Sunday, November 3, 2013

Kemeriahan pasar Ikan Bajau

Apa yang aku nak cerita hari ini ialah tentang kemeriahan jual beli ikan-ikan, ketam dan lobster segar yang terdapat di Pulau Mabul. Walaupun penginapan tempat kita menginap tu dah disdiakan dengan pakej makan sekali, tetapi kebiasaannya para pengunjung akan membeli ketam-ketam dan lobster yang dijual oleh masyarakat kaum Bajau yang terdapat di sini.



Ikan-ikan dan ketam serta Lobster yang dibeli, kita boleh mintak tolong tukang masak chalet kita menginap untuk tolong memasaknya dan korang bayarlah sedikit upah untuk tukang masak tu.



Ikan-ikan, ketam dan Lobster yang dijual oleh masayarakat Bajau ini memang amat murah sekali jika kita nak bandingkan dengan tempat kita. Bayangkan ketam yang sebesar tapak tangan dalam 5 ekor dijual dengan harga cuma RM 20. Lobster pula ikut saiz dan biasanya dijual dalam RM 20 ke RM 100. Jika di luar memang cukup mahal. Tambahan pula ini semua yang segar-segar baru naik dari laut yer.




Kebiasaannya masyarakat Bajau ini akan membawa hasil laut dia orang ke chalet-chalet di pesisir pantai Pulau Mabul dan kita boleh tawar menawar harga yang ditawarkan. Cuba dapatkan harga termurah yang kita nak dan aku pernah hanya menukar 3 ekor ikan pari bintik hanya dengan menggunakan 7 bungkus Maggi Kari. Rupanya masayarakat Bajau ini amat minat akan Maggi. lepas ni kalau korang datang bercuti ke Mabul jangan lupa bawa stok Maggi kari kerana ianya boleh dijadikan bahan untuk sistem tukar barang.

Kalau sebelum ni nak merasa Lobster tapi rasa mahal, jangan risau untuk mencuba disini walaupun harga yang ditawarkan  dalam RM 70 ke RM 100 tu korang rasa mahal tapi sebenarnya ianya cukup murah 2 atau 3 kali ganda dari kita beli di Semenanjung ini.


Antara penjual-penjual hasil laut daripada kaum Bajau Laut yang terdapat disekitar Pulau Mabul.

Nanti aku up pulak gambar ikan, ketam dan Lobster yang telah dimask untuk santapan korang semua...Nantikan yer...tengoklah esok atau lusa nanti aku post kan kat sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails