Thursday, February 21, 2013

Borong Kain Vietnam....

Ni kiranya entry yg tertinggal tak sempat nak tulis, Bukan apa rasa malas pulak nak menulis.
Oklah ceritanya mcm ni, pada 30 Jan - 1 Feb yg lalu, aku sempat jugak ke Vietnam sorang-sorang. Buat apa...hehe hajatnya pi nak pi borong kain Chiffon dan English Cotton yg memang murah sangat kat sana.
Jadi berkelanalah aku sensorang kat sana. Mula ngan naik bas dari Bukit Mertajam ke KL, pastu ambik bas lagi ke LCCT, dan malam tu aku tido jer kat surau LCCT sementara tunggu flight pagi esok jam 9.15 pg.

Esoknya tiba waktu naik flight, terus jer masuk cop pasport, takyah nak check in lagi sebab dah buat web check in dan beg pin angkut naik sekali dlm cabin jer, jadi senang sikit takyah nak beratur lagi. Sampai jer Airport Tan So Nat, Ho Chi Minh aku terus keluar dari Airport dan tercari-cari bas ke Benh Tan. Dari info yg aku dapat bas ni no 152, tepat info yg aku ada, bas ada disebelah kanan setelah keluar dari Airport. Tambangnya amatlah murah iaitu vnd 5000 jer iaitu bersamaan lebih krg 70 sen jer. Tapi kalau naik teksi mau kene vnd 150 000 atau RM 25.

Bas gerak beberapa minit lepas tu dan ambik masa lebih kurang 45 minit ke sejam jer. Turun bas terus menapak ke hotel An Tam yg ditempah awal dari Agoda. Dapat harga RM 60 semalam. Lepas rehat jap, terus pi cari mkn kat Basiroh. Pekene nasi ngan kopi ais Vietnam. Wah nikmat rasanya bila makan time lapar. Kos makan habis dlm rm 7 sahaja. Murah kan, tapi kalau mkn kat restoren Kampung Melayu kat sebelah Basiroh tu mau dlm RM 30 sekali makan. Untuk pengetahuan semua kalau nak murah pasal makan kat Vietnam, boleh try di kedai Basiroh, tapi kedai ni sentiasa penuh ngan pengunjung, kene sabar la sikit yer.
Selesai makan aku menapak ke Saigon Square yg boleh dijejaki dgn berjalan kaki sahaja dari Ben Tanh. Apa ada kat sini, ada mcm-mcm brg dari baju hingga ke cenderamata. Harganya boleh tahan jugak murahnya. Merupakan satu tempat yg wajib dilawati bila di Vietnam ni.



Selesai jer di Saigon, aku pi pulak menapak ke arah Parkson sambil nak survey tempat baru yg aku belum jumpa lagi sebelum ni. Dalam dok jalan-jalan tu jumpalah satu kawasan taman yg cantik sambil berlatar belakang bangunan lama yg terukir indah, Asyik sekejap kat situ dan menapak lagi sampai aku berjumpa masjid berdekatan restoren Bombay, Restoren Halal@Saigon. Dah letih menapak tu aku bergerak pulang ke kws Ben Tanh sambil singgah kejap kedai jual tudung dan sambar dulu beberapa helai tudung. Target yg nak di bawak blk nanti tudung dan kain, Jadinya kene hati2 memilih.



Mlm tu keluar lagi sampai keesokan harinya aku borong kain chiffon, english cotton dan kain tudung. Alu kene sentiasa beringat sbb tak nak beli sampai terlebih kilo pulak nanti. Aku ambik luggage dlm 30 kilo jer. Jadi sendiri mau ingatlah, nanti terlebih pulak, tak pasal-pasal kene byr denda. Jadi rutin hari tu, turun naik hotel jer beli kain.


Aku takdelah pulak pi borong sampai kat pasar Bin Tay walaupun kat sana murah sikit. Cukup pasar Ben Tanh dan kws sekitar hotel jer. Kat sini pun dah berlambak brg yg boleh diborong.

Masa yg terluang aku pi melepak kat taman yg berdekatan dgn Ben Tanh, kebetulan mlm tu  dia orang ada konsert. Sambil lepak, aku teruja tgk org vietnam main sepak raga pakai satu alat mcm bulu ayam. Menarik gak tengok.

Malam kedua aku sempat menapak ke jalan Pham Lu Ngo iaitu sebuah kws backpacker mcm Khao San Road kat Bangkok. Memang happening betul kat sini, dimana sepanjang jalan ini penuh dgn Pub dan Kelab Malam. Kalau korang nak penginapan yg murah pun boleh dpt kat sini. Saigon Youth Hostel juga letaknya disini iaitu sebuah hostel penginapan yg cukup popular dikalangan backpacker sedunia.

Semua kain-kain yg aku beli tu aku sumbat dalam 2 biji backpack dan beratnya betrul-betul 30 kilo. Tudung-tudung pulak aku boh dalam beg kain dan akan dibawa masuk cabin jer. Kenapa aku guna back adalah kerana kalau korang beli barang banyak dan takl mau kene cukai kat kastam, elok buat cara ni sebab kastam selalunya tak mau periksa sangat org yang bawak backpack. Ini dari pengalaman aku sendirilah, sebab rasanya kastam hanya akan minta untuk periksa beg-beg yang jenis beroda dan besar gedabak tu.

Tiba time balik aku terpaksa naik teksi la, takkan nak naik bas jugak mcm datang aritu, nak menapak dengan 2 backpack besar depan dan belakang boleh patah belakang gak. Baik tahan teksi jer terus hantar ke Airport. Sampai Airport ambik troli. Jimat sikit tenaga, tapi yg tak jimatnya tambang teksi kene la dalam VND 150 000. Adala dlm RM 22.

Akhirnya dipendekkan cerita sampailah aku ke LCCT balik dan terus ambik Star Shuttle ke Puduraya sebelum ambik bas lagi untuk ke Butterworth Penang. Isteri aku akan mengambil aku lebih kurang jam 3.00 pagi di hentian Juru. Alhamdulillah perjalanan selamat dan kini tinggal nak urus pasarkan kain-kain dan tudung ni la pulak.

28 comments:

Naramas Aman said...

Salam Kayrol,
Wah gigih borong tudung & kain di Ben Tanh. Mesti Kayrol ini rajin berniaga :)

Masa saya ke situ dulu, saya nginap di Hotel depan Basiroh tu. Tapi masa saya pergi tu Basiroh tutup, jadi tak dapatlah makan di situ.

kayrol said...

Salam akak, sy ni mmg dr dulu minat niaga, tapi jenis yg sampingan je lah, yg serius dan sepenuh masa belum lagilah, sbb tu jugaklah rajin organiza trip kemana-mana, coz dpt jalan free...hehe

DHARMA S. said...

salam,
hai abang kayrol..
ada whatsapp tak?

boleh whatsapp tak,nak tny psl pakej mendaki gunung kinabalu.

ni contact number saya,
012-2107995 (dharma)

aryadi mustapha said...

hi, salam dari penang... saya dah banyak baca entry tentang pergi disana... tapi anda cara ke sana simply ezzy dan senang... saya pun macam anda juga sampingan meniaga sekarang ni saya baru je nak berjinak ke vietnam tapi tgh baca pengalaman2 yg org pergi sana.... saya jenis pergi sana menborong je boleh kasi info tak atau bila2 masa boleh buat tripp solo ke awal bulan 7 ni masa puasa ke...

MUMTAZ ZAINI 3.88% (PEMBIAYAAN PERIBADI KAKITANGAN KERAJAAN/ (WANGI KASTURI) / PU3TAJMAHAL BUTIK ONLINE 017-6502499 said...

Slm 30kilo tu brp byk dapat untuk kain n tudung email impian612@yahoo.com watup 0176502499

MUMTAZ ZAINI 3.88% (PEMBIAYAAN PERIBADI KAKITANGAN KERAJAAN/ (WANGI KASTURI) / PU3TAJMAHAL BUTIK ONLINE 017-6502499 said...

Slm 30kilo tu brp byk dapat untuk kain n tudung email impian612@yahoo.com watup 0176502499

aryadi mustapha said...

kayrol... ade tak trip solo pada 5/7/13-8/7/13 sebab aku nak cuba disana secara solo je kalau ade boleh join sekali sebab aku nak cari pegalaman menborong ke sana... aku budak penang tel aku 0199597438... aku tgk banyak sangat trip melancong ko pakej pakej sendiri aku suka trip tu... heheh baru semlam aku terokai dari takbai ke bentong thailand ikut jalan depa sunguh berliku heheh... ape kalau nak kogsi ke jumpa ke leh call saya yeee...

kayrol said...

To aryandi...
Sorry lama tak tgk list komen ni,
Bulan 7 ni belum ada rancanganlah nak kesana.... Ni pun baru selesai dua trip kesana....tapi mcm ada juga rasa nak buat trip kesana masa bulan posa ni, tapi untuk org yg nak cari baju raya sajalah....muktamad lum pasti lagi.....

Aku ni mmg suka jenjalan, boleh jer kalau nak buat trip sesama, trip mega aku dlm planning ke kathmandu tahun depan.....jommmm.....

kayrol said...

To dharma,

Ok bro, nanti sy whatsup awk....

kayrol said...

To dharma,

Ok bro, nanti sy whatsup awk....

Abby Kinin said...

Assalammualaikum..
Menarik cerita en.kayrol ttg trip ke vietnam ni.. Sy penah ke saigon tp x berkesempatan nk memborong tudung. Bole en. Kayrol beritahu di mana & nama kedai yg en. Kayrol beli tudung2? Tudung chiffon layer/ bawal sulam?

TQ.

kayrol said...

Kalau tudung tu sy selalu beli dikedai area ben tanh sahaja, lorong hotel saigon pink, hotel than thu

Arni said...

assalamualaikum,

boleh saya tau kt mana nk borong kain chiffon yg murah di vietnam? saya nak cari chiffon utk buat blouse. range harge dlm RM bape ye semeter?

Saya bercadang nak ke sana bln 9 ni..berbaloi tak saya ke sana blk hari?

Boleh email pada saya,
siti.arni@hotmail.com

terima kasih.

syahful nizam said...

salam kayrol.. brg dkat sna murah sgt ker.. blh x whatsup sy.. st nk tau srba sedikit la.. klau nk p bln 7 ne brapa hr bln.. nizam 0195531750..

kayrol said...

syahful..

dah mesej awak kat whatsup

kayrol said...

ayahful...
klik link ni http://mytripadventure.blogspot.com/2013/07/trip-santai-ke-ho-chi-minh-vietnam.html

azizon said...

Salam..saya nak tanya sikit berkenaan trip ke vietnam..boleh whats app saya...016-9022914 azizon..tk

Norizan Ayob said...

1 day trip tak de ke atau bleh bawa anak ke kalu bermlm?

kayrol said...

One day trip tak boleh buat puan, jauh tu vietnam buat letih jer....
Bwk anak kat sana takder masalah...

nur amirah ismail said...

Salam en kayrol.. Sye bru nak mulakan perniagaan.. To xtaw mcme nak start cri barang fekat vietnam. Bole en kayrol wat apps sye.. Thnx a lot..
Amirah 0195060423

nur amirah ismail said...

Salam en kayrol.. Sye bru nak mulakan perniagaan.. To xtaw mcme nak start cri barang fekat vietnam. Bole en kayrol wat apps sye.. Thnx a lot..
Amirah 0195060423

MASYITAH MD.HASSAN said...

SALAM BOLEH SHARE X HARGA KAIN CHIFFON & LYCRA KAT SANA? WHATSAPP 013-2222 579 ..THANKS..;0

NURUL FATIMAH said...

Salam...saya baru nk beniaga dan berminat nak p borong kain kt vietnam...saya nk tya beberapa soalan...boleh whatsapp saya 0199112236

kayrol said...

perhatian pada semua pembaca entry saya ni..terlebih dahulu terima kasih kerana sudi membacanya...untuk segala pertanyaan melalui whatsapp atau sms kalau boleh pihak tuan atau puan bolehlah whatsapp saya terlebih dahulu, InsyaAllah saya akan membalasnya...ini kerana saya tidak selalu dapat membaca mesej tuan-tuan dan puan-puan di sini....

Hung Hoang said...

PEMBORONG BAJU KURUNG, TUDUNG,
SHAWL, TELEKUNG, JUBAH, HALFMOON AND

OTHER STOCK ORIGINALLY FROM VIETNAM.

WHATSAPP: +84.966.194.460 OR 0084.966.194.460

WEBSITE:

http:www.pemborongbajukurungvietnam.blogspot.com

Nazatul Abdul Malek said...
This comment has been removed by the author.
Nazatul Abdul Malek said...
This comment has been removed by the author.
Nazatul Abdul Malek said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails