Askum rakan-rakan blogger semua.
Rasanya sudah lebih 4 bulan aku tidak menulis diruangan blog ini. Entah mengapa minat itu terasa hilang untuk menulis. Mungkin aku ni bukan jenis yang suka duk depan komputer kut.
Tapi pada hari ini aku nak berkongsi sedikit info dengan rakan-rakan sekelian. Tahukah anda akan Laluan Kanopi Terpanjang sekali di dunia terdapat di Malaysia. Tapi dimana yer? Bukan jauh pun, dekat dengan Kawasan Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim sahaja. Sungai Sedim memang cukup terkenal dikalangan penggemar sukan air di Malaysia. Disini jugalah terdapat satu laluan Kanopi yang terpanjang sekali di Dunia.

Laluan Kanopi ini diperbuat daripada besi dan ketinggiannya melebihi 60 meter. Laluan ini boleh menampung lebih kurang 35 pelawat dalam satu-satu masa. Laluan ini mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk merentasinya. Bayaran yang dikenakan untuk manaiki Kanopi ini ialah RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Untuk kesini anda boleh berkereta terus ke Kg. Sedim dan jarak kawasan ini dari Kulim hanya 20 minit dan 30 minit dari Butterworth. Carilah jalan yang menghala ke Kulim terlebih dahulu jika anda pengunjung dari luar. Di bandar Kulim terdapat banyak papan tanda yang menghala ke Sedim.
Dikawasan Sg Sedim ini disamping manaiki laluan Kanopi antara aktiviti lain yang boleh dijalankan ialah, White water rafting, kayak, Flying Fox, Repelling, mendaki Gunung Bintang, tubing, night walk, Tea, Building dan lain-lain lagi.

3 comments:
wah..tahniah..ter update akhirnya..
teringin gak nak gi sini klu ade masa..tp gayat gak nie..
kalau naik laluan kanopy tu tak usah takut.. built by steel..tak kan goyang punya.
Post a Comment