Friday, December 12, 2008

WORLD OF OUTDOORS

Dalam dok belek-belek Majalah LIBUR keluaran bulan Oktober 2008, terjumpa satu ruangan tentang kedai barangan Outdoor yang terdapat di Kuala Lumpur. Rasanya elok aku berkongsi dengan rakan-rakan disini yang mungkin tercari sesuatu barangan.

Kedai ni terletak kat The Garden, Midvalley City, Kuala Lumpur. Kat sini terdapat banyak barangan outdoor yang berjenama seperti Columbia, Salomon, Teva, Hi-Tec, Keen, TUSA, Coleman, Mountainsmith, Deuter, Dakine, Thorto, Sperry Top Sider, Birkenstock/Papollio, Rollerblade dan Ethies.

Ruang niaga yang terdapat disini amat besar sekali iaitu kira-kira 6,629 kaki persegi dan menempatkan kira-kira 30% barangan berjenama Columbia. Disatu ruangan kedai ini juga terdapat satu dinding 'Wall Climbing' dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Kalau ada sapa-sapa nak cari barangan jenama Outdoor tu, aku rasa kat sini amat sesuai sekali untuk korang pi jalan-jalan.

3 comments:

azza_irah said...

uikss...keje le...sempat lagi update blog..

Unknown said...

Salam singgah dan kenal. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan, mungkin ada barang diperlukan ada di situ. Selama ini saya berurusan dengan evergreen dan universal fitness/Malik Noor.

afqh said...

the gardens kot. harga confem kencang kan ha5
sy cadangkan pegi bukit fraser naik pine tree hill. boleh tahan juga cantiknya.
lagi 1 nak tanya kalau kita nak beli backpack utk naik gunung for daily trip atau tido 1 malam di puncak, yg cemane yang sesuai eh.
kalau 10L tu besar sangat kot. Kalau boleh suggest jenama sekali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails