Monday, December 15, 2008

Multi-use remote control lamp


Lama dah sebenarnya aku dok perhati lampu macam ni kat pasar malam, supermarket dan kedai elektronik. Tetapi sebelum ni satu pun tak penah memikat hati aku untuk membelinya.
Masa aku pusing-pusing kat satu kedai D.I.Y kat area Bukit Mertajam aku terjumpalah lampu macam ni langsung aku terus membelinya. Mungkin terpikat dengan remote controlnya kut. Namun dalam otak aku nak guna lampu ni masa pi campinglah.

Lampu ni menggunakan bateri AA sebanyak 4 biji, dan remotenya pula bateri kecil 23A (12V). Mempunyai ketahanan selama 24 jam jika dibuka secara terus. Untuk on dan off kita boleh juga tekan sahaja permukaan lampu tersebut dan lampu tersebut akan on dan off.

Maka terkumpullah lagi satu koleksi barang-barang outdoor aku kat rumah. Kalau nak diikutkan rasanya nilai barangan outdoor yang aku ada dah boleh mencecah ribuan ringgit. Mana tidaknya barangan outdoor termahal aku ialah back pack Karrimor Monsoon 60 -70L aku yg di beli di Jakarta, Indonesia. Nilainya sahaja RM 376.00. Tapi kalau kat Malaysia beg ni harganya mau RM 600 keatas.

Lampu kat atas ni aku harap dapat berfungsi dengan baik sewaktu campingku yang akan datang. Bila yer????

2 comments:

azza_irah said...

bila?...
nak kena tinggal lagi ke ni..

Dewajiwa said...

salam.
beli kat mana ye? berapa harga?

zulkifli at in.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails