Monday, November 8, 2010

Log ke Tawau - Semporna

sambungan Log lalu....

4 November 2010

Kami bangun awal pada pagi itu jam 5.00 pagi. Kat sini subuhnya awal 4.55 pagi sudahpun masuk waktu. Pukul 5 tu kiranya dah nak cerahlah. Pagi itu kami berjalan-jalan sekitar bandar Tawau dan sempat melawat Pasar Tanjung Tawau dan Pasar Ikan Tawau. Kedua-dua pasar ini hanya berada di belakang Hotel kami sahaja.

Seterusnya pergerakan ke pekan Semporna kami teruskan pada jam 12.00 tengahari. Untuk ke Semporna kami memilih pengangkutan menggunakan bas mini. Bas mini kalau kat Sabah ni ialah Van. Tambangnya ialah hanya RM 10.00 sahaja untuk seorang. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Bas mini ini boleh dinaiki di kawasan pekan yang dikenali dengan Sabindo.
Sampai sahaja di Semporna kami menginap di Borneo Global Sipadan Backpackers. Kos penginapan cuma RM 90.00 untuk satu bilik 3 orang. Keadaan bilik selesa dengan bilik air di dalam. Petang dan malam itu kami jalan-jalan di Semporna. Kat sini banyak kedai-kedai "Dive Centre" Boleh dikatakan Semporna merupakan pintu masuk bagi penyelam-penyelam tempatan dan antarabangsa. Bagi sesiapa yang nak mengambil lesen menyelam pun boleh. Kat sini ada banyak pusat menyelam, pilih sahaja nak yang mana.

Berhadapan pekan Semporna ialah Pulau Bum Bum. Untuk ke Pulau tersebut boleh menaiki bot dengan tambang hanya RM 2 seorang. Pulau Bum Bum ialah satau pulau yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, juga terdapat beberapa sekolah di sekitar pulau tersebut.

5 November 2010

Hari ketiga kami di Sabah, hari ini kami akan bergerak ke Pulau Mabul untuk menginap di sana. Perjalanan dengan menggunakan bot selama lebih kurang 1 jam setengah. Di Pulau Mabul kami menginap di Arung Hayat Resort. Rata-rata penginapan di chalet terapung di Pulau Mabul ialah sekitar RM 60 - RM 80 sahaja seorang termasuk makan. Lainlah kalau kita memilih penginapan mahal di Chalet Terapung milik Sipadan Water Village yang berharga sekitar RM 500 satu bilik.

Dekat Arung Hayat ni penginapannya sudah selesa dengan pemandangan menghadap suasana matahari jatuh dan naik. Berdekatan dengan Chalet ini ada lagi chalet Uncle Chang, Billabong, Scuba Jeff dan ada lagilah. Sampai di Mabul ini aku cukup teruja melihat airnya yang cukup jernih walaupun berdekatan dengan penempatan orang.

Kami sebenarnya boleh dikatakan beruntung kerana pakej kami cuma berharga RM 150 seorang  untuk 2 hari satu malam yang termasuk bilik, makan minum, bot dan lawatan ke Pulau Sipadan, Kapalai dan Mabul. Ini mungkin disebabkan kami menumpang satu grup rakan dari Pulau Pinang yang datang dalam kumpulan yang ramai. Kalau kita bertanya di pusat-pusat pelancong yang terdapat banyak di pekan Semporna tu, kebanyakannya kalau nak ke Mabul sahaja kosnya sekitar RM 300 seorang. Kalau nak ke Mabul pula kosnya RM 550 seorang.

Petang tersebut setalh check Inn bilik masing-masing kami bergerak dengan bot ke Pulau Sipadan. Perjalanan lebih kurang setengah jam. Laut amat bergelora masa tersebut. Kalau laut tenang perjalanan cuma 15 minit dari Pulau Mabul. Sampai di Sipadan aku merasa amat takjub sekali dengan keindahan pulau tersebut. Pulau Sipadan kini tak boleh lagi menginap. Pelancong yang datang hanya untuk menyelam, snorkeling atau melawat sahaja. Hanya tentera sahaja yang dibenarkan berada di pulau ini. Pihak tentera akan membuat giliran selama 3 bulan sekali untuk berkawal di pulau Sipadan. Selain tentera terdapat juga pihak PGA yang berkawal.

Di Pulau Sipadan sebenarnya kalau nak Snorkeling tak berapa cantik sangat. Coral di sini tak berapa banyak. Pantainya penuh dengan pasir sahaja. Namun begitu Sipadan adalah syurga bagi penyelam. Bentuk Pulau Sipadan yang berbentuk seperti cendawan itulah yang unik sekali. Keindahan Sipadan adalah didasar pulau tersebut.

Pulang dari Sipadan kami singgah di Pulau Kapalai. Pulau ni kami tak boleh masuk sebab kepunyaan persendirian. Jadi tengok dari luar sahaja, namun sempat terjun juga, ambil lesen snorkeling di Pulau Kalapai. Pulau Kapalai penuh dengan chalet terapung jenis mewah. Kos sekitar RM 500 satu bilik. Pulau Kapalai juga merupakan lokasi penggambaran filem Duyong lakonan Apek Senario.

Dari Kapalai kami terus balik ke resort kami dan sempat singgah jugak dekat dengan bot-bot masyarakat Bajau Laut yang tinggal atas bot. Kesian sungguh melihat mereka dan kami sempat menghulurkan biskut dan juga duit kepada mereka ini. Masyarakat Bajau Laut yang tinggal di atas bot ini akan tinggal di atas bot sepanjang masa dan akan ke darat hanya untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman sahaja.

28 comments:

The Reporter said...

Boleh saya tahu macam mana utk dapat pakej RM150/seorang tu? Harap dapat email saya, zafrin78 at yahoo.com . Terima kasih tuan..

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

Saye pun nak sgt tahu mcm mane boleh dpt pakej 150 tu :) emel saye :flyfreesya@yhaoo.com.Thanks cikgu!

Choclatte said...

Salam..

sy dah book tiket ker tawau bulan 6 2011 nnt..
boleh x nak dpt kan pakej murah tue..nak budget dari skang..;p...plzz send email kat sy sheera.mohd@gmail.com..tq

kayrol said...

eh banyak pulak pertanyaan kat sini, sorry lama tak bukak, nanti sy akan inform sedikit sebanyak melalui email nanti,
terima kasih kerana berminat.....

the new authentic said...

Salam...Cikgu Kayrol, boleh xemail kat sye name n contact no. hotel kat tawau, n hotel kat Mabul,bus dari aiport tawau tu dalam kul 9.00mlm ade lagi x?saye n husband n 3 orang member nk g sane jun2011, kami masih lagi blur..survey pon banyak tmpat mahal..hm, bl bace blog cikgu saye sgt teruje..heheh..
hope dpt reply soon..time kasih cikgu!!jasamu dikenang!! =) my email-nanakotomoyo86@yahoo.com

Unknown said...

salam, boleh info saya psl pakej snorkeling di pulau mabul. Sya n fmly akan ke sana this coming thursday. Really need ur help. kami nk tahu pakej snorkeling shj coz kami akan stay kt dragon inn floating chalet, semporna. Need ur info, pls email to me ija_mayra@yahoo.com

Thnxs in advance!

Fara Noordin said...

Salam. Boleh emailkan details on package murah tu & package snorkeling tu... to norfaraida.noordin@gmail.com
Terima kasih.

sue said...

salam.. sy pon nk taw gak package yg murah 2..
tlg sent kew email sy ye suriya_cuya@yahoo.com.my
thxx

yieyonez said...

salam
nak tau gak pasal pakej murah tu
email at glee_glare@yahoo.com

milla said...

Assalamualikum,
boleh tau nak contact sape untuk pakej yg RM150. tu tgh cari yg murah billabong pun skrg dah naik harga. g sipadan sahaja RM320/pax. nak pergi this mth insyllah. email millaharith@gmail.com tq ye EN

nauraharif said...

Nak tanya cmne nak dapat pakej murah tuh sebab bulan 4 tahun nih saya nak g tawau..harap boleh email info dekat saya..snow_nwwn8898@yahoo.com.my

tango said...

salam bro....saya tertarik la dengan pakej murah rm150/seorang yang bro info...saya nak tahu lanjut la..boleh emailkan info ke email saya rizzal1134@yahoo.com.my ...tq bro

Unknown said...

Salam
Saya tertarik dengan pakej murah rm150/pax tu. bleh bg info lanjut tk..harap bleh emel saya rosy_iem2000@yahoo.com.. tq bro

Zul Hakim Zul Hasan said...

Salam.
Saya pun berminat utk tahu lanjut tentang pakej yg murah tu...
Tq.
zulhakimzulhasan@yahoo.com

hudaFiZ said...

salam saya sgt teruja bace blog ni.
tket fligt ke tawau da bli, tp xtau lg nk stay mane.
so far survey, sumer mahal2, boleh x emel kt saya pasal pakej murah ni. thanks!
emel: naina2408@yahoo.com

Suleiman Akhlaken Jr said...

Salam,
Saya akan ke tawau pada 30/4/2011 ni jadi kalau tak keberatan saye nk mintak info tentang pakej murah rm150 tu..pls sent those info to cheto_pimp11@yahoo.com jasa baik tuan saya hargai sgt2..thanks yer

Unknown said...

Salam
Saya akan ke Tawau pada bulan June tahun ini. Boleh saya dapatkan maklumat tentang pakej murah rm150 tu?, pergi Sipadan abg buat aktiviri snorkelling atau bersiar2 melawat pulau sahaja? Harap boleh send info to google_girl80@yahoo.com

ibnu Nawawi said...

boleh dapat maklumat tentang pakej murah yang tuan kata tu.

e-mail saya: ibnu_nawawi@yahoo.com

iera said...

Salam..
Boleh sy dptkn maklumat pakej murah rm150 seorg?tq yea.
Email sy noorfarzierairney86@gmail.com

iera said...

Salam..
Boleh sy dptkn maklumat pakej murah rm150 seorg?tq yea.
Email sy noorfarzierairney86@gmail.com

Unknown said...

Salaam...bleh dptkan maklumat pakej murah ke pulau2 yg d citekan tu..email ker idora_aks@yahoo.com.my...tq...

MummyAyu said...

salam...maaf comment sebelum ni sy terlupa nak tinggalkan emel...boleh x emelkan sy package yg murah ni..ni emel sy ayuayumie@gmail.com...terima kasih...

Unknown said...

Salamm , boleh email kepada sy juga pakej tu ? Misz.farradania@gmail.com . Terima kasih :)

Unknown said...

Salamm , boleh email kepada sy juga pakej tu ? Misz.farradania@gmail.com . Terima kasih :)

tonotsreza said...

Email kat saya juga tonotreza@gmail.com terima kasih

kety said...

salam,
mohon emailkan package yang murah tu di ketyabdulaziz@gmail.com

Unknown said...

assalam...leh emailkan sy pakej rm150 tu..sy nak g desember ni.... terima kasih. nonieszin@gmail.com

KakFaz said...

Salam. Nak tahu pakej rm150 tu? 😍

Email ke fbfauzi76@gmail.com pleasee. Thank you in advance.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails