Friday, November 18, 2011

Gua Tempurong, Perak

Gua Tempurong, pasti korang semua pernah dengar nama ni kan...Terletak berdekatan pekan Kampar dan Gopeng. Kalau nak kesini dari Lebuhraya Utara-Selatan, masuk sahaja melalui Simpang ke Gopeng dan belok ke kiri selepas tol. Simpang ke Gua Tempurong lagi 5 km dari simpang tol Gopeng ni. Dari tol Gopeng, simpang ke Gua Tempurong terletak di sebelah kiri dan dari simpang masuk Gua Tempurong jaraknya lagi 2 km ke dalam.
Lawatan aku kali ini adalah kesinambungan dari Program TOT Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Untuk masuk ke Gua Tempurong pihak APT KOnsortium iaitu pihak yang menguruskan kawasan Gua Tempurong ini menyediakan 4 pakej yang boleh dipilih oleh para pelancong. dari yang tahap santai ke tahap paling mencabar sekali. Untuk harga pakej dari pihak APT korang boleh klik saja kat sini.
Kali ini aku memilih pakej paling mencabar iaitu pakej Grand Tour yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan kos RM 22 seorang. Pakej Grand Tour yang paling mencabar sekali yang memerlukan peserta untuk merangkak, menggelongsor, menyelit dicelahan lubang gua dan juga meranduk air. Pendek kata pakaian gerenti basah dalam pakej ini.
Kami ditemani oleh seorang Jurupandu dari pihak APT iaitu Abg Halim. Semasa permulaan perjalanan Abg Halim menerangkan kepada grup aku pembentukan stalagtit dan stalagmit. Dalam kesamaran lampu di dalam gua, Abg Halim juga menunjukkan kepada kami akan dinding gua yang menyerupai benda-benda tertentu seperti tikus, Osama Laden, Rama-rama, potret Monalisa, Janin babi, perempuan membasuh rambut, imam dan makmun sedang bersolat dan macam-macam lagi. Semua ini sukar dilihat dengan mata kasar sebenarnya. Apabila diamati dengan betul-betul, baru kita dapat melihat sebenarnya.
.
Ketika berada di puncak Gua Tempurong, kami dapat menikmati udara segar seperti dalam gua ini dipasang Aircond pulak. Kat sini segar sikit rasanya setelah penat memanjat anak-anak tangga untuk samapai di sini.
Setelah 1 jam melalui kawasan bercahaya di dalam gua, tibalah saat kami akan menghadapi suasana gelap sebenar di dalam gua. lampu akhirnya dipasang. Kami mula melalui trek sebenar di dalam gua. Tiada lagi laluan bersimen. Kami pula mula meranduk air.
Keadaan sempit dalam gua memerlukan kami menunduk dan juga kadangkala merangkak untuk melalui laluan tersebut. Sesekali Abg Rahim telah mengenakan beberapa peserta yang berada di hadapan, dimana pada satu kawasan dimintanya peserta supaya merangkak didalam air, tetapi sebenarnya disebelah tepi boleh dilalui tanpa perlu merangkak, hanya perlu tunduk sedikit sahaja.
.
Apabila keadaan ini disedari, riuh rendahlah dalam gua dengan hilai tawa kami. Bukan sekali Abg Rahim mengenakan peserta dihadapan tapi sampai empat kali. Itu yg membuatkan kami riuh rendah dalam gua.
Ada satu kawasan tu pulak dimana kami terpaksa menggelungsur kerana tebing yang curam dan licin. Seorang demi seorang melepasi halangan tersebut. Rakan yang turun awal membantu menahan peserta yang baru hendak turun bergantung. Satu cerita menarik apabila seorang peserta takut untuk turun, lebih kurang 10 minit dok terketar-ketar kat atas. Setelah dipaksa barulah dia hendak turun. Itupun aku terpaksa menjerkah baru dia nak turun.
Laluan terakhir sebelum kami keluar dari gua, kami terpaksa melalui dengan mengharungi laluan sungai sampai ke penghujung gua. Terasa seronok sekali apabila dapat kembali ke gua setelah lama tidak membuat aktiviti sebegini. Bagi aku Gua Tempurong tidaklah teruk mana untuk ditempuhi jika nak dibandingkan dengan gua Wang Burma di Perlis. Ini mungkin gua ini sering menerima pelancong yang ramai setiap hari.
.
Kalau nak rasa pengalaman masuk gua dan korang tak nak yang terlampau 'adventure', Gua Tempurong adalah tempat yang sesuai bagi korang semua.
Bergambar kenangan setelah keluar dari gua. Syok bukan apa sebab dapat melihat kembali cahaya mentari setelah bergelap selama 4 jam kat dalam tu.
.
Nak info lebih lagi korang lawatlah sendiri web site Gua Tempurong ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails