Friday, April 23, 2010

Kawah Ijen, Jawa Timur Indonesia

Kawah Ijen merupakan satu kawasan kawah gunung berapi yang terletak di Jawa Timur Indonesia. Perjalanan untuk ke sini sahaja cukup memenatkan kerana terpaksa melalui pekampungan kecil dan jalan yang berliku-liku. Ini merupakan sedikit cebisan dari pengalamanku sewaktu berkunjung kesana sedikit waktu dahulu.
Kawah Ijen ialah kawasan untuk mengambil belerang ataupun sulfur. Bila dilihatkan orang yang mengambil belerang itu, hati kita mesti bertanya kuatnya mereka dan kita akan bertanya lagi berapakah upah yang diperolehi oleh mereka.

Bila persoalan diajukan kepada mereka, dengan senyum mereka menjawab upahnya lebih kurang RM 10 sahaja sekali angkut untuk di bawa turun. Rata-rata beban yang mereka tanggung lebih kurang 70 - 80 kilo. Purata umur mereka yang bekerja di sini pula lebih kurang lingkungan umur 40 - 60 tahun. Kesian sungguh melihat mereka apabila dipikirkan upah yang diperolehi tidak sama dengan beban yang di bawa.
Lihat sahaja photo diatas untuk mengambil sulfur tersebut pekerja-pekerja ini terpaksa turun lebih kurang beratus meter kebawah dan naik semula keatas dengan beban yg berat dibelakang, seterusnya membawa beban tersebut turun kekaki gunung untuk dibawa ke pusat pengumpulan. Masa yang diambil pula dari turun dan naik sehingga ke tempat pengumpulan ialah lebih kurang 3 jam. Paling banyak pun seseorang itu hanya boleh membuat 2 ke 3 trip sahaja sehari.
Kami yang cuba untuk turun kebawah iaitu ketempat mereka mengambil sulfur tersebut, tidak dapat bertahan lama disitu kerana tidak tahan dengan bau sulfur tersebut yang terlampau menusuk ke hidung. Hati bertambah sedih apabila melihatkan raut wajah mereka yang menampakkan kesusasahn yang mereka alami. Kebanyakan mereka tidak segan silu untuk meminta wang dan rokok dari pelancong yang berselisih dengan mereka di situ.

Kami akhiri lawatan kami disini dengan satu perasaan keinsafan dihati dan kamim teruskan tinggalkan Ijen untuk bergerak pula ke Pulau Bali

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails