Tuesday, April 20, 2010

Misi Menjejak Air Terjun lata Puteh

Tarikh : 18 April 2010
Peserta : 8 org
Lokasi : Selama,Perak
Misi mencari Air terjun Lata Puteh, Selama bersandarkan satu tujuan iaitu untuk merealisasikan satu kursus survival buat Jurulatih baru Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.

Lalu perancangan diatur, berbekalkan sedikit maklumat dari internet aku cuba mencari titik kordinat untuk diselaraskan ke GPS supaya senang untuk mengesan kedudukan sebenar lokasi Air terjun ini.

Dari apa yang diketahui Air terjun ini memang jarang di lawati. Mungkin kerana kedudukannya yang jauh kedalam hutan dan dilaluan jalanraya yang jarang dilalui oleh kereta.

Maklumat yg diperolehi Air terjun ini terletak di tepi jalan antara Ijok ke Lenggong. Seterusnya perancangan diatur, aku mengumpulkan lebih kurang 8 orang rakan untuk turut bersama menjejak lokasi Air terjun ini. Line up yg turut serta adalah aku, Bazli, Abdillah, Salahudin, Shahrom, Fauzi, Azan, Ust Din.

Berpandukan GPS kami mula mengesan lokasi air terjun ini. Starting point ditandakan dengan tangki air tepi jalan. Tak susah untuk mengesan lokasi tangki air ini keranma berada betul-betul ditepi jalan. Setelah sampai persiapan diatur, Segala kelengkapan disusun. Papan tanda di situ menunjukkan air terjun ini merupakan air terjun ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Hati tak sabar untuk menjejaki air terjun ini.

Kami memulakan pergerakan dgn menyusur laluan air terjun di belakang tangki air. Trek memang langsung tidak kelihatan, jadi terpaksa meredah semak-samun dan belukar. Apalagi sapa yg ada kat depan sekali tu menebaslah jawabnya.Berpandukan GPS kami teruskan pergerakan, Kedengaran bunyi air terjun semakin kuat. Sepanjang pergerakan naik, ami tandakan laluan kami dengan tali riben merah putih yg biasa dilihat ditrek laluan kegunung-gunung di Malaysia. Pertengahan laluan kami satu kejadian tidak diduga berlaku. Terdapat lebih kurang 8 ekor babi hutan tiba-tiba sahaja meluru berlari betul-betul ditengah-tengah laluan kami. Rakanku Abdillah tiba-tiba sahaja menjerit +#@&, dan dengan pantas masing-masing mencari perlindungan. Alhamdulillah semua kami selamat cuma Azan sahaja yang mengalami kecederaan di jari sewaktu bertindak menyelamatkan diri.

Seterusnya kami teruskan pergerakan dan terjumpa pula sepohon pokok tualang yang besar dan dibawahnya terdapat bekas madu lebah(sarangnya) yang terjatuh. Terdapat lelehan madu lagi pada sarang tersebut.
Akhirnya setelah berjalan lebih kurang sejam, tersergam dihadapan kami air terjun yang cukup mengagumkan. Cukup "marvellous'. Inilah pertama kali aku berada dibawah air terjun yang cukup cantik dan menawan. Aalagi kami tidak membuang masa, masing-masing terus mandi sepuas hati. Walaupun berada jauh dari terjunan air, aku masih dapat merasakan kabus dari air terjun ini.
Memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata akan keindahan dan kepuasan berada dibawah air terjun ini. Memang kami layan mandi air terjun di sepuas-puasnya. Masing2 sibuk berposing mengambil gambar untuk tatapan rakan-rakan. (nak bagi jeles rakan yg tak pergi)
Kami juga terjumpa seekor binatang yg jarang kami lihat, entah apalah nama binatang ni. Setelah puas mandi dan selesai makan, kami pun bertolak turun. Kali ini kami tidak mengikut laluan sama yang kami ikuti semasa naik, tetapi kami cuba pula laluan disebelah sana air terjun.

Nampak seperti ada bekas laluan pendaki sebelum ini. Walaubagaimanapun kesan laluan ini samar2 sahaja. Ketika menuruni lalaun ini kami terjumpa beberapa anak air terjun, cantik jugaklah. Kami juga terjumpa tangki takungan air. Ini menunjukkan laluan ini memang digunakan orang.

Tidak sampai setengah jam kami menuruni laluan kami telahpun sampai di pinggir jalan. Laluan keluar itu hanya beberapa meter sahaja dari tempat kami parking kereta. Alhamdulillah semuanya selamat dan misi terlaksana. Lepas ni boleh kalau sapa-sapa nak pergi kesini kerana kami ada tandakan laluan untuk menyenangkan para penjejak yang lain.

Namun ingatetika dalam perkhemahan dan rekreasi, kebersihan haruslah diutamakan. Sampah yg ada dibawa turun supaya keindahan tempat tersebut tetap terpelihara sepanjang masa.

Untuk melihat kolaksi gambar sila klik sahaja link kat bawah ni

http://myxpdition.multiply.com/photos/album/44/Misi_Menjejak_Air_Terjun_Lata_Puteh_


















1 comment:

houriyyahanna said...

Salam saudara. Sy teringin nk ke lata puteh ni dah lama tapi tak kenal sapa2 yg boleh guide. Boleh saudara recommend sesiap yg boleh dipercayai utk guide kami ke sana atau boleh saudara jadi guide kami? Kami dr kuala lumpur dlm 3-5 org. Mostly girls

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails