri kawasan ikan bakar tepi Highway tu rasa selesa sikit dapatlah lari lebih laju sikit dan cuba memotong beberapa runner lain.

Masa ni ramai dari runner 42 km yang jenis lari rilek dapat aku potong. Menghampiri 10 km dan patah balik di pusingan di Medan Selera tepi Highway tu aku berhenti lagi ambik nafas. Mana sahaja ada water station memang wajib berenti minum ayaq dulu.
Kemudian aku menghampiri kawasan jambatan , cuba tak berhenti tapi slowkan pace dan kuatkan mental supaya tak berhenti awal dan teruskan larian menaiki jambatan. Masa kat atas jambatan ni happening betul dengan sorakan dari petugas2 yang dibahagian water station.

Kemudian buat pusingan patah balik di atas jambatan dan nampak sign board lagi 5 km. Lega rasanya, kini cuma perlu bertahan sahaja dan teruskan larian seperti biasa dan berhenti apabila penat.


  Setelah berhempas pulas tu akhirnya aku berjaya juga sampai digarisan penamat dengan masa yang agak merosot dari larian sebelum ini iaitu 2 jam 19 minit. Rasanya dapat mengagak berada antara kelompok hadapan jugalah tu.
 Pergi ambil Medal di kaunter dan terus cari port baik untuk istirehat. Masa tu jam baru pukul 2.30 pagi. Adikku Hadi masa tu tengah istirehat menunggu gilirannya pula untuk berlepas pada jam 6.30 pagi.
 Alhamdulillah pengalaman pertama larian Jambatan ini memang amat mengujakan sekali. Nampak sangat profesional penganjur dalam menguruskan acara. Namun ku dengar ada jugalah dsas-desus runner yang tak puas hati. Sudah pastilah dalam jumlah puluhan ribu runner pagi itu ada yang tak puas hati.
 Ni medal yang aku terima. Saiznya besar sikit dari kategori 10 km dan kecik siit dari 42 km. Kira saiznya sedang2 saja.

 Kemudian aku dan beberapa teman kami yang lain dok melepak kat kawasanpenamat melihat dan memberi support kepada runner-runner lain yang baru sampai.

 InsyaAllah tahun depan akan aku join lagi event ni dan sudah pasti tahun depan acara Full Marathon 42km akan aku register. Bukan nak menang hadiah pun tapi best dan puas hati bila dapat sampai digarisan penamat dalam catatan masa yang memang boleh dibanggakan.



Inilah catatan masa rasmiku. Tengok tu no. 346 dari 4557 runner yang tamat dalam Cut Of Time(COT) yang diberikan iaitu 1 jam setengah.










My First Full Marathon 42 km

Alhamdulillah selesai jua menghadapi situasi berdebar-debar bagi menghadapi acara Full Marathon yang pertama di Marathon Jitra yang berlangsung pada 12 November 2016 di Tasik Bandar Darul Aman, Kedah. Aku bertolak awal dari Pennag selepas kerja pada hari Jumaat dan singgah dahulu mengambil race pack di Hotel BdB bandar Darul Aman sebelum menumpang tidur di rumah bapa saudara di Taman Gemilang.



Acara Full Marathon akan bermula pada jam 4.00 pagi. Jadi aku terpaksa bertolak awal seawal jam 2.00 pagi dari rumah. Sampai di Tasik Darul Aman jam 2.45 petang macam tu. Buat sedikit persiapan dan streching sikit dan kami dilepaskan pada jam lebih kurang 4.20 pagi. Tak ramai sebenarnya yang join Full Marathon ni. Kategori Lelaki cuma 65 orang dan Perempuan 6 orang.



Aku bermula sedikit perlahan bersama Ust Lah dimana kami facing berdua. Kami berada didalam kelompok depan juga boleh dikatakan. Cuaca pagi tu nyaman sahaja dan nampaknya di 10 km pertama ini memang terasa selesa berlari. Kami melepasi water station 1 dan ke 2. Sempak meneguk segelas air mineral dan 100 plus. Petugas Marshall bermotosikal sentiasa mengekori pelari-pelari. Boleh dikatakan mantaplah petugas2 kali ini. Jam menghampiri pukul 5 pagi, aku dan Ust Lah masih berlari seiringan dan kami berlari bersama sehingga lebih kurang km ke 25.  Apabila jam menghampiri 6.45 pagi terpaksa berhenti sembahyang Subuh di tepi jalan sahaja kerana tak kelihatan masjid langsung di sepanjang laluan.




Selesai sembahyang Subuh nampaknya apabila nak meneruskan larian terasa sedikit malas dan kaki nak push pun terasa tak nak melangkah. Ajak Ust Lah berhenti berjalan sekejap bagi rest otot kaki kemudian mula lari balik, ketika ini ada 2 3 orang runner yang memotong kami. Namun bila menghampiri km ke 28 aku minta Ust Lah untuk terus berlari dahulu kerana tidak mahu melambatkan rentaknya dan aku berlari perlahan2 dibelakang. Sekejap berlari dan sekejap berjalan.

Menghampiri km ke 30, hati sedikit berbunga sebab terasa sikit lagi nak push. Lari slow2 sahaja, sehingga melepasi Politeknik Jitra dan nampaknya kaki macam nak buat perangai. Dia mula mai krem. Memang takleh nak lari dah. Terpaksa berjalan, tapi dalam rentak laju sedikit. Kemudian cuba lari sikit dan berjalan lagi.


Bila hampir km ke 33 mula nampak kelibat ramai runner yang masuk acara 10 km dan 5 km. Takpa aku tetap berjalan dan berlari selang seli dan melepasi laluan grup ini dan papan tanda di tepi jalan menunjukkan lagi 6 km nak selesai. Nampak satu water station, berhenti telan salt stick sikit dan cuba berjalan dulu dan berlari perlahan dan alhamdulillah krem semakin hilang dan aku teruskan larian perlahan tapi lama sedikit dan kemudian berhenti rest dan macam itulah aku buat dan bertahan sehingga menghampiri 2 km terakhir.


Dan akhirnya nampak Tasik, ingatkan dah hampir habis tapi petugas minta pusing tasik dahulu, mak oii, bukan kecik tasik ni... Paling belakang tengok jauh lagi runner2 lain dan aku perlahankan larian dan berttahan untuk habiskan larian dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku ke garisan penamat dengan masa 4 jam 41 minit 11 saat....



Walaupun azab terasa puas bila habiskan larian dan dalam hati rasa2 mungkin larian hari ini berada dalam kedudukan belas-belas sahaja sebab tak ramai runner yang potong masa berlari tadi. LAgi puas bila dikalungkan medal Finisher dan dapat pulak T Shirt Finisher 42 km. Fuhhh hebat rasanya. Satu kebanggaan dalam diri bila dapat mengatasi kemampuan dalam diri dan menghabiskan larian Full Marathon.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails