Thursday, December 11, 2008

Gunung Irau, Cam. Higlands (2110 m)



Trip ini diadakan pada 18 Mei 2008 yang lalu. Trip yang boleh dikatakan santailah jugak. Disertai oleh lebih kurang 16 orang. Tidak perlu pakai guide kerana ada kalangan kami yg pernah naik sebelum ini dan daripada kajian aku sebelum ni laluan ke Puncak Gunung Irau amat senang untuk dikesan. Ini adalah kerana Gunung Irau menjadi satu trek yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dan pendaki kerana masa yang singkat untuk sampai ke puncak.

Untuk ke Puncak Gunung Irau kita perlulah terlebih dahulu berkereta untuk naik ke starting pointnya. Ini kerana starting point Gunung Irau terletak di puncak Gunung Brinchang. Setelah menempuh laluan berliku berkereta ke puncak Brinchang, kita boleh menyimpan kereta di kawasan lapang pintu masuk ke Gunung Irau. Apabiula masuk sahaja ke kawasan Gunung Irau kita akan disajikan dengan satu pemandangan indah hutan berlumut dikiri dan kanan trek. Sebab itulah Gunung Irau dikenali sebagai 'Mossy Forest'.

Trek Gunung Irau amat berlecak dan berselut. Tidak sah rasanya kalau mendaki Gunung Irau pakaian kita tidak dicemari selut. Ini kerana treknya amat lembut sekali. Semakin tinggi kita mendaki semakin indah panorama yang dapat dilihat.

Pendakian selama lebih kurang 3 jam setengah kita akan sampai ke puncak Gunung Irau. Sepanjang laluan tiada langsung sumber air. Jadi bagi mereka yang hendak bermalam di puncak Gunung Irau dinasihatkan membawa bekalan air secukupnya ke puncak. Puncak Gunung Irau boleh dikatakan agak luas dan boleh menampung lebih kurang 20 ke 30 orang. Kalau hendak bermalam pastikan juga kita membawa pakaian sejuk yang tebal. Ini kerana puncak Irau memang cukup sejuk dan dingin. Satu panorama indah Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland dapat kita saksikan melalui puncak Irau ini.

Untuk turun pula masa yang diambil lebih kurang 2 ke 2 jam setengah sahaja. Masa yg singkat inilah yang menjadi kegemaran pendaki gunung jika berkunjung ke Cameron Higlands, pasti sesekali akan teringin untuk mendaki sekali lagi ke puncaknya.

1 comment:

azza_irah said...

den asyik ditinggal...adeh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails