Tuesday, April 20, 2010

Log Gunung Bujang Melaka


Line up ; Kayrol, Ust Din, Ust Azan, Rozaimi, Haizul, Salahudin, Izan, Eilah, Liana, Azza, Laili, Zura. Geng Manjung terdiri dari Kodin, Hafizudin, Lah, Omm, Adik Kodin.

Trip kali ini disertai oleh lebih kurang 12 orang dari geng Penang termasuk isteriku. 5 orang rakan dari Geng Manjung joiun kami di Masjid kampar. Kali ini aku memilih tarikh 10 hingga 11 April 2010.
Kami bertolak dari Pulau Pinang jam 10 mlm dengan menaiki 3 buah kereta. Sampai di Masjid Kampar lebih kurang jam 2.00 pagi. Jumpa ngan geng Manjung yang memang dah ada kat masjid tersebut dari jam 12 malam.

Malam tersebut kami menumpang tidur di kawasan masjid. Keesokannya kami bersarapan terlebih dahulu di kawasan gerai disebelah masjid dan membungkus bekalan untuk makan tengahari. Pendakian bermula jam 9.00 pagi. Mula-mula sampai dikaki Gng Bujang Melaka..wauuu hatiku rasa riang sekali tgk air terjun kat situ. Air cukup banyak, betullah cakap Kodin Gunung Bujang Melaka ni bekalan airnya banyak tahap cipan.

Setelah berdoa dan senaman ringan sikit, kami memulakan pendakian, lebih kurang 10 minit kami sampai kat empangan, rehat kejap kat situ tgk air terjun, Azan dan Kodin sempat buat terjun tiruk kat situ....kemaruklah tu.Seterusnya perjalanan diteruskan dan kami sampai pulak kat rumah orang asli lebih kurang 20 minit kemudiannya.

Masa ni ada dah yg terkena pacat, Seterusnya perjalanan diteruskan lagi setelah berehat lebih kurang. Pada mulanya trek adalah mendatar melalui kebun durian, nasib baik bukan musim durian kalau tak kenduri durianlah kami. dari rumah orang asli, trek mula mendaki, yang bestnya sepanjang pendakian bunyi air sentiasa menemani kami.
Kami tiba di Kem Pacat lebih kurang jam 11.00 pagi. Jarak antara grup depan dan belakang tidaklah terlalu jauh. kami tak berehat lama kat Kem Pacat kerana kat sini banyaknya sangat pacat. Setelah penat mendaki naik turun akhirnya kami sampai jugak kat kem Lebah lebih kurang jam 1.00 petang iaitu lebih kurang 4 jam berjalan. Masa mendaki kami terserempak dengan grup dari UIA sedang turun. Nasib baik dia orang dah turun kalau tak penuhlah Campsite malam tu. Walaupun hari masih awal kami tak bercadang untuk terus ke puncak pada hari itu, Bukan apa memang rasa letih sangat, rasanya elok esok pagi sahaja pendakian ke puncak dimulakan.
Malam tersebut menu kami ialah Ayam Goreng, Ikan Kering dan Tomyam Ayam. Berselera makan malam tu. Tambah pulak petang tadi turun mandi kat air terjun dekat campsite Lebah. Air kat situ sejuk sekali. rasa puas mandi bila badan rasa letih dan penat. Selesai makan kami borak lebih kurang dan masing2 lelap jam 12. malam. nasib baik hujan turun tak lebat malam tu, hanya renyai2 sahaja.
Esoknya aku bangun seawal jam 6.00 pagi, menu pagi ni Nasi Lemak. Setelah semua selesai bersarapan kami memulakan pendakian ke puncak jam 8.30 pagi. sampai ke puncak jam 10.00 pagi. Untuk sampai ke puncak Bujang Melaka, banyak sekali puncak tipu. Turun naik tak sampai-sampai jugak.
Puncak Bujang Melaka ditandakan dengan Beirut. Kat puncak ni banya sekali lebah. Kami tak boleh berada lama kat sini. Kehadiran sang lebah merimaskan kami. Setelah ambik gambar dan berposing lebih kurang kami pun turun semula ke Campsite Lebah.Tiba balik kat Camsite Lebah lebih kurang jam 11.20 pagi. setelah kemas semua kelengkapan dan membersihkan Campsite dari sampah sarap kami mula turun. Aku turun terlebih dahulu bersama-sama grup depan meningggalkan grup perempuan dan Azan sebagai sweeper bersama-sama dengan Geng manjung. Bukan apa aku turun awal untuk mempersiapkan makan tengahari kat Empangan. kami berjanji untuk tunggu kat situ.
Grup depan sampai kat Empangan lebih kurang jam 1.00 tengahari. Sebaik sampai kami mempersiapkan makan tengahari. Dari perhubungan radio dengan grup belakang semasa kami sampai di Empangan grup belakang telah tiba di Kem Pacat. Aku juga mendapat maklumat yg Izan telahpun piawai dan terpaksa bertongkat turun. Ini membuatkan pergerakan bertambah perlahan.
Akhirnya grup belakang tiba juga lewat 2 jam dari grup depan. Setelah semua selamat sampai kami bersama-sama menjamu selera. Selesai makan kami mandi sepuas-puasnya dan turun semula ke tempat parking dan selamat sampai di parking starting point jam 4.00 petang.
Kami sampai di Masjid dan membersihkan diri dan bersiap untuk pulang ke Penang kembali.
Selamat sampai balik di Penang jam 9.00 malam. Alhamdulillah satu lagi pendakian gunung kami succes dan berjumpa lagi dalam pendakian ke Gunung Stong, Gunung Baha dan Gunung Ayam di Dabong Kelantan pada 28 hingga 30 Mei 2010 nanti.

2 comments:

KELAB ASKAR WATANIAH POLITEKNIK PORT DICKSON said...

assalammu alai kum.
saya nak tanya pasal gunung bujang melaka, perak ni. susah x nak daki gunung ni???
kalau kali pertama daki boleh sesat x??? dan ada x org yang pernah sesat daki gunung ni??? itu je...

Adventure Nepal said...

Nepal Planet trek - Perancang perjalanan anda
Nepal Planet trek - Perancang perjalanan impian anda

Nepal Planet Treks dan ekspedisi memberi tumpuan kepada sokongan pelanggan yang cemerlang dan perkhidmatan pada kos nilai-untuk-wang.

Kami menawarkan perjalanan yang disesuaikan secara peribadi dan aktiviti-aktiviti yang direka untuk keperluan pelanggan.

Dengan mengkhusus dalam menganjurkan lawatan trekking, ekspedisi gunung, mendaki puncak, berakit, paragliding, bungee jumping, Berbasikal dan bersiar-siar di Nepal, kami adalah pilihan terbaik anda untuk lawatan anda ke negara yang indah ini

Ahli-ahli pasukan yang ramah di Nepal Planet Treks dan ekspedisi terdiri daripada pelancongan pengembaraan yang sangat berpengalaman dan Gunung pakar dengan aras yang tinggi pengetahuan praktikal anda mengenai semua Nepal yang mempunyai pengunjung.

Hubungi kami dengan keperluan anda dan kami akan dengan sukacitanya menghantar Jadual sesuai dengan kos

Kami memastikan bahawa anda akan mendapat masa yang paling indah dalam hidup anda apabila anda melancong dengan Nepal Planet Treks... Kami janjikan
http://www.nepalplanettreks.com/
http://www.nepalguideinfo.com
Email:sanjib-adhikari@Hotmail.com
Nepal Planet trek dan ekspedisi
Paknajol, Thamel, KTM Nepal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails