Tuesday, November 2, 2010

Trip ke Semporna

Esok pagi akan bertolak ke Tawau. Perjalanan dengan Coaster Pusat Kokurikulum ke LCCT pada jam 7.00 pagi. Flight Air Asia jam 3.35 ptg. Alhamdulillah penginapan pun dah berjaya.
Aku berjaya tempah penginapan budget di Semporna iaitu di Borneo Global Sipadan Backpackers.
RM 90 saja harganya, bilik untuk tiga orang siap ada aircond dan bilik air di dalam.

Bangunan ni katanya berhadapan dengan Jetty untuk ke Pulau Mabul, Sipadan, Kapalai dan Sibuan. Jadi rasanya tak susah untuk mendapatkan pakej bot ke Pulau2 yang lain tu.
InsyaAllah akan bertolak esok dan moga perjalanan selamat semuanya.

Monday, October 25, 2010

Pulau Perhentian

Salam buat semua.......
Hari ni nak kongsi sikit pasal info tentang Pulau Perhentian......
Catatan pada kali ini adalah hasil daripada percutian tugas aku ke Pulau Perhentian pada beberapa minggu yang lalu.Dipendekkan cerita Pulau Perhentian ni kalau nak pergi ke sana boleh menaiki bot laju daripada jeti Kuala Besut, Terengganu. Satu lagi jeti ialah di Pantai Tok Bali, Kelantan. Untuk ke Pulau Perhentian dia tak sama macam kita naik feri ke Pulau Langkawi.Lagi satu kalau nak pergi ke Pulau Perhentian ni pula dia bukannya boleh pergi pada sepanjang tahun. Pulau Perhentian ditutup pada hujung bulan 10 dan di buka semula pada awal April. Pada tahun 2010 ni Pulau Perhentian ditutup bermula pada 25.10.2010. Ini adalah kerana kat sini ianya terpengaruh dengan angin Monsun, di mana laut bergelora dan berombak besar. Kesemua chalet-chalet di sini ditutup, begitu juga dengan penduduknya yang tak keluar ke daratan. Pada waktu ini penduduk akan mencari dan menyimpan bekalan makanan dan bahan mentah untuk tempoh 5 bulan tersebut.
Pulau Perhentian ini memang cantik dan pada tahun ini Pulau Perhentian menduduki tempat keempat tercantik dari segi panorama keindahan pulau dan juga keindahan dasar laut.
Pulau Perhentian terdiri dari dua pulau yang dikenali Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.Jika anda bercadang bercuti ke Pulau Perhentian ini seeloknya layari Internet terlebih dahulu untuk mencari pengusaha-pengusaha chalet untuk penginapan anda di sana. Ini kerana jika anda datang tanpa menempah chalet terlebih dahulu takut ada yang kempunan nanti chalet tak der atau dah penuh. Pulau Perhentian memang amat popular di kalangan pelancong asing.
Dikawasan Jeti Kuala Besut juga banyak menempatkan pejabat-pejabat ejen pelancongan. Anda boleh bertanya dahulu di pejabat-pejabat ini untuk mendapatkan penginapan dan juga bot ke sana.

Sekian.....


Percutian Idaman

Semua insan pasti mempunyai sebuah tempat percutian idaman, samada bersama insan tersayang ataupun bersama keluarga.

Tapi sesetengah insan juga ada yang mempunyai beberapa tempat percutian idaman hatinya.

Dan selagi kita belum sampai dan menjejakkan kaki ke situ kita pasti akan sentiasa memasang angan-angan tersebut.
Dan bagi aku pulak, aku tergolong dikalangan orang yang mempunyai banyak tempat percutian idaman. Antaranya ialah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul yang terletak di negeri Sabah di bawah bayu. Kini aku hampir-hampir akan menjejakkan kaki ke situ. Tiket flight pun telah dibeli. tarikh perjalanan pada 3 November sehingga 6 November 2010 ini.
Banyak dah survey dalam internet dan bertanya kawan2 akan bagaimana nak ke sana dan di mana hendak tinggal. Hingga kini muktamadnya masih belum ada. Sebenarnya ini adalah satu percutian kerjalah juga. Matlamat utama ialah ke Kg Kunak iaitu 100 km dari pekan Semporna. Sebuah Kampung yang berkonsepkan Homestay. Disamping itu jugalah aku bersama beberapa rakan lagi akan terus ke Semporna dan seterusnya ke Pulau Mabul dan kalau diizikan akan ke Pulau Sipadan. BUkan apa kata orang sambil menyelam sambil minum air. Mungkin dari lawatan singkat ini pada tahun-tahun depan dapatlah aku merancang satu Program kepada Jurulatih2 Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.

Moga perjalanan kali ini akan dimudahkan dan selamat hendaknya.

Mungkin selepas pulang nanti aku akan tulis satu entry yang lengkap dan terperinci mengenai perjalanan ke Pulau Mabul dan Sipadan ini.

Pukul 4 pagi

hai mata...kenapalah kau tak mau tidor.....
dah pukul 4.30 pagi dah ni.....
tu lah sapa suruh melantak tido sampai tak ingat dunia siang tadi.....
kan dah susah nak tido mlm ni....

Tapi takpalah malan ni tak yah tidolah....
esok terus mandi pergi kerja....
Lagipun lagi 2 jam saja lagi...
bukannya lama pun.......

Wednesday, October 20, 2010

Riadah di pagi Ahad

Salam kembali pada semua......
Lama dah tak up kembara terbaru.........

Ahad lepas sempat berkunjung ke Sedim buat kesekian kalinya......
XTVT yang tak dirancang sepenuhnya, hanya keputusan disaat akhir....
Sempat mengajak beberapa kawan isteriku dan kami berBBQ sebagai agenda utama di sana.....

Nikmatilah sedikit sebanyak gambar kami di sana.....

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Setiitik embun di atas daun,
Jatuh ke bumi laksana hujan,
Dosa bertimbun mohon di ampun,
Terdetik khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan batin.

Dari kami sekeluarga....

Friday, August 20, 2010

Catatan Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu

Alhamdulillah, sempat jugak kali ni aku nak berkunjung ke blog yg memang dah lama aku tak menulisnya. Skrg baru berkesempatan untuk menulis. Ok...skrg aku nak story sikit pasal trip Kinabalu aku yg lepas iaitu pada 1 - 6 Ogos yg lalu. Trip ni aku susun untuk team Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. 20 org kami kesemuanya termasuklah isteriku sendiri.

Kami bergerak dari Pulau Pinang pada 1 Ogos 2010 jam 10 malam. Ini kerana kami naik fligt Air Asia di LCCT pada keesokan harinya. Sampai jam 5 pagi. Memang kene sgt masanya. Kami tak perlu menunggu lama sgt. Fligt pertama jam 8 dan fligt kedua jam 9.30 pagi.

Kat Airport macam-macam gelagat kami maklumlah kami ramai 20 org semuanya, tambahan pula dikalangan team yang aku bawak kali ni ramai yg belum biasa mendaki Kinabalu. jadi terujanya lebihlah.
Tengok ni sampai ada yg tertidur masa berbaris nak check in Flight. Tak dak keje sungguh Ust Din ni.
Senyum-senyum nak ambik gambar ni. POsing kasi habis.
Waktu tiba di Kinabalu Park. Kami menaiki coaster Pusat Kokurikulum Sabah. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan dari Pusat Ko Sabah. Safe sikit budget pengangkutan kami.
Semua sakan dok bergambar masa baru-baru sampai. Pantang ada signboard yg menarik sikit pasti semua bergegas untuk posing. Masa ni aku sedang berurusan pendaftaran masuk dengan Kinabalu park dan membayar beberapa fee yg wajib untuk mendaki Kinabalu.
Aku sempat posing berdekatan dengan chalet yg aku dok. The Hill Lodges. Aku diberi 2 jenis tempat penginapan, yg satu lagi Nepenteles Lodges. Terkejut rakan-rakan aku bila dia orang semua mauk kat bilik, Mak Oi besarnya nye bilik, semua terkejut, bila aku beritahu harga semua terbeliak. Patutlah bukan main cantik, satu bilik harganya RM 690.00 semalam.
Makanan yang dihidangkan pun termasuk dalam pakej. malam tu kami makan memang sedap sekali. Dia orang jamu sungguh, Tak pa esok kau orang tahulah azabnya. Tak pa...makan-makan.
Permulaan trek mendaki Kinabalu. Yang ni gambar masa baru melepasi pintu pagar Timpohon. Laluan Timpohon memerlukan kita menuruni tangga terlebih dahulu sebelum bertemu trek sebenar.
Yang ni jugak salah satu tangga yang terdapat dalam laluan menuju ke Laban Rata. Bak kata tangga ni memang banyak sekali. Pada sapa-sapa yang nak mendaki Kinabalu pada masa akan datang, eloklah buat exercise naik turun tangga banyak-banyak.
Nasib baik bawak payung. Perjalanan kami pada hari pertama mendaki di temani hujan sepanjang trek. Mendaki Kinbalu lebih elok dan sesuai menggunakan payung dari baju hujan.Ini kerana laluan trek yang luas dan kita tidakakan berasa panas dan rimas.
Antara titi yang terdapat disepanjang trek.
Trek Kinabalu banyak mendaki dan jarang kita bertemu trek yang landai. Disepanjang perjalanan juga terdapat banyak pondok-pondok yang boleh digunakan untuk berehat dan berteduh.
Ini suasana waktu senja di Laban Rata. Langit biru pekat.
Sedang bersiap-sedia untuk pergerakan kedua menuju puncak. Apabila tiba di Laban Rata kita kena berehat terlebih dahulu dan perjalanan disambung pada jam 2 pagi. Ini supaya apabila sampai di puncak kita dapat melihat pemandangan yang indah serta anginnya juga masih belum terlalu kuat.
Perjalanan ke puncak lebih mencabar lagi dengan permulaan trek, kami terpaksa mendaki anak-anak tangga kayu yang banyak sekali. Kaki memang terasa lenguh sekali. Tambah pula keadaan udara yang semakin nipis kerana kami sedang menghampiri puncak.
Haha....sapa sangka kat pondok Sayat-sayat iaitu tempat pemeriksaan terakhir sebelum kepuncak terdapat 2 buah pondok telefon kepunyaan Telekom Malaysia. Ini merupakan pondok telefon tertinggi sekali kat Dunia kut. (Ni fakta tak sahih nyer) Aku agak-agak jer.
Ni lah pintu Syat-sayat. Semua orang yang berjaya melepasi pintu ni dan mendaki terus ke puncak akan berjaya mendapat sijil Kinabalu yang berwarna (Color). Jika tak sampai sini sijil Hitam Putih sajalah.
Kilometer 7.5, dah dekat nak sampai ni, Nafas pun dah tercungap-cungap dah.
Berlatar belakangkan salah satu puncak di Gunung Kinabalu. Pemandangan sungguh indah sekali. Hanya mereka yang pernah sampai disini sahaja yang dapat merasai pengalaman ini.


Ni gambar masa pukul lebih kurang 5 pagi, Ambil air sembahyang di satu lopak yang terdapat sepanjang laluan. Airnya begitu sejuk sekali. Tapi terpaksa guna jugak sebab memang dah takder sumber air yang lain.
Inilah beberapa gambar sewaktu di puncak. Inilah juga merupakan kali ketiga aku berda di puncak Kinabalu ni. kali pertama dulu pada tahun 2003, kemudian 2006 dan sekarang 2010.
Bersama isteri, gembira nampaknya dier, maklumlah sampai puncak tertinggi di Asia. Bangga jugak aku berjaya jugak dia sampai.
Yang terlbih gembira kat sini member aku si Fadhil ni, siap bawak bendera sekolah lagi.

Lagi gambar masa di puncak. Semua pakat dok berebut nak bergambar di Signboard yang ada kat situ.
Perjalanan turun, Masa mendaki sebelah malam tak nampak, hanya ikut tali sahaja, apabila siang , baru tahu begitu luas trek batu nak ke puncak ni.

Antara orang terakhir dalam grup kami, Cik Ummi Kalsom, masa ni kami semua dah turun dari puncak tapi dia baru nak naik, akibatnya sampai pukul 10 malam baru sampai bawah.
Sempat bergambar di hadapan banner yang di bawa.

Itulah sahaja lebih kurang log ringkas yang dapat aku tulis kat sini. InsyaAllah bulan 3, 2011 ni sekali lagi aku akan ke Kinabalu, kali ni bawak grup sekolah isteriku bersama rakan-rakannya.

Kinabalu, InsyaAllah akan ku tawan mu sekali lagi nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails