Monday, November 4, 2013

Permit ke Sipadan

Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau yang amat cantik dan indah sekali. Ianya telah menjadi sebuah pulau yang menjadi sebutan di serata dunia. Berduyun-duyun penyelam dan pengunjung yang teringin dating ke Pulau Sipadan apabila terbaca akan keindahan dasar lautnya.

Tapi tahukah anda bahawa tidak semua orang boleh datang ke Pulau Sipadan sesuka hati. Unuk ke pulau Sipadan kita memerlukan permit masuk. Pulau ini dijaga oleh perbadanan Taman-taman Sabah. Permit sebanyak RM 40 diperlukan untuk masuk ke sini. Permit ini pula boleh kita perolehi melalui agen-agen Chalet dan resort yang terdapat di Semporna dan Mabul.

Pulau Siapadan hanya mengehadkan  hanya seramai 120 orang pengunjung sahaja sehari. Kebanyakan pengunjung yang ke sini adalah terdiri daripada para penyelam. Permit dikeluarkan kepada beberapa resort dan chalet terpilih dan bukan semua resort yang ada di Pulau Mabul mahupun pekan Semporna yang mempunyai kuota permit untuk ke Sipadan.


Jadi jika anda hendak ke Pulau Sipadan pastikan anda menempah dari resort yang betul dan mempunyai kuota permit untuk ke Sipadan. Bagi resort yang tidak mempunyai permit ke Sipadan selalunya mereka akan membeli kuota permit dari lain-lain resort dan kosnya akan menjadi mahal sedikitlah.

Tapi jangan risau kalau tak boleh ke Sipadan, anda semua masih boleh menyelam di lokasi sekitar Pulau Mabul, Kapalai dan si amil. Lokasi-lokasi ini tidak kurang juga hebatnya dan kaya dengan khazanah lautnya.

Jadi jika anda betul-betul nak merealisasikan impian anda terutamanya untuk menyelam di pulau Sipadan, aku cadangkan anda membuat kajian terlebih dahulu chalet dan resort yang ada permit dan satu lagi yang amat-amat penting anda perlulah menempah awal terutamanya untuk ke Sipadan. Antara resort dan chalet yang mempunyai kuota ke Sipadan ialah Sipadan mabul resort, Borneo Divers, Scuba Junkie, SeaVenture, Billabong Scuba, Uncle Chang, Borneo Backpacker dan beberapa lagi resort.

Ok, selamat menyelam,,,,sekadar berkongsi sedikit maklumat yang perlu bagi peminat sukan menyelam terutamanya ke pulau Sipadan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails