Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Setiitik embun di atas daun,
Jatuh ke bumi laksana hujan,
Dosa bertimbun mohon di ampun,
Terdetik khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan batin.

Dari kami sekeluarga....

Friday, August 20, 2010

Catatan Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

Alhamdulillah, sempat jugak kali ni aku nak berkunjung ke blog yg memang dah lama aku tak menulisnya. Skrg baru berkesempatan untuk menulis. Ok...skrg aku nak story sikit pasal trip Kinabalu aku yg lepas iaitu pada 1 - 6 Ogos yg lalu. Trip ni aku susun untuk team Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. 20 org kami kesemuanya termasuklah isteriku sendiri.

Kami bergerak dari Pulau Pinang pada 1 Ogos 2010 jam 10 malam. Ini kerana kami naik fligt Air Asia di LCCT pada keesokan harinya. Sampai jam 5 pagi. Memang kene sgt masanya. Kami tak perlu menunggu lama sgt. Fligt pertama jam 8 dan fligt kedua jam 9.30 pagi.

Kat Airport macam-macam gelagat kami maklumlah kami ramai 20 org semuanya, tambahan pula dikalangan team yang aku bawak kali ni ramai yg belum biasa mendaki Kinabalu. jadi terujanya lebihlah.
Tengok ni sampai ada yg tertidur masa berbaris nak check in Flight. Tak dak keje sungguh Ust Din ni.
Senyum-senyum nak ambik gambar ni. POsing kasi habis.
Waktu tiba di Kinabalu Park. Kami menaiki coaster Pusat Kokurikulum Sabah. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan dari Pusat Ko Sabah. Safe sikit budget pengangkutan kami.
Semua sakan dok bergambar masa baru-baru sampai. Pantang ada signboard yg menarik sikit pasti semua bergegas untuk posing. Masa ni aku sedang berurusan pendaftaran masuk dengan Kinabalu park dan membayar beberapa fee yg wajib untuk mendaki Kinabalu.
Aku sempat posing berdekatan dengan chalet yg aku dok. The Hill Lodges. Aku diberi 2 jenis tempat penginapan, yg satu lagi Nepenteles Lodges. Terkejut rakan-rakan aku bila dia orang semua mauk kat bilik, Mak Oi besarnya nye bilik, semua terkejut, bila aku beritahu harga semua terbeliak. Patutlah bukan main cantik, satu bilik harganya RM 690.00 semalam.
Makanan yang dihidangkan pun termasuk dalam pakej. malam tu kami makan memang sedap sekali. Dia orang jamu sungguh, Tak pa esok kau orang tahulah azabnya. Tak pa...makan-makan.
Permulaan trek mendaki Kinabalu. Yang ni gambar masa baru melepasi pintu pagar Timpohon. Laluan Timpohon memerlukan kita menuruni tangga terlebih dahulu sebelum bertemu trek sebenar.
Yang ni jugak salah satu tangga yang terdapat dalam laluan menuju ke Laban Rata. Bak kata tangga ni memang banyak sekali. Pada sapa-sapa yang nak mendaki Kinabalu pada masa akan datang, eloklah buat exercise naik turun tangga banyak-banyak.
Nasib baik bawak payung. Perjalanan kami pada hari pertama mendaki di temani hujan sepanjang trek. Mendaki Kinbalu lebih elok dan sesuai menggunakan payung dari baju hujan.Ini kerana laluan trek yang luas dan kita tidakakan berasa panas dan rimas.
Antara titi yang terdapat disepanjang trek.
Trek Kinabalu banyak mendaki dan jarang kita bertemu trek yang landai. Disepanjang perjalanan juga terdapat banyak pondok-pondok yang boleh digunakan untuk berehat dan berteduh.
Ini suasana waktu senja di Laban Rata. Langit biru pekat.
Sedang bersiap-sedia untuk pergerakan kedua menuju puncak. Apabila tiba di Laban Rata kita kena berehat terlebih dahulu dan perjalanan disambung pada jam 2 pagi. Ini supaya apabila sampai di puncak kita dapat melihat pemandangan yang indah serta anginnya juga masih belum terlalu kuat.
Perjalanan ke puncak lebih mencabar lagi dengan permulaan trek, kami terpaksa mendaki anak-anak tangga kayu yang banyak sekali. Kaki memang terasa lenguh sekali. Tambah pula keadaan udara yang semakin nipis kerana kami sedang menghampiri puncak.
Haha....sapa sangka kat pondok Sayat-sayat iaitu tempat pemeriksaan terakhir sebelum kepuncak terdapat 2 buah pondok telefon kepunyaan Telekom Malaysia. Ini merupakan pondok telefon tertinggi sekali kat Dunia kut. (Ni fakta tak sahih nyer) Aku agak-agak jer.
Ni lah pintu Syat-sayat. Semua orang yang berjaya melepasi pintu ni dan mendaki terus ke puncak akan berjaya mendapat sijil Kinabalu yang berwarna (Color). Jika tak sampai sini sijil Hitam Putih sajalah.
Kilometer 7.5, dah dekat nak sampai ni, Nafas pun dah tercungap-cungap dah.
Berlatar belakangkan salah satu puncak di Gunung Kinabalu. Pemandangan sungguh indah sekali. Hanya mereka yang pernah sampai disini sahaja yang dapat merasai pengalaman ini.


Ni gambar masa pukul lebih kurang 5 pagi, Ambil air sembahyang di satu lopak yang terdapat sepanjang laluan. Airnya begitu sejuk sekali. Tapi terpaksa guna jugak sebab memang dah takder sumber air yang lain.
Inilah beberapa gambar sewaktu di puncak. Inilah juga merupakan kali ketiga aku berda di puncak Kinabalu ni. kali pertama dulu pada tahun 2003, kemudian 2006 dan sekarang 2010.
Bersama isteri, gembira nampaknya dier, maklumlah sampai puncak tertinggi di Asia. Bangga jugak aku berjaya jugak dia sampai.
Yang terlbih gembira kat sini member aku si Fadhil ni, siap bawak bendera sekolah lagi.

Lagi gambar masa di puncak. Semua pakat dok berebut nak bergambar di Signboard yang ada kat situ.
Perjalanan turun, Masa mendaki sebelah malam tak nampak, hanya ikut tali sahaja, apabila siang , baru tahu begitu luas trek batu nak ke puncak ni.

Antara orang terakhir dalam grup kami, Cik Ummi Kalsom, masa ni kami semua dah turun dari puncak tapi dia baru nak naik, akibatnya sampai pukul 10 malam baru sampai bawah.
Sempat bergambar di hadapan banner yang di bawa.

Itulah sahaja lebih kurang log ringkas yang dapat aku tulis kat sini. InsyaAllah bulan 3, 2011 ni sekali lagi aku akan ke Kinabalu, kali ni bawak grup sekolah isteriku bersama rakan-rakannya.

Kinabalu, InsyaAllah akan ku tawan mu sekali lagi nanti.

Friday, May 7, 2010

Cabaran Mutiara Jemputan Asean kali ke 6 tahun 2010

12 Mei - Rabu

Cab Mutiara tamat pada hari ini, tak sempatlah nak update hari2 kerana kesibukan bertugas dicheck point. Namun semua peserta begitu terharu dapat mengikuti program ini, dan ada yang tak mahu pulang-pulang pun.
Takpa lain taun dtg lagi k......
Terima kasih kepada semua petugas dan jawatankuasa yang bertungkus lumus mengendalikan program besar ini. Tanpa kalian apalah sgt Cab Mutiara ini.

8 Mei 2010 - Sabtu

10.00 pagi - Stage kedua bermula dari SMK Valdor ke dewan Sg Chenaam. Terdapat sedikit sambutan dari masyarakat kampung disini.

8.00 pagi - Hari kedua Cabaran Mutiara bermula dengan aktiviti basikal.
Peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan yang berkayuh di 4 stage utama.
Penamatnya peserta akan berkum,pul di dewan Kampung Sg Chenaam, Sungai Acheh.
Stage 1 peserta akan bergerak dari Pusat Kokurikulum ke SMK Valdor.


Jam 8.00 malam 7 Mei 2010

Semua peserta telah sampai dan mendaftarkan diri ke Pusat Kokurikulum. Jumlah peserta Lelaki 92, Perempuan 78 Jumlah 170 org.

Taklimat aktiviti basikal akan disampaikan pada jam 9.00 malam.

Hari Pertama 7 Mei 2010

Hari ini Cabaran Mutiara Jemputan Asean kembali lagi. Kini Cabaran Mutiara telah masuk sessi yang ke 6. Kali ini penyertaan negeri telah bertambah dimana selalunya pada tahun2 lepas hanya 3 negeri luar yang terlibat, tapi kali ini sebanyak 5 negeri luar yang terlibat.

Negeri-negeri yang terlibat ialah Melaka, Kuala Lumpur, Sabah, Melaka dan Terengganu.
Negara luar pula dari Thailand dan Indonesia.
Aktiviti hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran pada sebelah pagi dan pembahagian khemah. Sementara menunggu peserta dari negeri luar dan peserta negara Thailand dan Indonesia tiba, sedikit sesi Ice Breaking dijalankan sementara menunggu makan tengahari.
Sehingga tengahari, semua peserta dari Pulau Pinang telah mendaftar diri. dari negeri luar pula negeri yang pertama sampai ialah Kuala Lumpur diikuti Kedah, Indonesia dan Melaka. Kini masih menunggu Sabah, Terengganu dan Thailand.

Tuesday, May 4, 2010

Editing Photoshop yang tak seberapa

Hari ni aku try buat editing beberapa keping gambar yang terdapat dalam simpanan. Hasilnya masih tak seberapa, masih dalam proses pembelajaran.
Gambar atas ni masa bercuti di Aonang Beach Krabi, Thailand.Yang ni pulak Mr Sugik, salah seorang Guide Gunung masa naik Gunung Raung, Surabaya Indonesia.
Gambar ni pulak masa kat starting trek Gunung Agung, Bali Indonesia. Ni adalah merupakan kuil Hindu paling suci di Bali.Ni matahari terbit atas Gunung Agung, Gunung ni merupakan gunung tertinggi di Bali.
Yang ni masa on the way ke Puncak Gunung Raung, Surabaya




.

Minyak Vesawit Pengganti Minyak Enjin

Pernah dengar tak orang guna minyak masak buh dalam minyak enjin kereta or motor.

Pada mulanya aku pun kurang nak percaya, tapi salah seorang rakan aku bercerita dengan nada bersungguh-sungguh bahawa seorang rakannya telah melakukan perkara yang sama. Kereta Camry lagi tu.
Aku pun terdetik perasaan nak mencuba, tapi aku nak cuba buh kat aku punya Motor Karisma dulu la. Akhirnya aku pun keluar pergi cari minyak Vesawit sekilo.
harga RM 3.30 sahaja.Pastu pergi cari pulak Oil Treatment. Harga RM 9.90. Tapi minyak Oil Treatment ni guna 1/3 sahaja.

Lepas semua barang dah cukup aku pun mulakanlah ujikaji aku petang tadi, Mula-mula buang dulu semua minyak enjin yang lama. Lepas habis keluar masukkan minyak Oil Treatment 1/3 ataupun lebih kurang 100 ml. Ni sukatan untuk tukar minyak enjin motorlah.

Lepas tu masukkan pula minyak masak Vesawit ikut sukatan, kiranya secukup rasalah. Setelah selesai bolehlah test motor tu.

Alhamdulillah aku test motor aku petang ni tiada masalah. Kos puin murah tak sampai RM 5 pun. Untuk sukatan bagi kereta Oil Treatment tu letak 1 tin terus. Tapi setakat yang aku tahu hanya kereta jenis pakai minyak Petrol sahaja boleh guna cara ni.

Jadi selamat mencuba, tapi tiada jaminan dari aku kalau berlaku apa-apa pada kenderaan anda.

Thursday, April 29, 2010

Peralatan Asas Berkayak

KAYAK : Bergantung kepada jenis kayak dan keadaan air.
PENDAYUNG : Tangan kita amat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kayak dengan menggunakan pendayung ini.
JAKET APUNGAN KESELAMATAN : Dipakai dibahagian badan bagi tujuan mengapungkan si pemakai apabila berada di dalam air. Merupakan bahagian yang penting sekali dalam membuat aktiviti berasaskan air. Tak kira anda bijak atau cekap dalam berenang, anada diwajibkan memakai Jaket ini apabila berada di air.
TOPI KESELAMATAN : Berfungsi melindungi kepala kita daripada terantuk di permukaan yang keras. selalu digunakan apabila berkayak di Jeram.
SKIRT KAYAK : Dipakai dibahagian pinggang si pemakai. Berfungsi mengelakkan air dari masuk ke dalam kayak. Juga biasa digunakan dalam aktiviti Kayak Arus Deras.

BOOTIES : Merupakan kasut yang dipakai semasa berkayak. Tidak sesuai untuk memakai kasut biasa atau selipar sewaktu berkayak. Booties bertujuan melindungi kaki dari terpijak benda tajam di dalam air.


Tuesday, April 27, 2010

12 gunung tertinggi di MALAYSIA


GUNUNG KINABALU 4,095 m 13,435 kaki SABAH

GUNUNG TRUSMADI 2,645 m 8,669 kaki SABAH

GUNUNG TAMBUYUKON 2,579 m 8,462 kaki SABAH

GUNUNG MURUD 2,422 m 7,946 kaki SARAWAK

GUNUNG MULU 2, 376 m 7,795 kaki SARAWAK

GUNUNG TAHAN 2,191 m 7,186 kaki PAHANG

GUNUNG KORBU 2,182 m 7,162 kaki PERAK

GUNUNG YONG BELAR 2,181 m 7,156 kaki PERAK

GUNUNG CHAMAH 2,171 m 7, 123 kaki KELANTAN

GUNUNG YONG YAP 2,166 m 7,113 kaki PERAK

GUNUNG ULU SEPAT 2,161 m 7,091 kaki PERAK


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails