Wednesday, November 6, 2013

Giant....suatu episod baru dalam hidupku....

Yang dimaksudkan adalah basikal Giant....Lama dah dok teringin....Lepas ni tambah satu lagi la hobi aku....Dan lepas ni jugak makin tak lekat kat rumah lagilah...Tapi nasib baiknya orang rumah pun turut angkat sekali  sebiji basikal ni...Orang rumah ambik basikal Polygon dan aku Giant...

Lepas ni korang tunggu la akan kembara aku bersama basikal ni...Harga?..hehe...Boleh tahan mahal jugaklah harganya...Orag rumah pun terkejut jugak pada mulanya.....

Apapun aku puas hati dapat basikal ni....sebabnya takyah sibuk-sibuk nak upgrade lagi...semua part memang dah tip top dah...Puas hati sungguh...

 Ni lah cinta hati baruku...moga terus kekal bersama selamanya...











Semua barang baik punya....lepas ni kita pi kayuh bersama yer...jangan meragam sudah...
Juga moga kesihatanku akan bertambah elok dengan exercise terbaik ini...

Tuesday, November 5, 2013

Petua untuk menjaga perut semasa mengembara

Post kali ni nak berkongsi sikit tentang 7 petua yang korang boleh gunakan untuk elakkan perut korang semua dari terasa sakit terutamanya ketika mengembara di Negara-Negara Asia Tenggara.

Walaupun kebanyakan menu yang terdapat di Negara Asia Tenggara ini mempunyai sedikit persamaan tetapi kesihatan dan pemakanan tetap harus diutamakan supaya percutian yang telah lama kita rancang menjadi rosak atau "sepoi" hanya disebabkan masalah perut akibat silap makan.

Tip ni pun aku dapat dari satu email yang meminta aku berkongsi sama tip ni dengan korang semua..Dan jika nak maklumat lebih lanjut lagi korang klik saja link ni.   http://gaviscon.com.my/ ...

 
Sorry lah yer info ni dalam bahasa Omputih...harap dapat menfaat daripada info ni...Ok selamat mengembara semua.....

Juadah enak di Pulau Mabul

 
 
 Hari ni kita post pulak pasal juadah hasil laut fresh dari perairan pulau Mabul. Bukan saja fresh-fresh tapi murah-murah belaka..... Yang kat atas ni ketam goring....Yum,,yum sedapnya..

 Yang ni pulak ikan pari bintik, kami buat bakar sahaja dan cicah ngan air asam....sedapnya..
 Ikan Merah ngan ikan kerapu....Ni pun best isinya amat lembut...mungkin masih segar lagi...
 Nilah rupanya ikan pari bakar tadi...
 Lobster....walaupun kecik sahaja, tapi isinya cukup menyelerakan...sekadar nak merasa Lobster...Nak beli kat semenanjung ni tak mampu kut, mahal sanagat. Kat sana besar ni cuma RM 20 sahaja.
Yang ni pulak udang lipan... Mulanya rasa takut nak makan...bukan apa tak biasa sebenarnya...Tapi sekali makan...mak oi sedapnya....Nyum...Nyum..

Monday, November 4, 2013

Permit ke Sipadan

Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau yang amat cantik dan indah sekali. Ianya telah menjadi sebuah pulau yang menjadi sebutan di serata dunia. Berduyun-duyun penyelam dan pengunjung yang teringin dating ke Pulau Sipadan apabila terbaca akan keindahan dasar lautnya.

Tapi tahukah anda bahawa tidak semua orang boleh datang ke Pulau Sipadan sesuka hati. Unuk ke pulau Sipadan kita memerlukan permit masuk. Pulau ini dijaga oleh perbadanan Taman-taman Sabah. Permit sebanyak RM 40 diperlukan untuk masuk ke sini. Permit ini pula boleh kita perolehi melalui agen-agen Chalet dan resort yang terdapat di Semporna dan Mabul.

Pulau Siapadan hanya mengehadkan  hanya seramai 120 orang pengunjung sahaja sehari. Kebanyakan pengunjung yang ke sini adalah terdiri daripada para penyelam. Permit dikeluarkan kepada beberapa resort dan chalet terpilih dan bukan semua resort yang ada di Pulau Mabul mahupun pekan Semporna yang mempunyai kuota permit untuk ke Sipadan.


Jadi jika anda hendak ke Pulau Sipadan pastikan anda menempah dari resort yang betul dan mempunyai kuota permit untuk ke Sipadan. Bagi resort yang tidak mempunyai permit ke Sipadan selalunya mereka akan membeli kuota permit dari lain-lain resort dan kosnya akan menjadi mahal sedikitlah.

Tapi jangan risau kalau tak boleh ke Sipadan, anda semua masih boleh menyelam di lokasi sekitar Pulau Mabul, Kapalai dan si amil. Lokasi-lokasi ini tidak kurang juga hebatnya dan kaya dengan khazanah lautnya.

Jadi jika anda betul-betul nak merealisasikan impian anda terutamanya untuk menyelam di pulau Sipadan, aku cadangkan anda membuat kajian terlebih dahulu chalet dan resort yang ada permit dan satu lagi yang amat-amat penting anda perlulah menempah awal terutamanya untuk ke Sipadan. Antara resort dan chalet yang mempunyai kuota ke Sipadan ialah Sipadan mabul resort, Borneo Divers, Scuba Junkie, SeaVenture, Billabong Scuba, Uncle Chang, Borneo Backpacker dan beberapa lagi resort.

Ok, selamat menyelam,,,,sekadar berkongsi sedikit maklumat yang perlu bagi peminat sukan menyelam terutamanya ke pulau Sipadan.



Sunday, November 3, 2013

Kemeriahan pasar Ikan Bajau

Apa yang aku nak cerita hari ini ialah tentang kemeriahan jual beli ikan-ikan, ketam dan lobster segar yang terdapat di Pulau Mabul. Walaupun penginapan tempat kita menginap tu dah disdiakan dengan pakej makan sekali, tetapi kebiasaannya para pengunjung akan membeli ketam-ketam dan lobster yang dijual oleh masyarakat kaum Bajau yang terdapat di sini.



Ikan-ikan dan ketam serta Lobster yang dibeli, kita boleh mintak tolong tukang masak chalet kita menginap untuk tolong memasaknya dan korang bayarlah sedikit upah untuk tukang masak tu.



Ikan-ikan, ketam dan Lobster yang dijual oleh masayarakat Bajau ini memang amat murah sekali jika kita nak bandingkan dengan tempat kita. Bayangkan ketam yang sebesar tapak tangan dalam 5 ekor dijual dengan harga cuma RM 20. Lobster pula ikut saiz dan biasanya dijual dalam RM 20 ke RM 100. Jika di luar memang cukup mahal. Tambahan pula ini semua yang segar-segar baru naik dari laut yer.




Kebiasaannya masyarakat Bajau ini akan membawa hasil laut dia orang ke chalet-chalet di pesisir pantai Pulau Mabul dan kita boleh tawar menawar harga yang ditawarkan. Cuba dapatkan harga termurah yang kita nak dan aku pernah hanya menukar 3 ekor ikan pari bintik hanya dengan menggunakan 7 bungkus Maggi Kari. Rupanya masayarakat Bajau ini amat minat akan Maggi. lepas ni kalau korang datang bercuti ke Mabul jangan lupa bawa stok Maggi kari kerana ianya boleh dijadikan bahan untuk sistem tukar barang.

Kalau sebelum ni nak merasa Lobster tapi rasa mahal, jangan risau untuk mencuba disini walaupun harga yang ditawarkan  dalam RM 70 ke RM 100 tu korang rasa mahal tapi sebenarnya ianya cukup murah 2 atau 3 kali ganda dari kita beli di Semenanjung ini.


Antara penjual-penjual hasil laut daripada kaum Bajau Laut yang terdapat disekitar Pulau Mabul.

Nanti aku up pulak gambar ikan, ketam dan Lobster yang telah dimask untuk santapan korang semua...Nantikan yer...tengoklah esok atau lusa nanti aku post kan kat sini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails