Monday, December 22, 2008

Hasil kerje pertama Nikon D60


Ha..ha.. kini aku buleh snap gambar sesuka hati. Kamera baru D60 ni harap dapat serasi dengan diriku dan diharapkan gambar-gambar yang diambil tampak menarik dan menawan. Petang tadi pergi tepi pantai kat Jalan Bagan Ajam, Penang. Layan sunset kat situ dan tujuan utama memang nak snap sunset kat situ.
Kali pertama snap gambar ni, rupanya bukan senang nak hasilkan gambar menarik walaupun kameranya jenis mahal. Tapi kreativiti mesti mau lebih. Idea juga mesti gilagila sikit, barulah angle menarik dapat dihasilkan.
Nilah hasil kerje aku selama 45 minit kat tepi pantai tu bersama isteri. Harap hobi ini akan terus sebati dengan diriku dan harap juga gambar yang aku snap menarik2 belake. hehe.

Impian Tercapai - Nikon D60





Akhirnya, impian yang diimpikan tercapai jua akhirnya. Impian u8ntuk memiliki sebuah kamera SLR Digital jenis Nikon. Semuanya gara-gara termakan dek racun isteriku. Pada mulanya langsung tiada hajat untuk membeli kamera tersebut dalam masa terdekat ini. Namun semuanya bermula dan terjadi sewaktu kunjungan ke Langkawi beberapa hari lepas. Sampai sahaja di Jeti Kuah Langkawi isteriku dok merengek minta dibeli sebuah kamera digital. Katanya senang unbtuk kami mengambil gambar untuk diabadikan nanti.




Pada mulanya aku buat tak tau jer... tapi lama kelamaan ada sikit rasa untuk membelinya. Akhirnya aku ambil keputusan nak pergi tengok dulu. Isteriku hanya minta untuk dibelikan sebuah kamera digital jenis biasa sahaja yang harganya dalam RM 500 kebawah. Tapi dalam hati ini daripada beli yg tu baik aku perabis terus beli yg mahal dan puas hati.

Akhirnya aku bergerak ke Pekan Kuah dengan bantuan sahabat di Langkawi, kami bergerak dari satu kedai ke satu kedai. Sebenarnya tidak susah sangat untuk aku membuat pilihan disini kerana memang dah lama aku survey harga kamera ni dan jenis dier. kat pekan Kuah ni aku cuma perlu survey harga jer. Jadi kedai kedua yang aku pergi tu harganya aku dapat dalam RM 2099.00. Apa lagi kira jadi terus. Sebenarnya aku ni bukanlah susah sangat dan cerewet dalam hal membeli sesuatu barangan ni.

Setelah puas hati dengan harga maka kad ajaib pun diserahkan kepada si tuan punya kedai dan termaktublah dalam sejarah aku berjaya memiliki sebuah Nikon D60. Alhamdulillah tercapai jugak hajatku. Lepas ni bolehlah aku bergelar Jurukamera tidak bertauliah yang profesional. he.he.he.

Kunjungan ke Hat Yai pada 23 - 25 secara backpacker menaiki keretapi lepas ni pasti lebih bermakna kerana ditemani oleh awek baruku ini Nikon D60...jangan jelesss yer.

Wednesday, December 17, 2008

Apala nasib si kepala #%^@

Penduduk gempar kepala babi digantung

MELAKA: Penduduk Kampung Pangkalan Balak, di Majjid Tanah, dekat sini, gempar apabila menjumpai satu bangkai kepala babi yang digantung di atas kain rentang yang dipasang di tepi jalan berhampiran bulatan di kampung itu, pag tadi. Ini kejadian ketiga dalam tempoh dua bulan bangkai binatang itu ditemui di tempat awam di sini. Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan pihaknya sedang memburu mereka yang bertanggungjawab.

Petikan : Berita Harian 17 Disember 2008

Apa dah jadi ni sampai kepala babi pun nak digantung. Selagi yang empunya angkara tak ditangkap selagi itulah jenayah ini akan terus berlaku.

Tuesday, December 16, 2008

Gaji...oh..gaji


Hari ni 15 hb, esok 16 hb.....ish lambat sungguh gaji bulan ni, walaupun hakikatnya sepatutnya gaji 25 hb baru masuk. Tapi bulan December ni gaji masuk 18 hb. Mungkin tidak ramai yang tahu....tapi aku kalau bab gaji ni sensitif betul cepat jer tahu bila gaji nak masuk.

Dalam kepala otak ni macam-macam nak beli. Tambah pulak bulan ni Bonus masuk. Tapii....tapi yang tak sedapnya bula ni lah pulak nak kene bayar road tax dan insuran kereta. Pas tu nak pergi Langkawi 19 - 21 Dec dan pastu ke Hat Yai dan terus ke Phuket pulak. Aduh banyak nyer duit nak kene belanja. mau kering poket bulan 12 ni. Bulan Januari ni makan pasir la pulak gamaknya.

Walaupun gaji aku ni bukanlah besar sangat dan tidaklah sikit sangat tapi bulan-bulan tetap macam tu jugak.. Aiii, nasib badan, bila nak kaya ni gamaknya. Kalau kaya kan best...macam-macam buleh beli..... Buah "KALAU' ni best betul bila disebut....Yer lah Kalau diri ndiciptakan Kaya sejak kecik lagi macam-macam dah dibuat... mungkin sekarang ni tak jadi Cikgu kut...Jadi aper yer sekarang ni?.....

Hi...hi...berangan dahlah pulak aku ni.... Esok nampak gayanya aku nak kene pergi stesen Keretapi Butterworth, nak cari tiket keretapi nak pergi Hat Yai.... Nak backpackerlah katakan...tak tau la macam mana nak jadi nanti...Cakap Siam bukannya pandai...bedal bahasa melayu dahlah........

Monday, December 15, 2008

Multi-use remote control lamp


Lama dah sebenarnya aku dok perhati lampu macam ni kat pasar malam, supermarket dan kedai elektronik. Tetapi sebelum ni satu pun tak penah memikat hati aku untuk membelinya.
Masa aku pusing-pusing kat satu kedai D.I.Y kat area Bukit Mertajam aku terjumpalah lampu macam ni langsung aku terus membelinya. Mungkin terpikat dengan remote controlnya kut. Namun dalam otak aku nak guna lampu ni masa pi campinglah.

Lampu ni menggunakan bateri AA sebanyak 4 biji, dan remotenya pula bateri kecil 23A (12V). Mempunyai ketahanan selama 24 jam jika dibuka secara terus. Untuk on dan off kita boleh juga tekan sahaja permukaan lampu tersebut dan lampu tersebut akan on dan off.

Maka terkumpullah lagi satu koleksi barang-barang outdoor aku kat rumah. Kalau nak diikutkan rasanya nilai barangan outdoor yang aku ada dah boleh mencecah ribuan ringgit. Mana tidaknya barangan outdoor termahal aku ialah back pack Karrimor Monsoon 60 -70L aku yg di beli di Jakarta, Indonesia. Nilainya sahaja RM 376.00. Tapi kalau kat Malaysia beg ni harganya mau RM 600 keatas.

Lampu kat atas ni aku harap dapat berfungsi dengan baik sewaktu campingku yang akan datang. Bila yer????

Saturday, December 13, 2008

Senarai Ketinggian Gunung



Gunung/Ukuran dalam kaki

1. Gunung Kinabalu 13,455 Sabah
2. Gunung Trusmadi 8,669 Sabah
3. Gunung Tambuyukon 8,462 Sabah
4. Gunung Murud 7,946 Sarawak
5. Gunung Mulu 7,795 Sarawak
6. Gunung Tahan 7,182 Taman Negara Pahang
7. Gunung Korbu 7,162 Ipoh Perak
8. Gunung Yong Belar 7,156 Perak
9. Gunung Gayong 7,129 Perak
10. Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak - Kelantan
11. Gunung Yong Yap 7,110 Perak
12. Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089 Perak
13. Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kuala Woh, Perak
14. Gunung Tama Abu 6,930 Sarawak
15. Gunung Irau 6,924 Pahang
16. Gunung Benum 6,914 Jerantut Pahang
17. Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak
18. Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan
19. Gunung Berembun 6,817 Perak
20. Gunung Berinchang 6,664 Pahang
21. Gunung Tangga 6,609 Pahang
22. Gunung Swettenham 6,434 Perak
23. Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim Perak
24. Gunung Siku 6,284 Cameron Highland Pahang
25. Gunung Noring 6,197 Perak
26. Gunung Bintang 6,110 Sempadan Perak - Kedah
27. Gunung Noring East 6,106 Kelantan
28. Gunung Beremban 6,041 Pahang
29. Gunung Basor 6,038 Kelantan
30. Gunung Semangkuk 5,984 Selangor
31. Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru Selangor
32. Gunung Bujang 5,812 Pahang
33. Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak
34. Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta) Perak
35. Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland Pahang
36. Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu Selangor
37. Gunung Bubu(Manong) 5,437 Perak
38. Gunung Bah Gading 5,318 Perak
39. Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland Pahang
40. Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172 Perak
41. Gunung Rabong 5,047 Gua Musang Kelantan
42. Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030 Perak
43. Gunung Lebah 4,992 Perak
44. Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang
45. Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat Selangor
46. Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland Pahang
47. Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat Selangor
48. Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan
49.Pine Hill Tree(Frasers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang
50.Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping Perak
51. Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang
52. Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland Pahang
53. Gunung Stong 4,664 Kuala Krai Kelantan
54. Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput Perak
55. Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang
56. Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara Pahang
57. Gunung Gagau 4,513 Tasik Kenyir
58. Gunung Ulu Bakau 4,421 Selangor
59. Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering Perak
60. Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh Perak
61. Gunung Padang 4,314 Terengganu
62. Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu Kelantan
63. Gunung Perdis 4,195 Taman Negara Pahang
64. Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Johor
65. Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland Pahang
66. Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah
67.Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau Perak
68. Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda Kedah
69. Gunung Gajah Terom 3,958 Terengganu
70. Gunung Bokbak 3,934 Perak
71. Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang N. Sembilan
72. Gunung Irong 3,908 Pahang
73. Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712 Pahang
74. Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling Kedah
75. Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub) Pahang
76. Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang
77. Gunung Serudum 3,462 Pancing/Kuantan Pahang
78. Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul Pahang
79. Gunung Besar 3,398 Johor
80. Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang Johor
81. Gunung Bekok 3,126 Johor
82. Gunung Datok 2,900 Rembau N. Sembilan
83. Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi Kedah
84. Gunung Perak 2,836 Kedah
85. Western Hill(Penang Hill) 2,723 Pulau Pinang
86. Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah N. Sembilan
87. Gunung Tampin 2,507 Tampin N. Sembilan
88. Gunung Pulai(Pulai) 2,147 Johor
89. Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka Pahang
90. Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi/ Johor

Friday, December 12, 2008

WORLD OF OUTDOORS

Dalam dok belek-belek Majalah LIBUR keluaran bulan Oktober 2008, terjumpa satu ruangan tentang kedai barangan Outdoor yang terdapat di Kuala Lumpur. Rasanya elok aku berkongsi dengan rakan-rakan disini yang mungkin tercari sesuatu barangan.

Kedai ni terletak kat The Garden, Midvalley City, Kuala Lumpur. Kat sini terdapat banyak barangan outdoor yang berjenama seperti Columbia, Salomon, Teva, Hi-Tec, Keen, TUSA, Coleman, Mountainsmith, Deuter, Dakine, Thorto, Sperry Top Sider, Birkenstock/Papollio, Rollerblade dan Ethies.

Ruang niaga yang terdapat disini amat besar sekali iaitu kira-kira 6,629 kaki persegi dan menempatkan kira-kira 30% barangan berjenama Columbia. Disatu ruangan kedai ini juga terdapat satu dinding 'Wall Climbing' dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Kalau ada sapa-sapa nak cari barangan jenama Outdoor tu, aku rasa kat sini amat sesuai sekali untuk korang pi jalan-jalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails