Monday, February 11, 2013

Berkereta ke Pak Bara, Thailand.

Salam pada semua warga maya. Alhamdulillah sekali lagi di beri kesempatan dan kelapangan untuk menghabiskan waktu cuti sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini. Kali ini perjalanan singkat sahaja iaitu ke daerah Pak Bara sebuah daerah di pantai barat Thailand. Perjalanan dengan kereta dari Penang hanya sejauh 276 km sahaja. Dari Wang Kelian ke Pak Bara pulak lebih kurang 76 km sahaja. Dekat kan.


Pak Bara merupakan sebuah daerah perkampungan nelayan yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Kat sini boleh kedengaran Azan apabila masuk waktu dari masjid-masjid berdekatan.  Pak Bara juga merupakan pintu masuk ke Koh Adang, Koh Lipe, Koh Ravee dan Koh Tarutao. Kami taklah pulak nak menjelajah sampai kesana. Cukup beristirehat di Pak Bara sahaja.
Pak Bara ini kalau nak diikutkan sebuah kawasan yang sesuai untuk percutian yang jenis nak berehat dari kesibukan kerja dan masalah di pejabat. Ini kerana kawasan Pak Bara ini tiada apa sangat tempatnya. Hanya ada sebuah pasar malam dan juga pekan Pak Bara yang mana pada sebelah malamnya kedai-kedai pun dah tutup. Pasar malamnya pulak bukak sampai pukul 9 malam waktu Malaysia sahaja.
 

Perjalanan aku ke Pak Bara ini menggunakan pintu masuk sebelah Wang Kelian di Malaysia dan  Wang Prachan di sebelah Thailand. Kebetulan hari aku masuk pada 10 Feb bersamaan hari Ahad di mana pada hari ini pekan Wang Kelian dan Wang Prachan akan penuh sesak dengan pengunjung Malaysia yang hendak shopping di pekan border Wang Prachan.

 
Pada hari ini warga Malaysia boleh masuk ke pekan ini tanpa perlu mengecop pasport. Tapi setakat pekan ini sahajalah yer. Jangan cuba-cuba pulak nak masuk sampai ke pekan Satun atau pun ke daerah lain. Disebabkan pasar pada hari minggu inilah menyebabkan kami tersekat dalam kesesakan untuk menuju pos Imegresen selama lebih kurang satu jam.
 
 
Perjalanan ke Pak Bara, bagi aku taklah sesusah mana. Setelah selesai urusan imigrasi, korang teruskan perjalanan menuju simpang ke daerah Satun kemudian ambil kiri, lebih kurang 100 meter ambil pula simpang kanan menuju ke daerah Langu. Kemudian korang akan dihidangkan dengan sistem jalan raya 2 lorong yang lurus dan cukup lebar sekali. Ikut sahaja jalan lurus tersebut sehinggalah korang akan berjumpa dengan satu simpang tiga dan beloklah ke kiri dan tujulah terus sehingga sampai di pekan Pak Bara. Jalan ini merupakan jalan mati sehingga tiba di pekan Pak Bara. Tapi kalau korang nak terus lagi, boleh jugak, tapi terus masuk dalam lautlah yer.
 
 
Untuk dapatkan hotel juga tak susah kat sini, lebih kurang dalam 2 km nak sampai pekan Pak Bara ada banyak hotel-hotel di tepi jalan ni. Pilih sahaja yang mana berkenan, dari yang murah sampai yang mahal. Penginapan kami malam itu ialah di Marina Bungalow. 
 
 
 Pemiliknya seorang wanita Thailand bersama anak angkatnya bernama Ali seorang warga Pakistan. Ali ni cukup mesra sekali dan pandai mengambil hati.
 
Bilik kami malam tu berharga RM 70. Sebuah bilik yang baru diubahsuai, amat selesa sekali. Makanan kat sini pun sedap jugak. malam tu kami order Siakap sweet sour suruh mak angkat Ali masak. Selain itu, kat pekan Pak Bara kalau nak dapatkan kedai makanan Islam, memang tak susah, berlambak-lambak kat tepi jalan tu, pilih sajer mana yang berkenan.

 
Keesokannya kami check out jam 9.30 pagi dan terus ke pekan Wang Prachan. hari ini pekan Wang Prachan terasa lengang jika nak dibandingkan dengan semalam yang penuh sesak dengan pengunjung. Hari ini bolehlah nak beli belah sedikit. Tapi takder lah banyak mana kedai yang bukak. Buat pengetahuan semua harga kat sini memang murah banyak yer jika nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Sebab itulah tiap hari Ahad tempat ni penuh sesak dengan pengunjung Malaysia.

 
Selesai shopping satu dua barang kami menyelesaikan urusan imegresen dan kastam. Kami tak lupa untuk menyerahkan kembali salinan Deklarasi Kastam Thailand untuk bawak masuk kereta. Perlu diingat sapa bawak masuk kereta ke Thailand kene bagi balik surat ni, yang menandakan kereta kita kembali semula ke Malaysia. Jika tak, kalau kita nak masuk sekali lagi nanti kita akan dikenakan denda sebanyak RM 200.
 
Ok sampai sini dulu cerita kali ini, Tentang cara-cara macam mana nak bawak masuk kereta ke Thailand, nanti aku story lain kali pulaklah yer.

10 comments:

Unknown said...

Bila nak travel Thai naik keta lagi.... nak follow...

kayrol said...

Bila-bila jer boleh.... No hal punya

Naramas Aman said...

Saya juga pernah menaiki kereta dan van ke Selatan Thailand, tapi belum lagi ke Pak Bara. Kayrol telah memberi inspirasi kepada saya pada cuti-cuti akan datang :)

Unknown said...

👍Teringin nk p...dh berkali dgr cerita pasal pak bara tp x penah berani nk pegi sendiri...
Tp cerita ni bg inspirasi...mcm mudah sgt ja...
Thanks😉

kayrol said...

Alhamdulillah cerita2 yg saya tulis boleh dijadikan panduan......

Moga percutian kita selamat semasa di sana...

ahmad abdul said...

Berapa kos insuran kereta. Adakah bergantung kpd cc kereta?

ahmad abdul said...

Berapa kos insuran kereta. Adakah bergantung kpd cc kereta?

Unknown said...

Saya beli insurance Thai utk kereta di Caltex RnR Gurun, kenderaan yang boleh muat 7 penumpang ke bawah (MPV & kereta) RM 17.00

Unknown said...

Saya beli insurance Thai utk kereta di Caltex RnR Gurun, kenderaan yang boleh muat 7 penumpang ke bawah (MPV & kereta) RM 17.00

Unknown said...

Saya in plan nak pergi jgk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails