Tuesday, March 8, 2011

Tempat Paling Mencabar di Dunia

Tahukah anda bahawa terdapt 10 tempat yang paling mencabar dan ekstrem di dunia yang kalaulah aku ada duit InsyaAllah akan ke lawati tempat-tempat tersebut.

1. Air Terjun Tertinggi 3230 kaki iaitu Angels Falls di Venezuela:


Air terjun ini merupakan yang tertinggi sekali tertinggi di dunia. Mempunyai ketinggian (984 m) yang terletak di sebuah anak sungai Rio Caroni.Air terjun ini menjadi tempat kunjungan pelancong serata dunia.




2. Mt. Chimborazo (Ecuador): Titik Tertinggi dari Pusat Bumi 20,703 feet (6,310 m) di Atas Permukaan Laut

Jarang orang mengetahui tentang Gunung Chimborazo di Ekuador yang mempunyai ketinggian 6310 meter (20.703 kaki), yang berbeza sedikit dari Gunung Everest, perbezaannya gunung Chimborazo menjadi gunung tertinggi di atas pusat bumi. Ini kerana Bumi memiliki poros bulat. Sebagai poros bulat, Bumi adalah yang paling luas di khatulistiwa. Chimborazo hanya satu darjah sebelah selatan khatulistiwa bumi dan pada lok

asi itu adalah 6384 kilometer dari pusat Bumi atau sekitar 2 kilometer lebih jauh dari pusat Bumi dibandingkan Gunung Everest.

3. Tristan de Cunha (UK): Pulau Berpenghuni Paling Terisolasi di Bumi Berjarak 2,000 mil dari Continent Terdekat

Merupakan pulau berpenghuni paling terpencil di dunia, Tristan de Cunha di selatan Samudera Atlantik, adalah pulau yang sangat kecil, dan tidak memiliki landasan. Mempunyai penduduk seramai 272 orang terdiri dari 8 keluarga,



4. Lut Desert (Iran): Tempat Terpanas di Bumi 159 °F (71 °C)

Terdapat banyak pendapat tentang tempat terpanas di dunia. namun sumber yang di perolehi dari satelit NASA telah mencatat suhu permukaan setinggi 71 ° C (159 ° F) di gurun Lut Iran, yang mempunyai suhu terpanas di dunia. Mempunyai keluasan seluas 480 kilometer, disebut Gandom Beriyan (panggang gandum).

5. Oymyakon (Russia): Tempat Terdingin di Dunia? 96.2 °F (?71.2 °C)

Oymyakon adalah sebuah desa di Oymyakonsky Ulus dari Republik Sakha, Rusia, terletak di sepanjang Sungai Indigirka, 30 kilometer (20 mil) barat laut Kolyma Tomtor di Highway. Jumlah penduduk adalah 800 orang. Oymyakon dikenali sebagai salah satu calon Kutub Utara Dingin, kerana pada 26 Januari 1926, suhu yang dicatat ialah -71,2 ° C (-96,2 ° F) . I


6. The Dry Valleys (Antarctica): Tempat Terkering di Muka Bumi

Terdapat satu kawasan di Antartika yang dikenali sebagai Lembah Kering. Dikatakan hujan tidak pernah turun selama dari 2 juta tahun. Air yang terdapat disini mengalir dari sungai-sungai selama musim panas, Lembah Kering tidak mengandung wap air (air, eis atau salji). Alasan mengapa Lembah Kering ini ada adalah 200 mph katabatic bawah angin yang mengwapkan semua kelembaban. Lembah ini adalah satu-satunya bahagian dari benua Antartika tanpa ais. Terletak di Banjaran Trans-Antartika dan berhubungan dengan daerah pegunungan di mana pengwapan lebih penting daripada hujan salji sehingga semua ais menghilang, meninggalkan tanah tandus kering.

7. Marianas Trench (Indonesia and Japan): Titik Terendah di Muka Bumi 35,840 kaki (10,924 m) di bawah permukaan laut

Challenger Deep di Palung Mariana (atau Marianas Trench) adalah titik terdalam di lautan bumi. Dalamnya adalah 10.924 meter (35.840 kaki) di bawah permukaan laut. Satu-satunya orang yang pernah menjelajah kesini adalah Jacques Piccard dan Don Walsh. Mereka mengamati ikan, udang dan makhluk lainnya hidup di bawah dasar laut.

8. Lloro (Colombia): Tempat Terbasah di Muka Bumi

Lloro, Columbia, mendapatkan purata hujan 40 kaki hujan setahun. Masyarakat di sana menghasilkan wang dengan menebang pohon-pohon di hutan terdekat untuk dibakar sewaktu hujan turun. Namun begitu terpat juga pendapat yang mengatakan daerah Cherrapunji, Utara-Timur India dikatakan juga sebagai tempat terbasah selama beberapa tahun. Di Lloro dikatakan sebagai tempat terbasah kerana hujan turun sepanjang tahun, manakala Cherrapunji hujan sekitar musim ‘monsun barat’, atau musim hujannya , antara bulan Jun dan Ogos.

9. Gunung Thor(Canada): Tempat Vertical Tertinggi di Muka Bumi

Gunung Thor, di Auyuittuq Taman Nasional di Pulau Baffin, Nunavut, Kanada, menyediakan tempat vertikal tertinggi iaitu 4.100 kaki. Gunung Thor adalah puncak paling terkenal di Kanada, yang terhasil dari pembentukan batu granit. Merupakan kegemaran para pendaki gunung. Gunung Thor pertama kali di daki pada tahun 1953 oleh pasukan dari Institut Kutub Utara Amerika Utara. Setakat ini terdapat satu kematian pada 2006.

10. Dead Sea (Jordan): Tempat Berelevasi Terendah di Muka Bumi 1,385 ft (422 mt) di bawah permukaan laut

Yang terakhir adalah Laut Mati. Laut ini adalah elevasi terendah di permukaan bumi di tanah kering, garis permukaan dan pantai berjarak 422 meter (1.385 kaki) di bawah permukaan laut. Di perbatasan Jordan dan Israel, jalan di sekitar Laut Mati juga menjadi jalan paling rendah di Bumi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails