4 November 2010
Kami bangun awal pada pagi itu jam 5.00 pagi. Kat sini subuhnya awal 4.55 pagi sudahpun masuk waktu. Pukul 5 tu kiranya dah nak cerahlah. Pagi itu kami berjalan-jalan sekitar bandar Tawau dan sempat melawat Pasar Tanjung Tawau dan Pasar Ikan Tawau. Kedua-dua pasar ini hanya berada di belakang Hotel kami sahaja.

Seterusnya pergerakan ke pekan Semporna kami teruskan pada jam 12.00 tengahari. Untuk ke Semporna kami memilih pengangkutan menggunakan bas mini. Bas mini kalau kat Sabah ni ialah Van. Tambangnya ialah hanya RM 10.00 sahaja untuk seorang. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Bas mini ini boleh dinaiki di kawasan pekan yang dikenali dengan Sabindo.
Sampai sahaja di Semporna kami menginap di Borneo Global Sipadan Backpackers. Kos penginapan cuma RM 90.00 untuk satu bilik 3 orang. Keadaan bilik selesa dengan bilik air di dalam. Petang dan malam itu kami jalan-jalan di Semporna. Kat sini banyak kedai-kedai "Dive Centre" Boleh dikatakan Semporna merupakan pintu masuk bagi penyelam-penyelam tempatan dan antarabangsa. Bagi sesiapa yang nak mengambil lesen menyelam pun boleh. Kat sini ada banyak pusat menyelam, pilih sahaja nak yang mana.Berhadapan pekan Semporna ialah Pulau Bum Bum. Untuk ke Pulau ters
ebut boleh menaiki bot dengan tambang hanya RM 2 seorang. Pulau Bum Bum ialah satau pulau yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, juga terdapat beberapa sekolah di sekitar pulau tersebut.5 November 2010
Hari ketiga kami di Sabah, hari ini kami akan bergerak ke Pulau Mabul untuk menginap di sana. Perjalanan dengan menggunakan bot selama lebih kurang 1 jam setengah. Di Pulau Mabul kami menginap di Arung Hayat Resort. Rata-rata penginapan di chalet terapung di Pulau Mabul ialah sekitar RM 60 - RM 80 sahaja seorang termasuk makan. Lainlah kalau kita memilih penginapan mahal di Chalet Terapung milik Sipadan Water Village yang berharga sekitar RM 500 satu bilik.
Dekat Arung Hayat ni penginapannya sudah selesa dengan pemandangan menghadap suasana matahari jatuh dan naik. Berdekatan dengan Chalet ini ada lagi chalet Uncle Chang, Billabong, Scuba Jeff dan ada lagilah. Sampai di Mabul ini aku cukup teruja melihat airnya yang cukup jernih walaupun berdekatan dengan penempatan orang.
Kami sebenarnya boleh dikatakan beruntung kerana pakej kami cuma berharga RM 150 seorang untuk 2 hari satu malam yang termasuk bilik, makan minum, bot dan lawatan ke Pulau Sipadan, Kapalai dan Mabul. Ini mungkin disebabkan kami menumpang satu grup rakan dari Pulau Pinang yang datang dalam kumpulan yang ramai. Kalau kita bertanya di pusat-pusat pelancong yang terdapat banyak di pekan Semporna tu, kebanyakannya kalau nak ke Mabul sahaja kosnya sekitar RM 300 seorang. Kalau nak ke Mabul pula kosnya RM 550 seorang.
Petang tersebut setalh check Inn bilik masing-masing kami bergerak dengan bot ke Pulau Sipadan. Perjalanan lebih kurang setengah jam. Laut amat bergelora masa tersebut. Kalau laut tenang perjalanan cuma 15 minit dari Pulau Mabul. Sampai di Sipadan aku merasa amat takjub sekali dengan keindahan pulau tersebut. Pulau Sipadan kini tak boleh lagi menginap. Pelancong yang datang hanya untuk menyelam, snorkeling atau melawat sahaja. Hanya tentera sahaja yang dibenarkan berada di pulau ini. Pihak tentera akan membuat giliran selama 3 bulan sekali untuk berkawal di pulau Sipadan. Selain tentera terdapat juga pihak PGA yang berkawal.
Di Pulau Sipadan sebenarnya kalau nak Snorkeling tak berapa cantik sangat. Coral di sini tak berapa banyak. Pantainya penuh dengan pasir sahaja. Namun begitu Sipadan adalah syurga bagi penyelam. Bentuk Pulau Sipadan yang berbentuk seperti cendawan itulah yang unik sekali. Keindahan Sipadan adalah didasar pulau tersebut.
Pulang dari Sipadan kami singgah di Pulau Kapalai. Pulau ni kami tak boleh masuk sebab kepunyaan persendirian. Jadi tengok dari luar sahaja, namun sempat terjun juga, ambil lesen snorkeling di Pulau Kalapai. Pulau Kapalai penuh dengan chalet terapung jenis mewah. Kos sekitar RM 500 satu bilik. Pulau Kapalai juga merupakan lokasi penggambaran filem Duyong lakonan Apek Senario.
Dari Kapalai kami terus balik ke resort kami dan sempat singgah jugak dekat dengan bot-bot masyarakat Bajau Laut yang tinggal atas bot. Kesian sungguh melihat mereka dan kami sempat menghulurkan biskut dan juga duit kepada mereka ini. Masyarakat Bajau Laut yang tinggal di atas bot ini akan tinggal di atas bot sepanjang masa dan akan ke darat hanya untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman sahaja.
Gambar masa atas Flight









