Showing posts with label Info Gunung. Show all posts
Showing posts with label Info Gunung. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Muqarrabin ingin tawan Gunung-gunung Para Nabi


...semasa pelancaran misi Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi...

Selepas kejayaan Expedisi menawan 7 benua, Muqarrabin sekali lagi akan melakukan satu ekspedisi besar yang dikenali sebagai Ekplorasi Gunung-gunung Para Nabi. Misi ini telah di rasmikan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malayisa, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Ogos 2011 di pejabatnya.
.
Misi tersebut akan bermula pada Oktober ini dan akan berakhir pada Mac tahun depan. Kali ini misinya bukanlah melibatkan ketahanan fizikal tetapi lebih kepada pendakian untuk berkongsi kisah para nabi-nabi terdahulu mula mendaki dan mengenal diri, mencari kekuatan spiritual dan mengenal siapa Tuhannya serta membentuk perwatakan diri.
.
Pendakian ini akan melibatkan 7 buah negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Syria, Turki dan Russia. kali ini Muqarrabin akan membawa bersama 2 orang pendaki muda yang akan dipilih dari kalangan remaja yang berumur 17 dan 18 tahun di samping 12 orang kru penggambaran.
.
Dikatakan juga kos ekplorasi ini berjumlah sekitar RM 1.2 juta. Kos ini sebahagiannya melibatkan kos penggambaran pendakian yang akan dijadikan 30 siri penggambaran untuk siaran TV Nasional.
.
Aku memang respect betul dengan si Qabin ni, Kalau tengokkan badan tu, rasa macam tak percaya yang dia telah berjaya menawan gunung-gunung terhebat kat dunia ni. Tapi inilah yang dikatakan nasib badan. Kalau nak pergi naik dengan kos sendiri mintak maaflah memang tak akan mampu punya. tapi Qabin ni, dia telah berjaya mengumpul dana yang banyak untuk projek-projeknya.
.
Apapun Ahmad Muqarrabin, rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kamu, semoga kamu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menamatkan misi kamu dengan jayanya.



Sunday, August 21, 2011

Ekspedisi solo jelajah Antartika

Dipetik dari utusan Online 20/8/2011....
ANTARA pencapaian Muhamad Nur Azrul adalah menakluk Gunung Kalapathar pada Mei 2010.

--------------------------------------------------------------------------------

SELEPAS berjaya mengibarkan 10,000 Jalur Gemilang di lereng Gunung Kalapathar, Banjaran Himalaya, Nepal pada Mei 2010, anak muda yang gigih ini bakal menakluk benua tersejuk di dunia, Antartika pada Disember 2012.
.
Percubaan itu akan dilakukan menerusi projek Ekspedisi Solo Malaysia – Antartika 2012 (ESMA 2012) pada 12 hingga 27 Disember 2012 di South Shetland Islands, Antartika.
.
Harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di benua itu terletak sepenuhnya di bahu Muhamad Nur Azrul Che Zabani, 32, seorang Pegawai Tadbir yang kini bertugas di Majlis Sukan Negara.
.
Menurutnya, tujuan utama ekspedisi itu adalah untuk mengutip derma bagi pesakit jantung terutamanya kanak-kanak.
.
“Hasil sumbangan tajaan sempena projek ini nanti akan diserahkan kepada Institut Jantung Negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada S3.
.
Beliau bersungguh-sungguh ingin menjayakan ekspedisi ini kerana simpati melihat kanak-kanak kecil yang mengalami kompilasi jantung.
.
“Nak menderma pakai duit poket sendiri tak mampu. Dengan menggunakan pengalaman yang luas dalam bidang rekreasi dan dunia pendakian, saya mendapat idea untuk melaksanakan Ekspedisi Solo Malaysia – Antartika 2012 ini.
.
“Hasil daripada tajaan dan sumbangan itu nanti, sebahagiannya saya akan salurkan untuk mereka. Sekurang-kurangnya saya dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka,” tambahnya
.
Dalam ekspedisi Antartika itu, beliau akan membawa dan mengibarkan 5,000 Jalur Gemilang di benua paling selatan itu.
.
Biarpun misi ini dianggap mustahil, namun mesej dan amanah penting yang dibawanya itu diharap dapat membuatkan sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan.
.
“Untuk berada di benua Antartika, ia menuntut saya melakukan persiapan yang rapi dari segi fizikal dan mental, terutamanya apabila ‘bermain’ dengan suhu yang boleh mencecah -40 darjah celsius pada waktu malam dan -10 darjah celsius pada sebelah siang.
.
“Sudah tentu suhu yang ekstrem itu bakal menguji kekuatan mental dan fizikal saya,” ujarnya.
.
Bagi menggalas misi nasional ini beliau akan memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menaungi program tersebut.
.
“Saya akan menggunakan pengalaman sebanyak enam kali menakluk Banjaran Himalaya dan Everest Base Camp sebagai bekalan di Antartika kelak,” katanya.
.
Selain itu, Muhamad Nur Azrul juga akan melakukan kajian ilmiah dan mengumpul data-data saintifik berhubung kesan psikologi, emosi dan ketahanan mental dan fizikal manusia apabila melakukan sesuatu kerja dan aktiviti di dalam suhu ekstrem secara bersendirian dengan menjadikan dirinya sebagai subjek kajian.
.
“Saya akan berada di South Shetland Islands di benua Antartika bagi tujuan tersebut,” ujarnya.
.
Menurutnya, dia juga telah mendapat kelulusan bertulis daripada Agensi yang akan menguruskan beliau di Antartika kelak.
.
Pada perkembangan yang sama, Muhamad Nur Azrul berkata, projek ESMA 2012 ini memerlukan bantuan kewangan sejumlah RM395,000 daripada pihak korporat, swasta mahupun individu.
.
“Saya memohon kepada semua warga korporat dan swasta untuk bersama-sama saya menderma kepada mereka yang memerlukan di IJN,” katanya mengharap.
.
Untuk pertanyaan, bolehlah hubungi beliau di talian 019-3784644.
.

Friday, August 19, 2011

Log Gunung Tahan,

Log ini merupakan XPDC grup aku pada bulan Mac yang lalu. Grup kami seramai 19 orang dan ditambah dengan grup dari Orang Hutan Malaya seramai 6 orang. Trek bermula dari Kuala Juram.
Untuk ke starting trek di Kuala Juram, kami terpaksa menaiki four wheel yang memakan masa lebih kurang 45 minit. Pergerakan dengan four wheel takder masalah sangat kerana Pejabat Perhilitan Pahang meneyediakan jalan tar yang berturap hingga ke Kem Sungai Relau.
Perjalanan kami hari pertama memang begitu mencabar sekali kerana terpaksa melalui beberapa anak sungai yang begitu luas jugalah. Memang takder peluang langsung tak nak basah; Semua orang memang terpaksa redah air sungai sampai ke paras lutut.Di kem yang pertama pada hari pertama. Kem Kor. Hari pertama boleh dikatakan ok sebab trek landai, dengan sedikit mendaki. Kem pertama juga bersebelahan dengan anak sungai, jadi takder masalah air langsung.Berhenti rehat makan tengahari dalam suasana baru lepas hujan di hari yang kedua. Hari kedua trek agak mendaki. Memang penat jugalah kepala lutut ni.Hari kedua kami tido pulak di Kem Kubang. Kem ni perit sikit kerana punca air jauh sangat. Terpaksa menapak lebih kurang 500 m untuk sampai ke punca air. Kem Kubang seperti namanya, memang berkubang teruk hari tu. Terpaksa buat kerja lebih sikit untuk bagi selesa kami punya fly.Bergambar kenangan di hari ketiga pendakian. Hari ni bersemangat semuanya kerana akan mendaki terus ke puncak. Menurut guide, jarang ada pendaki yang tido di puncak. Tetapi perancangan kami hari itu ialah untuk tido di puncak. Macam manalah suasananya yer.
Sebelum sampai ke puncak, di Kem Botak, Masa ni kabus menyelibungi langit, terasa sejuk sekali.
Kelihatan puncak Gunung Tahan di belakang aku. Semanagat makin membara untuk ke puncak.
Pandangan dari jarak 1 km sebelum sampai puncak. Kelihatan beberapa ahli grup aku sedang bertungkus lumus mengerah keringat untuk sampai ke puncak.
Akhirbya puncak berjaya kami tawan. Terasa kepuasan di wajah setiap peserta. Apa tidaknya 3 hari mengerah keringat untuk sampi ke puncak. Dahlah beg yang di bawa begitu berat.Gambar kenangan sebelum start turun dari puncak. Antara ahli grup yang membawa beg Karrimor kecuali sorang tu saja yang dok menyibuk kat tepi sekali...Entah nama entah.....
Pemandangan ketika perjalanan turun hari yang keempat. Sungguh indah alam ciptaan Tuhan. terasa sayang sekali untuk meninggalkan puncak Gunung Tahan. Mungkin suatu masa nanti akan sampai lagi ke sini.Antara pendaki tahap tegar, sentiasa di hadapan sepanjang masa. Boss Husaini begitu mantap sekali, tido di puncak pakai T-Shirt sahaja. Sapa boleh lawan.......
Misi tamat, semua berjaya samapai kembali di Kem Sungai Relau. Bergambar kenangan sementara menunggu four wheel Jabatan Perhilitan.

Tuesday, April 27, 2010

12 gunung tertinggi di MALAYSIA


GUNUNG KINABALU 4,095 m 13,435 kaki SABAH

GUNUNG TRUSMADI 2,645 m 8,669 kaki SABAH

GUNUNG TAMBUYUKON 2,579 m 8,462 kaki SABAH

GUNUNG MURUD 2,422 m 7,946 kaki SARAWAK

GUNUNG MULU 2, 376 m 7,795 kaki SARAWAK

GUNUNG TAHAN 2,191 m 7,186 kaki PAHANG

GUNUNG KORBU 2,182 m 7,162 kaki PERAK

GUNUNG YONG BELAR 2,181 m 7,156 kaki PERAK

GUNUNG CHAMAH 2,171 m 7, 123 kaki KELANTAN

GUNUNG YONG YAP 2,166 m 7,113 kaki PERAK

GUNUNG ULU SEPAT 2,161 m 7,091 kaki PERAK


12 gunung tertinggi di DUNIA

GUNUNG EVEREST 29,035 ft / 8,850 m NEPAL

GUNUNG K2 28,250 ft / 8,611 m PAKISTAN

GUNUNG KAMGCHENJUNGA 28,169 ft / 8,586 m NEPAL

GUNUNG LHOTSE 27,940 ft / 8,516 m NEPAL

GUNUNG MAKALU 27,766 ft / 8,463 m NEPAL

GUNUNG CHO OYU 26,906 ft / 8,201 m NEPAL

GUNUNG DHAULAGIRI 26,795 ft / 8,167 m NEPAL

GUNUNG MANASLU 26,781 ft / 8,163 m NEPAL

GUNUNG NANGA PARBAT 26,660 ft / 8,125 m PAKISTAN

GUNUNG ANNAPURA 26,875 ft / 8,091 m NEPAL

GUNUNG GASHERBRUMI 26,470 ft / 8,068 m PAKISTAN

GUNUNG PUNCAK BROAD 26,400 ft / 8,047 m PAKISTAN

Sunday, April 25, 2010

Gunung tersingkat untuk didaki

Tahukah anda gunung yang paling singkat dan paling mudah didaki gunung apa??
Yaa Betoii!!! Gunung Perdah....... Pastu bonus tambah satu gunung lagi iaitu Gunung Jasar.

Kat mana letaknya gunung ni....... Mana lagi kalau bukan kat kawasan pelancongan tanah tinggi yang cukup terkenal kat negara kita ni iaitu Cameron Highlands.
Korang tengok gambar atas ni, tu kami snap masa atas puncak Perdah. Ketinggian gunung ni ialah 1529 meter. Masa pendakian ialah hanya selama 10 minit sahaja. Tak percaya ka..... Betoiii wa tak tipu punya. 10 minit tu korang kena naik ikut perkampungan orang asli Kuala Rui, berdekatan dengan Tanah Rata tu. Bila sampai ke kampung orang asli tu tanya la orang asli yg ramai kat situ mana satu puncak Perdah, nanti dia orang akan tunjuk, tuuuu belakang rumah kami tu. hehe.
Bila dah sampai puncak Perdah kita akan nampak Puncak Gunung Jasar pulak kat belakang kita sahaja. Tapi untuk kesana kita kene menuruni puncak Perdah dulu menggunakan trek yang sedia ada, pastu baru start naik balik ke Gunung Jasar. Trek ke Gunung Jasar cukup cantik, kiranya lebih kurang trek ke Gunung Irau juga iaitu penuh dengan hutan berlumut. Tak caya tengok gambar kat atas tu. Puncak Jasar pula berketinggian 1696 meter. Masa diambil dari Gunung Perdah ke Ke Gunung Jasar pula lebih kurang 1 jam setengah.

Puncak Gunung Jasar mempunyai kawasan yang cukup luas untuk di pasang khemah. Rasanya kat sini boleh memuatkan lebih kurang 20 ke 30 orang. Kalau kita menggunakan laluan dari Gunung Perdah terdapat 2 laluan yang boleh digunakan untuk ke Gunung Jasar. Samada menggunakan trek didalam hutan atau menggunakan laluan balak betul-betul di bawah kabel elektrik. Jadi selamat bercuti kesana.

Saturday, December 13, 2008

Senarai Ketinggian Gunung



Gunung/Ukuran dalam kaki

1. Gunung Kinabalu 13,455 Sabah
2. Gunung Trusmadi 8,669 Sabah
3. Gunung Tambuyukon 8,462 Sabah
4. Gunung Murud 7,946 Sarawak
5. Gunung Mulu 7,795 Sarawak
6. Gunung Tahan 7,182 Taman Negara Pahang
7. Gunung Korbu 7,162 Ipoh Perak
8. Gunung Yong Belar 7,156 Perak
9. Gunung Gayong 7,129 Perak
10. Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak - Kelantan
11. Gunung Yong Yap 7,110 Perak
12. Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089 Perak
13. Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kuala Woh, Perak
14. Gunung Tama Abu 6,930 Sarawak
15. Gunung Irau 6,924 Pahang
16. Gunung Benum 6,914 Jerantut Pahang
17. Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak
18. Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan
19. Gunung Berembun 6,817 Perak
20. Gunung Berinchang 6,664 Pahang
21. Gunung Tangga 6,609 Pahang
22. Gunung Swettenham 6,434 Perak
23. Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim Perak
24. Gunung Siku 6,284 Cameron Highland Pahang
25. Gunung Noring 6,197 Perak
26. Gunung Bintang 6,110 Sempadan Perak - Kedah
27. Gunung Noring East 6,106 Kelantan
28. Gunung Beremban 6,041 Pahang
29. Gunung Basor 6,038 Kelantan
30. Gunung Semangkuk 5,984 Selangor
31. Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru Selangor
32. Gunung Bujang 5,812 Pahang
33. Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak
34. Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta) Perak
35. Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland Pahang
36. Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu Selangor
37. Gunung Bubu(Manong) 5,437 Perak
38. Gunung Bah Gading 5,318 Perak
39. Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland Pahang
40. Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172 Perak
41. Gunung Rabong 5,047 Gua Musang Kelantan
42. Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030 Perak
43. Gunung Lebah 4,992 Perak
44. Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang
45. Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat Selangor
46. Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland Pahang
47. Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat Selangor
48. Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan
49.Pine Hill Tree(Frasers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang
50.Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping Perak
51. Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang
52. Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland Pahang
53. Gunung Stong 4,664 Kuala Krai Kelantan
54. Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput Perak
55. Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang
56. Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara Pahang
57. Gunung Gagau 4,513 Tasik Kenyir
58. Gunung Ulu Bakau 4,421 Selangor
59. Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering Perak
60. Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh Perak
61. Gunung Padang 4,314 Terengganu
62. Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu Kelantan
63. Gunung Perdis 4,195 Taman Negara Pahang
64. Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Johor
65. Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland Pahang
66. Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah
67.Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau Perak
68. Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda Kedah
69. Gunung Gajah Terom 3,958 Terengganu
70. Gunung Bokbak 3,934 Perak
71. Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang N. Sembilan
72. Gunung Irong 3,908 Pahang
73. Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712 Pahang
74. Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling Kedah
75. Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub) Pahang
76. Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang
77. Gunung Serudum 3,462 Pancing/Kuantan Pahang
78. Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul Pahang
79. Gunung Besar 3,398 Johor
80. Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang Johor
81. Gunung Bekok 3,126 Johor
82. Gunung Datok 2,900 Rembau N. Sembilan
83. Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi Kedah
84. Gunung Perak 2,836 Kedah
85. Western Hill(Penang Hill) 2,723 Pulau Pinang
86. Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah N. Sembilan
87. Gunung Tampin 2,507 Tampin N. Sembilan
88. Gunung Pulai(Pulai) 2,147 Johor
89. Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka Pahang
90. Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi/ Johor

Thursday, December 11, 2008

Gunung Perdah & Jasar (1529m & 1696m)



Gunung Perdah dan Gunung Jasar merupakan 2 gunung yang dihubungkan oleh satu permatang. Puncak gunung ini menjadi sempadan anatar 2 negeri iaitu Perak dan Pahang di Cameron Higland. Untuk sampai kesini juga cukup mudah. Anda hanya perlu berkereta ke kawasan perkampungan orang asli Kuala Rui.

Trip aku kali ini merupakan satu trip yang tidak dirancang. Pada mulanya kami memang ada satu program pelajar di Cameron Highland. Jadi dikesempoatan ini aku gunakan alang-alang dah sampai kat Cameron ni rugi kalau tak try mana-mana gunung yang ada kat sini. Sebenarnya aku bersama 4 lagi rakanku bergerak awal ke Cameron. Rancangan awalnya nak survey tempat untuk pelajar tinggallah kononnya. Tetapi planning awal kami nak berbasikal sekitar kawasan Cameron Highland ni. Memang penat jugak berbasikal sekitar kawasan Cameron ni, maklumlah berbukit bukau.

Keesokannya awal-awal lagi aku bersama empat lagi rakan ku bergerak ke kawasan kampung orang asli Kuala Rui. Pendakian pertama ke puncak Perdah. Setelah mendaki lebih kurang 10 minit aku terkejut bila sampai ke puncaknya. Hampir tidak percaya betulke kami dah sampai puncak ni. Setelah diamati memang betullah ini puncak Gunung Perdah. Dikejauhan boleh nampak puncak Gunung Jasar. Setelah berehat lebih kurang 5 minit kami teruskan pendakian ke puncak Jasar pula. Laluan ke Gunung Jasar tidaklah susah sangat. Ikut sahaja denai yang telah tersedia. Perjalanan pula ambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari puncak Perdah.

Kepuasan terasa bila hari itu kami berjaya menawan kedua-dua puncak dalam masa yang singkat dan yang paling manis kejayaan ini dicapai hasil dari menyelit dicelah-celah program yang lain. Terima kasih diucapkan juga kepada rakan-rakan yang lain kerana memahami minatku ini dan sanggup menjaga anak didik kita yang lain sementara aku menawan kedua-dua puncak ini.

Gunung Irau, Cam. Higlands (2110 m)



Trip ini diadakan pada 18 Mei 2008 yang lalu. Trip yang boleh dikatakan santailah jugak. Disertai oleh lebih kurang 16 orang. Tidak perlu pakai guide kerana ada kalangan kami yg pernah naik sebelum ini dan daripada kajian aku sebelum ni laluan ke Puncak Gunung Irau amat senang untuk dikesan. Ini adalah kerana Gunung Irau menjadi satu trek yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dan pendaki kerana masa yang singkat untuk sampai ke puncak.

Untuk ke Puncak Gunung Irau kita perlulah terlebih dahulu berkereta untuk naik ke starting pointnya. Ini kerana starting point Gunung Irau terletak di puncak Gunung Brinchang. Setelah menempuh laluan berliku berkereta ke puncak Brinchang, kita boleh menyimpan kereta di kawasan lapang pintu masuk ke Gunung Irau. Apabiula masuk sahaja ke kawasan Gunung Irau kita akan disajikan dengan satu pemandangan indah hutan berlumut dikiri dan kanan trek. Sebab itulah Gunung Irau dikenali sebagai 'Mossy Forest'.

Trek Gunung Irau amat berlecak dan berselut. Tidak sah rasanya kalau mendaki Gunung Irau pakaian kita tidak dicemari selut. Ini kerana treknya amat lembut sekali. Semakin tinggi kita mendaki semakin indah panorama yang dapat dilihat.

Pendakian selama lebih kurang 3 jam setengah kita akan sampai ke puncak Gunung Irau. Sepanjang laluan tiada langsung sumber air. Jadi bagi mereka yang hendak bermalam di puncak Gunung Irau dinasihatkan membawa bekalan air secukupnya ke puncak. Puncak Gunung Irau boleh dikatakan agak luas dan boleh menampung lebih kurang 20 ke 30 orang. Kalau hendak bermalam pastikan juga kita membawa pakaian sejuk yang tebal. Ini kerana puncak Irau memang cukup sejuk dan dingin. Satu panorama indah Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland dapat kita saksikan melalui puncak Irau ini.

Untuk turun pula masa yang diambil lebih kurang 2 ke 2 jam setengah sahaja. Masa yg singkat inilah yang menjadi kegemaran pendaki gunung jika berkunjung ke Cameron Higlands, pasti sesekali akan teringin untuk mendaki sekali lagi ke puncaknya.

Gunung Yong Belar (2181 m)



Trip ni penuh mendebarkan. Apa tidaknya sekejap jadi, sekejap tak jadi, pas tu jadi balik. Trip ni sebenarnya dirancang lebih kurang 2 bulan lamanya. Pada mulanya tarikh terpaksa ditunda dan kami mendapat tarikh baru iaitu 30 Nov hingga 1 Dis 2008. Member2 kata masa tu time hujan, tapi lantaklah gian nak naik Gunung punya pasal pi jugaklah.

Apabila dapat tarikh cantik aku roger Guide dari SOS En. Sahlan. Ok dia pun ON jugak tapi katanya rakan lain yang akan bawa naik. takpalah asal ada guide. Punyalah lama buat persediaan, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba juga. Maghrib 29 Nov sms kuterima dari Lan katanya emak kepada guide yang nak bawa kami jatuh sakit dan terpaksa masuk ICU. Jadi guide tersebut terpaksa pulang ke kampungnya di Johor. Alamak, rasa frust giler masa tu. Apa tidaknya barang-barang semua dah beli dan kelengkapan semua dah ready...cuma tunggu masa jer.

Aku tak bagitau rakan-rakan lain lagi, biarlah dulu sebab Lan janji akan try contact membernya yang lain dulu dan janji akan telefon kemudian. kami seramai 8 orang berjanji berkumpul di Office aku jam 8 malam. Bila semua sampai aku pun bagitaulah dia orang akan masalah yg sedang dihadapi....jelas terpancar sedikit kekecewaan di wajah masing-masing. Akhirnya kami buat keputusan akan bergerak juga ke cameron tak kira ada guide atau tidak dan perancangan tentatif nak naik Gunung Swettenhem dan bersiar di Cameron sahaja. jam 9 malam kami bergerak ke cameron dan sampai jam 1.30 pagi di surau Kg. Raja.

Nasib kami baik malam tu sebab masa berkemas barang untuk tidur di surau Kg. raja terdapat satu kumpulan dari UTM Skudai yg baru turun dari Yong Belar. Diringkaskan cerita kami dapat guide dari grup dia orang tu dan setuju untuk bawa kami naik Gunung Yong Belar. Malam tu aku tidur dgn puas sebab dapat jugak naik Gunung Yong Belar.

30 hb Nov 2008. Aku mula dengan menaiki 4x4 sewa dgn kadar RM 20 pergi balik dari Surau Kg. raja ke Dam tempat mula trek ke Gunung Yong Belar. Cuaca pagi tu memang cukup cantik. Kami mula treking jam 10 pagi dan sampai di Pintu Rima jam 11 pagi. Rest kejap dan mula treking ke Kem Tudung Periuk selama 2 jam. Makan tgh kat situ. Jam 1.30 mula k\gerak ke Kem Kasut pulak. Masa ni hujan mulai turun. Sejuk giler. Hujan yg turun menambahkan lagi teruknya trek kami yang memang dah berselut. Banyak kali jugaklah aku terjatuh. Kami tiba di kem Kasut jam 4.30 petang. Hajat hati memang nak pasang khemah dan terus ke puncak tapi disebabkan masing-masing dah kesejukan semua ambil keputusan esok sahajalah kita naik ke puncak. Bukan apa kalau naik puncak terus pun bukannya dapat tgk view sebab kabus penuh menutupi view di puncak.

Malam tu kami tider dgn puasnya. Jam 9.00 lagi semuanya dah lena. Makan malam yang dimasak pun tak der selera nak makan sebab masing2 kesejukan. Keesokan harinya jam 8.00 pagi setelah kemas semua backpack dan flysheet kami terus ke puncak dan best dapat tgk view puncak Korbu dari puncak Yong Belar. Mengikut guide kami iaitu Adi banyak puncak lagi dapat dilihat sebenarnya tapi ditutupi oleh kabus.

Setelah ambil gamnbar sebagai kenangan lebih kurang, kami pun terus terun ke Kem Kasut balik. Perjalanan ke puncak 1 jam sahaja. Turun pulak dalam 45 minit. Ambil barang terus shoot ke Kem Tudung Periuk dan ambil masa 2 jam, save 1 jam masa naik kemarin. Rest 10 minit shoot terus ke Pintu Rimba lebih kurang 1 jam setengah dan sampai balik ke Dam setengah jam kemudian. Secara keseluruhannya Trip kami kali ini dikatakan paling berjaya walaupun penuh rintangan pada mulanya.

Mungkin pada lain masa aku akan kembali lagi kesini dan pada kali ini mungkin bukan pada waktu musim hujan. Thank pada semua rakan yang sama-sama bersusah payah mendaki bersama. Aku, Abdillah, Ust din, Fauzi, Azwan, Mina, Fadhillah dan Salahudin. tak dilupakan Adi guide kami yang masih lagi menuntut di UIA dalam jurusan Perbandingan Agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails