Monday, August 12, 2019

Log Gunung Ulu Sepat 2161 meter

Tarikh : 3 -5 Ogos 2019
Gunung : Ulu Sepat, via Sungai Siput, Perak
Ketinggian : 2161 meter
Peserta : 25 orang



Tanggal 3 - 5 Ogos 2019, sebuah lagi Gunung dalam kategori G7 iaitu gunung yang melebihi 2000 meter ketinggian dari paras laut. Gunung Ulu Sepat merupakan gunung ke 7 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan antara gunung yang paling susah untuk didaki dalam kategori G7.



Untuk menawan gunung Ulu Sepat, kita boleh menggabungkan pendakian bersama gunung Chamah dan dikenali sebagai Trans CUS dan akan mengambil masa lebih kurang 6 hari 5 malam. Tapi kami memilih untuk melakukan pendakian Gunung Ulu Sepat sahaja kerana tidak mempunyai masa yang panjang disamping lebih santai dan rilek sedikit.



Kami telah bertolak dari Pulau Pinang pada jam 10 malam 2 Ogos 2019 dengan menggunakan 5 buah kereta. Perjalanan ke tempat berkumpul dan menaiki 4 x 4 adalah di Masjid Bawong, Sg. Siput. Mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dari Pulau Pinang. Tiba di Masjid Bawong lebih kurang jam 1.00 pagi. Sebelum tidur, aku menyiapkan dahulu menu sarapan untuk esok pagi sekadar sandwich dan memasak nasi dan ayam goreng untuk bekalan makan tengahari on trek nanti.
Semua selesai jam 3 pagi, sempat lelapkan mata dalam 3 jam.

Guide kami dari Silver Outdoor Sports iaitu saudara Ijam dan Paan.  Waktu pertemuan ialah jam 6.30 pagi. Alhamdulillah guide kami beserta 2 buah 4x4 tiba on time kali ini. Setelah bersiap segala kelengkapan dan beg-beg dinaikkan diatas 4x4, lebih kurang jam 7.00 pagi kami mula bergerak masuk ke starting point. 2 buah 4x4 yang dipandu oleh saudara Sala  dan Musz sebagai pilot kami telah membelah kedinginan pagi menuju ke Pos Kemar. Perjalanan dengan 4x4 dijangkakan lebih kurang 4 jam. Boleh bayang dah nanti bagaimana keadaan trek masuk, pasti bergoyang goyang dan boleh bikin muntah pada siapa yang tak tahan.

Pemanduan masuk ke Pos Kemar amat lancar. Kami cuma berhenti sebanyak 2 kali dipertengahan jalan kerana berhenti untuk rehat dan qadha hajat.  Tiba di Pos Kemar lebih kurang jam 11 pagi. Setelah bersiap lebih kurang dan memakai pakaian dan kasut yang sesuai, guide saudara Ijam memperkenalkan diri dan memberi sedikit briefing untuk sesi pendakian pada hari ini ke Kem Sungai Lenweng tempat campsite kami hari ini. Perjalanan hari ini lebih kurang 4 jam juga untuk sampai ke campsite.


Perjalanan hari pertama akan melalui beberapa anak sungai yang mana ada yang perlu diranduk dan ada juga yang boleh dielak dengan meniti atas titian balak dan batu-batu sungai. Seingat aku ada lebih kurang 4 ke 5 buah anak sungai yang perlu dilepasi. Ada sebuah anak sungai iaitu sungai pertama yang ditempuhi yang mana mahu atau tidak perlu diranduk airnya untuk ke seberang.






Trek seperti biasalah dalam pendakian ada turun dan naik, tapi kebanyakannya menaiklah, tapi tidaklah terlalu memacak sangat. Dipendekkan cerita layan turun naik trek kami akhirnya tiba di satu pondok orang asli berdekatan Kem Sg. Lenweng. Sebenarnya kita boleh bermalam disini jika tidak mahu memasang khemah atau Fly. Kos sewaan pondok ialah RM 5 seorang dan dibayar pada seorang Tok Batin yang ada disitu. Ada beberapa pondok yang boleh disewa. Pondok ini dibuat dari buluh. Jika tak mahu membawa Khemah dan Fly sheet yang berat bolehlah buat keputusan awal untuk menginap disini.


Grup kami akan berkhemah di campsite di Kem Sg. Lenweng. Apa barang masuk hutan jauh-jauh kalau tak tido bawah Fly dan merasai masak sama-sama kan. Campsite Kem Sg. Lenweng hanya 10 minit sahaja jaraknya dari Pondok orang asli ini. Kami tiba di campsite lebih kurang jam 4.30 petang. Campsitenya sangat luas boleh memuatkan 50 orang macam tu. Pada hari tersebut terdapat 3 grup yang berkhemah disitu dan satu grup lagi tido di Pondok Orang Asli tersebut.


Alhamdulillah pendakian hari pertama selamat tiba dengan jayanya di campsite. Malam itu kami masak sama-sama dan bersembang rancak sambil beramah mesra dengan grup sebelah. Ada juga grup kami yang tido awal merehatkan badan setelah berperang seharian hari ini melawan minda masing-masing. Esok kami akan memulakan pendakian ke puncak pada jam 8 pagi. Grup sebelah kami akan memulakan pendakian pada jam 2 pagi dan satu lagi grup akan mula jam 4.30 pagi.



Pendakian hari kedua, 4 Ogos, Summit Attack ke puncak Ulu Sepat. Guide mulakan dengan memberi sedikit briefing tentang geografi tanah dan ketinggian serta bentuk muka bumi yang akan dilalui. Anggaran masa yang diberikan ke puncak sekitar 4 ke 6 jam bergantung pada stamina ahli grup. Trek memang akan terus memacak selepas pokok Balak Besar yang menjadi lokasi wajib penggambaran dan swafoto.



Selepas sedikit regangan dan bacaan doa kami memulakan pendakian dengan didahului oleh Guide Ijam. 20 minit sampai di pokok Balak Besar, bergambar grup dan teruskan pendakian memacak. Layan trek memacak dan terus memacak, naik, naik dan terus menaik. G7 punya gununglah kan. Akhirnya kami tiba di Last waterpoint setelah 3 jam pendakian. Kat sini viewnya amat cantik, boleh nampak gunung-gunung sekitar. Tiada seorang pun ahli grup yang turun topup air kerana masing-masing memang dah bawa air yang mencukupi untuk ke puncak. Tambahan tak terasa sangat dahaganya, mungkin suasana yang dingin mengurangkan kami meminum air. Seingat akulah, tak habis sebotol air pun untuk pendakian dari Campsite ke puncak.



Setelah duduk berehat lebih kurang setengah jam di Last waterpoint, kami meneruskan pendakian untuk fasa terakhir. Setelah melalui denai yang terus memacak lagi akhirnya kami sampai ke kawasan hutan berlumut dan terdapat satu simpang disini yang boleh terus ke Gunung Chamah. Kat sini lama jgaklah kami dok berswafoto kerana takjub dengan kaindahan hutan lumut berdekatan puncak Ulu Sepat ini. Lebih kurang 30 minit dari Hutan Mossy ini, kami akhirnya tiba di puncak Ulu Sepat dengan ketinggian 2161 meter. Gunung ke 7 tertinggi di Semenanjung Malaysia.  Dan juga ini merupakan gunung ke 6 dalam kategori G7 yang telah berjaya aku tawan. Dah nak grade tak lama lagi.



Semua team kami telah berjaya sampai ke puncak dalam keadaan yang selamat dan 'on time' dalam satu kumpulan besar. Tiada ahli grup yang tertinggal jauh dibelakang. Memang cukup puas hati dengan prestasi semua ahli kali ini. Kami semua lunch dipuncak dengan berbekalkan nasi putih yang siap ditapau dari campsite dan berlaukkan ayam kari Adabi. Semua ahli grup cukup ceria dan puas hati kerana dapat tiba dengan selamat di puncak.






Setelah berehat lebih kurang 45 minit dipuncak, kami memulakan perjalanan turun. Perjalanan turun lebih mencabar kerana terpaksa memasang kuda-kuda agar tidak mudah tergelincir ataupun tersadung akar. Perjalanan turun seawal jam 2.00 petang dan kami tiba di Last waterpoint sejam  kemudian. Setelah semua ahli sampai dan regrup kembali, guide membenarkan 3 orang kami untuk shoot  turun dahulu untuk menyediakan makan malam. Kalau masa pendakian naik, kami ambil masa 3 jam untuk sampai ke Last waterpoint, tapi masa turun kami 3 orang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.  Kami berlari turun, Segala ilmu dalam bidang larian ultra telah digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengelak tersilap langkah. Trek menurun memang cukup selesa sekali untuk berlari kerana akarnya yang kurang dan tanah yang absorb.



Setelah tiba di campsite, kami terus menyediakan makan malam untuk semua ahli grup. Sejam setengah kemudian semua ahli grup telah tiba ke campsite. Alhamdulillah semua masih cergas.
Malam itu kami makan awal sedikit pada jam 7.00 malam sebelum maghrib dan harapnya boleh berehat awal malam ini. Esok kami akan mula keluar jam 9.00 pagi. Alhamdulillah juga sepanjang 2 malam di Kemsite ini, kami tak ditimpa hujan langsung, cumanya pada jam 1 pagi memang terasa sekali kedinginan disini. Sleeping beg yang sebelum ini tidak pernah gagal menahan kesejukan tapi di Ulu Sepat ianya tewas, Setelah tersedar pada jam  2 pagi pada malam pertama terus tak lena tido dibuatnya dek kerana dok menahan kesejukan.  Air sungainya lagilah sejuk, lain benar dengan sungai-sungai dicampsite gunung sebelum ini.




Hari ketiga 5 Ogos 2019, kami tidaklah tergesa-gesa sangat untuk bersiap awal. Tukang masak pun taklah kalut sangat nak menyediakan sarapan dan bekalan dalam perjalanan. Ahli-ahli lain juga sempat lagi mandi manda pada pagi tersebut. Setelah bersarapan, dan meruntuhkan Fly masing-masing kami bergotong royong  membersihkan dahulu kawasan sekitar tapak perkhemahan. Sampah sarap dibawa keluar terus, tidak sama sekali kami tinggalkan. Harap kawasan ini sentiasa terjaga kebersihannya.



Guide memberikan sedikit taklimat sebelum bergerak turun dan kami telah setkan untuk lunch di sungai terakhir sebelum tiba di Pos Kemar. Perjalanan turun juga dijangka sekitar 4 ke 5 jam. Memang tak boleh laju sebab kami memikul beg besar yang sama sewaktu datang, yang bezanya cuma ringan sedikit sebab kebanyakan ration makanan telah habis di makan.



Pergerakan turun berjalan lancar dan kami tiba di sungai terakhir untuk lunch pada jam 1.15 tengahari. Ramai ahli grup yang ambil peluang untuk mandi manda disini sambil makan tengahari. Seytelah selesai semua kami teruskan perjalanan ke Pos Kemar dan tiba di lokasi pick up point pada jam 2.30 petang. Tersasar setengah jam dari waktu perjumpaan dengan abang 4x4. Ni semua sebab lama sangat dok mandi  kat last sungai tadilah. Sebelum bergerak meninggalkan Pos Kemar, kami sempat mengagihkan coklat dan gulu-gula kepada anak-anak orang asli di Pos Kemar. Terlihat kegirangan anak-anak orang asli ini apabila kita mengagihkan makanan kepada mereka.



Lebih kurang jam 3.00 petang kami bergerak keluar dengan 2 buah 4x4 yang dipandu oleh saudara Kay dan Musz dan tiba di Masjid Bawong 3 jam berikutnya. Masing-masing mandi dan bersiap disini dan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Terima kasih kepada semua ahli grup kerana kerjasama dalam trip kali ini.Terima kasih juga kepada guide dari S.O.S. saudara Ijam dan Paan. Jasa kali tetap kami kenang. InsyaAllah kita akan selesaikan misi graduasi G7 kita tahun ini juga. Gunung Chamah, kau tunggu, kami datang nanti.




Monday, December 5, 2016

Penang Bridge International Marathon

Tanggal 27 November 2016, buat pertama kalinya setelah aku berhijrah ke Pulau Pinang selama 20 tahun ini, Inilah kali pertama aku register untuk masuk Penang Bridge International Marathon. Sebelum ini hanya dengar dan buat-buat dekk jer acara seperti ini. Memang ramai juga kawan2 masuk sebelum ini tapi diri ini tak pernah pun terlintas untuk ikur serta sebelum ini.
 Aku telah register untuk acara Half Marathon 21 km yang akan mula pada jam 3.00 pagi. Maka akupun bersama adik bongsuku yang register 10 km telah meniki motor bertolak dari rumah pada jam 12.00 pagi. Kami melalui jambatan kedua kerana jambatan pertama telah tutup bermula jam 12.00. Bila kami sampai acara Full Marathon telahpun bermula pada jam 12.00 pagi.

Kami tak dapat nak menghampiri kawasan Quensbay kerana jalan masuk telah disekat oleh Polis dan kami terpaksa menapak lebih kurang 2 km untuk sampai ke kawasan Quensbay Mall. Boleh tahan jugaklah jauhnya.

Aku telah bersedia di kelompok paling hadapan sekali bersama runner2 lain. Gaya seperti juara tak nak kalah tu. Bukannya apa dok depan ni senang tak susah nak mengelak runner2 lain nanti. Almaklumlah ada dekat 10 ribu runner yang masuk sama ni.
 Permulaan larian pagi itu, terasa memang macam longlai sekali, rasa tak boleh nak push. Aku memperlahankan larian dalam 5 km pertama. Rasa mental nak berenti saja. Tapi teruskan perlahan-lahan. Tapi akhirnya tak tahan daulat berenti dulu sekejap berjalan.

Melepasi 5 km pertama menghampiri kawasan ikan bakar tepi Highway tu rasa selesa sikit dapatlah lari lebih laju sikit dan cuba memotong beberapa runner lain.

Masa ni ramai dari runner 42 km yang jenis lari rilek dapat aku potong. Menghampiri 10 km dan patah balik di pusingan di Medan Selera tepi Highway tu aku berhenti lagi ambik nafas. Mana sahaja ada water station memang wajib berenti minum ayaq dulu.
Kemudian aku menghampiri kawasan jambatan , cuba tak berhenti tapi slowkan pace dan kuatkan mental supaya tak berhenti awal dan teruskan larian menaiki jambatan. Masa kat atas jambatan ni happening betul dengan sorakan dari petugas2 yang dibahagian water station.

Kemudian buat pusingan patah balik di atas jambatan dan nampak sign board lagi 5 km. Lega rasanya, kini cuma perlu bertahan sahaja dan teruskan larian seperti biasa dan berhenti apabila penat.


  Setelah berhempas pulas tu akhirnya aku berjaya juga sampai digarisan penamat dengan masa yang agak merosot dari larian sebelum ini iaitu 2 jam 19 minit. Rasanya dapat mengagak berada antara kelompok hadapan jugalah tu.
 Pergi ambil Medal di kaunter dan terus cari port baik untuk istirehat. Masa tu jam baru pukul 2.30 pagi. Adikku Hadi masa tu tengah istirehat menunggu gilirannya pula untuk berlepas pada jam 6.30 pagi.
 Alhamdulillah pengalaman pertama larian Jambatan ini memang amat mengujakan sekali. Nampak sangat profesional penganjur dalam menguruskan acara. Namun ku dengar ada jugalah dsas-desus runner yang tak puas hati. Sudah pastilah dalam jumlah puluhan ribu runner pagi itu ada yang tak puas hati.
 Ni medal yang aku terima. Saiznya besar sikit dari kategori 10 km dan kecik siit dari 42 km. Kira saiznya sedang2 saja.

 Kemudian aku dan beberapa teman kami yang lain dok melepak kat kawasanpenamat melihat dan memberi support kepada runner-runner lain yang baru sampai.

 InsyaAllah tahun depan akan aku join lagi event ni dan sudah pasti tahun depan acara Full Marathon 42km akan aku register. Bukan nak menang hadiah pun tapi best dan puas hati bila dapat sampai digarisan penamat dalam catatan masa yang memang boleh dibanggakan.



Inilah catatan masa rasmiku. Tengok tu no. 346 dari 4557 runner yang tamat dalam Cut Of Time(COT) yang diberikan iaitu 1 jam setengah.










My First Full Marathon 42 km

Alhamdulillah selesai jua menghadapi situasi berdebar-debar bagi menghadapi acara Full Marathon yang pertama di Marathon Jitra yang berlangsung pada 12 November 2016 di Tasik Bandar Darul Aman, Kedah. Aku bertolak awal dari Pennag selepas kerja pada hari Jumaat dan singgah dahulu mengambil race pack di Hotel BdB bandar Darul Aman sebelum menumpang tidur di rumah bapa saudara di Taman Gemilang.



Acara Full Marathon akan bermula pada jam 4.00 pagi. Jadi aku terpaksa bertolak awal seawal jam 2.00 pagi dari rumah. Sampai di Tasik Darul Aman jam 2.45 petang macam tu. Buat sedikit persiapan dan streching sikit dan kami dilepaskan pada jam lebih kurang 4.20 pagi. Tak ramai sebenarnya yang join Full Marathon ni. Kategori Lelaki cuma 65 orang dan Perempuan 6 orang.



Aku bermula sedikit perlahan bersama Ust Lah dimana kami facing berdua. Kami berada didalam kelompok depan juga boleh dikatakan. Cuaca pagi tu nyaman sahaja dan nampaknya di 10 km pertama ini memang terasa selesa berlari. Kami melepasi water station 1 dan ke 2. Sempak meneguk segelas air mineral dan 100 plus. Petugas Marshall bermotosikal sentiasa mengekori pelari-pelari. Boleh dikatakan mantaplah petugas2 kali ini. Jam menghampiri pukul 5 pagi, aku dan Ust Lah masih berlari seiringan dan kami berlari bersama sehingga lebih kurang km ke 25.  Apabila jam menghampiri 6.45 pagi terpaksa berhenti sembahyang Subuh di tepi jalan sahaja kerana tak kelihatan masjid langsung di sepanjang laluan.




Selesai sembahyang Subuh nampaknya apabila nak meneruskan larian terasa sedikit malas dan kaki nak push pun terasa tak nak melangkah. Ajak Ust Lah berhenti berjalan sekejap bagi rest otot kaki kemudian mula lari balik, ketika ini ada 2 3 orang runner yang memotong kami. Namun bila menghampiri km ke 28 aku minta Ust Lah untuk terus berlari dahulu kerana tidak mahu melambatkan rentaknya dan aku berlari perlahan2 dibelakang. Sekejap berlari dan sekejap berjalan.

Menghampiri km ke 30, hati sedikit berbunga sebab terasa sikit lagi nak push. Lari slow2 sahaja, sehingga melepasi Politeknik Jitra dan nampaknya kaki macam nak buat perangai. Dia mula mai krem. Memang takleh nak lari dah. Terpaksa berjalan, tapi dalam rentak laju sedikit. Kemudian cuba lari sikit dan berjalan lagi.


Bila hampir km ke 33 mula nampak kelibat ramai runner yang masuk acara 10 km dan 5 km. Takpa aku tetap berjalan dan berlari selang seli dan melepasi laluan grup ini dan papan tanda di tepi jalan menunjukkan lagi 6 km nak selesai. Nampak satu water station, berhenti telan salt stick sikit dan cuba berjalan dulu dan berlari perlahan dan alhamdulillah krem semakin hilang dan aku teruskan larian perlahan tapi lama sedikit dan kemudian berhenti rest dan macam itulah aku buat dan bertahan sehingga menghampiri 2 km terakhir.


Dan akhirnya nampak Tasik, ingatkan dah hampir habis tapi petugas minta pusing tasik dahulu, mak oii, bukan kecik tasik ni... Paling belakang tengok jauh lagi runner2 lain dan aku perlahankan larian dan berttahan untuk habiskan larian dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku ke garisan penamat dengan masa 4 jam 41 minit 11 saat....



Walaupun azab terasa puas bila habiskan larian dan dalam hati rasa2 mungkin larian hari ini berada dalam kedudukan belas-belas sahaja sebab tak ramai runner yang potong masa berlari tadi. LAgi puas bila dikalungkan medal Finisher dan dapat pulak T Shirt Finisher 42 km. Fuhhh hebat rasanya. Satu kebanggaan dalam diri bila dapat mengatasi kemampuan dalam diri dan menghabiskan larian Full Marathon.



Friday, November 11, 2016

Dari Cycling beralih arah kepada Runner...

N3 kali ini mungkin lari dari kebiasaan hobi2ku sebelum ini. Mungkin bagi yang biasa melayari blog ini akan perasan bahawa ini adalah entry pertamaku sebagai seorang Runner. Ya betul kali ini aku telah beralih arah dari seorang peminat Cycling kepada seoarang pelari Marathon. Semuanya ini bermula pada bulan Februari 2016 dimana aku bermula dengan hanya training biasa jogging sekitar Kem tempatku kerja. Dari dua kilometer ke tiga kilometer dan seterusnya aku up sikit demi sedikit.

Mulanya aku tidak register mana-mana event lagi. Event pertama hanya pada bulan Mei 2016. Lama juga masa untukku mencuba untuk adapt kan diri dengan dunia larian. Hinggalah tiba masa yang dinanti pada event pertama iaitu Fir Malaysia Penang pada Mei 2016.  Aku register hanya event berjarak 10 km sahaja. Alhamdulillah dari event tersebut aku melangkah dari satu event ke event yang lain.Event pertama sahaja telah membuat aku jatuh cinta pada dunia larian. Minggu berikutnya aku berlari pula di Perlis Marathon juga 10 km. Perlis Marathon ni merupakan event International dimana kat sini aku dapat lihat ramai runner2 hebat.


Selepas itu, aku daftar lagi event seperti BM Run, Garmin Run, Penang Run, SCI Penang Run,Larian Belia Malaysia, USM Run. Semua ni event 10 km. Aku daftar banyak event untuk terus memotivasikan diri untuk terus training.

Dari sini aku mencuba pula event trail iaitu Compresssport Penang 25 km. Alhamdulillah berjaya habiskan dalam masa 4 jam 35 minit. Memang azab rasanya masa tu untuk habiskan larian.
Setelah selesai acara ini aku kini mula mencuba pula event yang lebih besar iaitu Half Marathon 21 km. Mula2 nak daftar tu macam2 pikir, boleh ker aku nak habiskan larian ni. Tapi kata orang kalau tak mencuba mana nak tahu.


Event pertama Half Marathon ialah di Raintown Taiping pada bulan Ogos. Alhamdulillah berjaya selesaikan misi ini. Tak terasa sangat seksanya, tapi banyak kali jugaklah berhenti semasa larian untuk berehat. Half Marathon pertama ini akau berjaya habiskan dalam masa 2 jam 20 minit. Aku rasa selesa, dan dari sini aku teruskan event Half Marathon di SP Half Marathon pada bulan September pula. Kali ini masa ku lebih baik sedikit iaitu 2 jam 14 minit.

Kini aku tak menoleh ke belakang lagi, mana2 ada event Marathon yang berdekatan Penang akan ku daftar. Event Half Marathon seterusnya ialah di Penang Run Island Series. Kali ini PB aku lebih baik iaitu 2 jam 7 minit. Memang masa diluar jangkaan bagi seorang newbie macam aku. Tapi jauh lagilah kalau nak banding ngan otai2 diluar sana dimana depa ni  1 jam 20 minit dah boleh habis 21 km ni.

Evevnt terbesar dan kemuncak ku ialah BDB Marathon Jitra pada 12 November ni dimana aku telah register FM Marathon pertama berjarak 42 km. Macam2 datang dalam kepala ni. Macam mana nanti keadaannya. Bolehkan aku, laratkah aku. Tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...
Semangat mesti kuat, hati mau kental, Mental mau tahan.

Friday, May 6, 2016

Penipuan mamat Nigeria dalam pembelian online terutama di mudah.my


Hari ni aku nak berkogsi sikit satu modus operandi untuk penipuan di laman jualan online seperti mudah.my.

Alkisahnya macam ni, aku ada iklan satu jualan barang second hand di laman mudah.my dan kelmarin ada terima satu email dari sorang mamat ni yang katanya dok luar negara dan minta aku pos barang tu ke Terengganu untuk familynya.

"Am not presently in malaysia right now but am in need of the item am buying it for a family hope you can send item within malaysia terengganu payment will be done via bank transfer hope to hear from you soon as possible."


Macam tu la email yang mula2 aku dapat. Mula2 tak syak lagi aku pun deal lah ngan dia dan bagi harga dan dia langsung tak minta tawar dan setuju dgn harga diberikan dan minta detail Bank akaun untuk dia transfer duit. Aku pun bagilah detail akaun dan dalam 2 jam lepas tu dia hantar email lagi tanya dah terima email confirmation tak dari bank dia dan katanya dia dah buat bayaran kpd bank tersebut untuk transfer duit tu ke akaun aku,

Yang peliknya bank tu suruh aku submit bukti aku pos dah barang kat alamat yang diberikan barulah mereka akan release duit tu ke akaun aku. Masa nilah baru aku tersedar akan sindiket penipuan ni. Google sikit kat internet rupanya ramai dah orang yang terkena cuma namanya sahaja sentiasa diubah. Nasib baik aku tak buat apa2 lagi dan cepat tersedar.


 "Payment Status: Pending reload

Its Now Safe For You To Ship Out

Dear Valuable Customer:Khairul Anuar b Hamat@Ahmad,

We are hereby informing you that the Payment Confirmation which you received earlier is now approved and is ready to be released to your bank once you comply with this process. We will like you to know that we are expecting the shipment tracking number from you today. We advise you to go and make the shipment now.

 Go ahead with the Shipment of the item being ordered from you by our client (Mrs Aishat and send us the Shipment Tracking Number for the Shipment Verification.

 Once the shipment has been confirmed the total amount of 300.00myr} will be remitted to your bank, from Smile Bank straight into your Bank Account. We hereby congratulate you for using Our Company for your online transfer We have received a transfer of the total amount 300.00myr which was transfer to you by (Mrs Aishat for an auction items

The process which you will have to follow so that you can get your money are being stated below:
[1]. Go ahead and Ship out the item ordered from you by our client.
[2]. Send the Shipment Tracking Number to our us for the Shipment verification.
[3]. You will have to be patient till when the Shipment Verification Process will be over which will take up to 24 Hours.
[4]. Your account would be credited immediately the Shipment Verification Process is Over.

WARNING:
This warning is from Federal Bureau of Investigation in co-operation with Smile Banking Online Transfer,so we give you the grace of 24- Hrs for you to ship out the item or else you will face the consequences.
Contact Details.

This email you received is sent and authorized by the Smile Bank Plc. If you have any question regarding this transfer, feel free to contact us.
“SB EMAIL DISCLAIMER Any person receiving this email and any attachment(s) contained, shall treat the information as confidential and not misuse, copy, disclose, distribute or retain the information in any way that amounts to a breach of confidentiality. If you are not the intended recipient, please delete all copies of this email from your computer system. As the integrity of this message cannot be guaranteed, neither SB nor any entity in the SB Group shall be responsible for the contents. Any opinion in this email may not necessarily represent the opinion of SB or any entity in the SB Group.”
Smile Bank Plc®
mailto:safetradetransaction@consultant.com?Subject Customer Support
Get answers to questions about our Service.
Sincerely"


satu lagi email...


"Dear:Khairul Anuar b Hamat@Ahmad,

This notification you are receiving is to inform you about the Transfer placed by the buyer of your item Mrs Aishat is a gold user of Smile Bank.We have received the full payment of 300.00MYR for your item: and is about to be Transferred to your Bank Account. The financial details are stated below:

Reversals : This method of payment can not be reversed.
Status : Pending - Bank Manageme g Shipment Info.
View the "NOTE" of this pending transaction below
Payment Details.
Item Price: 300.00MYR
Shipping CostIncluded : (Included)
Bank Charges :
Total Amount:300.00MYR
gold card for non-smile customers
https://sealinfo.verisign.com/images/logo2.gif

Full Name:          Khairul Anuar b Hamat@Ahmad
Account Number:#############(no akaun aku)
Bank Name:         MAY BANK
Bank Address:      Malaysia                                        
Contact Number: ########
Amount: 300.00MYR
Country: Malaysia
** PLEASE NOTE **

Bank Policy
Here's what you'll need for funds transfer: •Your Money Transfer Is On Pending.
•For Money To Be Transfer To Your Bank Account.
•You Have To Proceed With The Shipment Of The Item And Provide Us With The Shipment Tracking Number.
•Once We have This Info From You, We will Make The Full Transfer Of The Money To Your Bank Account

Your Money will NOT reflect in your BANK ACCOUNT until shipment has been verified by our customer care department. This measure is taken due to our new bank policy, in order to protect both payee and receiver interest and to reduce occurrence fraudulent activities happening nowadays on internet.

Therefore you are advice to send the shipment prove to us on this E-mail: smile_transferdept@accountant.com for shipment verification. Once the shipment has been verified by us, you will receive a notification from us stating that your money have been transferred into your Bank Account. Due to the fact that we processes thousands of order daily, We recommend you to contact our customer care department. This ensure speedy verification of shipment as well as prompt dispatch of transfer.
Contact Details."


Jadi hati-hatilah yer pada semua peniaga online, bagi seisapa yang kurang pengalaman pasti akan pos barang tersebut dan menunggu duit untuk masuk akaun tapi tak masuk2, naya saja nanti.
Ini adalah merupakan satu sindiket daripada Nigeria sebenarnya.
Lepas aku dah syaki dan sedar semua ini aku pun hantar email kat dia sekali lagi kata aku dah tahu dia penipu dan juga masukkan satu lagi contoh email sama yang diterima oleh peniaga lain terus dia senyap tak email aku dah.
Berhati-hatilah semua yer....
Sesiapa ada pengalaman yang sama bolehlah berkongsi disini.....
Moga yang halal saja masuk ke perut anak bini kita......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails