Friday, April 23, 2010

Anatomi Pendayung (Paddle)




ANATOMI PENDAYUNG

Pandayung adalah alatan yang kedua terpenting dalam aktiviti berkayak. Ia berfungsi untuk menggerakkan kayak anda ke semua arah dan juga untuk mempraktikkan teknik-teknik tyang telah anda pelajari.Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukannya.Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angina terhadap mata dayung yang berada di udara sewaktu berdayung.
Sebagaimana kayak., pendayung juga mempunyai anatominya yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakkan dayungan.
Blade ( Bilah mata dayung )

Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.

Tip ( Pelindung mata dayung )

Kepingan logam yang beada di hujung mata dayung. Berfungsi melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan. Tidak semua pendayung mempunyai tip.

Shaft/Loom/Bar ( Batang Pendayung )

Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck ( Leher Pendayung )

Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring ( Bulatan Getah )

Bahan yang diperbuat daripada getah atau plastik dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tiddak semua pendayung mempunyai drip ring.

Front Of Blade ( Muka Dayung )

Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back Of Blade ( Belakang Dayung )

Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails