Tuesday, June 11, 2013

Panduan bagi Pemborong Kain di Vietnam

Panduan ini senagai perkongsian ilmu bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan khususnya bagi yang membeli kain di Vietnam.

Juga sesuai untuk mereka yang ke Vietnam tapi membeli dalam kuantiti yang banyak tapi tak mahu kene cukai.

Panduan ini cuba aku sampaikan ekoran daripada banyak sangat kes kebelakangan ini di mana pihak kastam Vietnam cuba mengaut keuntungan lebih dengan meng"poww" duit dari pelancong-pelancong dan peniaga yang cuba keluar dari Vietnam melalui lapangan terbang Tan So Nat, Vietnam.

Kes ini akan berlaku apabila kita nak check in "luggage" di kaunter check in, pada mulanya proses "check in" seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku, kemudian petugas kaunter akan memberitahu kita supaya memeriksa luggage di bilik pemeriksaan sebelah.

Apabila kita melihat beg atau bungkusan kita di tahan, kita di minta untuk berjumpa dengan pegawai di dalam untuk pengesahan.

Ketika inilah hal ini terjadi, pegawai kastam Vietnam ini akan cuba mengatakan kita membawa muatan yang lebih dan kita nak berniaga, ada masanya mereka meminta invois belian. Pda masa ini jika kita berada dalam keadaan yang gabra atau takut-takut maka dia orang akan tekan kita dan minta charge untuk pelepasan barangan tersebut. Mereka akan minta diantara RM 100 hingga RM 500. Pada mulanya mereka Nampak seperti tidak boleh bertoleransi dan akhirnya akan akur kepada suatu jumlah tertentu untuk pelepasan barangan tersebut.

Antara barangan yang akan ditrahan di bilik pemeriksaan ini ialah seperti barangan yang kita muatkan dalam beg yang terlampau besar seperti beg troli. Beg troli kecil tiada masalah tetapi jangan terlalu besar seperti beg orang baru balik Mekah tu.

Bungkusan kedua yang selalu di tahan adalah barangan yang diletakkan dalam beg palstik empat segi yang berwarna biru ataupun warna warni. Barangan yang diletakkan dalam bungkusan ini tidak kira kecil atau besar adalah selalunya terdiri daripada peniaga.

Jadi untuk mengelakkan dari barangan kita di tahan. barangan yang dibeli seeloknnya diletakkan dalam beg yang sedikit kecil dam kuantiti 2 atau 3 beg. Banyak beg tak mengapa tapi jangan terlalu besar. Dan INGAT beg plastic tu jangan sesekali digunakan.

Di pihak Kastam Malaysia pula, mereka selalunya akan tahan bungkusan yang diisi dalam beg plastik biru dan berwarna warni ini. Seeloknya juga bila hendak melepasi pihak Kastam Malaysia ini, pecahkan barangan kita pada semua orang, jangan diisi pada satu troli sahaja. Jika ditanya berapa orang pula katakana kita dalam dalam kuantiti ramai orang, jadi mereka kurang sikit nak tahan kita.

Setakat inilah sahajalah perkongsian yang dapat aku berikan, jika ada pertanyaan tentang cara nak cuba elak dari ditahan pihak kastam ini, korang bolehlah contact email aku. Ini semua sebagai panduan dan persediaan kita sahaja, kalau nak kena juga tu nasiblah yer.

Kita tak mahulah pulak nanti pergi Vietnam cadangnya nak beli kain murah, tapi bila kene charge yang tinggi, kain yang murah jadi mahal pulak...

Sunday, June 9, 2013

Trip Kawan-kawan, Saigon,Vietnam...

Alhamdulillah trip kawan-kawan yang dirancang ke Saigon pada 27 hingga 30 Mei yang lalu telah selamat pergi dan kembali dengan jayanya. Kain pun banyak yang telah di borong hingga terlebih kilo yang di tempah. nasib baik ada kengkawan yang sudi membantu, kalau tak berbaloi-baloi kene caj lebihan kilo.

Macam tu lah perempuan kalau dah bershopping, kene pulak semua barang tengok murah-murah belaka, sampai shopping tak ingat dunia.

Untuk entry kali ini korang nikmati sahajalah yer gambar-gambar yang sempat dipostkan disini. Biarlah gambar sahaja yang bercerita.

Trip kengkawan ni seramai 14 orang semuanya. Semua pompuan, hanya seorang sahaja lelaki, siapa lagi guidenya lah iaitu aku dan trip ini bertukar nama menjadi rombongan cik Kayrol bukannya rombongan cik Kiah, hehe.

Tempat penginapan kami, Hotel Thanh Thu
Kat kedai basiroh ni banyak sungguh kain Telekungnya

Malam pertama terus bawak pi shopping Telekung di kedai Hajah Basiroh.
 Sebelum sampai utnuk trip Chu Chi Tunnel, singgah kedai kraftangan terlebih dahulu


Cantik hasil kraftangan mereka, tapi saying harganya terlampau mahal
Hari kedua, lawatan ke Chu Chi Tunnel
Menunggu giliran untuk masuk ke terowong Chu Chi
Salah satu perangkap yang di buat oleh tentera Vietnam
Sapa berani boleh cuba, lubang terowong iniu agak sempit,
yang perut buncit yang nak cuba masuk...
 Hari ketiga, sebelum trip ke sg. Mekong, salah satu R&R yang cantik sekali..
 Rumput amat cantik dan bersih, sampaikan sanggup dia orang ni duuk bergambar
 Hiasan bunga teratai di dalam kolam....
Tak sangka sempat terjumpa rakan lama sepegunungan cik Azlia, di Bandar Saigon ni...
 Lawatang pertama di kebun Madu, sempat bnergambar dengan ular Sawa..
 Semua orang boleh cuba madu disini, free sahaja, semua dah masuk dalam pakej..
Kami semua naik bot macam ni, Alhamdulillah semua seronok.
Depa dok shopping sungguh.....
Aku pulak dok shopping....
Sempat melawat ke pejabat pos Saigon sebelum berangkat pulang.
Keadaan dalam bas bila tiba time pulang, semua beg telah beranak pinak,
sampai senget bas dibuatnya...
 Tengok semua beg telah beranak...
 
Selamat tinggal Saigon...nanti kami datang lagi yer.....


 

 

Friday, May 10, 2013

Travelouge Laos - Chiangmai - Bangkok - Episod 5

Rasenya dah lama tak update blog ni, travelouge Laos-Chiangmai-Bangkok masih tergantung tanpa penghujung. Kemalasan melanda diri. Malam ni gagahkan diri untuk menyambung ke episod seterusnya. Teruskan membaca yer.

Kali ni nak cerita tentang hari kami yang keseterusnya di Chiangmai. Setelah kepenatan kelmarin seharian mengikuti trip ke Golden triangles, rasenya hari ni just pusing-pusing Chiangmai dengan motor jer sebelum tiba masa check out untuk perjalanan seterusnya ke Bangkok pula. Hari ni kami cuba cari sebuah motor untuk di sewa, alhamdulillah dapat sebuah motor untuk di sewa dengan kos 300 bath selama 24 jam. tapi kami guna sekerat hari sahaja sebab pukul 3.00 nak bertolak ke stesyen bas dah.

Setelah dapat motor mulalah ronda pusing Chiangmai. Rasenya naik motor kat Chiangmai ni tak susah mana jalannya. Yang penting kene ada map jugak di tangan supaya kita tahu mana nak pergi. Destinasi pertama kami ialah ke "Tha Phae Gate". Pintu gerbang Tha Phae ni ada sejarahnya yang tersendiri. Pada hari Ahad malam Isnin kat sini ada sebuah pasar malam yang besar sekali sampai melimpah-limpah jalan. Kalau jalan kaki tu rasenya penat kaki tu berjalan, tak jumpa-jumpa lagi penghujungnya. Setelah bergambar lebih kurang kami bergerak ke destinasi seterusnya pusing-pusing kota Chiangmai.


Destinasi seterusnya ke Lanna Folklife Museum, kami tak masuk pun just sekadar bergambar kenangan sahaja. Pusing-pusing lagi sampai balik ke hotel kami. Sebenarnya jalan di Chiangmai ni kita semacam membuat satu pusingan sahaja dan saya rase kita tak akan sesat jika kita lihat pada papan tanda di jalan. Dalam dok pusing-pusing tu kami jumpa sebuah jambatan besi yang merentasi sebuah sungai di Chiangmai ni. Jambatan ni sedikit unik membuatkan kami terasa untuk berhenti untuk mengambil gambar. Seterusnya kami bergerak ke stesyen keretapi chiangmai. Just bergambar kenangan kat sini.






 Bila dah dekat nak pukul 12.00 tgh kami balik ke hotel terlebih dahulu untuk check out dan meninggalkan beg di lobi hotel. Kemudian kami bergerak ke restoren Muslim berdekatan dengan masjid di Halal Street Hilal Town.


Selesai makan terus menuju hotel balik dan ambil teksi untuk ke stesyen bas Arked Chiangmai. Perjalanan kami ke Bangkok pada jam 6.00 petang dan dikatakan akan mengambil masa 13 jam. Aduh masak sekali lagi punggung ni nanti. Nasib baik perjalanan pada sebelah malam. Pejam celik, pejam celik sampailah nanti. Kos tiket dari Chiangmai ke Bangkok kalau tak silap aku adalah 650 bath.


Tuesday, April 2, 2013

Travelouge Laos - Chiangmai - Bangkok - Episod 4


Episod keempat kali ini akan menceritakan  tentang pengalaman kami mengikuti pakej tour ke utara Thailand Chiengrai dan Golden Triangles. Pakej penuh tour ini ialah lawatan ke Hot Springs, White Temples, Golden Triangles, trip bot ke Donsao  Laos,  melawat sempadan Myanmar iaitu Maesai, melawat suku kaum Yao dan Akha serta suku kaum Karen Long Neck. Pakej ini berharga 1800 bath, lebih kurang RM 180. Pada mulanya kami tak ambil pakej bot ke pecan Donsao Laos dan cuma dikenakan 1500 bath sahaja, tetapi bila sampai sahaja di Golden Triangles tu, rasa rugi pulak tak ikut terus trip tersebut, jadi tambah kat situ terus harga pakej bot 300 bath seorang untuk tiket bot.



Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak pergi ke Chiengrai dan ke Golden Triangles yang dikatakan pertemuan tiga sempadan negara Mynamar, Thailand dan Laos. Baru kali ini impian itu terlaksana. Dan yang paling indah lagi impian ini terlaksana secara gaya backpackers yang dirancang sendiri semuanya tanpa melalui mana-mana agen pelancongan.

Pakej tour kami ini bermula seawal jam7.00 pagi lagi. Van pick up kami dari hotel lebih kurang jam 7.30 pagi dan mengambil beberapa orang lagi pelancong yang akan bersama dalam trip ini. Terdapat lebih kurang 12 orang semuanya yang terdiri dari 6 pelancong Malaysia, 2 pelancong Korea, 2 pelancong China dan 2 pelancong Hong Kong. Antara 6 pelancong Malaysia itu,hanya  kami berdua adalah Melayu.

Setelah semua penumpang diambil, maka Van terus bergerak ke destinasi pertama iaitu ke Hot Spring Chiang Rai yang jaraknya lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami berhenti tak lama di sini, hanya lebih kurang 25 minit sahaja. Kelihatan air panas begitu membuak dari dasar kolam. Di sini ramai peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderamata. Terdapat juga peniaga yang menjual telur ayam yang boleh dimasukkan ke dasar kolam untuk di rebus.



 
 gambaran Neraka di White Temple
 
Dari Hot Springs kami bergerak pula ke kawasan White Temples(Wat Rong Khun) yang jaraknya sejauh 1 jam 20 minit dari Hot Springs. White Temple ini merupakan hasil seorang artis Thai iaitu Chalermchai Kositpipat dimana White Temple ini mula di bina pada tahun 1997 lagi dan sehingga sekarang masih lagi dalam pembinaan. Disini kami diberikan masa lebih kurang setengah jam. Memang seni bina White Temple ini begitu klasik dan indah, tapi nak buat macam mana inikan Wat, jadi kami hanya bergambar sekeping dua. White Temple ini menggambarkan kehidupan di Neraka di bahagian luarnya dan di bahagian dalam digambarkan kehidupan alam Syurga. Di kawasan White Temple ini juga ramai peniaga yang menjual pelbagai barangan cenderamata.

 sebelah negara Laos
 Kasino di sebelah negara Myanmar
 
Selesai disini kami bergerak pula ke Golden Triangles. Lagi satu jam 30 minit perjalanan untuk sampai ke sini. Apabila sampai di kawasan tebing sungai yang mana terdapat simbol Golden Triangles, kami mengambil keputusan untuk ikut sama trip naik bot dan merasai pengalaman ke pekan Donsao Laos. Jadi kene tambah 300 bath seorang beli tiket bot dan bila sampai di Donsao nanti kene bayar cukai tanah 30 bath seorang. Bagi yang tak ikut trip bot ni pula, kenelah dok kat kawasan tebing Golden Triangles tu lebih kurang 1 jam setengah menunggu sehingga habis grup yang ikut trip ke Laos ni. Dari atas bot, kami diberikan penerangan tentang sejarah sempadan tiga Negara ini di mana dahulunya kawasan ini merupakan pusat pengedaran candu dan cara urusniaga mereka dahulu candu hanya ditukar dengan emas. Kat sini juga terdapat satu pulau yang dikenali sebagai “No Man Land”.  Kami juga di bawa dengan bot menyusuri sungai  ke kawasan Myanmar dan diperlihatkan satu bangunan kasino yang cukup besar di kawasan Myanmar. Selepas itu kami di bawa naik ke kawasan pekan Donsao Laos. Memang begitu banyak sekali peniaga di sini dan yang paling banyak sekali di jual ialah beg-beg kulit untuk kaum wanita. Selesai shopping sikit barang-barang, kami bergerak kembali dengan bot ke kawasan sebelah Thailand. Kali ini pergi makan lah pulak yer. Golden Triangles kami tinggalkan, mungkin lain kali mai lagi.


 Pekan Donsao Laos

Selesai makan kami bergerak ke pekan Maesai iaitu pekan yang bersempadan dengan Myanmar iaitu Tachilek. Kat sini kami di bawa oleh tour guide kami ke kawasan paling utara dalam Thailand. Sempatlah bergambar berlatar belakangkan Myanmar. Kat pekan Maesai ini, barang-barang memang murah sikit berbanding Chiangmai. Kami hanya sempat membeli beberapa key chain untuk diagihkan kepada rakan-rakan di Malaysia.

 Pintu sempadan ke pekan Tachilek Myanmar
 Belakang kami Negra Mayanmar
Kawasan paling Utara di Thailand
 
Dari pekan Maesai kami bergerak pula ke perkampungan suku kaum Yao, Akha dan Karen. Sebenarnya terdapat 6 suku kaum pergunungan yang menghuni daerah utara Chiangmai dan Chiangrai ini. Antaranya ialah Lahu, Akha, Karen, Hmong/Miao, Mien/Yao dan Lisu. Mereka ini sebenarnya dating dari daerah Burma, Laos, Tibet  dan Yunnan China. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi korang tanya sendirilah pak cik Goggle  yer. Aku malaslah nak cerita panjang lebar pasal suku kaum ni.




Dalam lawatan ini, kami hanya melawat tiga suku kaum iaitu Yao, Akha dan suku kaum leher panjang Karen. Suku Yao berbangga dengan topi yang di pakai dikepala mereka, suku Akha pula berbangga dengan pakaian mereka yang begitu cantik dan indah sekali dan yang paling kami nak lihat sendiri ialah suku kaum leher panjang yang memakai besi di tengkuk mereka iaitu suku Karen. Mereka ini tinggal di kawasan bersebelahan sahaja semasa lawatan kami ini. Dari ketiga suku kaum ini, kaum Karen yang paling istimewa dan mereka ini tinggal dalam kampung dibahagian paling dalam dan pelancong dikenakan caj tambahan untuk melawat suku kaum ini. Sungguh pandai sekali pemerintah Thailand ni. Kami banyak mengambil gambar dengan suku kaum Karen ini. Mereka ini dikatakan paling cantik antara ketiga-tiga suku kaum ini.





Kami bergerak pulang ke Chiangmai setelah selesai di perkampungan ini, dan perjalanan ke Chiangmai mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Kami sampai kembali ke hotel lebih kurang jam 9.00 malam. Penat sungguh perjalanan pada hari ini, namun kami sempat lagi meronda pasar malam Anusan dan kami bertuah pasar malam malam ini lebih besar lagi dari semalam. Oleh kerana ini malam last jadi kami tak melepaskan peluang untuk terus meronda setiap inci pasar malam di sini. Esok cadangnya nak meronda pecan Chiangmai dengan menyewa motor. Nantikan cerita kami ronda-ronda sekitar Chiangmai dengan motor.


Nantikan episod kelima nanti.

 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails