Kayuhan pada sebelah pagi 16 hb tu terasa berat sedikit maklumlah terpaksa membawa beban yang berat. Bekalan makan serta pakaian ditambah dengan air mineral seberat 5 liter seorang. Memang berbeza kayuhan daripada kayuhan sebelum ini.
Keadaan air laut pada pagi itu terasa tenang sekali. Memang dari ramalan air pada tarikh ini adalah air mati. 3 km awal kami masih santai lagi dalam kayuhan.
Kami mula melepasi Tanjung Assam dan perairan Gertak Sanggul dan seterusnya memasuki tanjung BTN. Sampai di BTN Pasir Panjang lebih kurang jam 9.30 pagi. Menepati sasaran kami.
seterusnya kayuhan diteruskan lagi dan memasuki perairan Sg Burung dan Pulau Betung. Memang target kami hanya akan berhenti rehat sekali sahaja pada satu hari iaitu untuk makan tengahari.
Jarak kayuhan masih lagi jauh. Kayuhan untuk melepasi tanjung Sungai Burung ini terasa amat jauh sekali. Mana tidaknya sebelum hujan tadi kami dapat melihat tanjung Teluk Kampi. Apabila hujan turun tanjung Teluk Kampi tidak kelihatan lagi, Cuma yang kelihatan penghujung kawasan paya Bakau. Ditambah pula apabila kami terasa kayuhan kami seperti tidak bergerak kemana-mana. Kami tidak boleh berhenti berkayuh, ini kerana jika berhenti sahaja kayak akan hanyut ke belakang, ini akan merugikan kami. Sasaran ditetapkan pada penghujung Paya Bakau. Ini kerana kami terasa amat letih apabila berkayuh dikawasan Sungai Burung tadi. Tiupan angin Barat memang cukup terseksa dibuatnya. Sehingga terasa seperti hendak mengalah. Namun apabila hendak sampai ke hujung Paya Bakau, keadaan air kembali tenang dan kami dapat berkayuh dalam keadaan tenang kembali.
Sampai sahaja berdekatan dengan penghujung Paya Bakau jelas kelihatan tanjung Teluk Kampi. Pantai Kerachut terletak bersebelahan dengan Pantai Teluk Kampi. Sasaran baru ditetapkan walaupun badan terasa letih. Kali ini kami bertekad untuk terus berkayuh hingga ke Pantai Kerachut. Melepasi Teluk Kampi, riak wajah kami kembali ceria, walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.30 tengahari. Melewati target kami untuk sampai di Pantai Kerachut jam 12.30 tgh. Kayuhan diteruskan seperti biasa dan akhirnya kami tiba juga di Pantai Kerachut jam 2.30 tengahari walaupun pada waktu ini kami sepatutnya mula berkayuh semula untuk sesi sebelah petang. Dapat melabuhkan kayak terasa begitu lega sekali. Kaki yang tadinya yang duduk lurus sahaja dapat dibengkokkan apabila kami keluar dari kayak. Memang terasa lega dan nikmatnya apabila dapat berdiri setelah 7 jam berkayuh tanpa henti.
Di pantai Kerachut kelihatan ramai juga pengunjung pada hari tersebut. Kelihatan ada lebih kurang 3 grup disitu. Pantai Kerachut memang cukup terkenal sebagai satu kawasan untuk berrekreasi pada hujung minggu. Tambahan pula apabila sekarang Pantai Keravhut jga terletak dalam kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara. Pantai Kerachut boleh dimasuki melalui 2 cara iaitu jalan laut dengan menggunakan bot penumpang yang boleh dinaiki melalui jeti Teluk Bahang. Satu lagi cara ialah dengan treking dari pintu masuk yang mengambil masa selama 3 jam berjalan kaki.
Perjalanan diteruskan tepat jam 3.30 petang. Riak wah kami sekarang fokus untuk melepasi satu tanjung di Panti Kerachut ini yang lebih terkenal dengan gelaran ”Pucat Muka”. Ini kerana ombak dan gelombang disini cukup tinggi sekali hinggakan jika kita berkayuh sebelah menyebelah kita sesekali tidak akan nampak orang disebelah kita apabila dilambung ombak di sini. Alhamdulillah kami dapat melepasi tanjung ini dengan baik sekali. Ombak menyebelahi kami pada ketika itu. Kayuhan kami juga lancar walaupun keadaan ombak sedikit tinggi. Melepasi tanjung Pantai Kerachut dan menghampiri kawasan teluk Pantai Mukahead jam menunjukkan jam 4.30 petang. Dari jauh kami dapat melihat target sasaran asal kami iaitu tanjung Kampung Huma. Pada waktu itu juga aku membuat perkiraan dan percaturan semula untuk terus berkayuh kesasaran asal. Ini kerana dirasakan untuk terus masuk keteluk Muka Head dengan terus berkayuh kesasaran terasa seperti sama jaraknya. Tambahan keadaan air laut pada saat itu seperti menyebelahi kami. Kayuhan kami terasa ringan disebabkan ombak laut yang sama menolak kayak kami ke tepi. Dengan bantuan dari angin dan ombak pada petang itu kami berjaya sampai disasaran di Kampung Huma bersebelahan dengan Hotel Rasa Sayang ShangriLa pada jam 6.00 petang.
Terasa nikmat sekali. Kepuasan tak terhingga. Malam itu kami menumpang rehat di pondok bersebelahan hotel iaitu tempat istirehat dan parking motor pekerja dan penjaga ”Jet Ski dan Para sailing”. Setelah meminta kebenaran dari mereka untuk tumpang bermalam disitu, kami mempersiapkan diri dan membetulkan urat sambil berehat. Malam itu juadah kami nasi dengan ikan sardin dan air kopi. Walaupun ala kadar tetapi nikmat dapat makan ketika badan latih ni memang sedap sekali. Malam itu kami tidur awal dengan janji esok nak turun awal sedikit, nak curi masalah katakan.
Keadaan air dan ombak masih menyebelahi kami, cuma sedikit berolak sahaja. Akhirnya aku meneruskan kayuhan dan akan menunggu Abdiilah dikawasan pantai Seagate tempat kami akan berhenti rehat untuk makan tengahari. Sambil melewati kawasan pantai Seagate aku meninjau-ninjau kawasan gerai makan dan minuman yang terdapat di tepi jalan disitu. Akhirnya ketemu juga sebuah gerai yang menjual Laksan dan Bihun Sup. Ketika berhenti di Pantai Seagate itu jam menunjukkan jam 12.40 tgh. Sambil menunggu Abdillah aku pekena dulu Laksa dan air oren. Lapar punya pasal habis dua mangguk aku pekena Laksa kat situ. Abdillah samapai lebih kurang 1.20 ptg kat situ. Berehat kat sini labih kurang sejam setengah sebelum kami teruskan kayuhan.
Jam 2.20 ptg, kami teruskan kembali kayuhan. Dari Pantai Seagate kayuhan diteruskan melewati kawasan Teluk Tempoyak dan diteruskan hingga ke kawasan Tanjung Pulau Rimau. Pada mulanya air masih lagi tenang dan sedikit olak sahaja. Apabila memasuki perairan Pulau Rimau ombak mula tinggi dan arus juga kuat. Apabila dipandang ke belakang Abdillah masih lagi berada pada tahap jangkauan mata. Memang terasa begitu tension sekali untuk melepasi perairan Pulau Rimau dan Permatang Damar Laut ini untuk menuju ke tanjung Teluk Bayu. Pada waktu itu jam 4.30 petang. Hujung tanjung masih jauh lagi. Setelah berkayuh tanpa henti akhirnya sampai juga ke hujung tanjung Teluk Bayu. Apabila sampai kat sini hati sedikit lega dan kayuhan mula diperlahankan dan aku berkayuh dalam keadaan santai sahaja kerana destinasi panamat sudahpun kelihatan dan jam baru menunjukkan jam 5.20 petang. Abdillah juga masih kelihatan samar-samar berkayuh dibelakang dalam keadaan kayuhan yang sedikit perlahan. Akhirnya dalam kayuhan yang sedikit santai itu aku berjaya juga sampai kedestinasi penamat pada jam 6.10 petang dan berjaya mengelilingi Pulau Pinang dalam 2 hari. Abdillah sampai juga 50 minit lewat dibelakangku.
Kami berjaya juga akhirnya. Memang jelas tergambar kepuasan dihati kami. Pengalaman kayuhan kayak mengelilingi Pulau Pinang ini menjadi pengalaman berharga buat kami berdua. InsyaAllah akan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Untuk rakan-rakanku diluar sana minta maaf tak dapat nak mengajak kalian bersama, mungkin lain kali kut.
##untuk melihat koleksi gambar sila klik link kat bawah ni