Wednesday, September 10, 2014

Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014

Tanggal 6 September 2014 sekali grup Pusat Kokurikulum Pulau Pinang seramai 11 orang telah menyertai Jamboree MTB Thompson Trail. Dengar kata trek amat mencabar. 
Kalau perati pada bentuk muka bumi Cameron pun dah tahu mesti trek ini banyak berbukit dan akan bermain disekitar ladang teh.

Kami bertolak dari Pulau Pinang sehari sebelum iaitu pada 5 September dan menginap disebuah Homestay seorang kenalan di kawasan Tanah Rata.
 Pagi 6 hb kami bersiap seawal jam 6 pagi dan meninggalkan Homestay pada jam 7 pagi. Kami telah parking kereta di kawasan parking Teh Bharat dalam perjalanan ke Habu iaitu starting pioint Jamboree kali ini. 

 Sampai kawasan parking Teh Bharat, terus persiap basikal, pasang tayar dan setting gear bagi betul. Cuaca pagi tu masih sejuk dan dingin.
Lepas ni dari tempat parking kami akan downhill sejauh 3 km ke kawasan starting point di Habu.
Wan Saidi jugak memasang tayar basikal. Masing-masing excited dengan basikal masing-masing.
 Isteri yang setia yang sanggup menemani suaminya walau kemana suaminya pergi. terima kasih wahai isteri.
 Antara team yang akan meneruskan cabaran kali ini.
 Sebelum bermulanya race, semua muka ceria..Masih sempat tersengih-sengih dan posing manja.
 Di kawasan starting point di satu kawasan padang di pekan Habu.
 Semua dok gembira bergambar. nanti kejap lagi tahulah habuannya.
 Geng hero semua dok belakang. Orang lain semua nak dok depan masa starting, tapi geng ni rela dok belakang. Kayuh slow-slow katanya.
 Get ready semuanya, kejap lagi kita mula.
 Sedia.....kami sedia...ayuh Thompson traill,, kami datang....
 Bermulalah episod MTB Thompson Trail, Satrting dengan downhill, best...

 Jom layan, starting kelam kabut sikit sebab ruang yang terhad dan rider pulak ramai sangat.
Jumlah rider pada hari tu lebih kurang 1300 peserta semuanya.


 Permualaan trek ialah jalan raya dengan santapan downhill sejauh 19 km. Memang jauh giler downhill. jap lagi layan naik bukit dapatlah habuannya.
 Setelah habis downhill, masuk trek hutan, pastu masuk kampung orang asli dan selepas check point 2 jumpa pulak ladang teh, layan naik bukit yang mencanak. Memang perit dan mental. Aku sempat krfem kaki lah pulak. Tapi semangat terus membara diteruskan jua kayuhan.
 Akhirnya selepas berhempas pulas memerah keringat, akhirnya sampai jugak aku dengan masa 3 jam setengah dengan jarak kayuhan sejauh 39 km.
 Ustaz Din antara orang terawal sampai..tahniah lu masih mantap bro..Welcome back..
 Antara jagoan....Nazri, the legend...
 Husni sampai gak akhirnya, tanpa krem, mantap kali ni..tahniah
 Farhan, kali ni masuk geng Guar Perahu Cycling Club (GPCC)
 Haha......mantap....
 Eh..eh..nak krem pulak...nasib baik sampai dah..
 Santai sambil tunggu majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah...Bila la nak bertuah nombor ni...harap dapat buat balik basikal...
 Tahniah Nora, dapat no. 8 kategori perempuan...Lepas ni up lagi dapat no. 1,2,3 pulak...
Inilah antara orang-orang hebat dalam MTB kategori pompuan ni...Depa ni siap boleh sampai awal dari geng laki. memang hebat.
tahniah u olllls.

Jumpa lagi dalam Jamboree akan datang.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails