Showing posts with label Percutian Dalam Negara. Show all posts
Showing posts with label Percutian Dalam Negara. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Tran Siberia Express

Trans Siberia Express
Pernah dengar tak tentang keretapi Trans Siberian ni, Untuk pengetahuan korang ini adalah satu train yang cukup terkenal di kalangan backpacker seluruh dunia. Kebanyakan pengembara mempunyai satu cita-cita dan angan-angan untuk menaiki train ini.

Train ini mempunyai 3 laluan yang sebenarnya.

-          Trans Siberian - Laluan Moscow – Vladivostok (Trans Siberian yang sebenar)

№ 2
Moscow - Vladivostok
№ 1
Vladivostok - Moscow
Departure Moscow:
23:45
Departure Vladivostok:
15:30
Arrival Vladivostok:
23:17
Arrival Moscow:
17:43
Trip Duration:
5d 23:32
Trip Duration:
6d 02:13
                              - Trans Mongolia - Laluan Moscow – Beijing (memaluio Negara Mongolia)

№ 4
Moscow - Beijing (China)
№ 3
Beijing (China) - Moscow
Departure Moscow:
21:35
Departure Beijing (China):
07:47
Arrival Beijing (China):
14:04
Arrival Moscow:
13:58
Trip Duration:
5d 16:29
Trip Duration:
5d 06:11

- Trans Manchurian  -  Laluan Moscow – Beijing (lebih panjang dari Trans Mongolia.

№ 20
Moscow - Beijing (China)
№ 19
Beijing (China) - Moscow
Departure Moscow:
23:55
Departure Beijing (China):
23:00
Arrival Beijing (China):
05:46
Arrival Moscow:
17:58
Trip Duration:
6d 05:51
Trip Duration:
5d 18:58


Perjalanannya pula memakan masa yang panjang iaitu lebih kurang 6 hari 5 malam. Kosnya pula juga begitu tinggi dan berlainan harga bergantung kepada laluan mana yang kita guna. Untuk panduan boleh klik saja katsini:-.
Terdapat 3 pilihan tempat dalam train ini.

i)                    Kabin 1 st 2 tempat tidur (kabin ini khas untuk mereka yang banyak duit dan tidak mementingkan kos sangat semasa perjalanan mereka).
ii)                  Kabin 2 nd class dengan 4 tempat tidur (kebanyakan pengembara memilih kabin ini)
iii)                Kabin 2 nd class dengan 6 tempat tidur.
Untuk merealisasikan impian menaiki Tran Siberia ini korang terlebih dahulu kene ambik Visa untuk Negara Russia dan Negara China. Negara Mongolia, bagi kita rakyat Malaysia tak perlu pakai Visa.

Bagi Negara Russia, untuk mendapatkan Visa, korang terlebih dahulu perlu mendapatkan “Visa Invitation” dari sapa-sapa kat Russia sana, barulah kedutaan Russi akan proses Visa tersebut. Nampak susah sikitlah kalau kita nak pergi melancong ke sana, mana kita ada kawan kat sana. Cara paling mudah untuk dapat Invitation Visa ini ialah dengan membelinya dengan harga 18 USD dengan salah sebuah syarikat pelancongan di sana. Try klik sini. 
Apa nak buat atas train tu lama-lama berhari-hari pulak tu....

Hehe... sebenarnya inilah yang dimahukan oleh setiap pengembara, walaupun jarak masa yang lama, tapi kepuasan menikmati suasana pemandangan dan keindahan alam sepanjang perjalanan tersebut. Lama pun tak kisah...

Tuesday, August 7, 2012

Penginapan Murah bagi Kakitangan Kerajaan

Sebenarnya bagi kakitangan kerajaan terdapat satu keistimewaan yang mana apabila kita bercuti kita akan mendapat satu keistimewaan iaitu kadar penginapan yang murah. Rasanya tidak ramai yang tahu akan keistimewaan ini. Kadar penginapan yang murah itu adalah serendah RM 25 untuk bilik standard. Harga ini memang amat berbaloi sekali. Bagi penginapan sebuah apartment 3 bilik pula kadar penginapan termurah adalah serendah RM 50.00. Namun begitu kadar penginapan ini berbeza antara sesuatu tempat dan juga jenis penginapan.
.
Antara rumah penginapan yang terdapat di negara kita ini adalah seperti di bawah:-
.
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) terletak di 7 lokasi iaitu :

Rumah Penginapan Persekutuan (RP) pula terletak di 8 lokasi iaitu :  

Rumah Transit 1 lokasi iaitu :

.
Untuk menempah rumah penginapan ini, kakitangan kerajaan boleh terus memaut link di sini. Ikutilah setiap langkah yang diberikan.
.
Tapi perlu diingat rumah peranginan dan penginapan ini seperti goreng pisang panas, sentiasa penuh dan kita perlu menempah dalam satu jangka waktu yang lama sebelum tarikh sebenar.
.
Ok, selamat melancong semua.....

Wednesday, December 28, 2011

Kampung Morten, Melaka

Ok, Kampung Morten, korang pernah dengar ke tak tempat ni. Kalau biasa pergi melancong ke Melaka pasti pernah tahu pasal tempat ni. Sebenarnya ni adalah sebuah perkampungan yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka dari segi menjaga keindahannya.
Kat mana tempat ni...sebenarnya aku pun berpeluh jugak nak cari tempat ni, nasib baik ada GPS. Kalau naik River Cruise kampung ni dapat dilihat di sebelah sungai tu saja. Kita akan disajikan dengan pemandangan indah kampung ni. Kalau naik River Cruise sebelah malam lagi best, pemandangan indah dengan cahaya lampu akan jelas dapat di lihat.
Teruja dengan keindahan kampung ni masa naik River Cruise memaksa aku dan isteri berusaha untuk mencari arah ke kampung melalui jalan darat. Setelah puas mencari dapat gak jumpa.
Rumah yg kat atas ni adalah rumah terindah kalau tak salah aku. Tuan rumah ni bina rumah tradisional mini pulak kat depan rumah dia. Memang cantik sangat.
Lihatlah kami rasa tak puas bergambar dihadapan rumah ni. Memang cantik....
Kalau korang nak pergi kat sini gak, elok pergi sebelah petang nak ke malam sikit, sebabnya kalau sebelah malam kita akan dapat lihat limpahan cahaya lampu menyinari bumbung setiap rumah. Katanya lampu-lampu ini dibiayai oleh kerajaan negeri.
Sepanjang laluan sungai kat kampung Morten ni ada susur pejalan kaki dan juga bangku-bangku batu. Maknanya kita boleh jalan-jalan kat sini sambil lepak-lepak menikmati keindahan kampung ni.
Sebagai panduan kalau nak ke kampung ni dengan kereta, korang cari panduan ke Taman Herba. kemudian lintas sungai menggunakan jejambat yang banyak ada sepanjang sungai tu. Kalau nak terus berkereta ke kampung tu cari jer signboard ke Kg Morten. Selamat melancong............

Sunday, August 21, 2011

Tempat Percutian menarik di Terengganu

Just nak share satu laman blog berkenaan tempat menarik di negeri Terengganu. Aku rasa blog ni memang related sekali dengan blog aku jadi aku kongsi-kongsikan dengan pembaca semua.
.
Jadi lepas ni kalau korang nak pergi bercuti ke Terengganu mailah jenguk blog ni. Aku tengok banyak tempat-tempat menarik di Terengganu yang dipaparkan di sini..
.
Korang petik jer sini ok.
.

Wednesday, August 17, 2011

Penginapan murah, hotel bajet, Cameron Highlands

Ramai di kalangan kita akan cuba mencari hotel atau bilik yang murah apabila bercuti. Seringkali juga kadangkala disebabkan ketiadaan bilik yang kosong menyebabkan kita hampa dan terpaksa pulang begitu sahaja dan tidak dapat pergi bercuti.
.
Pada waktu ini percutian tanah tinggi seperti di Cameron Highland seringkali menjadi pilihan disebabkan tempatnya yang sejuk dan selesa. Namun begitu di musim-musim cuti hari minggu dan cuti persekolahan, kebanyakan hotel di sini fully booked. Jadi seringkali kita hampa untuk mendapatkan bilik yang kosong. Lebih hampa lagi apabila kita menyangka dapat mencari hotel apabila sampai di sana tetapi disebabkan tidak booking awal maka tiada bilik untuk kita tido malam itu dan terpaksa pulang awal dari bercuti.
.
Satu tips aku nak kongsi kat sini dengan pembaca semua jika merancang bercuti di Cameron Highlands. Tips ini hanya sesuai untuk mereka yang berjiwa adventure sikit dan sukakan kelainan. Sebenarnya kita boleh berkhemah di satu kawasan di kaki Gunung Irau atau puncak Gunung Berinchang. Namun kita perlu berkereta terlebih dahulu untuk ke puncak ini. Perjalanan dengan kereta hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit menghala ke puncak Berinchang melalui ladang teh. Jika anda perasan kalau kita dari pekan Berinchang menghala ke Kampung Raja terdapat satu papan tanda di sebelah kiri yang bertulis "Mossy Forest Gunung Berinchang". Ikut sahaja laluan tersebut dan ia akan terus membawa anda ke puncak ini.
Perlu diingat jika anda hendak berkereta ke sini pastikan kereta anda merupakan kereta yang sesuai untuk mendaki bukit. Kereta Wira pun dah boleh naik, cuma pastikan enjinnya kuat.
Jika anda merancang berkhemah di sini cuma pastikan anda membawa khemah, stok air yang secukupnya kerana tiada tandas atau bekalan air, baju tebal kerana cuaca sini memang terlalu sejuk, lampu untuk khemah anda dan juga makanan untuk di masak sendiri kerana kat atas ni tiada kedai.
.
Kelebihan berkhemah kat atas ni ialah satunya ia percuma tak payah bayar sewa atau minta kebenaran ngan sapa-sapa, satu lagi kita dapat melihat suasana matahari terbit kat atas puncak gunung. Jika kita nak ajar anak kita berdikari, memang sesuai sangatlah kat sini. Saya sendiri pun sudah 2 kali berkhemah kat sini hanya berdua dengan isteri saya. Setiap kali kami berkhemah di sini tak pernah lagi hanya kami berdua sahaja yang ada, pasti ada orang lain sama yang turut berkhemah sama.
.
Kekurangan cuma kat sini tiada tandas atau bekalan air paip. Semuanya perlu di bawa dari bawah.Kedai-kedai pun tiada. Kalau tak cukup stok kene turun bawah balik.
Jadi apapun perancangan percutian anda pastikan ianya membawa sesuatu kelainan kepada keluarga anda. Kalau selalu dok tido hotel pun boring jugak kan. Tips ini memang cukup sesuai bagi mereka yang bajet dalam bercuti.

Saturday, August 13, 2011

Panduan Bercuti ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian antara beberapa buah pulau yang terdapat di negeri Terengganu. Terletak lebih kurang 21 km dari pinggir pantai Terengganu dan terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Juga persinggahan para nelayan dan burung-burung yang berhijrah juga percutian para pelancong luar negara.
Untuk ke Pulau Perhentian ini kita perlu menaiki bot daripada Jeti Kuala Besut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menggunakan bot laju. Harga tambang bot pula sekitar RM 70 untuk perjalanan pergi dan balik. Bagi pelancong yang menggunakan kapal terbang turun sahaja di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Selepas itu menaiki teksi atau bas ke jeti Kuala Besut ini. Jika menggunakan perkhidmatan bas, terdapat bas terus dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut ini. Seterusnya untuk perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian, bolehlah terus ke kaunter tempahan tiket bot di hadapan jeti. Para pelancong dikehendaki membayar levi Taman Laut sebanyak RM 5 di sini.
Untuk kemudahan tempat penginapan, banyak terdapat tempat yang boleh dijadikan pilihan, paling senang bertanyalah di kaunter-kaunter pelancongan yang banyak terdapat sekitar jeti Kuala Besut ini. Namun begitu jika kunjungan saudara dan saudari ialah pada musim cuti atau hujung minggu seelok-eloknya adalah membuat panggilan dan tempahan terlebih dahulu dengan resort dan chalet yang terdapat disini. Klik sahaja carian dekat Pakcik Google tentang "Senarai Chalet di pulau Perhentian" pasti dia sedia membantu.
Antara aktiivti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian ialah bercuti rehat minda, treking, snorkeling, menyelam, "island hoping' dan macam-macam lagi. Kebanyakan pakej yang ditawarkan oleh chalet dan resort disini adalah sekitar RM 300 untuk pakej 3 hari 2 malam dan RM 200 untuk pakej 2 hari 1 malam.namun begitu terdapat juga chalet yang lebih mahal dari ini, bergantung pada masa dan tempat yang kita pilih.pakej ini selalunya merangkumi pengangkutan bot pergi dan balik, makan dan minum sepanjang aktiviti, penginapan dan satu trip snorkeling dengan menggunakan bot di sekitar Pulau Perhentian. Jika kita ingin bergerak ke sesuatu lokasi di pulau ini bolehlah menggunakan apa yang dipanggil teksi air iaitu sebuah bot kecil yang boleh memuatkan sekitar 4 hingga 5 orang.Bayarannya pula sekitar RM 10 hingga RM 30 bergantung pada lokasi yang ingin di tuju.
Maklumat lanjut dan terperinci saudara dan saudari bolehlah menghubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian 09-6221433/1893.
Satu tips menarik untuk melihat keindahan matahari terbenam ialah dari tempat yang bernama View Island Resort.
Harap catatan ini membantu sesiapa yang ingin merancang percutian ke Pulau Perhentian ini.


Wednesday, August 10, 2011

Advanced Open Water


Terlebih dahulu, I'mmmmmmm back.....
Kali ni nak kongsi story sikit pasal aktiviti Selam Skuba yang aku telah buat pada bulan Mei yang lalu. Kalau dulu masa ambil Kursus Skuba "Open Water", aku buat dengan Ijam, bekas Vokalis kumpulan Medicine, kali ini jugak begitu istimewa kerana aku buat pulak dengan bekas kumpulan Medicine iaitu Abang Mie ataupun Abg suhaimi.
Dan paling istimewanya pulak kami punya Dive Master masa tu adalah Raja Farah, alah pelakon tu lah. Kali ni aku sambung aku punya lesen ke tahap kedua yang di panggil "Advanced Open Water". Kursus ni di buat di Pulau Perhentian iaitu di pantai Teluk Dalam. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Bagi rakan-rakan yang nak buat lesen jugak aku syorkan datanglah ke Pulau Perhentian ni, memang puas hatilah. Disamping tempat yang menarik dan cantik, memang amat sesuai sekali untuk percutian keluarga. pantai Teluk Dalam ni mempunyai persisiran pantai yang cukup indah sekali. Di samping itu kawasan pantai di sini aku katakan sesuai untuk percutian keluarga kerana jauh dari pemandangan mat dan minah salleh dok berjemur. Kat sini kurang pelancong Luar Negara kerana pelancong luar negara lebih suka berada di "Long Beach"
Pakej yang ditawarkan juga tidaklah mahal mana dan memang berpatutan sekali. Pakej yang kami ambil kat sini ialah RM 300 sahaja untuk 3 hari 2 malam. pakej ni dah cover makan minum, penginapan, tambang bot pergi balik dan juga aktiviti snorkeling ngan bot di beberapa kawasan di Pulau Perhentian ni. tapi kalau korang nak murah sikit ambik jer pakej 2 hari 1 malam dengan harganya RM 200.
Namun begitu kalau nak ambik lesen Skuba, untuk Open water harga pakej kat sini lebih kurang RM 1200 sekali ngan makan minum dan semua sekalilah.
Bulan September ni aku akan datang sekali lagi kesini untuk menyambung pengajianku iaitu selepas Advanced Open Water aku nak ambik pulak Rescue Diver.

Harap kesihatan aku baiklah sehingga sampai saat itu....
Ok Cau dulu, enjoy tengok serba sikit gambar yang aku post kat sini.

Monday, March 7, 2011

Pulau Jerjak Jejak Warisan Sejarah


Pulau Jerjak sebuah pulau kecil yang terletak di selatan Pulau Pinang. Ramai di kalangan kita dahulunya mengenali Pulau jerjak sebagai sebuah pulau tempat tinggalan ataupun kuarantin bagi pesakit Kusta. Pulau Jerjak mempunyai keluasan seluas 362 hektar. Dahulunya juga merupakan pusat penempatan bagi banduan yang di buang negeri.

Pada tahun 1910 pulau Jerjak telah dijadikan pusat kuarantin bagi pendatang yang dating ke Pulau Pinang. Pada tahun 1930 an pula sebuah hospital telah di bina bagi pesakit kusta. Pada tahun 1969 pula pusat pemulihan pesakit kusta ini telah dijadikan pusat penjara keselamatan tertinggi dan telah mendapat nama jolokan sebagai ‘Alcatraz Malaysia’. Namun bagitu pusat ini telah di tutup pada tahun 1993.
Jolokan nama panggilan yang tidak enak di dengar tentang Pulau Jerjak akhirnya pihak kerajaan telah beruasaha untuk mengubah imej Pulau Jerjak. Pada tahun 2000 beberapa pembangunan telah dimulakan di pulau ini. Sebuah resort dan spa telah didirikan. Akhirnya pada tahun 2004 Jerjak resort dan Spa akhirnya siap di bina.

Kini Pulau Jerjak telah bertukar imej dari sebuah pusat tahanan penjara, pusat pesakit kusta dan pusat tahanan banduan yang di buang negeri kepada sebuah pusat peranginan yang bertaraf antarabangsa. Pulau ini boleh dikunjungi dengan menaiki feri yang terdapat di bayan Lepas. JIka kita berkereta dari tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang kita harus membelok susur keluar ke kiri keluar dari jambatan dan hanya beberapa minit sahaja kita akan sampai disatu selekoh kiri menuju ke jeti ini. Terdapat satu papan tanda besar di sini.
Di Pulau Jerjak terdapat berbagai kemudahani yang menarik seperti chalet, dewan, swimming pool, kafe dan macam2 lagi. Dari segi aktivitinya pula seperti karaoke, bola tampar, wall climbing, flying fox,, basikal, jambatan gantung, spa, berbasikal, memanah dan bermacam lagi. Bagi mereka yang hendak berbulan madu di sini adalah tempat yang sesuai sekali bagi mereka yang dahagakan ketenangan dan kedamaian.
Untuk ke Pulau ini hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja dengan menaiki feri dari jeti Bayan Lepas ke Jeti Pulau Jerjak. Baiklah selamat bercuti ke Pulau Jerjak untuk satu lagi pengalaman menarik bagi diri anda.

Alamat Jerejak Resort and Spa
Jerejak Resort and Spa
Zone 4, Mk. 13, Pulau Jerejak,
Karung Berkinci 203
11900 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia
Tel: 604-658 7111
Fax: 604-659 7700

Panduan Menguruskan Pendakian ke Gunung Kinabalu

Setelah lama tak menulis, hari ini nak pecah rahsia sikitlah tentang bagaimana tata cara untuk menguruskan sesuatu program pendakian terutamanya ke Gunung Kinabalu. Ramai orang yang nak mendaki ke puncak tertinggi ini dan merupakan impian bagi sesetangah pendaki gunung untuk sampai ke kemuncaknya. Namun begitu disebabkan kos yang tinggi ramai yang terpaksa menyimpan impian dan hasrat tersebut.

Mungkin tidak ramai yang tahu untuk mendaki ke gunung Kinabalu kita boleh menguruskan sendiri dari tempat kita tanpa perlu melalui agen-agen pelancongan yang terdapat di sana. Jadi dengan cara ini kos mendaki dapat dikurangkan ataupun jauh lebih murah lagi. Baiklah kali ini saya pecahkan sedikit rahsia saya setelah empat kali berjaya menguruskan sendiri pakej ke Gunung Kinabalu ini.

Untuk mendaki ke Gunung Kinabalu dan cuba untuk mendapatkan harga yang terendah sekali ialah dengan cara kita menyemak terlebih dahulu tarikh yang sesuai. Tarikh sesuai adalah pada bulan Mac hingga November setiap tahun. Anda seharusnya menyemak dahulu akan pakej tambang murah yang ditawarkan oleh penerbangan Air Asia ataupun FireFlyz. Lihat tarikh mana yang dapat pakej tambang murah. Setelah dapat tambang termurah sekali barulah kita telepon Sutera Santuary Lodres (SSL) iaitu syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan semua pakej pendakian ke Gunung Kinabalu. SSL punya no telepon 088243629, 088245742.

Setelah dapat tarikh yang sesuai dengan kita dan confirm dengan SSL baru kita booking tiket penerbangan.Untuk pakej murah dengan SSL elok kita cuba mintak pakej untuk 2 hari 1 malam. Kos ini lebih murah jika banding dengan pakej 3 hhari 2 malam. Kalau 3 hari 2 malam ni hari pertama bermakna kita dah kena tidor kat Kinabalu Park. Pakej 2 hari 1 malam pulak kita kene sewalah hotel atau chalet yang ada banyak kat sekitar Kinabalu park tu. Rose Cabin adalah penginapan paling hampir sekali ngan Kinabalu Park. No teleponnya 088889233.

Antara kos yang perlu kita bayar kat SSL ini ialah harga pakej yang SSL tawarkan samada 3 hari atau 2 hari yang meliputi makan sepanjang pendakian, tempat tidor di Kinabalu park untuk pakej 3 hari , tempat tidor kat Laban Rata, permit mendaki dan Insuran peserta.
Yang kita perlu bayar masa kat Taman Kinabalu ialah kos Guide, Sijil dan pengangkutan ke Timpohon.

Kos yang ditawarkan ini lebih murah kalau kita arrangge sendiri. 50% kos dengan SSL perlu dibayar seminggu setelah dapat tarikh dan confirm dengan mereka. 50% lagi perlu dibayar 60 hari sebelum tarikh pendakian sebenar. Untuk pengetahuan anda juga untuk mendapatkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk grup kita, tempahan haruslah di buat 6 bulan sebelum tarikh sebenar.

Untuk pakej mendaki Kinabalu ini kita boleh buat 5 hari 4 malam atau 4 hari 3 malam bergantung kepada kesesuaian kita. Hari pertama perlu menginap berdekatan Kinabalu Park kerana hari kedua merupakan hari mendaki kita. Hari ketiga turun dan hari keempat atau kelima merupakan hari untuk kita shopping dan ronda-ronda sekitar Kinabalu. Untuk penginapan yang murah kita boleh sewa penginapan ala backpacker iaitu di Kinabalu Lodges Backpackers atau Borneo Backpackers. Harga kat sini sekitar RM 25 seorang sehari. memang berbaloi. kalau nak stail apartment yang boleh diduduki secara berkongsi 12 ke 16 orang boleh stay kat Api-api Apartment. Api-Api Apartment boleh telepon no ni 0178362733.

ok setakat itu sahaja info kali ini, semoga berjaya arrangge satu trip yang hebat pada harga yang kita mampu bayar.

Sunday, January 30, 2011

Kuala Woh, Tapah, Perak

Satu lagi destinasi percutian menarik iaitu Hutan Lipur Kuala Woh, yang terletak dalam daerah Tapah Perak. Hutan Lipur Kuala Woh terletak dipertengahan jalan ke Cameron Highlands bagi pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Tapah - Cameron Highlands. Simpang ke Kuala Woh di sebelah kanan iaitu lebih kurang 15 km sahaja dari pekan Tapah.

Hutan Lipur Kuala Woh ini dilengkapi dengan kawasan perkhemahan yang luas, chalet dan kemudahan asas yang baik yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah dan kursus serta seminar. Disamping aktiviti merentas hutan, kita juga boleh melakukan aktiviti mendaki Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter dari aras laut yang merupakan satu aktivti mencabar yang cukup menyeronokkan sekali.

Kemudahan-kemudahan di sini boleh disewa dan berhubung terus dengan Jabatan Perhutanan Kuala Woh. Sewa yang dikenakan amat murah sekali sehinggakan untuk menempah kemudahan di sini memerlukan tempahan yang awal jika tidak semua tempat dan kemudahan telah penuh.

Kali pertama menjejakkan kaki disini saya amat tertarik sekali dengan deruan air terjun dan aliran airnya yang menenangkan sekali. Tidak salah jika saya katakan disini adalah merupakan tempat yang sesuai sekali untuk membawa keluarga dan anak-anak kecil untuk bermain dengan airnya. Ini kerana kawasan airnya tidaklah terlampau dalam disamping kawasan tempat untuk mandi amat luas dan selesa.
Jika anda berkunjung di sini, janganlah risau jika anda tidak mebawa bekalan dari rumah, kerana di sini terdapat sebuah Cafe yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli untuk mengalas perut.

Disamping itu juga kemudahan tandas dan bilik air juga amat selesa untuk para pengunjung untuk menyalin pakaian selepas mandi manda.
Hargailah sungai dan hutan lipur kita yang masih indah ini, kerana inilah merupakan warisan untuk generasi akan datang. Jadi jika anda berkunjung ke sini jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan tempat ini.


Wednesday, January 26, 2011

Bukit Bendera - 830 meter

Satu lagi destinasi percutian menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Boleh dikatakan Bukit Bendera merupakan tempat percutian utama di sini selain Pantai Batu Feringgi. Bukit Bendera terletak di sebelah pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera yang terletak di kawasan pekan Air Itam. Jika berkeretapi kabel untuk ke puncak Bukit Mendera, ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Dari puncak ini kita boleh melihat keseluruhan pemandangan sekitar Pulau Pinang. Kita juga akan dapat melihat Bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar.Disamping menaiki keretapi kabel untuk ke puncak terdapat beberapa cara lain untuk sampai ke sini. Antaranya dengan menaiki kereta atau pun kenderaan 4 x 4 yang bermula di sebalah Taman Botanical. Selain itu kita boleh juga ke puncak dengan menggunakan sedikit kudrat yg ada iaitu dengan cara mendaki. Kali ini aku nak berkongsi sikit tentang pengalamanku mendaki Bukit Bendera. Sebenarnya ini bukanlah pengalamanku yang pertama mendaki Bukit Bendera, boleh dikatakan aku lebih banyak sampai ke puncak Bukit Bendera dengan cara mendaki daripada menaiki kereta kabel.Untuk mendaki Bukit Bendera ini biasanya mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja. Terdapat banyak trek yang boleh dilalui, anataranya laluan "Moon Gate", laluan dari taman Belia Perbandaran, laluan dari dalam Taman Botanical, dari sebelah Air Itam dan beberapa lagi laluan lain. Namun terdapat satu lalaun yang paling panjang yang dikenali sebagai "Laksamana Trail" yang mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke puncak. Laluan ini dari sebelah Teluk Bahang.
Kali ini trip mendaki ke Bukit Bendera ini di buat sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan pada penghujung bulan Mac nanti. Lalun yang aku pilih pada kali ini iaitu laluan "Moon Gate" Laluan ini pendaki akan melalui trek denai dan akan berjumpa dengan kawasan bertangga yang selalunya akan menyebabkan kita mengalah jika tak kuat stamina. Selepas habis kawasan bertangga kita akan melalui kawasan trek kembali dan sampai ke kawasan rehat no. 5. Kat sini disediakan tandas, serta pondok berehat serta kawasan gym. Seterusnya apabila kita terus bergerak keadaan treknya lebih banyak mendatar sehinggalah kita sampai ke pertemuan trek hutan dan jalan raya. kat sini kita akan berjumpa dengan kawasan rehat no. 84. Dari pondok 84 sehingga kepuncak biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Dari sini kita hanya akan menggunakan trek jalan raya sahajam sehinggalah sampai ke puncak Bukit Bendera.
Di puncak Bukit Bendera terdapat sebuah masjid, kuil Hindu, Balai Polis, sebuah klinik, tandas, restoren, deretan kedai cenderahati dan stesen keretapi. Setelah berehat lebih kurang 30 minit kami meneruskan perjalanan turun dan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam saja untuk sampai ke bawah. Alhamdulillah latihan hari ini semua success.


Monday, October 25, 2010

Pulau Perhentian

Salam buat semua.......
Hari ni nak kongsi sikit pasal info tentang Pulau Perhentian......
Catatan pada kali ini adalah hasil daripada percutian tugas aku ke Pulau Perhentian pada beberapa minggu yang lalu.Dipendekkan cerita Pulau Perhentian ni kalau nak pergi ke sana boleh menaiki bot laju daripada jeti Kuala Besut, Terengganu. Satu lagi jeti ialah di Pantai Tok Bali, Kelantan. Untuk ke Pulau Perhentian dia tak sama macam kita naik feri ke Pulau Langkawi.Lagi satu kalau nak pergi ke Pulau Perhentian ni pula dia bukannya boleh pergi pada sepanjang tahun. Pulau Perhentian ditutup pada hujung bulan 10 dan di buka semula pada awal April. Pada tahun 2010 ni Pulau Perhentian ditutup bermula pada 25.10.2010. Ini adalah kerana kat sini ianya terpengaruh dengan angin Monsun, di mana laut bergelora dan berombak besar. Kesemua chalet-chalet di sini ditutup, begitu juga dengan penduduknya yang tak keluar ke daratan. Pada waktu ini penduduk akan mencari dan menyimpan bekalan makanan dan bahan mentah untuk tempoh 5 bulan tersebut.
Pulau Perhentian ini memang cantik dan pada tahun ini Pulau Perhentian menduduki tempat keempat tercantik dari segi panorama keindahan pulau dan juga keindahan dasar laut.
Pulau Perhentian terdiri dari dua pulau yang dikenali Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.Jika anda bercadang bercuti ke Pulau Perhentian ini seeloknya layari Internet terlebih dahulu untuk mencari pengusaha-pengusaha chalet untuk penginapan anda di sana. Ini kerana jika anda datang tanpa menempah chalet terlebih dahulu takut ada yang kempunan nanti chalet tak der atau dah penuh. Pulau Perhentian memang amat popular di kalangan pelancong asing.
Dikawasan Jeti Kuala Besut juga banyak menempatkan pejabat-pejabat ejen pelancongan. Anda boleh bertanya dahulu di pejabat-pejabat ini untuk mendapatkan penginapan dan juga bot ke sana.

Sekian.....


Percutian Idaman

Semua insan pasti mempunyai sebuah tempat percutian idaman, samada bersama insan tersayang ataupun bersama keluarga.

Tapi sesetengah insan juga ada yang mempunyai beberapa tempat percutian idaman hatinya.

Dan selagi kita belum sampai dan menjejakkan kaki ke situ kita pasti akan sentiasa memasang angan-angan tersebut.
Dan bagi aku pulak, aku tergolong dikalangan orang yang mempunyai banyak tempat percutian idaman. Antaranya ialah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul yang terletak di negeri Sabah di bawah bayu. Kini aku hampir-hampir akan menjejakkan kaki ke situ. Tiket flight pun telah dibeli. tarikh perjalanan pada 3 November sehingga 6 November 2010 ini.
Banyak dah survey dalam internet dan bertanya kawan2 akan bagaimana nak ke sana dan di mana hendak tinggal. Hingga kini muktamadnya masih belum ada. Sebenarnya ini adalah satu percutian kerjalah juga. Matlamat utama ialah ke Kg Kunak iaitu 100 km dari pekan Semporna. Sebuah Kampung yang berkonsepkan Homestay. Disamping itu jugalah aku bersama beberapa rakan lagi akan terus ke Semporna dan seterusnya ke Pulau Mabul dan kalau diizikan akan ke Pulau Sipadan. BUkan apa kata orang sambil menyelam sambil minum air. Mungkin dari lawatan singkat ini pada tahun-tahun depan dapatlah aku merancang satu Program kepada Jurulatih2 Pusat Kokurikulum Pulau Pinang.

Moga perjalanan kali ini akan dimudahkan dan selamat hendaknya.

Mungkin selepas pulang nanti aku akan tulis satu entry yang lengkap dan terperinci mengenai perjalanan ke Pulau Mabul dan Sipadan ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails