Wednesday, September 17, 2014

Panduan berkereta ke Koh Lanta, Krabi Thailand

Untuk membawa kereta  ke Thailand, tak susah sebenarnya. Hanya harus disertai sedikit keberanian dan tawskal supaya dijauhkan daripada berlaku apa2 kecelakaan atau kemalangan semasa disana.

Kali ini..aku nak berkongsi pengalaman semasa aku bercuti ke Koh Lanta baru2 ini..

 Ini gambaran laluan yang aku tempuhi bersama isteri. Kami bermula dari kediaman kami di Bukit Mertajam Penang. Kami bertolak seawal jam 5 pagi kerana berhajat utk sampai di border Bukit Kayu Hitam pd jam 7 pg.

Sebelum sampai ke border pastikan dulu anda membeli insuran di CTC atau kedai insuran lain yang banyak terdapat sepanjang jalan dari pekan Changloon hingga ke border, dan pastikan  isi white card siap2. Insuran kereta adalah RM 15 utk 9 hari.
Upah isi white card pulak RM 1 satu pasport.


Dah isi semua tu bolehlah bergerak terus ke border utk cop pasoort dan istihar bawak kenderaan.


Mula2 kita kene beratur utk cop pasport dulu. Selesai cop pasport beratur pula di kaunter khas utk kenderaan kereta dan motor. Serahkan sahaja insuran kereta bersama geran dan pasoort. Kastam Thailand akan isi satu form dan serahkan pada kita utk bawak semasa di Thailand. Simpan elok2 form tu, sebabnya nanti mssa keluar balik dari Thailand kene serahkan kembali form tu pd kastam Thailand.

Dah selesai semua tu ambil kereta balik dan masuklah Thailabd elok2. Hati2 bawak kereta. Pastikan korang bawak GPS (guna pun sesat) . Senang nak nak bergreak kesana sini.

Ni gambar masa nak sampai jeti feri ke Koh Lanta. Untuk sampai ke Koh Lanta kene naik 2 buah feri. Tiket feri boleh dibeli di pintu masuk kawasan jeti. Harga untuk kedua2 feri ialah RM 19.30 termasuk 2 penumpang.Setelah membeli tiket, kita beratur sahaja tunggu giliran untuk menaiki feri.


Suasana di atas feri

Koh Lanta ni terdiri daripada 2 buah pulau. Satunya atau yang pertama dikenali sebagai Koh lanta Noi dan pulau kedua ialah Koh Lanta Yai. Inilah pulau yang selalunya dikunjungi oleh pelancong.

Tidak susah untuk mendapatkan hotel di Koh Lanta ini, kerana terdapat banyak hotel disepanjang jalan. Begitu juga dengan makanan Halal di sini kerana majoriti penduduk di Koh Lanta ialah beragama Islam.

Jarak Koh Lanta dari border Bukit Kayu Hitam ialah lebih kurang 300 km. Dari border pandu terus ke pekan Patthalung hingga jumpa pekan Trang dan seterusnya tujulah ke pekan Krabi. Sebelum sampai Krabi nanti anda simpang kiri anda kene belok untuk ke Koh Lanta.





Sunday, September 14, 2014

Kayuhan mendaki Bukit Wang Kelian


 Setelh lama berimpian untuk berkayuh mendaki bukit Wang Kelian akhirnya hajat tersebut berjaya juga direalisasikan. Itupun mencuri masa yang ada semasa kunjungan ke Pusat Ko Perlis bagi program penutupan Kursus Penyelamat Kelemasan peringkat Kebangsaan 2014
 Kayuhan pada tarikh 11 sept 22014 itu hanya disertai oleh diriku dan Yusparizal sahsja. Walaupun berdua semangat kami tetap membara..
 Permulaan bukit pertama mmg terasa perit kerana keadaan bukit berkecerunan 45 darjah dan sejauh beberapa kilkilometer.Mula2 tu mmg perit.....tapi kara orang alah tegal menjadi biasa.
 Setelah bersusah payah dan memerah keringat akhirnya bukit Wang Kelian berjya kami tawan. Dari Pusat ko Perlis ke Wang Kekian jaraknya dalm 18 km....
Masa kami ambil lebih kurang sejam setengah.


wang Kelian hari ini tiada orang sangat kerana bukanya hari minggu. Kalau hari minggu mmg penuh kat sini..
 On the way balik, singgah bergambar dihadapan Taman Negeri Perlis...

View dari menara pandangan indah yg terdapat di tepi jalan mmg amat indah sekali.


Clean Beach Resort, Koh Lanta Yai, Krabi, Thailand.

Ketengan dan kedamaian ditemui di sini..
Sesuai untuk lari dari kesibukan kota dan ketensionan kerja...
 Berkereta walau sejauh 300 km dari Border Bukit Kayu Hitam memang tak terasa...
Biarlah foto sahaja yang terus berbicara....

 Kemboja putih bertaburan di pagi hari.....mmg terasa damai sekali....









Wednesday, September 10, 2014

Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree 2014

Tanggal 6 September 2014 sekali grup Pusat Kokurikulum Pulau Pinang seramai 11 orang telah menyertai Jamboree MTB Thompson Trail. Dengar kata trek amat mencabar. 
Kalau perati pada bentuk muka bumi Cameron pun dah tahu mesti trek ini banyak berbukit dan akan bermain disekitar ladang teh.

Kami bertolak dari Pulau Pinang sehari sebelum iaitu pada 5 September dan menginap disebuah Homestay seorang kenalan di kawasan Tanah Rata.
 Pagi 6 hb kami bersiap seawal jam 6 pagi dan meninggalkan Homestay pada jam 7 pagi. Kami telah parking kereta di kawasan parking Teh Bharat dalam perjalanan ke Habu iaitu starting pioint Jamboree kali ini. 

 Sampai kawasan parking Teh Bharat, terus persiap basikal, pasang tayar dan setting gear bagi betul. Cuaca pagi tu masih sejuk dan dingin.
Lepas ni dari tempat parking kami akan downhill sejauh 3 km ke kawasan starting point di Habu.
Wan Saidi jugak memasang tayar basikal. Masing-masing excited dengan basikal masing-masing.
 Isteri yang setia yang sanggup menemani suaminya walau kemana suaminya pergi. terima kasih wahai isteri.
 Antara team yang akan meneruskan cabaran kali ini.
 Sebelum bermulanya race, semua muka ceria..Masih sempat tersengih-sengih dan posing manja.
 Di kawasan starting point di satu kawasan padang di pekan Habu.
 Semua dok gembira bergambar. nanti kejap lagi tahulah habuannya.
 Geng hero semua dok belakang. Orang lain semua nak dok depan masa starting, tapi geng ni rela dok belakang. Kayuh slow-slow katanya.
 Get ready semuanya, kejap lagi kita mula.
 Sedia.....kami sedia...ayuh Thompson traill,, kami datang....
 Bermulalah episod MTB Thompson Trail, Satrting dengan downhill, best...

 Jom layan, starting kelam kabut sikit sebab ruang yang terhad dan rider pulak ramai sangat.
Jumlah rider pada hari tu lebih kurang 1300 peserta semuanya.


 Permualaan trek ialah jalan raya dengan santapan downhill sejauh 19 km. Memang jauh giler downhill. jap lagi layan naik bukit dapatlah habuannya.
 Setelah habis downhill, masuk trek hutan, pastu masuk kampung orang asli dan selepas check point 2 jumpa pulak ladang teh, layan naik bukit yang mencanak. Memang perit dan mental. Aku sempat krfem kaki lah pulak. Tapi semangat terus membara diteruskan jua kayuhan.
 Akhirnya selepas berhempas pulas memerah keringat, akhirnya sampai jugak aku dengan masa 3 jam setengah dengan jarak kayuhan sejauh 39 km.
 Ustaz Din antara orang terawal sampai..tahniah lu masih mantap bro..Welcome back..
 Antara jagoan....Nazri, the legend...
 Husni sampai gak akhirnya, tanpa krem, mantap kali ni..tahniah
 Farhan, kali ni masuk geng Guar Perahu Cycling Club (GPCC)
 Haha......mantap....
 Eh..eh..nak krem pulak...nasib baik sampai dah..
 Santai sambil tunggu majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah...Bila la nak bertuah nombor ni...harap dapat buat balik basikal...
 Tahniah Nora, dapat no. 8 kategori perempuan...Lepas ni up lagi dapat no. 1,2,3 pulak...
Inilah antara orang-orang hebat dalam MTB kategori pompuan ni...Depa ni siap boleh sampai awal dari geng laki. memang hebat.
tahniah u olllls.

Jumpa lagi dalam Jamboree akan datang.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails