Akhirnya, impian yang diimpikan tercapai jua akhirnya. Impian u8ntuk memiliki sebuah kamera SLR Digital jenis Nikon. Semuanya gara-gara termakan dek racun isteriku. Pada mulanya langsung tiada hajat untuk membeli kamera tersebut dalam masa terdekat ini. Namun semuanya bermula dan terjadi sewaktu kunjungan ke Langkawi beberapa hari lepas. Sampai sahaja di Jeti Kuah Langkawi isteriku dok merengek minta dibeli sebuah kamera digital. Katanya senang unbtuk kami mengambil gambar untuk diabadikan nanti.
Pada mulanya aku buat tak tau jer... tapi lama kelamaan ada sikit rasa untuk membelinya. Akhirnya aku ambil keputusan nak pergi tengok dulu. Isteriku hanya minta untuk dibelikan sebuah kamera digital jenis biasa sahaja yang harganya dalam RM 500 kebawah. Tapi dalam hati ini daripada beli yg tu baik aku perabis terus beli yg mahal dan puas hati.
Akhirnya aku bergerak ke Pekan Kuah dengan bantuan sahabat di Langkawi, kami bergerak dari satu kedai ke satu kedai. Sebenarnya tidak susah sangat untuk aku membuat pilihan disini kerana memang dah lama aku survey harga kamera ni dan jenis dier. kat pekan Kuah ni aku cuma perlu survey harga jer. Jadi kedai kedua yang aku pergi tu harganya aku dapat dalam RM 2099.00. Apa lagi kira jadi terus. Sebenarnya aku ni bukanlah susah sangat dan cerewet dalam hal membeli sesuatu barangan ni.
Setelah puas hati dengan harga maka kad ajaib pun diserahkan kepada si tuan punya kedai dan termaktublah dalam sejarah aku berjaya memiliki sebuah Nikon D60. Alhamdulillah tercapai jugak hajatku. Lepas ni bolehlah aku bergelar Jurukamera tidak bertauliah yang profesional. he.he.he.
Kunjungan ke Hat Yai pada 23 - 25 secara backpacker menaiki keretapi lepas ni pasti lebih bermakna kerana ditemani oleh awek baruku ini Nikon D60...jangan jelesss yer.
2 comments:
salam.... abe kayroll semoga sleamat pergi n balik.... have fun n enjoy the journey... jaga kak azza.... dia tu ding dong sket.... huhuhuhu sorry bro.... hepi oliday
haha jomlah pergi sama...syok wo pi melawatr tempat org....
Post a Comment