

Trip kali ini disertai oleh lebih kurang 12 orang dari geng Penang termasuk isteriku. 5 orang rakan dari Geng Manjung joiun kami di Masjid kampar. Kali ini aku memilih tarikh 10 hingga 11 April 2010.

Malam tersebut kami menumpang tidur di kawasan masjid. Keesokannya kami bersarapan terlebih dahulu di kawasan gerai disebelah masjid dan membungkus bekalan untuk makan tengahari. Pendakian bermula jam 9.00 pagi. Mula-mula sampai dikaki Gng Bujang Melaka..wauuu hatiku rasa riang sekali tgk air terjun kat situ. Air cukup banyak, betullah cakap Kodin Gunung Bujang Melaka ni bekalan airnya banyak tahap cipan.

Masa ni ada dah yg terkena pacat, Seterusnya perjalanan diteruskan lagi setelah berehat lebih kurang. Pada mulanya trek adalah mendatar melalui kebun durian, nasib baik bukan musim durian kalau tak kenduri durianlah kami. dari rumah orang asli, trek mula mendaki, yang bestnya sepanjang pendakian bunyi air sentiasa menemani kami.
Kami tiba di Kem Pacat lebih kurang jam 11.00 pagi. Jarak antara grup depan dan belakang tidaklah terlalu jauh. kami tak berehat lama kat Kem Pacat kerana kat sini banyaknya sangat pacat. Setelah penat mendaki naik turun akhirnya kami sampai jugak kat kem Lebah lebih kurang jam 1.00 petang iaitu lebih kurang 4 jam berjalan. Masa mendaki kami terserempak dengan grup dari UIA sedang turun. Nasib baik dia orang dah turun kalau tak penuhlah Campsite malam tu. Walaupun hari masih awal kami tak bercadang untuk terus ke puncak pada hari itu, Bukan apa memang rasa letih sangat, rasanya elok esok pagi sahaja pendakian ke puncak dimulakan.

Esoknya aku bangun seawal jam 6.00 pagi, menu pagi ni Nasi Lemak. Setelah semua selesai bersarapan kami memulakan pendakian ke puncak jam 8.30 pagi. sampai ke puncak jam 10.00 pagi. Untuk sampai ke puncak Bujang Melaka, banyak sekali puncak tipu. Turun naik tak sampai-sampai jugak.


Grup depan sampai kat Empangan lebih kurang jam 1.00 tengahari. Sebaik sampai kami mempersiapkan makan tengahari. Dari perhubungan radio dengan grup belakang semasa kami sampai di Empangan grup belakang telah tiba di Kem Pacat. Aku juga mendapat maklumat yg Izan telahpun piawai dan terpaksa bertongkat turun. Ini membuatkan pergerakan bertambah perlahan.
Akhirnya grup belakang tiba juga lewat 2 jam dari grup depan. Setelah semua selamat sampai kami bersama-sama menjamu selera. Selesai makan kami mandi sepuas-puasnya dan turun semula ke tempat parking dan selamat sampai di parking starting point jam 4.00 petang.
Kami sampai di Masjid dan membersihkan diri dan bersiap untuk pulang ke Penang kembali.
Selamat sampai balik di Penang jam 9.00 malam. Alhamdulillah satu lagi pendakian gunung kami succes dan berjumpa lagi dalam pendakian ke Gunung Stong, Gunung Baha dan Gunung Ayam di Dabong Kelantan pada 28 hingga 30 Mei 2010 nanti.
1 comment:
assalammu alai kum.
saya nak tanya pasal gunung bujang melaka, perak ni. susah x nak daki gunung ni???
kalau kali pertama daki boleh sesat x??? dan ada x org yang pernah sesat daki gunung ni??? itu je...
Post a Comment