Showing posts with label Trip/Pakej. Show all posts
Showing posts with label Trip/Pakej. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Tentatif Trip to Vietnam....

Ni tentatif untuk trip ke Vietnam untuk rakan-rakan yg ikut trip ni yg nak sangat tgk tentatif perjalanan.... Pada Amom, Saniah, Leenda, Ummi, Ustaz Nazri dan isteri. Harap korang akan berpuas hati nanti.....

Pada rakan-rakan yg lain mintak maaf, untuk trip Vietnam ni dah penuh,kalau nak ikut gak tunggu lain kali pulak ok...

TENTATIF LAWATAN KE VIETNAM
PAKEJ 5 HARI 4 MALAM

 1 Dec 2012
 11.00 mlm – Tolak ke Kuala Lumpur LCCT dari Pulau Pinang.
 

2  Dec 2012

5.00 pagi – Tiba di LCCT

9.10 pagi – Flight ke Ho Chi Minh City

11.30 pagi – Dijangka tiba di Airport Tan So Nath Airport, Ho Chi Minh City

1.00 ptg – Check In di Saigon Pink Hotel 2

3.30 ptg – Cari Makan sambil survey Jalan-jalan Bandar Ho Chi Minh

 
3 Dec 2012

9.00 pagi – Pakej Tour Chu Chi Tunnel (Guna Tour Pakej with Ttour Guide)

2.00 ptg – Jalan-jalan sekitar Ho Chi Minh City

 

4 Dec 2012

8.00 pagi – Pakej tour ke My Tho City, Delta Sg. Mekong (Guna Tour Pakej with Tour guide)

4.30 ptg – Sampai hotel blk

8.00 mlm – Jenjalan kat pasar malam depan hotel

 
5 Dec 2012

8.00 pagi – Shopping di Benh Tan Market

                    Shopping kat butik-butik baju

                    Ikut suka nak shopping sampai habis duit

8.00 mlm – Pasar malam

 
6 Dec 2012

9.00 pagi – Shopping  last kat Benh Tan Market

11.00 pagi – Tolak ke Airport

2.25 ptg – Bertolak dgn flight ke LCCT

4.15 ptg – dijangka sampai di LCCT

Tuesday, June 19, 2012

Program Taman Laut Pulau Redang

Kali ini aku bawak trip pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang seramai 50 pelajar dan 30 orang Jurulatih termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang sekali. 
Gambar atas ni sedang menunggu masa feri tolak iaitu pada jam 10.30 pagi kat Jeti Syahbandar, di tengah-tengah pekan Kuala Terengganu.
Kos feri ke Pulau Redang ialah RM 40 untuk pelajar sekolah dan RM 70 untuk dewasa.
Ni pulak on the way dari jeti Pulau Redang ke Pusat Kokurikulum Cawangan Redang tempat penginapan kami selama 3H 2M disini.


Sesi taklimat awal semasa baru tiba di Pusat Kokurikulum. Pusat Kokurikulum dikhaskan untuk penginapan para pelajar dan pengunjung dari kalangan warga Pendidikan seluruh Malaysia.
Briefing tentang aktiviti Snorkeling dan water confident. Taklimat keselamatan perlu disampaikan sebelum para pelajar turun dalam air.
Sesi regangan sebelum turun air.
Memang cantik pantai Teluk Dalam ni, airnya cukup tenang sekali, amat sesuai untuk bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan air ni.
Jangan takut dik, bukan senang nak mai Pulau rewdang ni.
Ikan Nemo, wah cantik tak, memang indah sekali ciptaan Tuhan.
Balik sesi pemanas badan, naik lori ramai-ramai.....Satu pengalaman baru bagi para pelajar.
 Malam pertama, para Jurulatih dan Tuan Pengarah, pergi mencandat sotong, rezeki mereka memang murah, dapat lebih kurang 30 kilo sotong malam tu, Apa lagi kami yang kat darat ni terus menyediakan bara api untuk sesi bakar sotong.

Inilah bentuk kapal yang dinaiki oleh para pelajar dan Jurulatih semasa sesi "Round Island". Sarat ngan penumpang, dah macam pelarian Vietnam la pulak.
Destinasi pertama hari kedua, lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu Chagar Hutang. Kat sini telur-telur penyu di jaga dengan rapi daripada pemangsa-pemangsa terutamanya manusia.
kak Suzana sedang memberikan taklimat mengenai pusat ini.
Tak sangka satu lagi pengalaman baru yang dialami oleh para pelajar, iaitu Spa Udang. Berjalan sedikit ke dalam kawasan hutan kawasan pemuliharaan penyu ini para pelajar akan menemui satu kawasan takungan air yang mana terdapat anak-anak udang yang banyak yang akan menggigit kaki anda.
Inilah buktinya anak-anak udang di kawasan "Spa Udang" ini.
Sempat jugak buat 1 dive di kawasan Pulau Paku. Jadilah buat menambahkan log book.
Sayonara jumpa lagi lain kali.....bye...

Friday, November 18, 2011

Gua Tempurong, Perak

Gua Tempurong, pasti korang semua pernah dengar nama ni kan...Terletak berdekatan pekan Kampar dan Gopeng. Kalau nak kesini dari Lebuhraya Utara-Selatan, masuk sahaja melalui Simpang ke Gopeng dan belok ke kiri selepas tol. Simpang ke Gua Tempurong lagi 5 km dari simpang tol Gopeng ni. Dari tol Gopeng, simpang ke Gua Tempurong terletak di sebelah kiri dan dari simpang masuk Gua Tempurong jaraknya lagi 2 km ke dalam.
Lawatan aku kali ini adalah kesinambungan dari Program TOT Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. Untuk masuk ke Gua Tempurong pihak APT KOnsortium iaitu pihak yang menguruskan kawasan Gua Tempurong ini menyediakan 4 pakej yang boleh dipilih oleh para pelancong. dari yang tahap santai ke tahap paling mencabar sekali. Untuk harga pakej dari pihak APT korang boleh klik saja kat sini.
Kali ini aku memilih pakej paling mencabar iaitu pakej Grand Tour yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan kos RM 22 seorang. Pakej Grand Tour yang paling mencabar sekali yang memerlukan peserta untuk merangkak, menggelongsor, menyelit dicelahan lubang gua dan juga meranduk air. Pendek kata pakaian gerenti basah dalam pakej ini.
Kami ditemani oleh seorang Jurupandu dari pihak APT iaitu Abg Halim. Semasa permulaan perjalanan Abg Halim menerangkan kepada grup aku pembentukan stalagtit dan stalagmit. Dalam kesamaran lampu di dalam gua, Abg Halim juga menunjukkan kepada kami akan dinding gua yang menyerupai benda-benda tertentu seperti tikus, Osama Laden, Rama-rama, potret Monalisa, Janin babi, perempuan membasuh rambut, imam dan makmun sedang bersolat dan macam-macam lagi. Semua ini sukar dilihat dengan mata kasar sebenarnya. Apabila diamati dengan betul-betul, baru kita dapat melihat sebenarnya.
.
Ketika berada di puncak Gua Tempurong, kami dapat menikmati udara segar seperti dalam gua ini dipasang Aircond pulak. Kat sini segar sikit rasanya setelah penat memanjat anak-anak tangga untuk samapai di sini.
Setelah 1 jam melalui kawasan bercahaya di dalam gua, tibalah saat kami akan menghadapi suasana gelap sebenar di dalam gua. lampu akhirnya dipasang. Kami mula melalui trek sebenar di dalam gua. Tiada lagi laluan bersimen. Kami pula mula meranduk air.
Keadaan sempit dalam gua memerlukan kami menunduk dan juga kadangkala merangkak untuk melalui laluan tersebut. Sesekali Abg Rahim telah mengenakan beberapa peserta yang berada di hadapan, dimana pada satu kawasan dimintanya peserta supaya merangkak didalam air, tetapi sebenarnya disebelah tepi boleh dilalui tanpa perlu merangkak, hanya perlu tunduk sedikit sahaja.
.
Apabila keadaan ini disedari, riuh rendahlah dalam gua dengan hilai tawa kami. Bukan sekali Abg Rahim mengenakan peserta dihadapan tapi sampai empat kali. Itu yg membuatkan kami riuh rendah dalam gua.
Ada satu kawasan tu pulak dimana kami terpaksa menggelungsur kerana tebing yang curam dan licin. Seorang demi seorang melepasi halangan tersebut. Rakan yang turun awal membantu menahan peserta yang baru hendak turun bergantung. Satu cerita menarik apabila seorang peserta takut untuk turun, lebih kurang 10 minit dok terketar-ketar kat atas. Setelah dipaksa barulah dia hendak turun. Itupun aku terpaksa menjerkah baru dia nak turun.
Laluan terakhir sebelum kami keluar dari gua, kami terpaksa melalui dengan mengharungi laluan sungai sampai ke penghujung gua. Terasa seronok sekali apabila dapat kembali ke gua setelah lama tidak membuat aktiviti sebegini. Bagi aku Gua Tempurong tidaklah teruk mana untuk ditempuhi jika nak dibandingkan dengan gua Wang Burma di Perlis. Ini mungkin gua ini sering menerima pelancong yang ramai setiap hari.
.
Kalau nak rasa pengalaman masuk gua dan korang tak nak yang terlampau 'adventure', Gua Tempurong adalah tempat yang sesuai bagi korang semua.
Bergambar kenangan setelah keluar dari gua. Syok bukan apa sebab dapat melihat kembali cahaya mentari setelah bergelap selama 4 jam kat dalam tu.
.
Nak info lebih lagi korang lawatlah sendiri web site Gua Tempurong ni.

Thursday, November 17, 2011

Trip Mendaki Gunung Kinabalu


Satu trip mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara akan diadakan pada cuti pertengahan sekolah 2012 nanti. Program ni aku "open" kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berkemampuan.
.
Senarai nama diperlukan sebelum 30 Disember 2011 nanti. Aku hanya buka trip ni hanya kepada 22 orang sahaja. Jadi jika berminat, boleh segera contact aku. Wang deposit sebanyak RM 400 diperlukan semasa mendaftar. Aku akan mula membuat penempahan tempat di Kinabalu Park dan flight pada 1 Januari 2012.
Jika berminat nak tengok dia punya full jadual, aku akan email pada korang, just, tinggal alamat email korang kat ruangan chat atau ruangan komen dibawah.
.
Harga penuh pakej ni RM 1300.00 yang meliputi
i) Flight pergi balik
ii) Pengangkutan sepanjang program
iii) Makan dan minum di Kinabalu Park
iv) Pakej White Water di sungai Kiulu
v) Penginapan sepanjang kursus
Gambar kat atas ni, dia punya laluan ke puncak Kinabalu. Jom sertai program ni untuk pengalaman seumur hidup korang. Mungkin ramai yang berhajat nak naik gunung nji, tapi tak punya peluang dan tak tahu macam mana caranya untuk ke sana. Jadi apa tunggu lagi sementara ada peluang.............................
.
Anda juga boleh email aku di kayrol_penang@yahoo.com
 

Sungai Sedim White Water Rafting Expeditions

Kali ini pada 13 dan 14 November, aku seperti biasa bersama grup PULAKOPP telah mengikuti satu lagi sesi cabaran getir iaitu menempuh cabaran Berakit Arus Deras atau lebih glamour lagi di sebut White Water.
.
Bertempat di Sungai Sedim dan menggunakan khidmat Jurupandu Air dari Rafid Fire Adventures. Pergerakan dari Pusat Ko bermula jam 6.45 pagi dengan menggunakan bas persiaran sewa khas dan sampai di Sedim lebih kurang jam 8.30 pagi. Sampai sahaja kami terus bersarapan dan berjumpa dengan Abg Zali yang incharge kami untuk aktiviti kali ini.
Sebaik kami sampai itu, pihak Rapid Fire telah bersiap sedia dengan Raft yang telah diangkut ke dalam 4x4 untuk dihantar ke starting point.
.
Setelah kami bersiap-siap dengan pakaian aktiviti, satu penerangan dan taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak Rapid Fire tentang peraturan dan perkara yang patut kami lakukan dan elakkan. Oleh kerana antara kami ada yang masih baru lagi dalam bidang ni, maka penerangan terperinci harus diberikan.
Trip White Water kali ini kami memilih pakej mencabar iaitu selama 6 jam untuk hari pertama dan pada hari kedua pakej santai selama 2 jam. Kami terpaksa berjalan dahulu ke starting point kerana 4x4 yang ditunggu untuk mengambil kami tidak berpatah balik. Ini kerana laluan ke starting point terlalu bersemak dan sesetengahnya dihalangi oleh pokok tumbang dan ranting buluh yang merintangi jalan.
.
Oleh sebab itu mereka terpaksa menebas dahulu halangan-halangan tersebut. Lebih kurang jam 10.45 pagi, kami tiba di starting point. Deruan air sungai sedim membuatkan kami lebih teruja. Semuanya rasa tak sabar untuk merasai pengalaman Rafting. Ada kalangan peserta yang mukanya nampak pucat kerana terpikir adakah aku akan berjaya mengikuti program ini. Ada pula yang terpikir betul ke apa yang aku buat ni.
Semua guide kami sedang sibuk mengepam Raft yang akan kami gunakan nanti. Sementara menunggu semua Raft selesai diisi angin, kami membuat Water Confident terlebih dahulu. Oleh kerana ramai yang masih baru dalam bidang ni dan ada juga yang fobia dengan air, tetapi disebabkan semangat nak mencuba sesuatu yang baru, sebab itulah mereka berada disini.
.
Jam 12 tgh kami memulakan ekspedisi. Setiap Raft terdapat 5 org beserta Skipper dari Rapid Fire. Disamping itu terdapat juga Rescue Man yang bergerak dengan 2 kayak single dan juga 3 orang dengan Tubing.
Satu demi satu jeram kami tempuhi. Permulaan trek masih ok, jeram tidak terlalu besar, namun cukup mendebarkan bagi yang masih baru. Setelah menempuh jeram yang ketiga sahaj sudah ada kalangan peserta yang jatuh dari Raft setelah menumph jeram yang agak berliku.
Terdapat juga laluan di mana para peserta terpaksa turun dari raft dan hanya raft sahaja yang melalui laluan tersebut. Ini kerana terdapat batang kayu yang merintangi laluan. Fenomena ini disebabkan keadaan 'Ibu Air' yang membawa kayu-kayu besar dan tersangkut pada batu-batu besar di situ.
Satu jeram yang amat mendebarkan peserta yang dikenali sebagai "Triple Night Mare". Jeram ini dilalui secara satu persatu oleh setiap Raft. Ada Raft yang berjaya melalui dengan sekali harung sahaja terus sampai di kawasan air tenang, Namun kebanyakan raft tersangkut di tengah jeram di kawasan air berpusar dan memerlukan mereka memerah tenaga untuk berkayuh bagi melepasi jeram. Raft terakhir yang melepasi jeram tersebut, pada mulanya berjaya melepasi dengan baik, tidak tersangkut di kawasan air berpusar namun setelah tiba di penghujung jeram, Raft tersebut telah terbalik dan menyebabkan berlaku sedikit kecederaan di kawasan hidung.
.
Namun disebabkan semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, ekspedisi diteruskan tanpa berpatah balik. Begitulah resam aktiviti outdoor ni, calar-calar dan luka sedikit itu biasa sahaja bagi kami.
.
Satu lagi kejadian mencemaskan berlaku apabila tiga buah Raft telah melalui satu jeram yang sempit. Ini kerana 3 Raft ini berada di bahagian belakang dan tidak menyedari bahawa 3 Raft hadapan, pesertanya telah turun dan hanya Raft sahaja yang dihanyutkan. Jadi apabila mereka melalui jeram tersebut, kesemua sekali peserta dari ketiga-tiga raft itu telah terbalik dikawasan air yang cukup laju. Seorang peserta tertelan air yang amat banyak dan terpaksa diberikan rawatan kecemasan. Ditambah pula terkejut akan saat mencemaskan yang baru berlaku. Peserta itu terpaksa di bawa pulang dengan segera ke base Camp dengan raft.
Setelah saat mencemaskan tadi berlalu, semua peserta bergerak ke base camp yang hanya tinggal 10 minit sahaja pergerakannya dari tempat tadi. Kali ini aku terpaksa bertindak sebagai Skipper untuk Raft aku kerana Sklipper aku telah bergerak dahulu untuk menghantar peserta yang cedera ke base camp.
.
Tamat hari pertama dengan seribu satu cerita dan pengalaman yang amat berharga bagi kami semua. Pada sebelah malam masing-masing bercerita tentang kisah masing-masing. Ada yang tertelan air, ada yang terasa seperti nak mati apabila tenggelam dalam air dan ada pula yang hanya tersengeh mendengar cerita lucu dari rakan-rakan.
Hari kedua dimulakan dengan senaman pagi yang ringkas sahaja. Badan terasa sedikit sengal-sengal dan letih. Laluan pada hari kedua ini tidaklah terlalu panjang seperti hari pertama semalam. kali ini cuma 2 jam sahaja. Laluannya pula tidaklah terlalu mencabar seperti semalam.
.
Satu tempat yang amat mencabar pada laluan pada hari ini dikenali sebagai "Elbow Fall". Di kawasan ini semua peserta dikehendaki turun dan mengangkat kayak ke kawasan dihadapan sedikit seterusnya dilepaskan dari kawasan atas jeram. Alhamdulillah semua peserta selamat sampai ke bawah tanpa ada Raft yang terbalik. Kawasan ini amat ditakuti oleh semua peserta kerana jeramnya yang tinggi iaitu lebih kurang 15 kaki dan peserta hanya duduk berpegang pada Raft sahaja tanpa pendayung.
Setelah melalui saat mendebarkan itu, jeram-jeram seterusnya hanya biasa sahaja dan semua Raft dapat melaluinya dengan selamat. Hanya layan sahaja celahan batu-batu jeram.
.
Ekspedisi akhirnya tamat pada jam lebih kurang 11.45 pagi. Setelah mandi dan berkelah lebih kurang kami semua mengangkat kembali Raft ke dalam 4x4 yang sudah sedia menunggu dan kembali semula ke base camp.
.
Tengahari ni rasa sedap pulak nasi yang dimakan. maklumlah baru selesai main air dan tiada apa yang nak dirisaukan lagi. Semuanya sudah selamat. Kami keluar dari Rapid Fire punya Kem lebih kurang 2.40 petang dan bas sudah sedia menunggu di kawasan parking Sungai Sedim.
.
Seribu satu cerita telah dikutip, selepas ini akan tersebarlah cerita-cerita menarik ini dikalangan rakan-rakan Jurulatih yang lain.
.
Pada rakan pembaca blog ini kalau korang nak merasai sama aktiviti White Water ini boleh berhubung terus dengan aku. Aku boleh tolong aturkan. Minima peserta 8 org sahaja dan maksimum peserta 24 org. Untuk full pakej korang boleh email sahaka dekat aku kayrol_penang@yahoo.com.

Thursday, August 18, 2011

Kursus Selam Skuba, Open Water, Advanced Open Water, Rescue Diver

Pada sapa-sapa yang berminat ngan aktiviti diving ni, jomlah ikut aku pergi amik kursus sama-sama. Terbuka pada sapa-sapa yang minat aktiviti nyelam ni, kalau dulu minat campur teringin lepas tu takder geng nak join, haaa...sekaranglah masanya....jom ikut grup kita orang.
.
Tarikhnya ialah pada 16 hingga 18 September ini.
Tempatnya ialah di pantai Teluk Dalam Pulau Perhentian.
Kosnya pulak untuk kursus Open Water - RM 900, Advanced Open Water - RM 850 dan Rescue Diver- RM 760. Pastu campur ngan kos pakej penginapan, peralatan nyelam, bot dan makan untuk selama 3 hari 2 malam tu sebanyak RM 300 lagi. So jumlahnya campur sendirilah yer.
Kursus akan dikendalikan oleh Instruktor iaitu bekas pemain keyboard kumpulan Medicine dulu iaitu Abg Suhaimi.
Kita akan jumpa di meet point di jeti Kuala Besut, Terengganu. Pakej akan mula dari sini. Bagaimana nak ke sana, dengan bas boleh, naik kereta sendiri pun boleh.
-
Kalau ada yang minat nak pollow sama boleh contact aku melalui email dulu nyatakan keminatan korang, nanti aku send aku punya no phone untuk penjelasan lebih lanjut kalau tak berapa paham....Ni emailnya kayrol_penang@yahoo.com
.
 

Friday, August 12, 2011

Pakej Percutian ke Phuket, Thailand

Satu trip ke Phuket Thailand sedang dirancang pada penghujung November nanti. Jom pada yang berminat untuk bercuti sama ke sana. Ingin merasai suasana percutian yang menarik dan budaya yang berbeza dari tempat kita di Malayusia.
Trip ni dijangka pada 25 hingga 28 November 2011.
Tentatif trip lebih kurang macam ni.
25 November 2011
5 petang - Kumpul di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam atau Masjid Seberang Jaya
6 petang - Tolak terus ke sempadan dan terus Phuket. (mlm tu tido atas bas)
26 November 2011
7 pagi - Dijangka sampai di Phuket.
8 - 12 tgh - Jalan and ronda sekitar tempat menarik di Phuket.
1 ptg - Check Inn Hotel
3 - 6 ptg - Sambung lawatan lagi.
8 - 12 mlm - Aktiviti bebas sekitar Patong Beach, Bangla Road
27 November 2011
7 pagi - Check Out dan bergerak ke daerah Phanga.
Kita akan naik bot kat sini dan melawat James Bond Island dan perkampungan Air
masyarakat Islam Thai. Makan tengahari dlm pakej kat sini.
1 ptg - Tolak ke Hat Yai
4 ptg - Singgah di Trang ( Masuk Gua dengan sampan) menarik sebab melalui suasana
pengalaman berbeza melalui celah-celah sempit dlm gua dengan menaiki sampan yang di
kayuh.
7 ptg - Dijangka sampai di Hat Yai, Check Inn hotel.
8 mlm - Gerak ke pasar malam Hat Yai, Bebas di bandar Hat Yai
28 November 2011
8 pagi - Shopping kat pasar Hat Yai
12 tgh - Check out hotel dan bertolak balik.
2 ptg - Singgah dulu di sempadan di pekan Danok.
4 ptg - Betolak terus ke Penang.
Kos sekitar RM 420.00.
Pakej cover Pengangkutan bas, Penginapan, Pasport Grup, Pemandu pelancong, Makan tengahari di Phanga.
Berminat jom sertai trip ni sama-sama. Manfaatkan cuti anda dengan sesuatu pengalaman yang berharga dan berbeza dan kenali budaya asing di tempat orang.
Untuk info lanjut dan maklumat terperinci serta untuk menempah tempat boleh hubungi saya dengan emel kayrol_penang@yahoo.com
Phone number 0134776002.
Tempat hanya terhad untuk 40 org sahaja.
Siapa cepat dia dapat tempat. Deposit sebanyak RM 50 untuk pengesahan tempat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails