Monday, April 1, 2013

Travelouge Laos - Chiangmai - Bangkok - Episod 2

Kisah kedua akan memaparkan perjalanan kami dengan bas dari  Mixox Guest House ke Lilu Hotel di Chiangmai. Ketika waktu membeli tiket ke Chiangmai ini aku sebenarnya malas nak survey banyak tempat tentang harga bas ke Chiangmai. Tiket ni aku ambil pakej ngan hotel terus pada harga 1200 bath iaitu lebih kurang RM 120. Kami ambil bas jenis VIP kerana memandangkan jarak perjalanan yang panjang hampir 15 jam. Pada mulanya aku ingatkan bas ni merupakan direct bas dari bandar Vientaine atau sekurang-kurangnya Van akan hantar kami ke sempadan Nongkhai dan akan dibawa pula dengan bas dari Thailand ke Chiangmai. Rupanya telahan aku ini meleset sama sekali.

 


Tepat jam 3.30 syarikat agen iaitu York Doy Travel pick up kami dengan Van dan dihantar ke stesyen bas biasa di bandar Vientaine  dan di berikan tiket ke Udonthani di Thailand. Apabila samapai di Udonthani nanti katanya akan ada agen yang akan pick up kami untuk di hantar ke bas untuk ke Chiangmai. Kalau macam ni lah rupa caranya, aku pun tahu buat sendiri. Memang sebelum ini aku dah tahu, kalau nak ke Chiangmai kita kene ambil bas ke Udonthani terlebih dahulu seterusnya ambil bas lain ke Chiangmai. Kalau aku buat sendiri mungkin harganya lebih murah lagi kut. Takpalah pasrah sahaja. Yang aku risau bukan apa takut telepas bas dan tak ada orang yang nak ambil kami di Udonthani nanti. 
 

Bas dari stesyen Vientaine ke Udonthani tiba jam 4.30 ptg. Lega rasa apabila bas pertama tiba. Kami dapat seat paling hadapan sekali. Setelah memuatkan penumpang bas mula bergerak ke sempadan di Nongkhai melalui "Frienship Bridge". Tiba di imegresen Laos kami turun dan kene bayar cukai kastam sebanyak 10000 kipp bersamaan RM 4.
 bayar cukai kastam terlebih dahulu
siap ada pramugara lagi
 
Selesai urusan imegresen Laos naik balik bas ke imegresen Thailand pulak. Kat sini pasport kami diperiksa dengan teliti oleh pegawai imegresen Thailand. Kami tahulah kami tak letak tip mcm biasa yg dibuat di Danok ataupun di Wang Prachan. Nasib baik dia tak tanya apapun, just check tu saja yg lama sangat. Alhamdulillah urusan imegresen dikedua-dua belah negara selesai dan kini kami dapat menarik nafas lega berjaya masuk ke Thailand melalui pintu sempadan Nongkhai. Kini perjalanan diteruskan lagi ke Udonthani. Dari Laos tadi ambik masa 1 jam ke sempadan dan lagi 1 jam ke Udonthani.

 Atas Jambatan Frienship Bridge antara Laos dan Thailand

Sesampainya di Udonthani terdapat ramai driver tuk-tuk yang melaungkan Chiangmai...Chiangmai. Akhirnya kami bejumpa juga dengan agen tuk-tuk yang mengambil kami dan di bawa ke satu lagi stesyen bas yang jaraknya lebih kurang 10 minit jugak perjalanannya. Sesampainya di kaunter agen bas ekpress ke Chiangmai, kami diberikan tiket untuk pergerakan pada jam 8.00 malam. Beserta dengan tiket juga kupon untuk makan di atas bas disediakan.

 Stesyen bas Ekspress di Udonthani
 Bas yang akan membawa kami ke Chiangmai
Setelah melalui malam yang panjang, bas hanya berhenti rehat distesyen minyak untuk penumpang membuang air kecil. Rupanya kupon makan tadi hanya untuk makanan roti dan air mineral sahaja yang diagihkan di atas bas.Kami akhirnya tiba di stesyen Chiangmai Arcade Bus Station pada jam 6.00 pagi. Hari masih gelap, kami berehat sekejap sambil survey kaunter tiket bas mana yang ok untuk ambil tiket bas bagi perjalanan dari Chiangmai ke Bangkok pula. Setelah tengok sana tengok sini, akhirnya ambil juga tiket ke Bangkok dengan harga 563 bath seorang. Perjalanan pada sebelah malam mula jam 6.30 petang. Kami akan berada di Chiangmai selama 3 hari yang akan meliputi perjalanan ke Golden Triangles.

 
beli tiket ke Bangkok dulu sebelum balik hotel
 

Setelah selesai tiket bas, ambik teksi ke Lilu Hotel di jalan Sridonchai dengan harga 150 bath. Ok....sambung lagi nanti episod pengembaraan kami di Chiangmai sehingga ke Chiangrai dan semapadan Burma di Maesai dan juga masuk kembali ke Laos sewaktu kunjungan ke Golden Triangles.

Apa yang aku dapat kongsikan dari pengalaman perjalanan dari Laos ke Chiangmai ini ialah seperti rumusan kat bawah ni:-

·         Tak perlu ambil pakej dari agen-agen tiket di Vientaine. Urus sendiri sahaja.

·         Bagaimana:- Terlebih dahulu ambil teksi atau tuk-tuk ke stesyen bas Vientaine.

·         Beli tiket ke Udonthani Thailand pada harga 22000 kipp. Lebih kurang RM 10.

·         Elok mula perjalanan pada jam 2 ptg macam tu. Dapat ambil bas ke Chiangmai pada sebelah malanm.

·         Sampai di Udonthani. Ambil Tuk-tuk suruh hantar ke stesyen bas ekspress le Chiangmai.

·         Sampai stesyen bas, ambil pula tiket ke Chiangmai Arcade Bus Station.

·         Alhamdulillah, perjalanan dengan bas adalah selamat dan selesa. Tak ada rasa takut dancuriga.

Travelouge 1.
Travelouge 3.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails