Sekarang nak cite pulak pasal cuti kami yang baru ke Koh Lanta pada 13 - 16 September yang lalu. Sebelum ke sini puas jugak google dlalam Internet nak cari pasal Koh Lanta, tapi kurang info dalam bahasa Melayu pasal pulau ni. Dan sekarang aku cuba berkongsi serba sedikit pengalaman yang kami dapat sewaktu bercuti kesana baru-baru ini.
Seperti biasa sebelum nak ke luar negara pastikan pasport jangan dilupa. Ini mesti menjadi keutamaan. Jangan pulak nanti sampai di pintu sempadan baru teringat pasport lupa nak bawa.
Nak masuk ke Thailand kene isi "white card' ok, Kad ni boleh diisi dimana-mana kedai insuran di sepanjang jalan berhampiran pintu sempadan.
Olehh kerana percutian kami ke Koh Lanta dengan memandu kereta sendiri, maka jangan lupa untuk membawa salinan geran kereta atas nama sendiri. Bawa geran kereta dan ambil insuran Thailand pada kadar RM 15 untuk 9 hari. Kalau nak masuk lama lagi ambillah yang lebih mahal.
Kat atas tu adalah contoh insuran kereta untuk masuk ke Thailand.
Ni pulak pelan perjalanan kami ke Thailand, Jarak dari rumah kami di Bukit Mertajam ke Koh Lanta
sejauh 475 km mengikut kiraan google map.
Untuk membuat trip memandu kereta ini elok kita tahu dan buat kajian sedikit tentang itinery perjalanan kita. barulah percutian itu berjalan lancar dan selamat.
Untuk sampai betul-betul di kawasan percutian di Koh Lanta kita kene menaiki 2 buah feri yang tak berbumbung. Koh Lanta terdiri dari 2 buah pulau iaitu Koh Lanta Noi dan Koh Lanta Yai.
Beginilah keadaan di atas feri ke Koh Lanta. Tiket feri boleh dibeli di pintu masuk jeti ke pulau tersebut.
Inilah antara contoh tiket feri. Untuk tambang feri bagi sebuah kereta dan 2 penumpang ialah sebanyak RM 19.30. Tak mahal mana pun. Jaraknya pun bukan jauh mana. Hanya 20 minit saja naik feri.
Dermaga jeti feri. Macam koboi jer kan..
Sempat selisih feri lagi...Best pengalaman macam ni....Hanya dengan berjalan dan merantau sahaja kita dapat mengecapi pengalaman sebegini.
Ha...dah sampai di hotel penginapan kami di Clean Beach Resort. Kos semalam RM 85, ditempah dengan menggunakan khidmat Agoda.com. Online sahaja. Yang jaga kaunter Muslim Thai..Alhamdulillah jadi breakfast tu taklah ragu-ragu sikit nak makan.
Keadaan bilik, Alhamdulillah selesa dan cantik sangat. Berbaloi-baloi....
Muka depan hotel...Cantik kan...
Sinki dalam bilik air bentuk bunga kemboja. Sebab apa yer...sebabbnya hotel ni penuh dengan pokok kemboja....Memang indah sekali apabila dilihat suasananya waktu pagi.
Siap ada kolam lagi...Lepas letih meronda, terjun tiruk dalam kolamlah....
Petang hari pertama kami berdua berbasikal sekitar Koh Lanta. Oh yer lupa nak bagitau sebenarnya kami bawa sendiri basikal, Cadangnya memang nak berbasikal sekitar Koh Lanta ni.
Tanda my Giant dan Polygon Cleo telah menjejakkan kaki ke Koh Lanta. Kau ada....haha
Lepas puas berkayuh petang tu terjun tiruklah...siap berenang dengan ikan lumba lagi tu....
Ni suasana di restoren hotel tersebut. memang cantik sekali dekorasinya.
Ala-ala suasana dekorasi Bali campur Thai....esokan harinya
Esoknya kami sambung lagi aktiviti berbasikal....kali ni jauh sikit hingga ke pekan Koh Lanta.
Suasana di pekan Koh Lanta....
Masa tengahari makan di restoren masakan Thailand dan Malaysia. Tukang masak dari Muslim Thai dari Satun dan Pattani. Kedai di hadapan stesyen minyak di pekan Koh Lanta.
Dah balik, ni suasana on the way dari simpang luar ke jeti Koh Lanta.
Suasanl hotel kami.Dekorasi yang sungguh indah..
Nikmati sahaja yer....
Selesai sudah entry pasal Koh Lanta......
Nanti kami sambung pula pasal tasik Thale Noi.
Sebuah tasik yang terbesar di Thailand yang dipenuhi bunga Tulip.
18 comments:
Murah ya hotel tu...cantik plak tu..siap ade pool lagi.. x mcm harga bawah rm100..sana senang carik makanan halal ya..?
Makanan halal amat senang dicari sebabnya majoriti islam...
pantainya cantik mcm pntai kat krabj tak saudara?
BAgi saya tak berapa cantik sangat kut kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantaio di Krabi, sana lagi cantik rasanya....
Terima kasih atas catatan saudara..cam menarik plak tmpt ni..kalau bwak anak2 ok x ? baru balik dr krabi..banyak plak pulau yg patut dilawati kat krabi..huhu
kat sini kalau bawak anak-anak mmg sesuai sangat, tempatnya tenang dan damai, mat salleh pun tak ramai
Feri ada standby life jacket tak?
Feri dia ada pukul berapa? And perjalanan lebih kurang berapa jam ye ikut pengalaman tuan?
Feri dia ada pukul berapa? And perjalanan lebih kurang berapa jam ye ikut pengalaman tuan?
boss hotel tu dekat ke jauh dgn pantai?
hotel dekat jer ngan pantai...lintas jalan sahaja...
perjalanan dari bukit kayu hitam ambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam sahaja, dan feri ada sentiasa dari pukul 7 pagi hingga 7 malam kalau tak silap saya.
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Kalau naik flight mcm mana ya? Ada ke transport terus ke koh lanta?
pilih airport krabi atau airport trang. lepas tu naik taxi (tanya harga dulu, mungkin agak mahal) dr airport pergi krabi. naik ferry dari krabi. nak tau lg baca sini, http://www.lanta-islands.com/getting-to-lanta.php
Asalam saudara hotel nk kena book dulu atau blh walk in saje?
Kalu bawa kereta sendri nk ke ko lanta selamat x?
hotel booking dulu lagi bagus, dah confirm tapi kalau nak walk in pun boleh juga, banyak hotel sekitar tepi pantai tu.
Post a Comment