Trip ke Singapura ini merupakan trip ad hoc. Tak tahu nak kemana cuti Raya Cina yang bersambung dengan cuti sekolah menyebabkan aku cadang kat isteri untuk ke Singapura. Masa untuk google tentang Singapura hanya ada masa sehari dua sahaja. Dapat sikit maklumat cukup sebab rasanya nak ke Singapura tak sesusah mana sebab negara yang maju. sebelum ni pun memang dah ada sedikit sebanyak maklumat tentang negara ni, cuma masa sahaja yang tiada untuk ke sana.
Kami memasuki Singapura menggunakan bas Causewaylink menggunakan lebuhraya link kedua
daripada Gelang Patah. Sebenarnya kebetulan adik aku tinggal di Gelang Patah, jadi kami menumpang rumah mereka sepanjang kunjungan ke Singapura. nak menginap kat sana, pikir mahal jadi kami berulang masuk Singapura dua hari tu.
.
Bagi yang nak ke Singapura menggunakan link kedua ni bolehlah menaiki bas Causewaylink di pekan Gelang Patah dengan tambang berharga RM 4 sehala. Perjalanan dengan bas dari Gelang Patah ke Imegresen Malaysia cuma ambil masa 10 minit sahaja. lepas cop pasport naik sahaja bas Causewaylink yang mana pun takpa. Perjalanan dari Imegresen sini ke belas imegresen Singapura dalam 2 minit sahaja. Turun cop pasport pastu naik sahaja mana-mana bas Causewaylink tu. Aku turun bas dikawasan Jurong East. kat situ memang ada pengangkutan MRT jadi senang nak kemana-mana pun.
Tujuan pertama kami pagi itu ialah ke Merlion Park, nak tengok patung Singa yang dok pancut air tu. Jadi kalau nak ke sini naik jer MRT dan turun di stesyen MRT Raffles Place. Nak ke Merlion ni, keluar dari stesyen Raffles Place, cari jer sungai dan menyusur sahaja sungai tu ke arah sebelah kanan dan anda akan berjumpalah dengan patung ni. Dah sampai tu, apa lagi ambik gambarlah buat kenangan.
. Bila kami sampai sini dia punya Selepas selesai di Merlion Park, kami bergerak balik ke MRT Raffles Place dan menuju pula ke stesyen MRT Bugis. Kat sini apa lagi kalau bukan shopping. Katanya kat sini banyak barang murah, dia punya deretan kedai macam kedai kat Petaling Street tu lah. Banyak jugalah barang yang murah tapi tak murah sangatlah aku rasa.
Beli dua tiga barang kat sini, kami bergerak pulak ke Arab Street. Dari Bugis Street kami jalan kaki sahaja ke Arab Street. Belek peta sikit dan tengok dekat je, tu yang jalan jer tu. Kat sini banyak jual kain-kain pasang yang murah-murah. Sesuailah kalau nak shopping kain pasang buat baju.
.
Kat Arab Street ni jugaklah terletaknya masjid Sultan yang cukup terkenal di singapura. Sempat jygak aku bersembahyang Jamak zohor dan asar kat sini. kalau nak makan makanan islam, eloklah sangat berkunjung kat Arab street ni. Rupanya memang kat sini tempat berkumpulnya kebanyakan orang melayu Singapura. Kebanyakan kedai makan kat sini semuanya kedai makan islam.
Pada sebelah petangnya pula kami bergerak kembali ke MRT Bugis untuk ke stesyen MRT Orchard pula. kat sini pula tarikan utamanya ialah himpunan Shopping Kompleks yang besar dan hebat-hebat belaka. Shopping Kompleks ini pula bersambung antara satu sama lain. Kalau nak banding ngan KL, MAll yang macam Sogo tu ada 4 dan 5 buah kat sini. Jenuh nak shopping kat sini. Kami kat sini hanya buat "window shopping' jer.
.
Letih di Orchard Road kami bergerak pulang kembali ke Johor. Naik MRT ke stesyen Jurong East kembali untuk mengambil bas CAusewaylink untuk balik ke Gelang Patah. Kalau dari Gelang Patah ke Jurong East tambangnya RM 4, tapi dari Jurong East ke Gelang Patah, tambangnya SGD 4. jadi kalau cornvert duit kita labih kurang RM 10 lah pulak.
Hari kedua seperti biasa kami ambil bas dari Gelang Patah dan bergerak ke Jurong East. hari ni kami cadang nak ke Universal Studio sahaja dan kalau sempat nak singgah di China Town.
.
kos masuk USS ni boleh tahan harganya iaitu SGD 68 untuk hari biasa, Cuti Umum harganya SGD 72. kalau mai sini bersama isteri dan anak 3 atau 4 orang, mau kopak dekat RM 1000. Tapi dari kunjungan aku kat sini rasanya kos tu berbaloi dengan apa yang ada kat dalam ni. Semua tempat kat dalam ni kita tak payah bayar dah, semua free.
.
Dalam ni macam-macam ada, ruangan Hollywood, Madagascar, Egypt, New York, Jurassic Park, Waterworld dan maca-macam lagi. Nak tau lebih memang kene mai sini sekali.
Untuk ke USS ni yang letaknya di Pulau Sentosa boleh naik MRT ke stesyen HarbourFront. Kemudian tuju ke tingkat 3 Mall Vivocity. Ada tiga cara nak ke Pulau Sentosa. Pertama guna kereta kabel, kedua jalan kaki laluan Broadwalk, ketiga guna keratapi Ekpress Sentosa. Kalau nak guna bas pun boleh. Jalan kaki ke sini lagi seronok sebabnya kita akan disajikan dengan pemandangan laluan Broadwalk yang mempunyai elemen 4 musim. nak tahu macam mana, kene datang sendirilah yer.
Ni lah gambar yang sapa mai USS ni nak sangat dok bergambar. Kononya aku dah sampai sinilah. Mercu tanda USS ni berada betul-betul di pintu masuk USS ni. PIntu USS di buka hanya pada jam 10.00 pagi dan tutup pada jam 6 petang. Kat dalam ni nak cari kedai makan Islam susah sikitlah. Rasanya takder langsung. Deretan kedai malaysian Stall ada tertera kat depan pintu masuk ke USS tapi bila kami masuk dalam tu semuanya stall orang Cina. Jadi kalau nak mai sini bawak bekallah lagi baik, tapi makanan dari luar tak boleh bawak masuk, jadi pandai-pandailah yer.
Antara gambar-gambar masa kat dalam USS. Betul macam-macam ada kat dalam ni dan tak sia-sia rasanya habiskan duit USD 68 hari tu.
Bergambar kononnya seperti dok kat Oversealah. Banyak kereta-kereta antik kat dalam ni, dan semuanya boleh digunakan untuk bergambar sajalah yer. nak lebih-lebih tak bolehlah.
Antara permainan yang ada kat dalam ni. Kami pun apa lagi cuba sahajalah.
Tranformers pun ada kat dalam ni. Sempat jugak bergambar dengan transformer kat dalam ni.
Jadi kalau sapa-sapa mai Singapore ni jangan lupa singgahlah kat USS ni. Nak masuk kene mai pagi-pagi, jangan tengahari baru mai. Memang tak sempat nak habis lawat semua tempat kat dalam ni.
Kami tamatkan lawatan kami di Singapore dengan pergi ke Chinatown pulak pada hari kedua tu. nak ke Chinatown naik MRT stop kat stesyen Chinatown. kat sini memang barang murah-murah belaka. Berbaloi shopping kat sini.
Info di Singapura:-
#Nak masuk Singapore naik bas lagi senang dari bawak kete.
#Pengangkutran utama yang cekap lagi efisyen ialah MRT.
#Naik MRT guna tiket beli kat mesin. Deposit SGD 1 dapat balik bila kita refund tiket tu.
#Kat Singapore ni barang letrik dan elektronik amat murah berbanding ngan Malaysia.
#Kalau menginap hotel kat Singapore ni mahal sikit tapi kalau banyak duit lantaklah.
#Kat Singapore tak boleh meludah, merokok atau buang sampah merata, nanti kene saman.
#Tempat wajib lawat, Bugis Street, Arab Street, Merlion Park, USS, Sentosa Islands, Chinatown dan Little India.
#Nak cepat dan tak nak jem guna secondlink. Cepat dan pantas.
#Kadar tukaran SGD 1 = RM 2.43.
11 comments:
tak tau pulak pasal arab street dengan chinatown tu
t.kasih berkongsi
saya akan ke sana pada 24 feb nih..ingatkan nak masuk naik kereta pasal bawak 2 budak kecil dan orang tua..but then dah baca info ni..kami kene revised balik lah plan kami heheh..tq bro
salam.. ade lesen scuba erk dari PADI??
lavender...lama dah ada lesen tu...baru balik dr dive di perhentian jer....
nak tanya, bila nak keluar dari singapore,bila turun dari bas untuk cop pasport di imigresen singapura, kena bawak semua barang ke untuk kastam check?
bagaimana pula bila masuk dari malaysia? kastam singapore ada check barang ke?
saya nak kena bawak kotak sepanjang 1.5m ni untuk ke sinagapura
Hi, terima kasih atas artikel anda. Seronoknya boleh bermain dan bercuti di Singapore. Saya juga membeli tiket-tiket Universal Studios Singapore dengan harga yang murah dan sewa kereta dan juga pemandu selama 6 jam dengan satu agen di Bugis. Agen ini ialah Travel Delight. http://traveldelight.biz
Dulu kawan recommend barulah saya tahu agen tu.
Everest Base Camp Trek/ Kalapattar
Highlights:Mt EVEREST TREKKING
Our Everest Base Camp Trek takes experienced trekkers into the heart of the Himalayas
See the sunrise from the top of Kalapattar
Learn about the Sherpa culture
Overview:
Everest Base Camp trek takes you into the heart of the Himalayan region and to the legendary Mount Everest. Be warned: our trek is a tough challenge. Those who complete it can say they have visited the highest mountain in the world.
Description:
Everest Base Camp Trek ( 5,350m) is for people used to walking foothills and pushing themselves to the limit. It is a tough challenge especially along the Khumbu glacier.
For an unobstructed view of Everest's windblown summit, we will hike to the summit of Kala Patar at over 18,500 ft (5,545 meters). From the snow-capped peaks, the sunrise is an unforgettable sight.
Few people return from Everest Base Camp Trek unmoved by the experience. This is the main reason why Everest base camp trek is increasing in popularity. By the end you will be able to say you have visited the highest mountain in the world.
http://nepalguideinfo.com/everest-base-camp-trek/
http://nepalguideinfo.com/
http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-nepal/trekking-region/everest-region/everest-base-camp.htm
Email-:sanjib-adhikari@hotmail.com
https://www.facebook.com/Independenttrekkinguidenepal
http://nepalguideinfo.com/
http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-nepal/trekking-region/everest-region/everest-base-camp.htm
Email-:sanjib-adhikari@hotmail.com
https://www.facebook.com/Independenttrekkinguidenepal
pulau sentosa cocok untuk liburan
thanks infonya...
tq share..sbb nk g singapore weekend nih...=)
jemput singgah my blog sweetwin.blogspot.my
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...
Juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!
Bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219
*Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86
Judi Online
Judi Bola
Agen Bola
Agen Sbobet
Casino Online
Post a Comment