Monday, February 23, 2015

Kayuhan Santai CNY2015 ke Fraser Hill.

Kayuhan Solo Santai sempena cuti  Chinese New Year 2015 tidak dilepaskan. Asalnya trip ni hanyalah sempena trip cuti-cuti bersama isteri telah aku selitkan sedikit dengan aktiviti riadah ini.
Aku bertolak bersama isteri pada 18/2 dari rumah pada jam 11 malam dan bermalam di kawasan rehat Ulu Bernam. Kami sampai di sana sekitar jam 2.30 pagi. Apa lagi tido jerlah dulu dalam kereta. 
Lepas bangkit subuh esoknya kam 6 pagi dan sarapan sikit aku meneruskan memandu ke bandar Kuala Kubu Bharu iaitu permulaan untuk starting  basikal bagi mereka yang ingin menawan Fraser Hill.

Ha inilah dia kawasan parking hadapan pejabat pos pekan Kuala Kubu Bharu. Memang boleh parking kereta kat sini, disamping kawasan parking Medan Selera dihadapannya. Nak makan atau sarapan boleh teruis ke kedai mamak kat situ.

 Tapi aku takdelah bermula dari pekan Kuala Kubu tu tapi aku curi time sikit di mana aku memandu terus naik ke Empangan Sungai Selangor iaitu kira-kira 10 km dihadapan. 
Jarak sebenar dari Kula Kubu ke puncak Fraser Hill adalah lebih kurang 42 km macam tu. Tapi kalau start dari Empangan ini sekitar 31 km sahaja.
 Setelah mempertsiapkan basikal lebih kurang dan bergambar aku memulakan kayuhan solo pagi itu dalam suasana hening pagi. Hanya aku berseorangan  disamping isteri yang menemani dengan berkereta di belakang. Masa tu jam baru 7.56 pagi. Memang tak ada orang lain lagilah waktu itu.
 Keadaan jalan dari Empangan itu memang cukup ;luas dan permulaannya sedikit downhill ke bawah. Namun lama kelamaan jalan mula mendaki tapi tidaklah terlalu curam, hanya mendatar sahaja.
 Walaupun keseorangan waktu itu, memang syok layan kayuh, hening, tenang, kereta pun takder, layan sahaja.....


 Jalannya bengkang bengkok, dan purata kayuahanku adalah 14.4 km/j. Agak laju jugaklah.
 Korang tengoklah sendiri memang tak curam dan aku memang boleh speed laju lagilah kalau nak ikutkan.

Yang ni sedikit mencanak tapi sekejap jer, tak panjang pun...memang cukup santai..

Yang ni dekat nak sampai ke Gap dah.Seperti bangunan tinggalah zaman dahulu.
Bila nak sampai ke Gap korang akan jumpa jambatan gantung macam ni disebelah kiri. Dah landai sangat dah ni.


 Ini ialah pintu gerbang nak sampai ke Gap.

  Inilah pintu masuk ke Gap. Pada waktu dahulu jalan untuk turun naik ke puncak Bukit Fraser dia ada masa iaitu sejam waktu untuk tujun dan sejam untuk naik. Akan ada guard yang akan menjaganya, tapi kini jalan naik dan turun adalah berlainan. Jadi sehala sahaja. Ramai rider yang berhenti rehat disini mengumpul kembali tenaga sebelum meneruskan kayuhan ke puncak.
Dari Gap ke puncak Fraser ada lagi 8 km dengan keadaan jalan yang sedikit mencanak. purata kayuhanku dari Gap ini sekitar 7 km/j.
 Inilah lengkok dan kecerunan dari Gap tersebut.


Ini gambaran dah nak sampai ke puncak. Welcome to Fraser Hill.
 Yeah dah dapat lesen Fraser Hill. Gambar yang wajib di ambil oleh kebanyakan rider kalau sampai ke sini iaitu mesti  julang basikal ke atas tanda kepuasan.

 Bergambar bersama isteri yang setia menemani.


 Untuk pengetahuan pembaca semua, purata ketinggian di sekitar Fraser Hill adalah 1200 meter dari aras laut. Purata suhu pula sekitar 22 darjah ke 26 darjah, namun pada musim hujan suhu boleh mencecah antara 16 ke 20 darjah celcius.


Lagi gambar tanda kepuasan


 Turun undur ke belakang sekali lagi sebab nak ambil gambar punya pasal. Tadi tak sempat berhenti sebab nak sampai ke puncak punya pasal.

 Yeah...puas. aku dah sampai sini.

 Dah puas bergambar dan jalan-jalan sekitar Fraser Hill, kami memulakan acara wajib iaitu downhill ke starting point tadi.
 Downhill dalam suasana yang berkabus, Mula-mula aku pakai spek tapi rasa tak puas sebab tak nampak dan akhirnya masuk poket jer spek tu.



Dah sampai bawah dah ke pintu Gap. Dalam 20 minit jugak downhill dari puncak ke Gap.


 Sempat bergambar berlatar belakang papan tanda Fraser Hill.
Tuu..Fraser Hill tu.

Bergambar lagi sebelum downhill terus ke starting point.. Cukup puas walaupun solo tanpa teman. namun sewaktu downhill ke bawah bertembung dengan ramai lagi rider lain yang sedang bertungkus lumus mendaki untuk sampai ke Gap dan seterusnya ke puncak Fraser. Fraser Hill ni memang menjadi tempat kegemaran bagi rider-rider basikal untuk menguji tahap kemampuan diri.


Aku berkayuh bukan untuk membangga diri tapi sekadar menguji sejauh mana kemampuan diri dan tahap kecergasan yang ada agar boleh aku bersedia kiranya dijemput Ilahi pada usia yang muda.
Tahap kesihatan dan kecergasan adalah anugerah yang Esa jadi kita berhak menjaganya sebelum sampai masa kita sakit.


Info berguna:-

Startting point ~ boleh mula di banyak tempat. pejabat pos Kuala Kubu Bharu. (jarak 41 km), mula dari Empangan Sungai Selangor (jarak 31 km) dan mula dari Air Terjun Sg. Chilling (jarak 28 km)
Masa kayuhan ~ 2 jam 30 minit dari Empangan Sg Selangor ke puncak.
Purata kayuhan ~ 14.4 km/j dari starting ke GAP.
                             7 km/j dari GAP ke puncak.
Jarak dari GAP ke puncak ~ 8 km
Keadaan bentuk muka bumi ~ Kuala Kubu ke GAP ~ Agak landai dan santai sekitar 30 darjah kecerunan.
                                              ~ Dari GAP ke puncak  lebih kurang 45 darjah kecerunan, 
Suhu ~ Average 20 - 26 darjah waktu time biasa. 16 ke 20 darjah musim hujan.
Hotel ~ Memang banyak hotel kat atas ni, boleh di sewa tapi sendiri mau ingat mahal sikit beb sebab kawasan peranginan utama. Mau murah tempahlah awal.

Wednesday, February 18, 2015

Cameron Ride 72 km

Tanggal 31 Januaari hingga 1 Februari 2015 yang lalu kumpulan Pengayuh tegar Pusat Kokurikulum Pulau Pinang sekali lagi cuba mencabar ketinggian mendaki mengayuh mencabar ketinggian bukit bukau menghala ke Tanah Tinggi Cameron. Trip kali ini disertai seramai 16 orang riders dengan menggunakan basikal jenis MTB kesemuanya. Backup Car pula sebuah Exora yang dipandu oleh isteriku sendiri, sebuah Hilux Pusat Kokurikulum dan sebuar Ford Ranger baru.

Kami memulakan kayuhan atas sedikit sahaja dari kawasan kuari di Simpang Pulai jalan menghala ke Cameron. Ini bagi mengelakkan bahaya lori pasir dan batu yang keluar masuk dari kawasan kuari. Permulaan kayuhan semua muka berseri dan bersemangat berkayuh.
 Berhenti rehat sekejap penat layan trek yang sentiasa mendaki. Kena layan rentak sendiri tak boleh sangat nak ikut kawan punya rentak kayuhan.
 Walau panas lit-lit semangat memang amat membara cuba mendapat lesen Cameron.

 Ini team hebat-hebat semua, berenti rehat sekejaplah tu.


Rest lagi, ambik tenaga.
 Tu dia melantak 100 plus. Memang tenaga kaw-kaw lah lepas ni.
Tengah nazak berenti rehat di bawah sign board Selamat Datang ke Cameron.
 Yes aku berjaya sampai di sini. Tak jauh dah tu....ada lebih kurang 20 km jer lagi.
 Tu dia terterap rebah ke bumi. Matahari lit-lit atas kepala. Masa ni dah pukul 12 tengahari.
 Geng belakan, depa kata 6 Jahanam. Mendaki ke stage terakhir ke puncak tertinggi di Cameron.
Depan Hotel Arandanowa. Hotel baru di Cameron ni. Sampai kat sini meter basikal dah cecah lebih kurang 55 km dah. Kami sampai lebih kurang jam 6 petang haritu di Homestay di kawasan Brinchang. Malam tu semua tido nyeenyak kepuasan setelah berjaya menawan Cameron.
 Ni pic masa nak turun dah pada keesokan harinya. Setelah puas beli sayur sedikit sebanyak untuk bekalan di rumah kami mula downhill bermula dari stesyen minyak BP yang baru sebelum simpang turun ke Kampung Raja.
 Semua dok syok nak downhill...cuaca pagi tu pulak masih sejuk.
 Alhamdulillah berjaya juga mendaki dan menurun dari Cameron dengan selamatnya.  Tahniah semua kepada rakan sepasukan yang telah menjayakan trip kali ini. Lepas ni bulan 4 nanti kita tawan fraser Hill pulak. Tunggu ya......


Ride to Bukit Bendera

Tanggal 14 Februari 2015 yang lalu aku sempat buat plan singkat untuk cuba menawan ataupun ambik lesen kayuh Beskal naik Bukit Bendera. Bukan calang-calang punya cabaran ni, tambahan dengan ketinggian Bukit Bendera setinggi 830 meter sudah cukup menggerunkan.


Hajat diutarakan pada geng wasup Pusat Ko Penang dan hasilnya 4 orang telah bersetuju untuk sahut cabaran tersebut. Aku sendiri, Tok Din, Wan Saidi dan Yuspa.

Kayuhan dimulakan sekitar jam 8.40 pagi. Di samping kami berempat, ramai lagi rider-rider yang lain yang turut sama berkayuh ke puncak Penang Hill pada pagi tersebut.



Kami memulakan kayuhan di starting point berhampiran  Taman Botanikal Garden. Bersebelahan dengan Taman Botanical ada pintu masuk dengan jalan raya ke puncak Bukit Bendera.

Jarak kayuhan dari  starting point ke puncak adalah sejauh 5.2 km. Dari starting point ke pondok 46 sejauh 1.4 km memang amat menyeksakan sekali. Kecerunan 45 darjah. Masing-masing mencari lengkok jalan untuk berhenti menahan lelah. Apatah lagi dengan keadaan tayar hadapan yang sering ingin terangkat.



Selepas pondok 46, keadaan jalan agak mendatar sedikit dan membolehkan kayuahan dengan speed 6 ke 7 km sejam. Hajat asal nak berhenti tak jadi teruskan kayuhan sehingga ke pondok 84 lebih kurang 2.5 km, baru berhenti.


Mulanya aku bercadang nak menunggu rakan2 dibelakang dan sempatlah berehat dekat 20 minit kat situ, tapi oleh kerana terlampau lama sangat tunggu punya tunggu akhirnya aku meneruskan kayuhan bertemankan rakan-rakan rider dari grup-grup yang lain yang memang ramai pada hari tersebut.


Kayuahan dari pondok  84 kini semakin mencanak kembali. Kadang-kadang lengkok bukit melebihi 45 darjah kecerunannya. Speed kayuhan sekitar 3 km sejam sahaja. Namun sambil kayuh, sambil rehat ikut mana yang terlarat. Namun kali ini aku tak berhenti rehat terlampau lama. Cukup hilang lelah terus bergerak kembali.


Akhirnya setelah berhempas pulas mengerah kudrat dan tenaga akhirnya aku be5rjaya sampai di puncak Bukit Bendera sejauh 5.2 km itu. Sebelum berhenti rehat panjang aku sempat bergambar dahulu di signboard Bukit Bendera bagi membuktikan lesen kayuhan di Bukit Bendera. Masa yang aku ambil bagi kayuhan kali ini adalah sejam 40 minit untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah kaki pun tak krem.



Rakan-rakan yang lain sampai lebih kurang 40 minit selepas itu. Setelah minum-minum sambil menikmati ABC Bukit Bendera, kami pun downhill turun. Masa turun sekejap sahaja, rasanya tak sampai 20 minit pun dah sampai ke bawah.....


Alhamdulillah selamat semuanya, lepas ni kita tawan Fraser Hill pulak.....


Saturday, November 15, 2014

Busten....chalet dalam bas


 Pernah dengar pasal Bustel tak... Mulanya aku pun pelik apa la banyak sangat bas dok berderet kat sepanjang pantai Klebang Melaka. Ada pesta pantai kut. Jadi utk dapat kepastian aku pun mengajak rakan utk masuk ke kawasan sekitar bas tersebut.
 Bila sampai kat kawasan bas tersebut..tgk2 rupanya semua bas2 lama...Bas lama telah diubahsuai menjadi chalet2 penginapan. Letaknya di dataran 1Malaysia.di kawasan pantai Klebang Melaka.
Kadar sewaan antara RM 80 ke RM 120 semalam.
Nampak buruk diluar tapi kat dalam tu nampak selesa jugak. Dilengkapi dgn bilik air dan katil. Amat sesuai utk sebuah keluarga.
 Inilah deretan bas2 yg telah dijadikan chalet oleh kerajaan negeri Melaka yg telah mengambilalih semua pengurusan bas2 lama.
Memang nampak menarik apabila semua bas-bas lama tersebut telah diubahsuai menjadi chalet-chalet di sepanjang pantai Klebang.


 
Untuk membuat tempahan disini boleh berurusan terus di kaunter Office bas yang tersedia di kawasan chalet tersebut.

Bukan setakat dijadikan chalet tapi juga bas-bas lama ini dijadikan restoren dan kedai-kedai makan serta tempat menjual souvenier.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails