Percutian impian...hai bilakah dapat sampai kesini.(dipetik dari laman web http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=sipadan)
Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.
Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini
Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.
TipsCubalah pergi menyelam skuba di awal pagi ke tapak selaman Sipadan yang terkenal - Barracuda Point. Anda berpeluang berenang berhampiran kumpulan ikan alu-alu yang besar jumlahnya pada waktu awal pagi.
Pengangkutan
Jalan Laut
Jalan yang terdekat untuk pergi ke Pulau Sipadan ialah melalui Kota Kinabalu atau Tawau.
Jalan Udara
Jalan yang terdekat untuk pergi ke Pulau Sipadan ialah melalui Kota Kinabalu atau Tawau.
Jalan Darat
Teruskan perjalanan anda selama satu jam untuk sampai di pekan Semporna.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian :
+6088-248 698 / 211 732
Penginapan
Memandangkan Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan maka tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai.
Berpandukan GPS kami mula mengesan lokasi air terjun ini. Starting point ditandakan dengan tangki air tepi jalan. Tak susah untuk mengesan lokasi tangki air ini keranma berada betul-betul ditepi jalan. Setelah sampai persiapan diatur, Segala kelengkapan disusun.




Line up ; Kayrol, Ust Din, Ust Azan, Rozaimi, Haizul, Salahudin, Izan, Eilah, Liana, Azza, Laili, Zura. Geng Manjung terdiri dari Kodin, Hafizudin, Lah, Omm, Adik Kodin.
Kami bertolak dari Pulau Pinang jam 10 mlm dengan menaiki 3 buah kereta. Sampai di Masjid Kampar lebih kurang jam 2.00 pagi. Jumpa ngan geng Manjung yang memang dah ada kat masjid tersebut dari jam 12 malam.
Setelah berdoa dan senaman ringan sikit, kami memulakan pendakian, lebih kurang 10 minit kami sampai kat empangan, rehat kejap kat situ tgk air terjun, Azan dan Kodin sempat buat terjun tiruk kat situ....kemaruklah tu.Seterusnya perjalanan diteruskan dan kami sampai pulak kat rumah orang asli lebih kurang 20 minit kemudiannya.
Malam tersebut menu kami ialah Ayam Goreng, Ikan Kering dan Tomyam Ayam. Berselera makan malam tu. Tambah pulak petang tadi turun mandi kat air terjun dekat campsite Lebah. Air kat situ sejuk sekali. rasa puas mandi bila badan rasa letih dan penat. Selesai makan kami borak lebih kurang dan masing2 lelap jam 12. malam. nasib baik hujan turun tak lebat malam tu, hanya renyai2 sahaja.
Puncak Bujang Melaka ditandakan dengan Beirut. Kat puncak ni banya sekali lebah. Kami tak boleh berada lama kat sini. Kehadiran sang lebah merimaskan kami. Setelah ambik gambar dan berposing lebih kurang kami pun turun semula ke Campsite Lebah.Tiba balik kat Camsite Lebah lebih kurang jam 11.20 pagi. setelah kemas semua kelengkapan dan membersihkan Campsite dari sampah sarap kami mula turun. Aku turun terlebih dahulu bersama-sama grup depan meningggalkan grup perempuan dan Azan sebagai sweeper bersama-sama dengan Geng manjung. Bukan apa aku turun awal untuk mempersiapkan makan tengahari kat Empangan. kami berjanji untuk tunggu kat situ.
