Secebis kisah pengalaman suka duka berkelana dibumi asing bandar terkenal dikalangan pelancong Malaysia, Hat Yai.
Perjalanan ke kota Hat Yai bermula seawal jam 2.00 pagi. Ini kerana jadual terawal perjalanan dengan keretapi ialah pada jam 5.20 pagi. Jadi mahu tak mahu kami terpaksa berangkat awal dari rumah. Maka mangsa yang terpaksa bersusah payah menghantar kami ialah rakan sepejabatku yang setia iaitu Ustaz Abdillah. Nasib baik rakan ini sudi jua menolong. Aku berkereta dengan isteri tersayang menuju ke Jalan Baru, Bukit Mertajam. Setelah kereta diletakkan digaraj yang kosong dirumah sahabatku ini kami menaiki keretanya menuju ke pekan Butterworth. Namun perjalanan seawal pagi ini seperti ada tanda-tanda yang tidak elok akan berlaku. Apa tidaknya apabila kereta sudah hendak tiba distesen keretapi, aku teringat yang kami tertinggal sesuatu yg penting di dalam kereta. Kamera Nikon D60 yg baru sahaja dibeli dan juga passport beserta tiket keretapi tertinggal diseat belakang keretaku. Terpaksalah aku dengan berat hati meminta rakanku ini untuk berpatah balik untuk mengambil kembali dokumen penting ini. Adakah ini petanda perrjalanan ini tidak elok. Ahhh hati ini malas untuk memikirkan perkara-perkara tidak elok sebegitu.
Dipendekkan cerita setelah berpatah balik, maka sampailah kami distesen keretapi Butterworth. Sekali lagi hati ini seakan hampa apabila melihatkan pintu stesen keretapi Butterworth masih lagi tertutup rapat. Dalam hati hairan juga mengapa ditutup. Dalam kami dok terhendap-hendap itu, seorang Jaga melaungkan ‘four thirty- four thirty’. Aku tercari-cari mana datangnya arah suara itu. Apabila diamati betul-betul dalam samar-samar kegelaman yang hanya diterangi lampu neon jalan, berbalam-balam kelihatan sekujur tubuh sedang berbaring diatas pangkin didalam pagar stesyen keretapi itu. Rupanya dia ialah Jaga disitu. Aku dan Abdillah mengangguk-angguk tanda faham.
Setelah bersalaman dengan Abdillah dan ucapan terima kasih diberikan kerana bersusah payah menghantar kami berdua diwaktu dinihari begini. Namun dalam hatiku, bila lagi nak menyusahkan kawan-kawan sekali-sekala. Sementara menunggukan pintu pagar dibuka kami berdua mencari tempat untuk berehat. Setelah meninjau seketika dihadapan kami nampak seperti ada kedai yang masih dibuka. Lantas aku menyarankan kepada isteriku untuk pekena secawan kopi dahulu untuk hilangkan mengantuk kami. Selesai minum kopi aku dan isteri terus menuju ke kawasan tempat menunggu bas dikawasan menjual tiket bas ekspress di Butterworth. Kawasan disitu tidaklah seselesa mana, Apa tidaknya stesyen tempat menjual tiket bas itu diberada dibawah jejantas jalan raya. Dibawahnya ada lebih kurang 20 kaunter jualan tiket bas dan ditengah-tengahnya pula ada lebih kurang 10 buah bangku panjang. Aku dapati ada lebih kurang 6 orang yang sedang tidur dibangku itu dan disisi masing-masing terdapat sebuah beg besar. Mungkin mereka ini mempunyai arah tujuan yang sama sepertiku ataupun sedang menunggu rakan untuk datang mengambil.
Dalam dok membetulkan diri masing-masing aku dan isteri terpaksa juga merehatkan tubuh ini kerana perjalanan kami masih panjang dan sebenarnya masih belum bermula. Dalam ketidakselesaan itu aku lihat isteriku sempat juga melelapkan mata. Kesian dia terpaksa tidur sebegitu. Sebenarnya sebelum aku membuat perancangan untuk berpacker ke Hat Yai ini, telah kukhabarkan bahawa percutian kami ke Hat Yai ini, aku nak buat cara ala Backpacker. Apabila diutarakan isteriku mengangguk tanda setuju. Itulah tanda setuju yang memang aku nantikan. Walaupun sebenarnya aku tidak pasti samaada dia mengetahui apakah maksud sebenar ‘backpacker’ ini. Sebenarnya aku memang suka berkelana ketempat orang ini mengutip setitip pengalaman dan pengetahuan yang sememangnya tiada dan tidakkan kudapat di tempat sendiri.
Seawal jam 4.30 pagi apabila pintu pagar stesyen keretapi dibuka aku dan isteri bergegas masuk. Kami lantas terus menuju ke tempat menunggu keretapi. Tidak susah untuk mengetahui kawasan mana hendak kami tunggu kerana papan tanda yang ada disitu cukup jelas sekali. Dalam menunggu ketibaan keretapi itu, aku sempat juga snap beberapa keping gambar suasana di waktu pagi distesyen keretapi. Sebenarnya telah lama diri ini tidak merasai pengalaman menaiki keretapi, paling last aku naik bersama isteri ialah sewaktu kami masih bercinta dahulu, perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Memnag cukup lama iaitu kira-kira 10 tahun dahulu.
Tepat jam 5.00 pagi bersinar-sinar dapat kulihat cahaya sportlight keretapi menuju kearah kami. Awal keretapi tersebut tiba. Setelah keretapi berhenti, ramai juga penumpang yang turun. Kulihat tiket, gerabak kami U1, mak ai jauhnya kami terpaksa menapak kerana gerabak U1 berada dibahagian belakang sekali. Boleh tahan jugalah menapak diawal pagi begini. Setelah tiba digerabak kami aku dan isteri lantas mencari tempat duduk kami 2C dan 2D. Alhamdulillah selesa jugak kerusi kami ni. Bolehlah tahan empuknya. Harga tiket dari Butterworth ke Hat Yai ialah RM 19.00. Kami terpaksa berhenti dan turun di Padang Besar untuk cop passport. Perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar tidaklah sejemu mana kerana kami dapat melihat panorama sepanjang perjalanan disamping orang turun naik distesyen tertentu. Dari Butterworth keretapi bergerak ke stesyen Bukit Mertajam, Sungai Petani, Gurun, Alor Star, Arau dan Padang Besar. Kami tiba di stesyen Padang Besar jam 7.30 pagi Semua penumpang diarahkan turun di stesyen Padang Besar untuk mengecop passport. Bersama kumpulanku pagi itu terdapat lebih kuirang 20 orang pelancong yang sama-sama mempunyai arah dan tujuan yang sama ke Hat Yai. Masa turun itu kami sempat berkenalan dengan 2 pasangan pelancong dari Singapura.
Setelah selesai urusan cop passport kami menaiki semula keretapi tadi, bezanya kalau sebelum ini perjalanan dari Butterworth dengan menggunakan lebih kurang 15 gerabak, tapi kali ini perjalanan ke Hat Yai hanya menggunakan 2 gerabak sahaja dan satu kepala keretapi Thailand tapi gerabaknya Malaysia punyer. Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Hat Yai lebih kurang jam 11.30 pagi waktu Malaysia dan 10.30 pagi waktu Thailand. Waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Aku dan isteri terasa kami ini muda sejam sewaktu berada di Thailand.
Sebelum aku keluar dari stesen Hat yai aku tidak lupa untuk menempah dahulu tiket bagi perjalan pulang ke Butterworth. Kali ini harga tiketnya 180 bath seorang. Hehehe sama juga lebih kurangnya dengan tiket Malaysia.Kadar tukaran pada masa itu ialah 100 bath sama dengan RM 9.70 Malaysia. Namun begitu nilai tukaran ini boleh berbeza berdasarkan tempat kita tuikar wang. Nasihatku jika ada teman-teman yang hendak menukar bath Thailand eloklah tukar dikawasan Thailand kerana kadar tukarannya lebih tinggi dari Malaysia.
Aku bergerak ke Hotel dengan menggunakan sejenis kenderaan yang begitu terkenal di Thailand yang dipanggil Tuk Tuk. Namun begitu aku dan isteri ‘terkena’ pagi itu, apa tidaknya aku meminta pemandu Tuk tuk itu untuk membawa kami ke Hotel Ambassador namun begitu ditengah perjalanan dia berhenti dan dikatakan bahawa Hotel Ambassador penuh dan dibawanya kami kepada agen jualan bilik Hotel dan kami dikenakan 750 bath untuk satu malam. Setelah setuju dengan harga yang diberikan kami dibawa oleh Tuk Tuk ke Hat Yai Asia Hotel. Sebenarnya aku malas nak bertekak sangat dengan driver Tuk Tuk tu, lantas ikut sahajalah. Nasib baik hotel yang kami duduk tu selesalah juga. Biliknya juga luas. Cuma jauhlah sikit dari Bandar namun taklah sejauh mana. Lebih kurang 200 meter sahaja dari pekan Hat Yai. Aku membayar lebih kurang 100 bath untuk driver Tuk Tuk tu kerana khidmat yang tak seberapa membawa kami dari stesyen keretapi ke tempat booking bilik dan seterusnya ke bilik Hotel.
Petang itu aku dan isteri mempunyai perancangan ke pantai Samila di Songkla. Bukan apa aku teringin untuk membawa isteriku bergambar dengan ikan duyung yang ada kat tepi pantai Samila tu. Aku memang dah buat temu janji dengan ikan duyung tu untuk mengambil gambar di situ. Hehehe. Setelah ambil gambar lebih kurang kami pergi makan kat tepi pantai situ. Tak susah untuk mencari kedai makan Muslim disini. Lihat sahaja kedai yang ada tulisan Islam atau ditulis kedai makan Muslim dan pekerjanya memakai tudung. Namun mungkin kita ada masalah bahasa disini. Walaupun Islam tapi kebanyakan dari mereka tidak boleh berbahasa melayu.
Driver teksi yang kami sewa memang setuju untuk menghantar, menunggu dan membawa kami balik semula ke Hotel. Perjalanan ke Songkla pergi dan balik lebih kurang 4 jam termasuk perjalanan 2 jam. Setelah sampai kat Hotel aku hulurkan 750 bath yang telah kami setujui sebelum bertolak tadi. Adalah diingatkan jika anda hendak kemana-mana dengan teksi di Thailand pastikan anda telah bersetuju dengan harga sebelum bertolak jika tidak pemandu tersebut akan meminta caj yang tinggi kepada kita. Namun begiitu jika kita hendakkan caj yang murah kita boleh menaiki bas ke Songkla di mana tambangnya Cuma 200 bath sahaja.
Malam pertama kami di Hat Yai aku membawa isteriku berjalan-jalan di pekan Hat Yai. Berjalan lebih kurang 10 minit dari Hotel, kami sampai ditengah-tengah pekan Hat Yai. Tidak susah untuk mencari di mana pusat pekan Hat Yai. Ini kerana aku tidak lupa membawa satu set GPS yang membantuku mencari dimana lokasi sesuatu tempat. Setelah dipetakan arah tujuan kami aku mengikut sahaja arah yang ditunjukkan dalam GPS tersebut dan alat ini memang cukup membantu kami sewaktu berada disini. Malam tersebut kulihat ramai sekali pelancong dari Malaysia. Walaupun tidak bertegur sapa, dari dialek melayu yang dituturkan tahulah kami pelancong dari Malaysialah tu.Cuma yang membezakan ada yang lagaknya teroverlah sikit, maklumlah berada kat tempat asinglah katakan. Kat tengah pekan Hat Yai ini ada didirikan satu replika pokok Krismas sempena sambutan Krismas pada 25 Disember.
Disamping berjalan-jalan sekitar Odeon Shopping Mall dan sekitar Hotel Grand Plaza, kami juga bergerak ke pasar Santisuk yang banyak menjual peralatan elektronik, cenderamata, baju, CD dan juga peralatan permainan orang tua seperti pistol mainan yang sebiji macam pistol betul. INGAT pistol ni nak beli memang boleh tapi buat balik kene tangkap makan tak sudah nanti. Barang-barang di pekan Hat Yai ini bukanlah murah mana, tapi kita mesti pandai tawar menawar. Nasihatku adalah kita kene tawar lebih kurang separuh dari harga asal dan jika penjual tak setuiju dengan harga tersebut kita naikkan sikit demi sedikit sampailah kita setuju dan rasa murah. Kalau tak blah ajer dan cari kedai lain. Banyak lagi pilihan kat situ.
Esoknya aku menaiki Tuk Tuk sekali lagi kali ini kami pergi ke pasar Hat Yai yang terdiri dari 3 buar pasar. Pasar 1 barangan yang dijual lebih kepada barangan basah dan buah-buahan. Pasar 2 pula dan yang paling terkenal dikalangan pelancong disini.. Disini ada dijual bermacam barangan seperti kasut, barangan kulit, kain orang perermpuan, baju, dan macam-macam lagilah. Pasar 3 pula ialah pasar daging dan ayam.
Disebelah atas iaitu ditingkat 3 pasar 2 ada banyak gerai makanan Muslim dan ada dikalangan mereka yang boleh berbahasa melayu.
Di pekan Hat Yai ini jika anda susah untuk mencari tempat tukaran wang, jangan risau, anda cari sahaja kedai emas dan ada antara kedai emas yang boleh menukar duit dan jika anda bertuah kadar tukaran disini adalah lebih tinggi. Jika anda menaiki Tuk Tuk di pekan Hat Yai pula pastikan anda membayar antara 10 bath ke 20 bath sahaja. Ini adalah kadar biasa untuk Tuk Tuk. Jangan terpedaya jika ada Tuk Tuk yang meminta sehingga 100 bath. Jika anda menginap di hotel di tengah pekan Hat Yai, dan hendak ke stesyen keretapi eloklah anda berjalan kaki sahaja kerana stesen keretapi dekat sahaja dari pecan Hat Yai ini. Tanyalah kaunter hotel tempat anda menginap mana arahnya stesyen keretapi tersebut.
Balik dari Hat Yai Plaza, aku dan isteri amat keletihan sekali, kami ambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel dan akan keluar pada sebelah malamnya pula. Lebih kurang jam 6 petang aku dan isteri bergerak kembali ke tengah-tengah pekan Hat Yai dan kami singah makan dahulu disebuah restoren makanan Islam disimpang jalan berhampiran pekan Hat Yai iaitu Adia Restoren. Rupa bentuk dan susun atur restoren itu kelihatan amat cantik sekali. Namun begitu harganya amat mahal sekali. Mana tidaknya makan 2 orang yang hidangannya cuma air Nescafe panas 2 cawan beserta nasi Paprik dan nasi goreng Seafood harganya menjangkau RM 22.00. Aku terasa mahal sekali. Tapi takpalah sesekali makan mahal begini. Selesai makan malam, malam tu aku dan isteri shopping sedikit sebanyak barang-barang yang tidak biasa kami jumpa kat Malaysia. Tak payahlah aku senaraikan satu persatu apa barangan yang kami beli cukuplah sekadar aku katakana aku dan isteri berhabis lebih kurang RM 250 seorang.
Esoknya aku dan isteri check out dari hotel dalam pukul 10 pagi. Jadual perjalanan keretapi kami adalah pada jam 2 petang. Namun aku berhasrat untuk jalan-jalan buat kali terakhir dipekan Hat Yai ini. Maka aku dan isteri memikullah begpack . Berat jugalah rasanya beg tu ditambvah dengan barangan yang baru dibeli. Terasa macam pelancong Mat Saleh pulak kami bila memikul begpack ni menyusuri jalan-jalan di tengah pekan Hat Yai. Pagi tu setelah selesai shopping last minit, aku mencari-cari arah jalan ke stesyen keretapi, malas rasanya nak naik Tut Tut lagi. Aku bukak GPS dan petakan arah ke stesyen keretapi. Rupanya stesyen keretapi tak jauh dari kami, Cuma dalam lingkungan 200 meter sahaja. Apa lagi aku arahkanlah isteriku untuk menapak kehadapan. Setelah sampai sahaja dihadapan stesyen keretapi, rupa-rupanya stesyen keretapi itu dekat sahaja dari Hotel kami, Cuma perlu jalan terus sahaja dan melepasi beberapa buah ‘traffic light’. Dalam hati dok menyumpah driver Tut Tut kerana mengenakan caj yang tinggi sewaktu kami tiba kelmarin dahulu.
Sementara menunggukan keretapi kami bertolak pada jam 2 petang, kami makan tengahari dahulu di hadapan stesyen keretapi tersebut. Jangan risau untuk makaqn kerana berhadapan stesyen keretaapi Hat Yai terdapai 2 buah gerai makanan Islam. Lebih kurang jam 12.30 tgh aku dan isteri bergerak masuk ke dalam stesyen keretapi dan menuju terus ke tren kami yang sememangnya telah sedia ada disitu. Tepat jam 2.30 petang keretapi itu terus meluncur laju ke stesyen Padang Besar sebelum kami turun untuk mengecop passport kembali bagi menandakan kami selamat tiba semula ke Malaysia.

Kami tiba ti stesyen Bukit Mertajam pada jam 7.30 malam. Aku membuat keputusan untuk turun distesyen tersebut kerana lebih dekat dan senang rakan kami Abdillah untuk mengambil kami. Trip ke Hat Yai ini selamat tiba semula ke rumah kami di Alma tepat jam 9.00 malam. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat kembali dan tiada perkara buruk yang terjadi sepanjang perjalanan. Minggu depan aku sekali lagi akan ke Hat Yai bersama rakan sepejabat seramai 14 orang. Kali ini trip kami akan bergerak dengan Van bermula Wang Kelian – Satun – Krabi - Phuket – Hat Yai – Padang Besar. Nantikan post ku yang akan datang.
Untuk tatapan penuh memoriku di Hat Yai...sila ke link berikut:- Catatan Pengembara
2 comments:
happy duyung tu sambut kedatangan abe keroll n kak azza... :D nice catatan.... nice journey.
hehe...amacam org baru nak jadi cikgu seronok tak dapat pi sana
Post a Comment