Thursday, February 21, 2013

Borong Kain Vietnam....

Ni kiranya entry yg tertinggal tak sempat nak tulis, Bukan apa rasa malas pulak nak menulis.
Oklah ceritanya mcm ni, pada 30 Jan - 1 Feb yg lalu, aku sempat jugak ke Vietnam sorang-sorang. Buat apa...hehe hajatnya pi nak pi borong kain Chiffon dan English Cotton yg memang murah sangat kat sana.
Jadi berkelanalah aku sensorang kat sana. Mula ngan naik bas dari Bukit Mertajam ke KL, pastu ambik bas lagi ke LCCT, dan malam tu aku tido jer kat surau LCCT sementara tunggu flight pagi esok jam 9.15 pg.

Esoknya tiba waktu naik flight, terus jer masuk cop pasport, takyah nak check in lagi sebab dah buat web check in dan beg pin angkut naik sekali dlm cabin jer, jadi senang sikit takyah nak beratur lagi. Sampai jer Airport Tan So Nat, Ho Chi Minh aku terus keluar dari Airport dan tercari-cari bas ke Benh Tan. Dari info yg aku dapat bas ni no 152, tepat info yg aku ada, bas ada disebelah kanan setelah keluar dari Airport. Tambangnya amatlah murah iaitu vnd 5000 jer iaitu bersamaan lebih krg 70 sen jer. Tapi kalau naik teksi mau kene vnd 150 000 atau RM 25.

Bas gerak beberapa minit lepas tu dan ambik masa lebih kurang 45 minit ke sejam jer. Turun bas terus menapak ke hotel An Tam yg ditempah awal dari Agoda. Dapat harga RM 60 semalam. Lepas rehat jap, terus pi cari mkn kat Basiroh. Pekene nasi ngan kopi ais Vietnam. Wah nikmat rasanya bila makan time lapar. Kos makan habis dlm rm 7 sahaja. Murah kan, tapi kalau mkn kat restoren Kampung Melayu kat sebelah Basiroh tu mau dlm RM 30 sekali makan. Untuk pengetahuan semua kalau nak murah pasal makan kat Vietnam, boleh try di kedai Basiroh, tapi kedai ni sentiasa penuh ngan pengunjung, kene sabar la sikit yer.
Selesai makan aku menapak ke Saigon Square yg boleh dijejaki dgn berjalan kaki sahaja dari Ben Tanh. Apa ada kat sini, ada mcm-mcm brg dari baju hingga ke cenderamata. Harganya boleh tahan jugak murahnya. Merupakan satu tempat yg wajib dilawati bila di Vietnam ni.



Selesai jer di Saigon, aku pi pulak menapak ke arah Parkson sambil nak survey tempat baru yg aku belum jumpa lagi sebelum ni. Dalam dok jalan-jalan tu jumpalah satu kawasan taman yg cantik sambil berlatar belakang bangunan lama yg terukir indah, Asyik sekejap kat situ dan menapak lagi sampai aku berjumpa masjid berdekatan restoren Bombay, Restoren Halal@Saigon. Dah letih menapak tu aku bergerak pulang ke kws Ben Tanh sambil singgah kejap kedai jual tudung dan sambar dulu beberapa helai tudung. Target yg nak di bawak blk nanti tudung dan kain, Jadinya kene hati2 memilih.



Mlm tu keluar lagi sampai keesokan harinya aku borong kain chiffon, english cotton dan kain tudung. Alu kene sentiasa beringat sbb tak nak beli sampai terlebih kilo pulak nanti. Aku ambik luggage dlm 30 kilo jer. Jadi sendiri mau ingatlah, nanti terlebih pulak, tak pasal-pasal kene byr denda. Jadi rutin hari tu, turun naik hotel jer beli kain.


Aku takdelah pulak pi borong sampai kat pasar Bin Tay walaupun kat sana murah sikit. Cukup pasar Ben Tanh dan kws sekitar hotel jer. Kat sini pun dah berlambak brg yg boleh diborong.

Masa yg terluang aku pi melepak kat taman yg berdekatan dgn Ben Tanh, kebetulan mlm tu  dia orang ada konsert. Sambil lepak, aku teruja tgk org vietnam main sepak raga pakai satu alat mcm bulu ayam. Menarik gak tengok.

Malam kedua aku sempat menapak ke jalan Pham Lu Ngo iaitu sebuah kws backpacker mcm Khao San Road kat Bangkok. Memang happening betul kat sini, dimana sepanjang jalan ini penuh dgn Pub dan Kelab Malam. Kalau korang nak penginapan yg murah pun boleh dpt kat sini. Saigon Youth Hostel juga letaknya disini iaitu sebuah hostel penginapan yg cukup popular dikalangan backpacker sedunia.

Semua kain-kain yg aku beli tu aku sumbat dalam 2 biji backpack dan beratnya betrul-betul 30 kilo. Tudung-tudung pulak aku boh dalam beg kain dan akan dibawa masuk cabin jer. Kenapa aku guna back adalah kerana kalau korang beli barang banyak dan takl mau kene cukai kat kastam, elok buat cara ni sebab kastam selalunya tak mau periksa sangat org yang bawak backpack. Ini dari pengalaman aku sendirilah, sebab rasanya kastam hanya akan minta untuk periksa beg-beg yang jenis beroda dan besar gedabak tu.

Tiba time balik aku terpaksa naik teksi la, takkan nak naik bas jugak mcm datang aritu, nak menapak dengan 2 backpack besar depan dan belakang boleh patah belakang gak. Baik tahan teksi jer terus hantar ke Airport. Sampai Airport ambik troli. Jimat sikit tenaga, tapi yg tak jimatnya tambang teksi kene la dalam VND 150 000. Adala dlm RM 22.

Akhirnya dipendekkan cerita sampailah aku ke LCCT balik dan terus ambik Star Shuttle ke Puduraya sebelum ambik bas lagi untuk ke Butterworth Penang. Isteri aku akan mengambil aku lebih kurang jam 3.00 pagi di hentian Juru. Alhamdulillah perjalanan selamat dan kini tinggal nak urus pasarkan kain-kain dan tudung ni la pulak.

Monday, February 11, 2013

Berkereta ke Pak Bara, Thailand.

Salam pada semua warga maya. Alhamdulillah sekali lagi di beri kesempatan dan kelapangan untuk menghabiskan waktu cuti sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini. Kali ini perjalanan singkat sahaja iaitu ke daerah Pak Bara sebuah daerah di pantai barat Thailand. Perjalanan dengan kereta dari Penang hanya sejauh 276 km sahaja. Dari Wang Kelian ke Pak Bara pulak lebih kurang 76 km sahaja. Dekat kan.


Pak Bara merupakan sebuah daerah perkampungan nelayan yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Kat sini boleh kedengaran Azan apabila masuk waktu dari masjid-masjid berdekatan.  Pak Bara juga merupakan pintu masuk ke Koh Adang, Koh Lipe, Koh Ravee dan Koh Tarutao. Kami taklah pulak nak menjelajah sampai kesana. Cukup beristirehat di Pak Bara sahaja.
Pak Bara ini kalau nak diikutkan sebuah kawasan yang sesuai untuk percutian yang jenis nak berehat dari kesibukan kerja dan masalah di pejabat. Ini kerana kawasan Pak Bara ini tiada apa sangat tempatnya. Hanya ada sebuah pasar malam dan juga pekan Pak Bara yang mana pada sebelah malamnya kedai-kedai pun dah tutup. Pasar malamnya pulak bukak sampai pukul 9 malam waktu Malaysia sahaja.
 

Perjalanan aku ke Pak Bara ini menggunakan pintu masuk sebelah Wang Kelian di Malaysia dan  Wang Prachan di sebelah Thailand. Kebetulan hari aku masuk pada 10 Feb bersamaan hari Ahad di mana pada hari ini pekan Wang Kelian dan Wang Prachan akan penuh sesak dengan pengunjung Malaysia yang hendak shopping di pekan border Wang Prachan.

 
Pada hari ini warga Malaysia boleh masuk ke pekan ini tanpa perlu mengecop pasport. Tapi setakat pekan ini sahajalah yer. Jangan cuba-cuba pulak nak masuk sampai ke pekan Satun atau pun ke daerah lain. Disebabkan pasar pada hari minggu inilah menyebabkan kami tersekat dalam kesesakan untuk menuju pos Imegresen selama lebih kurang satu jam.
 
 
Perjalanan ke Pak Bara, bagi aku taklah sesusah mana. Setelah selesai urusan imigrasi, korang teruskan perjalanan menuju simpang ke daerah Satun kemudian ambil kiri, lebih kurang 100 meter ambil pula simpang kanan menuju ke daerah Langu. Kemudian korang akan dihidangkan dengan sistem jalan raya 2 lorong yang lurus dan cukup lebar sekali. Ikut sahaja jalan lurus tersebut sehinggalah korang akan berjumpa dengan satu simpang tiga dan beloklah ke kiri dan tujulah terus sehingga sampai di pekan Pak Bara. Jalan ini merupakan jalan mati sehingga tiba di pekan Pak Bara. Tapi kalau korang nak terus lagi, boleh jugak, tapi terus masuk dalam lautlah yer.
 
 
Untuk dapatkan hotel juga tak susah kat sini, lebih kurang dalam 2 km nak sampai pekan Pak Bara ada banyak hotel-hotel di tepi jalan ni. Pilih sahaja yang mana berkenan, dari yang murah sampai yang mahal. Penginapan kami malam itu ialah di Marina Bungalow. 
 
 
 Pemiliknya seorang wanita Thailand bersama anak angkatnya bernama Ali seorang warga Pakistan. Ali ni cukup mesra sekali dan pandai mengambil hati.
 
Bilik kami malam tu berharga RM 70. Sebuah bilik yang baru diubahsuai, amat selesa sekali. Makanan kat sini pun sedap jugak. malam tu kami order Siakap sweet sour suruh mak angkat Ali masak. Selain itu, kat pekan Pak Bara kalau nak dapatkan kedai makanan Islam, memang tak susah, berlambak-lambak kat tepi jalan tu, pilih sajer mana yang berkenan.

 
Keesokannya kami check out jam 9.30 pagi dan terus ke pekan Wang Prachan. hari ini pekan Wang Prachan terasa lengang jika nak dibandingkan dengan semalam yang penuh sesak dengan pengunjung. Hari ini bolehlah nak beli belah sedikit. Tapi takder lah banyak mana kedai yang bukak. Buat pengetahuan semua harga kat sini memang murah banyak yer jika nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Sebab itulah tiap hari Ahad tempat ni penuh sesak dengan pengunjung Malaysia.

 
Selesai shopping satu dua barang kami menyelesaikan urusan imegresen dan kastam. Kami tak lupa untuk menyerahkan kembali salinan Deklarasi Kastam Thailand untuk bawak masuk kereta. Perlu diingat sapa bawak masuk kereta ke Thailand kene bagi balik surat ni, yang menandakan kereta kita kembali semula ke Malaysia. Jika tak, kalau kita nak masuk sekali lagi nanti kita akan dikenakan denda sebanyak RM 200.
 
Ok sampai sini dulu cerita kali ini, Tentang cara-cara macam mana nak bawak masuk kereta ke Thailand, nanti aku story lain kali pulaklah yer.

Sunday, December 30, 2012

Vietnam lagi....

Jom saper-saper nak join pi Vietnam. Kali ni aku pergi sorang jer, tiket dah beli, pastu bilik pun dah tempah. Ha bilik tu boleh muat sorang lagi, jom sapa-sapa nak join, tapi kene lelaki jer lah ya....

Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku pergi sorang saja kan...Bukan apa kali ni aku pergi seawal bulan januari selama 3 hari 2 malam ni, sebabnya aku nak pergi borong kain-kain pasang dan kain tudung buat bisnes kat Malaysia ni. Saja jer nak try meniaga, Mana tahu kot-kot esok boleh jadi saudagar kain pulak...hehe..
 Seperti biasa hotel aku booking melalui agoda.com. Senang jer, duit bayar terus menggunakan credit card dan bilik dah confirm booking atas nama kita. Melalui pengalaman sebelum ini booking melalui agoda.com, memang tak ada masalah semasa check in. Tak tahu lah pulak pada maa akan datang. Harapnya semua berjalan lancar.

Hajatnya nanti sampai sana jer terus pi borong mana-mana kain yang berkenan dan murah-murah, lepas tu aku nak cuba survey lagi mana-mana tempat yang tak sempat diteroka semasa kunjungan sebelum ini.

Teringin nak menjejak kaki ke kawasan "Pham Lu Ngo" yang dikatakan kawasan "backpacker heaven" di Saigon ini. Pada  mulanya hajat nak booking bilik di kawasan sini, tapi disebabkan tujuan utama aku nak beli kain jadi rasanya kawasan Pham Lu Ngo ni tak berapa sesuai utnuk menginap sebab jauh sedikit dari kawasan pasar Ben Tanh dan pusat beli belah utama di Saigon ini.
Flight pulak seperti biasa aku tempah penerbangan "Air Asia". Harga yang aku dapat untuk tarikh ni taklah mahal mana dan taklah jugak dikatakan murah. Kiranya bolehlah kut. Harapnya nanti perjalanan ni selamat pergi dan balik. Bukannya lama lagi pun, dalam sebulan jer lagi. Jadi kalau ada sesaper yang berhajat nak join sama trip ni bolehlah ya. Jangan malu dan jangan segan, kita boleh jadi kawan punya.....

Saturday, December 29, 2012

The Ridge Restoren


Restoren The Ridge, sebuah lagi restoren terbaru yang bakal menjadi restoren yang akan dikunjungi ramai suatu masa nanti. Lokasinya yang begitu startegik iaitu terletak di pintu masuk  utama ke Pulau Aman iaitu di jeti Bukit Tambun. Walaupun masih baru beroperasi, Restoren The Ridge menyajikan menu-menu yang terdiri dari maskan Western, Asia dan Seafood.
 Suasana persekitaran restoren ini yang terletak dikawasan tebing tinggi yang dibina menghadap ke arah pantai dan Pulau Aman. Suasana petang disni amat mendamaikan sekali. Tiupan angin pantai begitu mengasyikkan apabila anda sedang makan di sini.
 Lihatlah panorama pantainya, indah sekali, Nun dikejauhan sayup-sayup kelihatan Jambatan Pulau Pinang. Pada waktu malam kita akan dapat melihat dengan jelas lampu-lampu di  Jambatan tersebut.
 Kawasan Restoren yang cukup luas amat sesuai sekali untuk di buat jamuan bagi meraikan atau merayakan sesuatu perkara.
 Cashier Restoren The Ridge sedang melayan pengunjungnya yang sedang menunggu giliran membayar makanan mereka.
 Menu kami petang ini air tembikai dan Mee Udang. AIr tembikai harganya RM 4 segelas, manakala mee Udang kat bawah ni harganya RM 12 sepinggan. Nampak enak kan, Nak tahu enak ke tidak mai jemput rasa sendiri.

 Kami makan, betul-betul di tepi anjung restoren ini yang menghadap tebing tinggi dan pemandangan indah persekitaran Pulau Aman.
 Jika anada bertuah kat sini jugak kita boleh tengok matahari tenggelam. Cukup indah sekali.
 Ni waktu nak senja, kelihatan rumah-rumah di Pulau Aman sedang menyalakan lampu.
 Ni antara menu masakan di Restoren The Ridge. Tak susah untuk sampai ke sini, cari sahaja sign board ke jeti Bukit Tambun. Restoren ni di sebelah kiri jeti itu sahaja. Selamat menjamu selera dan selamat berkunjung ke sini.

Bagi rakyat Pulau Pinang, mai ramai-ramai ke sini, mari kita support pengusaha Melayu kita, katanya bos restoren ni sebelum ni kerja sebuah  hotel terkemuka.

Wednesday, December 26, 2012

Azam Tahun Baru 2013

Bila di tanya apa Azam tahun baru 2013. apa anda nak jawab, masih berfikir, menerawang ke alam khayalan mencari apakah sebenarnya azam diri. Adakah azam tahun lalu sudah tercapai atau masih terkapai-kapai. Adakah berbaloi membuat azam baru atau sekadar meneruskan azam lama.

Sudah tentu bila masuk sahaja tahun baru, semua dari kita bersemangat untuk menyatakan azam masing-masing. Sebenarnya azam tahun baru dapat memotivasikan diri ini untuk berubah atau membuat perubahan pada diri daripada sesuatu yang kurang kepada sesuatu yang lebih baik.

Bagi aku pulak, boleh tak kalau aku katakan Azam aku tahun 2013 ni nak terus berjalan atau mengembara ke lebih banyak negara yang belum pernah pergi dan kalau diizinkan Allah nak sampai jugak sampai ke negara China. Itu pun kalau status kewangan mengizinkan. Setakat ni yg dah ada dalam perancangan nak sampai ke Bangkok, Chiengmai, Laos, Hanoi, Ho Chi MInh, Nanning dan Yunnan.

Nak berjalan tahap gaban, tapi duit ada ke idak. Itulah lumrah manusia, keinginannya tinggi, nak mencapai awan, tapi sayang tangan tak berapa nak sampai.

InsyaAllah kalau diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki dan  juga dipanjangkan umur, akan aku menjelajah ke serata dunia. Kata orang banyak berjalan, luas pandangan, terbuka minda bertambah pengetahuan. Harap-harap jugak AIr Asia buatlah promo banyak-banyak yer......Ok Bye...bye.

Sunday, December 23, 2012

Da Nang, Vietnam

Sekejap tadi apabila melihat rancangan Destinasi Cinta Bersama Air Asia terbitan Astro Ria yang mengetengahkan Farish Aziz dan Zahrah ynag bercuti di Danang Vietnam, hati terus terdetik nak kene mai jugak kat sini satu hari nanti.

Sebelum ini memang dah ada agenda untuk buat backpacker naik keretapi dari Hanoi ke Ho Chi Minh selama 3 hari berkeretapi. Tapi nampaknya plan tu terpaksa di adjust sikit dimana kene singgah sehari dua di Danang sebelum meneruskan perjalanan ke Ho Chi Minh. Danang ni terletak  ditengah-tengah perjalanan antara Hanoi dan Saigon. Jaraknya 791 km dari Hanoi dimana kalau berkeretapi dari Hanoi tu ambik masa dekat 18 jam jugaklah.

Kalau naik kapal terbang pulak, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang adalah yang ketiga selain Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Ho Chi Minh serta menjadi pintu masuk utama ke Vietnam. Ia terletak 2.5 kilometer dari barat daya pusat Da Nang. Empat penerbangan AirAsia ke Da Nang iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dengan menggunakan pesawat AK868 dan AK869.

Danang ni terkenal dengan kawasan pantainya yang indah juga terdapat satu kawasan tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO iaitu bandar Hoi An. Hoi An ini telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada tahun 1999 lagi. Daripada apa yang aku google kejap tadi bandar Hoi An ni banyak kawasan yang menarik yang boleh diterokai, antaranya Old Town, Japanese Bridge, kilang sutera dan deretan kedai dan rumah yang dihiasi Tanglung.

InsyaAllah satu masa nanti aku akan sampai jugak disini. Masih terbayang lagi suasana keindahan pemandangan yang disaksikan dalam rancangan Destinasi Cinta itu tadi. Terima kasih Astro Ria kerana membuka idea kepadaku untuk berkunjung ke sana.

Saturday, December 22, 2012

Travelouge Vietnam - Part 5

 Kali ni aku kongsikan senarai hotel-hotel yang berdekatan dengan pasar Ben Thanh. Jadi senang sikit kalau ada rakan-rakan yang bercadang nak datang Vietnam, tapi tak tahu nak tinggal hotel mana. Semua hotel-hotel yang aku senaraikan kat bawah ni berada sederet sahaja antara satu sama lain.

Kalau tak tahu macam mana tempahan, paling senang korang guna sahaja khismat agoda.com, hostelworld.com ataupun hostelbookers.com. Ada perkhidmatan yg kene bayar terus dan ada yang kita check in baru bayar. Pilihlah sendiri mana yg korang rasa senang.

Hotel Saigon Pink 2 
 Hotel Thanh Thu (bersebelah dengan hotel Saigon Pink 2)
 
Semua hotel yang aku cadang ni dekat sahaja dengan pasar Ben Thanh dan pasar malam Ben Thanh. Jadi senanglah korang nak turun membeli belah. Juga berdekatan dengan pasar Saigon Square.
 
Kat deretan hotel ni juga tak susah untuk mencari kedai makanan Muslim.
 
 Hotel Gia Huy
 Hotel An Tham
 Hotel Kelly
Hotel Hoang Hai Long 2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails