Thursday, April 22, 2010

Pengalaman ditahan polis sewaktu di Bali

Nak cerita sikit pasal pengalaman lama aku sewaktu bercuti di Pulau Bali pada tahun lepas. Waktu tersebut kami dalam perjalanan dari Surabaya nak ke Pulau Bali dengan menaiki sebuah lori kecil.
Kesemua kami berjumlah 6 orang. Oleh keraana lori tersebut kecil maka bertinggunglah kami dibelakang lori tersebut.

Inilah rupanya lori yang kami naiki tersebut, Waktu lori tu baru sahaja keluar dari tempat persinggahan kami dan mengalami kebocoran tayar. Mungkin ni petanda awal perkara buruk nak berlaku.

Pada awalnya perjalanan berjalan lancar. Pemandangan orang naik lori duduk dibelakang adalah biasa kalau di Surabaya. Disepanjang perjalanan kami pun ramai lagi orang lain yang berkeadaan sama seperti kami. Cuma yang bezanya kami ni ditemani beg-beg sandang yang besar disisi. maklumlah baru turun dari Gunung Raung.

Sewaktu memasuki Pulau Bali, kami disajikan dengan pemandangan yang indah sekali dikiri kanan jalan. Kelihatan rumah-rumah masyarakat Bali yang rata-ratanya berketurunan Hindu penuh dengan kuil Hindu dihadapan rumah mereka.

Ketika hendak samapai lebih kurang 30 km sahaja lagi dari Pekan Utama Pulau Bali iaitu di bandar Kuta, kami ditahan oleh seorang Polis yang menaiki motosikal. Pak Supir memberhentikan kenderaan dan berbincang sesuatu dengan Polisi tersebut. Kami dikehendaki mengikutnya ke pondok polis yang terdekat.

Rupa-rupanya di Pulau Bali ini undang-undangnya berlainan sedikit walaupun dalam negara Indonesia sendiri. Disini menaiki lori dengan cara tersebut adalah salah. Akhirnya Pak Supir tersebut telah di saman oleh Polisi tersebut dan kami dikehendaki turun sahaja disitu dan menunggu bas untuk kedestinasi seterusnya.

Yang menjadi masalahnya apabila berlaku pertukaran syif kerja antara polis siang dan petugas malam kat pondok tersebut. Kami memang tidak salah apa-apa, memang kami boleh terus bergerak ke pekan Kuta cuma kami terpaksa menunggu bas atau teksi sahaja. Tapi disebabkan susah untuk mendapatkan kenderaan tersebut disitu maka lewat sikit kami mendapat kenderaaan.

Masalah bermula apabila polis seterusnya mengambil syif. Sudah tentu polis yang baru masuk syif bertanyakan apakah masalah kami. Setelah diberitahu lebih kurang mereka bertanya lagi seperti kami ini tidak mempunyai pasport yang sah. Mereka tidak membenarkan kami beredar dari situ sehinggakan terpaksa memanggil pegawai yang lebih tinggi yang biasa dengan urusan pasport. walaupun mereka meneliti pasport kami tapi mereka seperti tidak pasti dan konfius samada kami ni sah atau tidak masuknya. Dalam hati kami mulai geram bercampur fed-up.

INilah bila dah boring, kami dok tengok TV kat luar pos tersebut. Ni sementara menunggu bos mereka yg lebih besar sampai.









Bila pegawai polis yang lebih berpangkat sampai kami terpaksa menerangkan sekali lagi akan punca masalahnya. setelah berbincang lebih kurang setengah jam pegawai tersebut berjanji untuk membantu kami dan mengakui akan salah faham anak buahnya.Pegawai tersebut juga telah membantu kami mendapatkan sebuah teksi memandangkan hari makin jauh malam.














Kami sampai pekan Kuta jam 11 malam, Masalah bagi kami kerana terpaksa mencari bilik Hotel. Kebanyakan bilik Hotel semuanya telah penuh. Ini disebabkan hendak menjelanya tahun baru. Setelah masuk lebih kurang 4 dan 5 buah hotel akhirnya dapat jugaklah 3 buah bilik untuk kami.

Moralnya kat sini kalau kita terlibat dengan masalah polis kat mana-mana negara asing, kalau masalah tersebut kita boleh blah awal elok kita beredar segera dari pegawai polis tersebut. Takutnya masalah kecil jadi besar, dan yang tak salah jadi salah.

1 comment:

Jonathan said...

Good Contents You may be Like Utada Hikaru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails