Wednesday, April 21, 2010

Pantai Bayan Indah, Penang

Ni ada satu tempat yang menarik kat Pulau Pinang. Mungkin tempat ni telah lama dikenali oleh masyarakat berdekatan. Lokasinya berdekatan dengan pusat membeli belah Queensbay Mall. Lebih tepat lagi bersebelahan dengan Jetty Feri ke Pulau Jerejak.

Pada sebelah petang kawasan pantai ini menjadi tumpuan para pengunjung dan orang ramai yang datang untuk bersantai bersama keluarga dan berehat. Terdapat beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman ringan juga ada yang menjual permainan layang-layang.

Bayu angin di sini cukup lembut dan menenangkan. Bagi sesiapa yang datang untuk menenagkan fikiran disinilah tempatnya. Selain jauh sedikit dari jalanraya utama ianya memang kawasan sedikit terlindung dari pandangan luar. Jika anda datang dari arah Jambatan Pulau Pinang menggunakan laluan tepi pantai, apabila sampai disimpang kiri ke Jetty Pulau Jerejak ambillah selekoh tersebut. Lebih kurang 40 meter dari simpang tersebut pantai Bayan Indah ada dihadapan anda.
jangan risau tersilap, memang ramai pengunjung disini terutamanya disebelah petang. Jika anda datang pada malam minggu disini juga ramai orang yang datang berehat dan ada yang datang berkhemah bersama keluarga. Pemandangan malam lampu cahaya dari Jambatan Pulau Pinang memang cukup indah sekali. Jika datang bersama keluarga untuk berkhemah jangan lupa untuk membuat BBQ disini. Berselera sekali rasanya bila sesekali berehat dan bersantai cara sebegini.

5 comments:

kayown said...

bestnya lama x g pantai..

are-bue said...

tiada kesempatan lg nak jln2 kat penang nie, selalu pegi ada urusan aje.

Kepala Bergetar said...

KB pernah singgah kat pantai ni.. klu tak silap tahun 2005

storm said...

lamanya kb, 2005 lagi, kalau pergi skrg mesti dah jauh bezanya

storm said...

kayown...lain pantai lain anginnya..betul tak.
are-bue....mai lah jalan kat penang ni...masa muda nilah nak jalan..bila tue nanti tak larat pulak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails