Lama rasanye tak menulis blog ni...aku ni bukannye jenis yang rajin sangat nak menulis blog. Tapi rasenya ada sesuatu yg aku nak berkongsi dengan teman-teman semua, iaitu ceritaku ketika pergi melawat Phuket tempoh hari. Kali ini aku bukannye nak bercerita stail tulis novel lagi, tapi lebih kepada catatan harian dan pengalaman sewaktu disana.
Trip ke Phuket ini aku pergi dengan menggunakan 2 buah Van Siam yang mengambil kami di Pusat Kokurikulum Perlis di Timah Tasoh Perlis. Trip kali ini disertai oleh seramai 14 orang. 10 lelaki dan 4 perempuan. Kali ini kami keluar dan cop pasport ikut pintu sempadan sebelah Wang Kelian. Kebetulan hari tu hari Ahad dan merupakan hari besar dipekan Wang Kelian dan Wang Prachan sebelah Thailand. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, hari Ahad merupakan hari minggu yang besar di pintu sempadan ini. Disini terdapat banyak deretan gerai menjual pelbagai barangan dan dikunjungi oleh ramai orang dari serata Malaysia. Pada hari Ahad kita boleh masuk kesebelah Siam iaitu ke Pekan minggu Wang Prachan ini tanpa menggunakan pasport. Cukup hanya menunjukkan kad pengenalan sahaja untuk keluar dan masuk pintu sempadan. Tapi ingat hanya untuk kepekan ini sahaja. Untuk lebih jauh pasport tetap diperlukan.
Keesokan harinya hari kedua sebelum bertolak ke bandar Phuket kami membuat aktiviti 'Island Hopping' terlebih dahulu. Sebuah bot sewanya 2000 bath lebih kurang RM 200. Boleh tahanlah murahnya. Kami dibawa melawat 4 buah pulau disekitar tempat tersebut dengan masa lebih kurang 4 jam. Dikawasan pulau, suasananya sama sahaja seperti dipekan Ao Nang pada sebelah malam, semua pantai penuh dengan Mat Saleh dok berjemur. kalau lemah iman tak tahulah. Macam-macam fesyen Mat Saleh ni dok berjemur dari yg dua helai dan jenis 1 helai kat bawah sahaja pun ada. Tak sesuai kalau bawa anak-anak kesini. Kat sini kami singgah di Poda Island, Raylay Beach, Chicken Island dan Tap Island.
Perjalanan kami ke Phuket pada hari itu, singgah dan bermalam dahulu di Krabi. Sebuah bandar pelancongan yang cukup terkenal juga di Thailand. Perjalanan ke Krabi dari Wang Kelian mengambil masa lebih kurang 5 setengah jam. Pada hari itu kami menginap di sebuah chalet di pantai Ao Nang. Rasa susah sedikit untuk mendapatkan hotel kerana penuh dengan pelancong Mat Saleh. Pada sebelah malam sewaktu bersiar-siar di pekan Ao Nang terasa seperti berada di negara Mat Saleh.Ini kerana sepanjang kami berada di Ao Nang padsa malam tu semua pengunjung yang kami jumpa berkulit putih. Kami ni sahaja yang berkulit coklat. Entah datang dari mana Mat Saleh ramai-ramai ni.
Setelah selesai aktiviti di pulau, perjalanan diteruskan ke Phuket. Perjalanaan ke Phuket tambah 4 jam lagi dari pekan Krabi. Pekan Phuket tak seseronok dipekan Krabi. rata-rata dari grup kami lebih menyukai bandar Krabi dari Phuket. Phuket ni sebenarnya sedap pada nama sahaja kalau didengar. Pekan Phuket tiada apa yang menarik sebenarnya. Cuma apa yang boleh kita lawati disni ialah kilang biji Janggus, kilang batu permata dan emas dan kilang baju. Satu lagi tempat yang menjadi tumpuan manusia di Phuket ialah pantai Patong iaitu tempat dan pantai yang menjadi tumpuan Mat Saleh. Di pantai Patong ini pantainya memang cukup panjang, kalau nak diukur kalau tak silaplah lebih kurang 5 km adalah. Ditepi pantai pulak penuh dengan payung Mat Saleh dok berjemur dan satu payung sewanya 100 bath iaitu RM 10. Kalau naka tengok Mat Saleh berjemur kat sinilah tempatnya. Tempat ini dikatakan syurga dunia oleh sesetengah pelancong. Tapi mengikut kata kawan aku, kat sini suasananya seperti padang Masyar, mana tidaknya semua Mat Saleh tak pakai baju dan tiada rasa segan pun antara satu sama lain. Pantai Patong tidak ketinggalan dari terkena pukulan Tsunami pada tahun 2006 dahulu. Tapi disini pukulannya tidaklah sehebat mana. Yang paling teruk adalah kawasan Kaolak. di Kaolak ombak yang naik merlepasi pokok kelapa setinggi 40 kaki. Dan di Kaolak dapat dilihat banyak bot-bot kecil dan besar tersadai di tengah-tengah jalan dan pekan. Bot-bot dan kapal tersebut masih ada sampai sekarang.
Selesai di Phuket pada hari keempat kami meneruskan perjalanan ke Hat Yai untuk menghabiskan sisa-sisa percutian kami. Kebetulan malam tersebut adalah malam tahun baru. Nampaknya ini adalah kali pertama aku dan teman-teman menyambut tahun baru diluar negara.Kami terpaksa menempah bilik hotel sewaktu perjalanan lagi kerana dikhabarkan hotel penuh dibooking. Kami hanya berjaya menempah hotel 5 bintang. Yang 3 bintang kebawah semua dah habis. Merasa jugaklah kami dok hotel 5 bintang hari tu. Tapi bukannye mahal pun hotel 5 bintang tu, RM 110 je duit kita. Kalau kat Malaysia rasanye mau dah dekar RM 300 keatas hotel yang macam kami duduk tu. Perjalanan dari Phuket ke HatYai mengambil masa lebih kurang 8 jam. Penat jugaklah dok dalam Van hari tu.
Sesampai di Hat Yai, pekannya sudah mula dipenuhi oleh manusia. Banyak jalan-jalan yang telah ditutup. Terdapat 2 pentas untuk sambutan malam tahun baru kat situ. Kebanyakan orang yang kulihatr pada malam tu masa kat Hat Yai berbeza sekali dengan di Krabi dan Patong. Kat sini Mat Saleh tak ramai, Yang ramainya orang-orang Malaysia dan Singapore. Taklah rasa asing sangat. Tapi yang syoknya ialah entah mai dari mana lah, mat-mat punk penuh kat Hat Yai pada malam tu. Dressing dia orang lebih teruk mengalahgkan Mat Saleh Punk. Nak tengok dan selisih dengan dia orang pun rasa takut. Dahlah tu berjalan dalam kumpulan yang besar pulak tu.
Menjelangnya detik tahun baru, sambutannya katHat Yai ni berbeza dengan kita kat Malaysia. Kat sini bedilan bunga api datangnya dalam bentuk persendirian. Kebanyakannya dari hotel dan orang persendirian. Masing-masing ikut suka jer nak bakar mercun. Walaupun penuh dengan polis, tapi polis dia orang ni buat tak tahu jer. Buat salah baru dia orang tangkap. Kat sini kita boleh main campak-campak jer mercun kat tengah jalan. Takder sapa nak marah pun. banyak jugaklah pergaduhan malam tu, Bukan apa yg gaduh tu semuanya jenis yang mabuk dan kaki botol.
Esoknye selepas shoping lebih kurang sikit, kami pun blah balik awal sikit. Kali ni kami masuk ikut pintu Padang Besar pulak. Sampai balik kat Malaysia jam 2 petang. Alhamdulillah semua selamat. dalam hati InsyaAllah semua nak datang lagi lain kali. Bukan apa teringat keindahan pantai Krabi dan pantai Ao Nang. InsyaAllah ada masa, ada duit lebih lagi memang nak sampai lagi kat sini.
Pagi terakhir selepas shoping lebih kurang sikit, kami pun blah balik awal sikit. Kali ni kami masuk ikut pintu Padang Besar pulak. Sampai balik kat Malaysia jam 2 petang. Alhamdulillah semua selamat. dalam hati InsyaAllah semua nak datang lagi lain kali. Bukan apa teringat keindahan pantai Krabi dan pantai Ao Nang. InsyaAllah ada masa, ada duit lebih lagi memang nak sampai lagi kat sini.
Pagi terakhir selepas shoping lebih kurang sikit, kami pun blah balik awal sikit. Kali ni kami masuk ikut pintu Padang Besar pulak. Sampai balik kat Malaysia jam 2 petang. Alhamdulillah semua selamat. dalam hati InsyaAllah semua nak datang lagi lain kali. Bukan apa teringat keindahan pantai Krabi dan pantai Ao Nang. InsyaAllah ada masa, ada duit lebih lagi memang nak sampai lagi kat sini.
No comments:
Post a Comment