Friday, November 13, 2015

Berkongsi Tip Percutian Murah di Medan, Indonesia.

Salam semua rakan-rakan blog.....

Kali ni nak kongsi sikit pasal percutian kami ke Medan baru-baru ini iaitu pada 2 - 6 November 2015 yang lalu.

Kali ini percutian ini melibatkan rakan-rakan sekerja di office ku sahaja. Setelah meneliti tiket Air Asia yang ada buat promo murah ke Medan, aku pun mengajak beberapa teman pejabat untuk sama-sama bercuti ke sana. Tiket yang kami dapat untuk perjalanan dari Penang ke Medan adalah RM 170 pergi dan balik. Memang dah murah dah tu.

Untuk pergerakan dan perancangan di Medan pula aku serahkan sahaja pada Pak Ibrahim yang mana sebelum ini aku memang pernah menggunakan perkhidmatan beliau untuk menguruskan percutian kami disana. Untuk caj selama 5 hari 4 malam di Medan Pak Ibrahim mengenakan caj sebanyak RM 510 yang mana meliputi makan minum, Hotel, Kenderaan beserta Supir yang merangkap pemandu pelancong, Minyak Mobil, Airport transfer dan  tiket bot ke Pulau Samosir.

Bagiku caj yang dikenakan ini memang sangat berbaloi. Bilik Hotel yang diberikan kepada kami amat selesa dan luas sekali. Makan minum sepanjang perjalanan  meliputi sarapan, makan tengahari dan makan malam. Kami memang amat berpuashati sekali dengan makan minum sebabnya, bagi kami menu yang disediakan kena dengan selera kami dan banyak pula tu. Kalau kita di Malaysia ni purata makan kami boleh dikatakan dalam RM 15 seorang untuk sekali makan. Jenuh pula kami nak menghabiskan lauk pauk yang dihidangkan.

 Pada hari pertama kami tiba di Medan Pak Supir telah siap menunggu di Airport dengan memegang papan nama yang tertera namaku. Oleh kerana flight kami tiba malam maka kami bermalam di Medan dahulu pada hari pertama itu. Kami menginap di Antares Hotel.
Memang luas bilik kat Antares ni. Pagi esoknya kami bersarapan di Hotel sebelum memulakan perjalanan ke Parapat. Perjalanan hari kedua kami akan melalui perjalanan selama lebi kurang 5 jam melalui jalan raya yang berliku untuk ke Parapat dan akan menginap di Danau Toba Cottage.

 Suasana dari bilik kami yang betul-betuk menghadap Tasik Toba. Begitu mendamaikan sekali.
 Lihatlah sahaja suasana tasik yang begitu luas sekali. 

 Bergambar kenangan di balkoni Hotel.


Tasik Toba memang luas dan dalam sekali. Ini terbukti dengan data di atas. Kedalamannya sahaja menjangkau 450 meter.Tasik Toba dikatakan lebih luas lagi jika nak dibandingkan dengan negara Singapura.

 Sekitar pekan di Parapat. Taklah semeriah mana pekan Parapat ni. Tapi kalau musim cuti memang penuhlah kawasan sini.
 Papan tanda sampainya kami di Danau Toba.Kau Adaaaaa. Haha

 Ni pula suasana cafe di Hotel Toba ni. Memang awesome sekali pemandangan berlatar belakangkan tasik Toba.
Sebelum berangkat meninggalkan hotel, sempat dulu bergambar di papan tanda Danau Toba.

Seterusnya pada hari ketiga sebelum meninggalkan hotel kami membuat lawatan ke pulau Samosir dengan menaiki bot yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tiket dan tambang semua dah masuk dalam pakej. Jadi tak tau la pula berapa harganya. Pulau Samosir ni kebanyakan penduduknya  adalah dari suku kaum Batak.
 Dihadapan bot sebelum bertolak ke Pulau Samosir.
 Atas bot.

Pemandangan jeti di pulau Samosir.

 Rumah asal orang Batak. Masih tersergam indah di pulau Samosir.
 Sempat menari tarian tradisional masyarakat Batak.


Selesai lawatan ke Pulau Samosir perjalanan diteruskan ke Berastagi dan kami bermalam di sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam juga kerana jalan yang bengkang bengkok dan melalui sepanjang tasik Toba.
 Pemandangan tasik dalam perjalanan kemi ke Berastagi.



 Sebelum sampai ke Berastagi kami sempat singgah di Air terjun Sipiso-piso, iaitu air terjun yang keluar dari perut bumi.
 Inilah hotel kami di Berastagi iaitu hotel Simabung. Dari sini dapat lihat dengan jelas Gunung Sibayak dan Gunung Sipiso-piso.

 Pemandangan sekitar hotel yang amat cantik sekali.
 Di pekan Berastagi, sempat membeli beberapa helai baju dan kain di sini. Juga sempat menunggang kuda buat pertama kalinya dengan bayaran 20,000 Rupiah bersamaan RM 6 mengelilingi pasar buah Berastagi.

Selesai membeli belas di pasar Berastagi kami meneruskan perjalanan hari keempat ke Medan. Perjalanan dari Berastagi ke Medan mengambil masa leih kurang 2 jam sahaja. Kami menginap di Hotel Soechi sewaktu hari terakhir di Medan. Oleh kerana kami ni semua lelaki maka kami ni tidaklah shopping banyak sangat. Tapi sempat jugalah ke Pasar Ikan Medan untuk shopping kain baju. Pasar Ikan Medan ni bukannya jual ikan yer. jangan salah anggap pula.

Kami banyak shopping barang outdoor kat sini. Memang best bila terjahan kami pada kedai outdoor pertama di Jalan Halat menemukan kami dengan satu deretan kedai-kedai outdoor di Medan. Yang best lagi tu barangnya amat berkualiti dan harganya pula murah.

Flight kami pada hari kelima di Medan ialah pada sebelah petang iaitu pada jam 6.40 petang. Akhirnya kami tinggalkan Medan dengan seribu kenangan terindah. Ramai dari ahli grup aku ingin datang lagi disini untuk membawa keluarga masing-masing.

Selalunya kalau ke Medan cukup dengan pakej 4 hari 3 malam sahaja, Tapi elok ambil flight pagi ke Medan jadi kita boleh terus ke Parapat pada hari pertama. Untuk pakej 4 Hari 3 malam Pak Ibrahim ambil RM 400 sahaja. Jadi pada rakan-rakan blog kalau nak berkunjung bercuti ke Medan bolehlah contact Pak Ibrahim ni. Service tip top dan mantap. Kat sini saya sertakan no Pak Ibrahim +62811616289. Boleh wassup sahaja dan Pak Ibrahim akan membalasnya.

Ok, sampai sini dahulu.....selamat bercuti semua.

Thursday, November 12, 2015

Kayuhan Diwali Jerai

Bersempena cuti Deepavali tahun 2015 bersamaan 10 November 2015, aku bersama isteri telah berjaya membuat satu kayuhan duo mengelilingi Gunung Jerai dengan jarak keseluruhan 66 km dan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit  termasuk masa rehat.

Kami bermula seawal jam 7.45 pagi dan tamat pada jam 12.15 tghi. Bermula di kawasan Bandar Laguna Merbuk dan melalui Gurun - Guar Cempedak - Yan Kecil - Tanjung Jaga - Singkir Darat - Semeling - Bandar Laguna.

 Bermula dari Bandar Laguna dalam suasana pagi yang dingin. Keadaan jalan rata dan kurangnya kenderaan kerana cuti Deepavali memberi sedikt keselesaan kepada kami.
 On the way menghampiri pekan Gurun. Nun disana sayup-sayup keindahan Gunung Jerai.
 Menghampiri pekan Gurun sedikit berbukit, namun tidaklah tinggi sangat.
 Tiba di kaki  Gunung Jerai. Masih bersemangat walaupun suasana mula sedikit panas.
 Puncak Jerai juga telah berjaya ku tawan sebelum ini.

 Menghampiri simpang Guar Cempedak. Keadaan jalan masih mendatar. Selepas simpang ini kayuhan menjadi sedikit relaks kerana diteduhi oleh pokok-pokok ditepi jalan. Terasa teduhlah sedikit.
 Indahnya suasana sawah padi berlatar belakangkan Gunung Jerai
 Kami hampir berjaya kali ini.

 Tengah dok melayan keindahan panorama.

 Inilah sebab kaki ini sentiasa ingin mengayuh.Indah sungguh ciptaan Allah.
 Menghampiri pekan Yan. Jalan masih mendatar. Penat pun sedikit terasa.
 Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Bukit Tanjung Jaga. Juga menjadi kawasan kebimbangan bagi isteriku. Sedikit demi sedikit jalan makin meninggi. Ada lebih kurng 3 atau 4 bukit kesemuanya.
 Bangga dengan isteriku kerana kesemua bukit Tanjung Jaga berjaya dikayuhnya tanpa apa-apa bantuan dariku. Sengaja aku tidak membantunya untuk melihat sejauh mana semangat isteriku ini. Alhamdulillah bukit Tanjung Jaga ini berjaya ditawannya tanpa apa-apa bantuan dariku.
Ini merupakan jambatan jeti Semeling, merupakan kawasan tinggi yang terakhir sebelum kami menghampiri Bandar Laguna.
Kami tiba di bandar Laguna pada jam 12.15 tengahari. Alhamdulillah semua selamat, juga tanpa apa-apa kerosakan mekanikal pada kedua-dua basikal kami.

Sunday, November 1, 2015

Kayuhan Solo Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

Hari Pertama 23 Oktober 2015

Tanggal tarikh 23 hingga 26 Oktober 2015 yang lalu, aku telah berjaya menyempurnakan secebis impianku untuk berkayuh basikal secara Solo. Kayuhan ini boleh dikatakan sebagai percubaan pertama untuk satu lagi impian besar selepas ini. Kayuhan ini bermula dari pekan Sungai Buloh. Sebenarnya aku boleh bermula dari kota Kuala Lumpur lagi tapi disebabkan  memikirkan keadaan trafik yang sesak, aku rasa lebih elok aku keluar terus dari kesibukan kota Kuala Lumpur dan memulakan kayuhan di Sungai Buloh. Maka bantuan rakan dari Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur digunakan untuk menghantar aku dan jenteraku ke Sungai Buloh.

 Persediaan basikal diikat diatas hilux untuk dihantar ke destinasi permulaan.
 Bersama-sama pegawai dari Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
 Bersama Ketua Unit Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

 Sempadan daerah Kuala Selangor, masa ni lebih kurang baru 15 km.
 Berhenti rehat setelah kayuhan selama 30 km.Melalui pekan Sungai Buloh, Kota Puteri dan menghampiri Bukit Rotan.


 Cuaca hari pertama ni memang menyebelahi aku kerana redup sahaja. Walaupun tahap IPU pada bacaan tidak menyihatkan tapi aku gagahkan jugak kayuhan ini demi suatu matlamat yang ingin digapai.
 Kayuhan hari pertama ni aku hanya berehat sekali sekala sahaja. Hentian pertama ialah setelah 30 km. Hentian kedua ialah setelah 25 km dan sekali ngan makan tengahari merangkap sarapan pagi.
Hentian ketiga pula setelah berkayuh 20 km dan begitulah seterusnya aku cuba mendisiplinkan diri untuk meneruskan kayuhan sejauh 110 km pada hari ini. 
 Stesyen bas di tepi jalan seperti menjadi satu kemestian untuk berhenti sekejap. Tak lama pun, cukup menghilangkan penat dan dapat baring sekejap dan aku teruskan kembali kayuhan. 
 Mungkin disebabkan berkayuh solo aku dapat berbuat begini. Kalau berkayuh ramai2 rasanya mau dekat 30 minit ke sejam sekali rehat. Memang ada kelebihan dan kekurangan bila kita berkayuh secara solo. Yang besnya masa jadi cepat dan layan jer diri sendiri. yang tak bestnya pula mungkin dari faktor keselamatan dan boring tak ada sapa nak bercakap.
 Menghampiri Sabak Bernam, berhenti sekejap untuk bergambar tanda dah masuk kawasan penamat kayuhan hari pertama.
Akhirnya tiba juga di Hotel Sabak Bernam dengan kadar sewa RM 85 semalam. Tamat kayuhan 110 km pada hari ini. Alhamdulillah, jentera bekerja dengan baik sekali, tiada apa2 masalah pada basikal. Jenteraku mendapat layanan istimewa apabila basikalku dibenarkan diletakkan diruangan bilik VIP Hotel jadi tak perlulah aku angkat masuk sampai ke bilik.

Dah setel bab basikal, apa lagi masuk bilik dan merehatkan diri, dan plan untuk kayuhan esok hari dari Sabak Bernam ke Pantai Remis.


Hari Kedua 24 Oktober 2015.

Kayuhan hari ini bermula dari Sabak Bernam dan akan melalui Hutan Melintang, Guntong, Lekir, Sitiawan, Manjung, Segari dan Pantai Remis.Jarak lebih kurang 120 km. Cuaca juga amat baik pada hari kedua ini. Tidak panas dan tidak pula hujan. Mendung sepanjang hari.

 Bergambar dahulu dihadapan hotel sebelum meneruskan kayuhan hari kedua. Seawal jam 7.pagi lagi dah start keluar. Pasang lampu untuk bagi signal pada kereta dan motor.
 Jambatan selepas simpang Hutan Melintang nak ke Sitiawan. Tinggi jugak jambatan ni.

 Tu dia tak jauh dah. Layan jer, penat kita berhenti, habis rehat sambung kayuh balik.
 Letih, rehat lagi bang. Entah kedai sapa la ni.

 Menghampiri Sitiawan. Tengok pokok padi kiri dan kanan jalan, bukan main jauh dan sayup. Dalam hati bila la nak jumpa pokok-pokok besar tepi jalan dan nampak rumah2 orang. Ada la dalam 15 km jalan macam ni.
Layan bang.....



 Melepasi pekan Stiawan, bergabung dengan beberapa rakan dari Pusat Kokurikulum Penang yang sanggup datang menemani untuk kayuhan ku ini.
 Rakan semasa belajar di USM iaitu Mejar Amir Azmi.
Inilah dia dua rakan yang sanggup mai dari jauh bersama isteriku.

 Menghampiri Segari. Jalan naik turun. Lorong juga semakin sempit untuk berkayuh.


 Akhirnya sampai juga ke Pantai Remis.Alhamdulillah. Meter basikal sudah 110km. Namun Homestay malam ini ada 10 km kayuhan lagi. Berhenti makan dahulu disini.
Akhirnya 120 km kayuhan. Jentera masih berfungsi dengan baik.

Hari ketiga 26 Oktober 2015.

Kali ini kayuhan dari Pantai Remis hingga ke Taman Impian Indah, Alma. Jarak kayuhan 110 km. Hari ketiga ditemani tiga lagi rakan pengayuh, jadi taklah rasa boring dah. Laluan hari ini, Pantai Remis, Terong, Changkat Jering, Taiping, Kemunting, Bagan Serai, Nibong Tebal dan Alma.

Hari ketiga cuaca agak panas sedikit. Area Changkat Jering bergabung lagi dengan 2 rakan rider dari Pusat Kokurikulum menjadikan enam semuanya.

 Selfie dulu sebelum memulakan kayuhan.

 Atas jambatan Nibong Tebal


Cantik jer suasana pagi area pekan Pantai Remis ni.



 Mercu tanda Taiping. wajib bergambar disini.
 Tanda kepuasan setelah 3 hari berkayuh. Semangat untuk menamatkan kayuhan.

 Akhirnya sampai jua kedestinasi. Disambut dengan air hujan yang begitu lebat sekali
 3 km nak sampai memang lebat betul.
Kepuasan jelas tergambar di wajah. Tamat 340 km kayuhan dari Sungai Buloh ke Pulau Pinang.

Alhamdulillah tamat kayuhan dengan sempurna tanpa apa2 kerosakan mekanikal pada basikal dan tuan dia pun berada dalam keadaan selamat dan sihat. Terima kasih pada kawan-kawan yang sanggup datang menemani berkayuh pada hari terakhir. Jua jutaan terima kasih pada isteri tercinta yang juga sanggup turun menemani kayuhan walaupun escort dengan kereta, jasamu tetap dikenang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails