Thursday, December 11, 2008

Royal Belum


Lama sudah sebenarnya kepingin untuk menjelajah ke Hutan Belum ini. Tiap kali memandu melepasi jambatan Banding pasti hati terasa meluap-luap dan tertanya sendiri bilakah berpeluang untuk mendekati dan mengenali keindahan hutan ini.
Memang sebelum ini selalu mendengar akan keindahan dan kehjauan Hutan Belum yang dikatakan sebagai suatu kawasan Hutan Simpan yang masih terjaga dengan baik.
Pada 21 - 23 November 2008, aku berpeluang mengikuti trip kesini. Persiapan memang telah dirancang dari awal. Ini adalah merupakan satu trip kelolaan office aku. Kali ini kami membawa seramai 31 orang Jurulatih Aktiviti luar yang kesemuanya terdiri daripada cikgu-cikgi.
Kami membuat kerjasama dengan Jabatan Perhilitan Hulu Perak. Menginap juga di sebuah pulau yang diberi nama Pulau Perhilitan. Pulau Perhilitan ini merupakan sebuah pulau yang paling dekat dengan jeti dimana kita dapat mendengar deruan enjin lori dan bas yang melalui jambatan di lebuhraya Timur Barat.
Untuk datang kesini tidak susah. Bagi pengguna lebuhraya dari Kuala Lumpur atau dari Utara, ambil sahaja laluan ke Lebuhraya Gerik menghala ke Pantai Timur. Disepanjang lalun ke Timur ini kita akan merentasi satu jambatan. Disebelah jambatan itu ada satu lalun turun ke Jeti banding yang digunakan untuk ke setiap tempat di Hutan Gerik ini. Jeti ini selalu digunakan oleh pemancing-pemancing untuk memancing di kawasan Tasik temenggor ini. Bila dah sampai ke Jeti ini kita boleh bertanyakan pada tuan kedai yang terdapat di Jeti disini untuk mendapatkan bot-bot kemana-mana destinasi disini.

Pengalaman kami selama 3 hari 2 malam disini memang mengasyikkan sekali. Apa tidaknya kami telah berpeluang melawat ke kampung orang asli dan sempat pula beramah mesra dengan penduduk disini. Juga dibawa melawat ke Sira Gajah iaitu tempat dimana gajah-gajah mendapatkan garam mineral dari tanah. Paling sukar dilupakan berkayak dikawasan Tasik Temenggor ini. Bayangkan anda berkayak di satu kawasan tasik yang luas dan dalamnya mencapai beratus kaki. Kecut juga mulanya bila memikirkan kedalaman air disini.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan disini tetapi disebabkan masa kami yang terhad, tidak banyak aktiviti yang sempat kami lakukan. Jadi bagi sesiapa yang berhajat atau teringin untuk menikmati keindahan kawasan Hutan Belum ini bolehlah contact aku untuk mendapatkan bantuan. Sebenarnya beruntung menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perhilitan kerana kos bot kita dapat jimat banyak kerana kita hanya perlu tanggung kos minyak sahaja dan yang lain-lain tu FREE sahaja.

1 comment:

Dida Liyda said...

err... boleh saya tau berapa byrn yg dikenakn utk ke Hutan Belum ni?? mcm cost chalet, mknn, aktiviti.... trima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails