Alhamdulillah, sempat jugak kali ni aku nak berkunjung ke blog yg memang dah lama aku tak menulisnya. Skrg baru berkesempatan untuk menulis. Ok...skrg aku nak story sikit pasal trip Kinabalu aku yg lepas iaitu pada 1 - 6 Ogos yg lalu. Trip ni aku susun untuk team Pusat Kokurikulum Pulau Pinang. 20 org kami kesemuanya termasuklah isteriku sendiri.
Kami bergerak dari Pulau Pinang pada 1 Ogos 2010 jam 10 malam. Ini kerana kami naik fligt Air Asia di LCCT pada keesokan harinya. Sampai jam 5 pagi. Memang kene sgt masanya. Kami tak perlu menunggu lama sgt. Fligt pertama jam 8 dan fligt kedua jam 9.30 pagi.
Kat Airport macam-macam gelagat kami maklumlah kami ramai 20 org semuanya, tambahan pula dikalangan team yang aku bawak kali ni ramai yg belum biasa mendaki Kinabalu. jadi terujanya lebihlah.
Tengok ni sampai ada yg tertidur masa berbaris nak check in Flight. Tak dak keje sungguh Ust Din ni.
Senyum-senyum nak ambik gambar ni. POsing kasi habis.
Waktu tiba di Kinabalu Park. Kami menaiki coaster Pusat Kokurikulum Sabah. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan dari Pusat Ko Sabah. Safe sikit budget pengangkutan kami.
Semua sakan dok bergambar masa baru-baru sampai. Pantang ada signboard yg menarik sikit pasti semua bergegas untuk posing. Masa ni aku sedang berurusan pendaftaran masuk dengan Kinabalu park dan membayar beberapa fee yg wajib untuk mendaki Kinabalu.
Aku sempat posing berdekatan dengan chalet yg aku dok. The Hill Lodges. Aku diberi 2 jenis tempat penginapan, yg satu lagi Nepenteles Lodges. Terkejut rakan-rakan aku bila dia orang semua mauk kat bilik, Mak Oi besarnya nye bilik, semua terkejut, bila aku beritahu harga semua terbeliak. Patutlah bukan main cantik, satu bilik harganya RM 690.00 semalam.
Makanan yang dihidangkan pun termasuk dalam pakej. malam tu kami makan memang sedap sekali. Dia orang jamu sungguh, Tak pa esok kau orang tahulah azabnya. Tak pa...makan-makan.
Permulaan trek mendaki Kinabalu. Yang ni gambar masa baru melepasi pintu pagar Timpohon. Laluan Timpohon memerlukan kita menuruni tangga terlebih dahulu sebelum bertemu trek sebenar.
Yang ni jugak salah satu tangga yang terdapat dalam laluan menuju ke Laban Rata. Bak kata tangga ni memang banyak sekali. Pada sapa-sapa yang nak mendaki Kinabalu pada masa akan datang, eloklah buat exercise naik turun tangga banyak-banyak.
Nasib baik bawak payung. Perjalanan kami pada hari pertama mendaki di temani hujan sepanjang trek. Mendaki Kinbalu lebih elok dan sesuai menggunakan payung dari baju hujan.Ini kerana laluan trek yang luas dan kita tidakakan berasa panas dan rimas.
Antara titi yang terdapat disepanjang trek.
Trek Kinabalu banyak mendaki dan jarang kita bertemu trek yang landai. Disepanjang perjalanan juga terdapat banyak pondok-pondok yang boleh digunakan untuk berehat dan berteduh.
Ini suasana waktu senja di Laban Rata. Langit biru pekat.
Sedang bersiap-sedia untuk pergerakan kedua menuju puncak. Apabila tiba di Laban Rata kita kena berehat terlebih dahulu dan perjalanan disambung pada jam 2 pagi. Ini supaya apabila sampai di puncak kita dapat melihat pemandangan yang indah serta anginnya juga masih belum terlalu kuat.
Perjalanan ke puncak lebih mencabar lagi dengan permulaan trek, kami terpaksa mendaki anak-anak tangga kayu yang banyak sekali. Kaki memang terasa lenguh sekali. Tambah pula keadaan udara yang semakin nipis kerana kami sedang menghampiri puncak.
Haha....sapa sangka kat pondok Sayat-sayat iaitu tempat pemeriksaan terakhir sebelum kepuncak terdapat 2 buah pondok telefon kepunyaan Telekom Malaysia. Ini merupakan pondok telefon tertinggi sekali kat Dunia kut. (Ni fakta tak sahih nyer) Aku agak-agak jer.
Ni lah pintu Syat-sayat. Semua orang yang berjaya melepasi pintu ni dan mendaki terus ke puncak akan berjaya mendapat sijil Kinabalu yang berwarna (Color). Jika tak sampai sini sijil Hitam Putih sajalah.
Kilometer 7.5, dah dekat nak sampai ni, Nafas pun dah tercungap-cungap dah.
Berlatar belakangkan salah satu puncak di Gunung Kinabalu. Pemandangan sungguh indah sekali. Hanya mereka yang pernah sampai disini sahaja yang dapat merasai pengalaman ini.
Ni gambar masa pukul lebih kurang 5 pagi, Ambil air sembahyang di satu lopak yang terdapat sepanjang laluan. Airnya begitu sejuk sekali. Tapi terpaksa guna jugak sebab memang dah takder sumber air yang lain.
Inilah beberapa gambar sewaktu di puncak. Inilah juga merupakan kali ketiga aku berda di puncak Kinabalu ni. kali pertama dulu pada tahun 2003, kemudian 2006 dan sekarang 2010.
Bersama isteri, gembira nampaknya dier, maklumlah sampai puncak tertinggi di Asia. Bangga jugak aku berjaya jugak dia sampai.
Yang terlbih gembira kat sini member aku si Fadhil ni, siap bawak bendera sekolah lagi.
Lagi gambar masa di puncak. Semua pakat dok berebut nak bergambar di Signboard yang ada kat situ.
Perjalanan turun, Masa mendaki sebelah malam tak nampak, hanya ikut tali sahaja, apabila siang , baru tahu begitu luas trek batu nak ke puncak ni.
Antara orang terakhir dalam grup kami, Cik Ummi Kalsom, masa ni kami semua dah turun dari puncak tapi dia baru nak naik, akibatnya sampai pukul 10 malam baru sampai bawah.
Sempat bergambar di hadapan banner yang di bawa.
Itulah sahaja lebih kurang log ringkas yang dapat aku tulis kat sini. InsyaAllah bulan 3, 2011 ni sekali lagi aku akan ke Kinabalu, kali ni bawak grup sekolah isteriku bersama rakan-rakannya.
Kinabalu, InsyaAllah akan ku tawan mu sekali lagi nanti.
10 comments:
TERIMA KASIH PERKONGSIAN PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU. SAYA TERUJA DENGAN SAUDARA KERANA DAPAT MELAKSANAKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH KERANA DAPAT SOLAT SUBUH MENGGUNAKAN AIR DI GUNUNG KINABALU. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA SAYA ADALAH SALAH SEORANG PESERTA CLIMBATHON ANTARABANGSA. SAYA PERNAH LATIHAN SEORANG DIRI MULA DARI BAWAH JAM 7.40 DAN SAMPAI KE PUNCAK JAM 3.00 PETANG. TURUN BALIK KE TIMPOHON JAM 8.40 MALAM.
http://www.youtube.com/watch?v=QXNz2RP-M8s
sungguh seronok memanjat gunung dan melihat keindahan alam ghituu.
Salam bro! Pengalaman yang sangat menarik! Banyak info yang saya jadikan rujukan untuk trip saya ke Gunung Kinabalu nanti. Jikalau ada masa, mohon bro berkunjung ke blog saya untuk kongsikan nasihat dan tips. Terima kasih untuk perkongsian pengalaman bro!
60hari.blogspot.com
wwow..
sangat menarik.
subhanallah
tahun depan kalau buat trip lagi saya berminat nak join
bersama rakan-rakan
al maklum lah semua nyer pompuan..
Boleh..boleh no hal punya...
kite solat subuh di puncak or di perjalan ke puncak bang...
kite solat subuh di puncak or di perjalan ke puncak bang...
solat subuh on the way ke puncak, biasanya kalau laju boleh sampai Sayat-sayat dalam jam 4 atau 5 pagi. boleh ambik air semayang kat sini cause ada paip air senang nak ambik air semayang dan semayang bila masuk waktu dimana-mana kws lapang ot the way ke puncak
akak baru nak panjat bukit bendera hik hik...
Post a Comment