Episod keempat kali ini akan menceritakan tentang pengalaman kami mengikuti pakej tour
ke utara Thailand Chiengrai dan Golden Triangles. Pakej penuh tour ini ialah
lawatan ke Hot Springs, White Temples, Golden Triangles, trip bot ke Donsao Laos, melawat sempadan Myanmar iaitu Maesai, melawat
suku kaum Yao dan Akha serta suku kaum Karen Long Neck. Pakej ini berharga 1800
bath, lebih kurang RM 180. Pada mulanya kami tak ambil pakej bot ke pecan Donsao
Laos dan cuma dikenakan 1500 bath sahaja, tetapi bila sampai sahaja di Golden
Triangles tu, rasa rugi pulak tak ikut terus trip tersebut, jadi tambah kat
situ terus harga pakej bot 300 bath seorang untuk tiket bot.

Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak pergi ke
Chiengrai dan ke Golden Triangles yang dikatakan pertemuan tiga sempadan negara
Mynamar, Thailand dan Laos. Baru kali ini impian itu terlaksana. Dan yang
paling indah lagi impian ini terlaksana secara gaya backpackers yang dirancang
sendiri semuanya tanpa melalui mana-mana agen pelancongan.
Pakej tour kami ini bermula seawal jam7.00 pagi lagi. Van
pick up kami dari hotel lebih kurang jam 7.30 pagi dan mengambil beberapa orang
lagi pelancong yang akan bersama dalam trip ini. Terdapat lebih kurang 12 orang
semuanya yang terdiri dari 6 pelancong Malaysia, 2 pelancong Korea, 2 pelancong
China dan 2 pelancong Hong Kong. Antara 6 pelancong Malaysia itu,hanya kami berdua adalah Melayu.
Setelah semua penumpang diambil, maka Van terus bergerak ke
destinasi pertama iaitu ke Hot Spring Chiang Rai yang jaraknya lebih kurang 1
jam perjalanan. Kami berhenti tak lama di sini, hanya lebih kurang 25 minit
sahaja. Kelihatan air panas begitu membuak dari dasar kolam. Di sini ramai
peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderamata. Terdapat juga peniaga yang
menjual telur ayam yang boleh dimasukkan ke dasar kolam untuk di rebus.
gambaran Neraka di White Temple
Dari Hot Springs kami bergerak pula ke kawasan White Temples(Wat
Rong Khun) yang jaraknya sejauh 1 jam 20 minit dari Hot Springs. White Temple ini
merupakan hasil seorang artis Thai iaitu Chalermchai Kositpipat dimana White
Temple ini mula di bina pada tahun 1997 lagi dan sehingga sekarang masih lagi
dalam pembinaan. Disini kami diberikan masa lebih kurang setengah jam. Memang
seni bina White Temple ini begitu klasik dan indah, tapi nak buat macam mana
inikan Wat, jadi kami hanya bergambar sekeping dua. White Temple ini
menggambarkan kehidupan di Neraka di bahagian luarnya dan di bahagian dalam
digambarkan kehidupan alam Syurga. Di kawasan White Temple ini juga ramai
peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderamata.
sebelah negara Laos
Kasino di sebelah negara Myanmar

Selesai disini kami bergerak pula ke Golden Triangles. Lagi
satu jam 30 minit perjalanan untuk sampai ke sini. Apabila sampai di kawasan
tebing sungai yang mana terdapat simbol Golden Triangles, kami mengambil
keputusan untuk ikut sama trip naik bot dan merasai pengalaman ke pekan Donsao
Laos. Jadi kene tambah 300 bath seorang beli tiket bot dan bila sampai di
Donsao nanti kene bayar cukai tanah 30 bath seorang. Bagi yang tak ikut trip
bot ni pula, kenelah dok kat kawasan tebing Golden Triangles tu lebih kurang 1
jam setengah menunggu sehingga habis grup yang ikut trip ke Laos ni. Dari atas
bot, kami diberikan penerangan tentang sejarah sempadan tiga Negara ini di mana
dahulunya kawasan ini merupakan pusat pengedaran candu dan cara urusniaga
mereka dahulu candu hanya ditukar dengan emas. Kat sini juga terdapat satu
pulau yang dikenali sebagai “No Man Land”. Kami juga di bawa dengan bot menyusuri sungai ke kawasan Myanmar dan diperlihatkan satu
bangunan kasino yang cukup besar di kawasan Myanmar. Selepas itu kami di bawa
naik ke kawasan pekan Donsao Laos. Memang begitu banyak sekali peniaga di sini
dan yang paling banyak sekali di jual ialah beg-beg kulit untuk kaum wanita.
Selesai shopping sikit barang-barang, kami bergerak kembali dengan bot ke
kawasan sebelah Thailand. Kali ini pergi makan lah pulak yer. Golden Triangles
kami tinggalkan, mungkin lain kali mai lagi.


Pekan Donsao Laos
Selesai makan kami bergerak ke pekan Maesai iaitu pekan yang
bersempadan dengan Myanmar iaitu Tachilek. Kat sini kami di bawa oleh tour
guide kami ke kawasan paling utara dalam Thailand. Sempatlah bergambar berlatar
belakangkan Myanmar. Kat pekan Maesai ini, barang-barang memang murah sikit
berbanding Chiangmai. Kami hanya sempat membeli beberapa key chain untuk
diagihkan kepada rakan-rakan di Malaysia.
Pintu sempadan ke pekan Tachilek Myanmar
Belakang kami Negra Mayanmar
Kawasan paling Utara di Thailand
Dari pekan Maesai kami bergerak pula ke perkampungan suku
kaum Yao, Akha dan Karen. Sebenarnya terdapat 6 suku kaum pergunungan yang
menghuni daerah utara Chiangmai dan Chiangrai ini. Antaranya ialah Lahu, Akha, Karen,
Hmong/Miao, Mien/Yao dan Lisu. Mereka ini sebenarnya dating dari daerah Burma,
Laos, Tibet dan Yunnan China. Kalau nak
tahu lebih lanjut lagi korang tanya sendirilah pak cik Goggle yer. Aku malaslah nak cerita panjang lebar
pasal suku kaum ni.





Dalam lawatan ini, kami hanya melawat tiga suku kaum iaitu
Yao, Akha dan suku kaum leher panjang Karen. Suku Yao berbangga dengan topi
yang di pakai dikepala mereka, suku Akha pula berbangga dengan pakaian mereka
yang begitu cantik dan indah sekali dan yang paling kami nak lihat sendiri
ialah suku kaum leher panjang yang memakai besi di tengkuk mereka iaitu suku Karen.
Mereka ini tinggal di kawasan bersebelahan sahaja semasa lawatan kami ini. Dari
ketiga suku kaum ini, kaum Karen yang paling istimewa dan mereka ini tinggal
dalam kampung dibahagian paling dalam dan pelancong dikenakan caj tambahan
untuk melawat suku kaum ini. Sungguh pandai sekali pemerintah Thailand ni. Kami
banyak mengambil gambar dengan suku kaum Karen ini. Mereka ini dikatakan paling
cantik antara ketiga-tiga suku kaum ini.





Kami bergerak pulang ke Chiangmai setelah selesai di
perkampungan ini, dan perjalanan ke Chiangmai mengambil masa lebih kurang 3 jam
setengah. Kami sampai kembali ke hotel lebih kurang jam 9.00 malam. Penat
sungguh perjalanan pada hari ini, namun kami sempat lagi meronda pasar malam
Anusan dan kami bertuah pasar malam malam ini lebih besar lagi dari semalam.
Oleh kerana ini malam last jadi kami tak melepaskan peluang untuk terus meronda
setiap inci pasar malam di sini. Esok cadangnya nak meronda pecan Chiangmai
dengan menyewa motor. Nantikan cerita kami ronda-ronda sekitar Chiangmai dengan
motor.
Nantikan episod kelima nanti.